Ahad, 25 September 2016

SANDWICH TELUR

Assalam buat semua..
Saya buat Sandwich telur ni sebab nak menghabiskan beberapa biji telur rebus yang masih ada dalam peti sejuk.
Rebus telur nak buat Sambal telur sebenarnya tapi tak jadi pula.
Buat Sandwich telur ni anak-anak tak suka makan pula,di mintanya pula Sandwich sardin.
Macam-macam nak di ordernya.
tukang masak ni pula..tiba-tiba jadi malas !
Tenat juga saya nak menghabiskannya...
Resepi dari Azlita masam manis.Thanks.
Let's try buat

SANDWICH TELUR

Bahan-bahan
3-4 biji telur di rebus
1 biji bawang Holland-dadu
4 biji cili padi-cincang halus/cili merah

Bahan sos
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar coleslaw/optional
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh garam halus/secukup rasa
2 buku roti whole meal-jika guna roti biasa pastikan roti jenis keras sedikit
kepingan cheesedale
iceberg lettuce
1 batang japanese cucumber/timun biasa
2 biji tomato
marjerin
*sayuran terpulang pada pilihan sendiri sama ada nak letak atau pun tidak.Paling ringkas,letak timun sahaja pun boleh.

Cara membuatnya

  • Telur di lenyek kasar dengan garfu
  • Tambahkan cili padi/merah cincang dan bawang Holland dadu.
  • Masukkan garam,coleslaw(jika suka),mayonis,jus lemon dan serbuk lada hitam.
  • Kemudian gaul semua bahan.Simpan dalam peti sejuk sebentar.
  • Ambil sepasang roti,sapukan marjerin di setiap keping roti,sebelah sahaja.
  • Letakkan sekeping cheese.Letakkan sayuran seperti lettuce,tomato dan timun.
  • Letakkan adunan telur tadi dan ratakan.
  • Kepitkan dengan kepingan roti sebelah lagi.
  • Tekan sedikit supaya ia serap dan padat.Potong tepi-tepi roti yang keras.
  • Potong roti ikut kesesuaian anda.Sedia untuk di makan.

2 ulasan: