Roti poket ini sungguh crispy,makan pula dengan inti ayam.
Ringkasannya..best!.
Intinya boleh di letak apa sahaja yang kita sukai.
Saya memilih untuk meletakkan inti ayam dan salad sahaja.
Let's try buat
ROTI POKET
Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
1 biji telur
bread crumbs
minyak untuk menggoreng
- Canai atau gelek roti sampai nipis tanpa di buang tepi-tepinya.
- Susun bersama dua keping roti dan tekap dengan bekas bulat yang sepadan dengan saiz roti.
- Pecahkan telur dan kacau sedikit.
- Panaskan minyak dengan api sederhana.
- Sapukan telur dengan berus pada keseluruhan roti dan salut dengan bread crumbs.
- Goreng sampai kelihatan perang dan garing.Roti akan mengelembung ketika di goreng.
- Angkat dan toskan minyak dengan kertas serap minyak.
1 keping dada ayam-potong kiub kecil
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
serbuk cukup rasa
serbuk cili flakes
minyak sayur
daun salad
- Gaulkan isi ayam dengan semua bahan dan perap seketika.
- Panaskan sedikit minyak sayur dan goreng isi ayam hingga masak.
Kemudian masukkan inti ayam dan picitkan sos cili,sos lada hitam dan mayonis.
Sedia untuk di hidangkan.
Sedapnya...dh lama tak buat
BalasPadamsedap kan gee..selera makan hujan-hujan ni..
Padam