Isnin, 27 Februari 2017

APAM PISANG

Assalam buat semua..
Resepi Apam Pisang yang mudah di buat.
Lembut dan gebu sahaja serta naik dengan elok kejadiannya.
Bahan-bahan pun semua dah ada kat dapur.Pisang yang saya letak dalam freezer pun masih banyak lagi.
Let's try buat..

APAM PISANG

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 suud teh baking powder
3 biji telur A
1 cawan pisang lenyek
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya

  • Panaskan pengukus.
  • Pisang lenyek di biarkan selama 1/2 jam atau 1 jam.
  • Putar telur dan gula hingga kembang.Masukkan minyak dan pisang lenyek.Putar sebati.
  • Masukkan garam dan esen vanila.Putar sebentar.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan putar sebati dengan kelajuan rendah.
  • Kukus selama 10 -15 minit atau sampai masak.

Sabtu, 25 Februari 2017

MEE SIZZLING

 Assalam buat semua..
Hari ni try buat Mee sizzling...versi kurang kuah,makan dua orang baru habis..banyak sangat,penuh satu pinggang.
Biasanya kita menggunakan Yee mee tapi saya tak makan Yee mee,di ganti dengan mee maggi yang di celur sebentar.
Azim pesan tak nak kuah banyak,jadi saya buat versi kurang berkuah sedikit
Tak apa lah macam mana pun asalkan anak-anak makan.
Let's try masak

MEE SIZZLING

Bahan-bahan
1 paket mee segera
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shiitake-rendam biar lembut dan potong nipis
1/2 keping dada ayam-potong kiub kecil
1 batang sosej-potong kecil
3 biji cili kering-potong kecil
sayuran pilihan-sawi/kobis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia-hiris nipis
serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
1 biji telur
beberapa titik minyak bijan/pilihan
1/2 sudu besar tepung jagung-di bancuh dengan air
sedikit minyak untuk menumis.
garam jika perlu.

Cara membuatnya

  • Tumis bawang putih,cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  • Masukkan ayam dan masak sampai empuk.Masukkan sosej.
  • Masukkan air secukupnya untuk kuah dan kiub pati ayam.
  • Masukkan pula sos tiram dan kicap pekat dan serbuklada hitam.Biarkan mendidih.
  • Tambahkan cendawan dan sayuran lain.Tunggu 2-3 minit.
  • Akhir sekali campuran tepung jagung dan kacau rata.
  • Sesuaikan rasanya,tambah garam jika perlu.
  • Letakkan beberapa titik minyak bijan/pilihan.
  • Tutup api dan ketepikan
  • Ambil pinggan sizzling,panaskan.
  • Pecahkan telur dan kacau rata.Kalau nak letak telur separuh masak di atas mee pun boleh juga.
  • Masukkan separuh kuah dan letakkan mee celur di atasnya
  • Kemudian letakkan kuah yang separuh lagi
  • Sedap di hidang panas-panas.

Selasa, 21 Februari 2017

ROTI GULUNG SARDIN BAKAR

 Assalam buat semua..
Biasanya kalau saya buat Roti Gulung Sardin cara goreng tapi
kali ini saya cuba buat cara bakar pula.
Rangup sahaja kalau lepas keluar dari oven.
Tambahan pula aroma harum cheddar cheese tu,tak tahan saya.
Malam-malam kalau lapar tak kira sangat diet-diet ni..
Macam Nigella Lawson,tutup lampu dapur masih buka peti sejuk untuk makan lewat malam. 
Kalau tak makan sardin,letak lah apa-apa inti kesukaan sendiri.
Buat ikut citarasa sendiri baru best kan..
Lets try buat.

ROTI GULUNG SARDIN BAKAR

Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
1 tin sardin
1 biji lada merah-hiris halus
1 biji bawang besar-potong kiub
1/2 sudu besar jus lemon
2 tangkai daun ketumbar-hiris halus
2 sudu besar mentega-di cairkan
cheddar cheese parut
minyak sayur utk.menumis

sos cili,mayonis untuk topping

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak sayur dan tumis bawang besar hingga sedikit layu.
  • Masukkan sardin dengan kuahnya sekali.
  • Kacau sebati sambil di hancurkan sardin dan sehingga kuah agak pekat dan kering sedikit.
  • Akhir sekali masukkan jus lemon,hirisan lada merah dan hirisan daun ketumbar,kacau rata dan padamkan api.
  • Panaskan oven.
  • Letakkan inti sardin dan gulung kemas-kemas dalam bekas aluminium seperti gambar di atas.
  • Kalau nak bakar satu-satu kena gam hujungnya dengan tepung gandum-campur-air.
  • Buat sampai habis.
  • Sapukan mentega cair dan taburkan cheddar cheese parut.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 160 'c sehingga cheese kelihatan sedikit perang.
  • Paipkan sos cili dan mayonis jika suka.

Ahad, 19 Februari 2017

PULUT SEKAYA

Assalam buat semua..
Saya cuba buat Pulut Sekaya ni kerana ia adalah kuih kesukaan Azim.
Di sini ia di jual dengan harga Rm1 untuk dua potong,selalunya kalau beli tu dah tentu tak cukup.
Salah satu dari kuih kesukaan ore Kelate !.
Masuk dapur hari ini sebab masih cuti lagi,saya cuba buat sendiri.
Walaupun kejadiannya tidak begitu cantik tapi Azim puas hati sebab dapat makan lebih dari dua keping.
Saya pula...berkeping-keping.
Resepi dari Tuan Adriana Arissa/FB
Let's trybuat

PULUT SEKAYA

Bahan-bahan
300 gm pulut-rendam 2 jam
1 1/2 cawan santan cair
garam dan sedikit gula secukup rasa
sedikit tepung gandum untuk taburan atas pulut

Bahan lapisan atas
5 biji telur gred A
1 cawan santan
1 sudu besar tepung gandum
2 keping gula melaka/4 sudu besar serbuk gula merah   
2 sudu besar gula 
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Sediakan pengukus dan kukus pulut sehingga masak dan gaulkan bersama santan yang bercampur garam dan gula(saya tanak pulut untuk lapisan bawah).
  • Sediakan loyang pengukus dan alas dengan plastik/aluminium foil supaya mudah di keluarkan nanti.
  • Masukkan pulut yang telah masak ke dalam loyang dan padatkan.
  • Dalam periuk lain masak gula melaka dan gula serta sedikit air dan daun pandan.
  • Tutup api dan sejukkan.
  • Dalam bekas lain campurkan telur,tepung gandum dan sedikit garam.
  • Tambahkan santan dan tapiskan air gula melaka dan kacau rata.
  • Taburkan sedikit tepung gandum di atas pulut supaya tidak terpisah dari bahagian lapisan atas bila masak nanti.
  • Tuang bahagian atas perlahan-lahan dan kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Balut tutup pengukus dengan kain bersih supaya air tidak menitik.
  • Bila masak,sejukkan dahulu sebelum di potong.

Rabu, 15 Februari 2017

SIMPLE BROWNIES

Assalam buat semua..
Brownies adalah sejenis dessert yang berbentuk square,di bakar atau di kukus dan mempunyai permukaan yang rata.
Terdapat 4 jenis teksturnya yang di miliki oleh brownies iaitu sama ada seperti kek/cakey,padat/fudgy,liat/chewy dan sedikit berderai/crumbly.
Mempunyai rasa coklat yang lebih tanpa rasa manis yang melampau.
Rupanya seperti kek coklat yang di potong segi empat.
Cara membuatnya dan bahan-bahan yang di gunakan pun mudah sahaja.
Let's try baking/My Resepi.

SIMPLE BROWNIES

Bahan-bahan
6 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
3/4 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan kekacang/optional di panggang dahulu.

Cara membuatnya
Panaskan oven pada suhu 160'c - 170'c.
Taburkan sedikit tepung dalam loyang empat segi berukuran 18 cm atau sapu dengan butter.
Masukkan  kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati
Masukkan kekacang pilihan jika mahu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak lebih kurang selama 25-30 minit.

Ahad, 12 Februari 2017

LOKAN GORENG ALA THAI

Assalam buat semua..
Jumpa Lokan ni kat Pasir Tani,murah saja di jual dengan harga RM 2 untuk satu beg plastik sederhana.
Dah beli,simpan pula seminggu dalam freezer sebab masa beli tu hujung minggu,sibuk pula dan tak sempat nak masak.
Saya suka makan versi macam ni,rasanya masam-masam manis.
Let's try masak.

LOKAN GORENG ALA THAI

Bahan-bahan
1 kg  lokan
6 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang besar-potong nipis
5 helai daun limau purut
5 sudu besar sos cili Thai(sos Mae Phranom)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kering kisar
2 batang serai-hiris nipis
1 biji lada merah-potong nipis
1 sudu besar air perahan limau nipis
segenggam daun ketumbar siam
sedikit gula perang
sos ikan secukup rasa
air secukupnya

Cara membuatnya

  • Rendam lokan dalam air seketika,basuh bersih dan toskan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih,serai dan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering kisar dan masak hingga cili garing
  • Masukkan sos tiram,sos cili Thai,sos cili dan sos ikan serta gula perang.
  • Masukkan lokan dan daun limau purut.Tambah sedikit air dan gaul rata. 
  • Tambahkan jus limau nipis dan biarkan sebentar hingga kuah sedikit pekat.
  • Bila lokan telah terbuka kulitnya,masukkan daun ketumbar siam dan hirisan lada merah dan tutup api.
  • Taburkan lagi daun ketumbar siam sebelum menghidang.

Sabtu, 11 Februari 2017

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Assalam buat semua..
Hari ini buat lagi Biskut Coklat Cip untuk abang Amzar
tapi guna resepi yang lain pula.
Resepi ni pun best juga,crunchy saja biskutnya.
Jika tidak mahu biskut meleper semasa di bakar,tambahkan sedikit tepung di dalam adunan supaya tidak lembik sangat.
Resepi dari FB.
Let's try baking

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Bahan A
250 gm butter/marjerin
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar serbuk koko
*semua bahan B di ayak bersama

2 cawan coklat cip  saya letak 1 cawan shj.
kekacang pilihan

 Cara membuatnya
  • Satukan bahan A dan putar high speed selama 5 minit.
  • Putar hingga kembang dan warna adunan bertukar jadi pucat.
  • Masukkan esen vanila dan telur dan putar lagi selama 2 minit.
  • Tambahkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit sambil di gaul rata dengan spatula.Tidak boleh di putar lagi kerana biskut akan jadi keras nanti.
  • Tambahkan coklat cip dan apa-apa kekacang yang di sukai.Gaul rata.
  • Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit,untuk elak biskut jadi meleper bila di bakar.
  • Lapikkan dulang dengan baking paper dan sudukan adunan sampai habis.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 160'c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing
  • Dah masak,sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Jumaat, 10 Februari 2017

CERITA KITA


Cerita kita mengalir sunyi
di relung hati
sepi...
Lokasi:Kolej Matrikulasi Kelantan,Kok Lanas,Kota Bharu.

Isnin, 6 Februari 2017

KUIH BADAK BERENDAM

Assalam buat semua..
Kuih Badak Berendam-tiada kesenian di situ..
ada besar..ada kecil.
Bukan kuih orang Kelantan,jadi saya cuba buat untuk merasanya.
Saya tak pernah tengok  Kuih Badak Berendam yang sebenarnya
Jadi saya buat saja ikut resepi di Azie Kitchen.Thanks
Let's try buat.

KUIH BADAK BERENDAM

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau

Campurkan garam dan air daun pandan dan pewarna hijau.
Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut,
sehingga menjadi doh yang boleh di bentuk dan tidak melekat di tangan.

Bahan Inti
2 cawan kelapa muda parut
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air
gula-jika suka

Masak gula melaka,gula pasir,air dan daun pandan hingga gula larut.
Masukkan kelapa muda dan kacau hingga jadi kering.
Ketepikan dan bulat-bulatkan sebesar biji guli hingga habis

Bahan kuah
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras

1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
gula -jika suka

Campurkan kesemua bahan dan kacau di atas api sehingga kuah kelihatan pekat selama 10 minit.
Angkat dan ketepikan

Ambil doh dan bulat-bulatkan kemudian di leperkan.
Letak inti kelapa di dalamnya dan tutup/bulatkan kembali.
Sementara itu,panaskan air hingga mendidih.
Masukkan doh dan rebus sehingga timbul
Angkat,toskan dan masukkan ke dalam kuah tadi.

TERIMAKASIH..

Lokasi:Pesisir Pantai Tok Bali,Kelantan
Bahagiakanlah,setiap hati yang ku rindu...

Sabtu, 4 Februari 2017

APAM SANTAN

Assalam buat semua..
Apam Santan ni sangat gebu dan lembut sahaja.
Saya akan buat apam ni kalau ada makan-makan rumah saudara- mara.
sebab ia senang dan cepat siap.Resepinya ringkas sahaja.
Resepi dari FB
Let's try masak.

APAM SANTAN
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
*semuanya di putar sampai gebu

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
*di ayak bersama

150 ml santan kotak
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Masukkan tepung yang telah di ayak berselang-seli dengan santan sambil di kaup-balik.
  • Bahagikan kepada warna yang di sukai.
  • Kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.

Khamis, 2 Februari 2017

BUTTER CHICKEN

Assalam buat semua..
Butter chicken yang amat sedap ni menjadi resepi kesukaan anak-anak saya.
Kadang-kadang tu sampai 2 hari berturut-turut saya akan memasak resepi yang sama pada hujung minggu.Dah tersuka..macam tu lah.
Tengah ambil gambar pun sempat lagi azim ambil makan.
Resepi dari Azie Kitchen.Thanks
Let's try masak

BUTTER CHICKEN

Bahan-bahan
2 keping boneless thigh chicken -potong kecil-kecil
2 sudu besar butter
1 sudu besar cili merah cincang
2 biji cili padi-cincang
1 tangkai daun kari atau lebih
230 ml susu cair atau ikut kepekatan di sukai
beberapa keping cheese
serbuk perisa ayam Knorr secukup rasa
serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Bahan perap
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara membuatnya
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
  • Goreng sehingga kekuningan,tos dan ketepikan.
  • Panaskan butter dalam non-stick pan dan masukkan cili cincang dan daun kari.Tumis hingga berbau wangi.
  • Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula cheese.
  • Akhir sekali masukkan serbuk perisa ayam,serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam dan gaul rata.Biar seketika supaya sebati.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.
*Dalam resepi di atas,saya menggunakan separuh sahaja susu cair dengan 2 keping cheesedale.