Biasanya kalau saya buat Roti Gulung Sardin cara goreng tapi
kali ini saya cuba buat cara bakar pula.
Rangup sahaja kalau lepas keluar dari oven.
Tambahan pula aroma harum cheddar cheese tu,tak tahan saya.
Malam-malam kalau lapar tak kira sangat diet-diet ni..
Macam Nigella Lawson,tutup lampu dapur masih buka peti sejuk untuk makan lewat malam.
Kalau tak makan sardin,letak lah apa-apa inti kesukaan sendiri.
Buat ikut citarasa sendiri baru best kan..
Lets try buat.
ROTI GULUNG SARDIN BAKAR
Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
1 tin sardin
1 biji lada merah-hiris halus
1 biji bawang besar-potong kiub
1/2 sudu besar jus lemon
2 tangkai daun ketumbar-hiris halus
2 sudu besar mentega-di cairkan
cheddar cheese parut
minyak sayur utk.menumis
sos cili,mayonis untuk topping
Cara membuatnya
- Panaskan sedikit minyak sayur dan tumis bawang besar hingga sedikit layu.
- Masukkan sardin dengan kuahnya sekali.
- Kacau sebati sambil di hancurkan sardin dan sehingga kuah agak pekat dan kering sedikit.
- Akhir sekali masukkan jus lemon,hirisan lada merah dan hirisan daun ketumbar,kacau rata dan padamkan api.
- Panaskan oven.
- Letakkan inti sardin dan gulung kemas-kemas dalam bekas aluminium seperti gambar di atas.
- Kalau nak bakar satu-satu kena gam hujungnya dengan tepung gandum-campur-air.
- Buat sampai habis.
- Sapukan mentega cair dan taburkan cheddar cheese parut.
- Bakar dalam oven dengan suhu 160 'c sehingga cheese kelihatan sedikit perang.
- Paipkan sos cili dan mayonis jika suka.
Nampak sedap sangat...
BalasPadamTry la buat..sedap juga buat breakfast.
PadamTq..versi sihat ๐๐๐
BalasPadam