Assalam buat semua
Bonding time dengan famili jarang-jarang dapat.
Tambahan pula sekarang ni kakak dan abang tengah sambung belajar kat KL di dua tempat berbeza pula.
Kalau dapat cuti semester sekali macam ni barulah best .
A short vacation to Pusat Sains Negara
Menunggu lebih dari dua tahun untuk ke sini kerana masa tu ada renovation.
Pusat Sains Naegara
Persiaran Bukit Kiara,,Kuala Lumpur.
Di buka pada tahun 1996 mempamerkan lebih dari 1000 objek pameran dari Dinosour dan ikan air tawar kepada robot dan makmal untuk kanak -kanak dan dewasa untuk di terokai.
PSN beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang,Kaunter tiket di tutup pada jan 4.30 petang.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik antaranya termasuklah Taman Prasejarah dan Taman Tema mini yang di reka khas di luar kawasan bangunana PSN.Bawalah sedikit bekal seperti air kerana kawasan ini sangat luas,penat nak berjalan.Survive the Bunker
Ia satu pengalaman menarik buat saya dan ketiga- tiga anak dapat masuk ke dalam bunker yang gelap.Merupakan pameran self-exlpore yang menampilakn elemen -elemen ketakutan dalam diri manusia.Ia adalah pameran untuk memperkenalkan rasa takut atau fobia yang ada pebagai kategori.Ia terletak di aras dua.Menceritan sebuah bunker yang terbiar dan misteri.Pengunjung di uji untuk mengharungi bunker misteri itu dan keluar dengan selamat.
Di akhir laluan anda akan jumpa jambatan gantung.
Antara fobia itu ialah Acarophobia-takut pada serangga,Achluophobia-takut pada kegelapan,Acrophobia-takut pada ketinggian dan lain-lain fobia lagi
Bila ada masa terluang bawa lah anak-anak untuk bercuti walaupun mereka dah hampir dewasa.Setiap kenangan adalah terlalu mahal untuk di hitung..My ex-boyfriend sampai tertidur keletihan menunggu anak-anak remajanya explore dalam ruang pameran.