Isnin, 26 Mac 2018

PUSAT SAINS NEGARA

Assalam buat semua
Bonding time dengan famili jarang-jarang dapat.
Tambahan pula sekarang ni kakak dan abang tengah sambung belajar kat KL di dua tempat berbeza pula.
Kalau dapat cuti semester sekali macam ni barulah best .
A short vacation to Pusat Sains Negara
Menunggu lebih dari dua tahun untuk ke sini kerana masa tu ada renovation.
Pusat Sains Naegara
Persiaran Bukit Kiara,,Kuala Lumpur.
Di buka pada tahun 1996 mempamerkan lebih dari 1000 objek pameran dari Dinosour dan ikan air tawar kepada robot dan makmal untuk kanak -kanak dan dewasa untuk di terokai.
PSN beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang,Kaunter tiket di tutup pada jan 4.30 petang.       
Terdapat pelbagai aktiviti menarik antaranya termasuklah Taman Prasejarah dan Taman Tema mini yang di reka khas di luar kawasan bangunana PSN.Bawalah sedikit bekal seperti air kerana kawasan ini sangat luas,penat nak berjalan.





Survive the Bunker
Ia satu pengalaman menarik buat saya dan ketiga- tiga anak dapat masuk ke dalam bunker yang gelap.Merupakan pameran self-exlpore yang menampilakn elemen -elemen ketakutan dalam diri manusia.Ia adalah pameran untuk memperkenalkan rasa takut atau fobia yang ada pebagai kategori.Ia terletak di aras dua.Menceritan sebuah bunker yang terbiar dan misteri.Pengunjung di uji untuk mengharungi bunker misteri itu dan keluar dengan selamat.
Bayaran untuk masuk ke dalam bunker untuk dewasa adalah sebanyak Rm 4 dan Rm 2 untuk kanak-kanak.Sedikit rasa gugup,berdebar tapi saya pejam mata saja.Anda di larang guna sebarang gajet semasa berada di dalamnya.Ada juga replika mayat dan patung tapi bukan seperti rumah hantu.
Di akhir laluan anda akan jumpa jambatan gantung.
Antara fobia itu ialah Acarophobia-takut pada serangga,Achluophobia-takut pada kegelapan,Acrophobia-takut pada ketinggian dan lain-lain fobia lagi
Bila ada masa terluang bawa lah anak-anak untuk bercuti walaupun mereka dah hampir dewasa.Setiap kenangan adalah terlalu mahal untuk di hitung..My ex-boyfriend sampai tertidur keletihan menunggu anak-anak remajanya explore dalam ruang pameran.

Rabu, 14 Mac 2018

AISKRIM MILO HOMEMADE

As salam buat semua..
Aiskrim homemade yang mudah dan sedap.
Perisa juga boleh di pebagaikan ikut pilihan sendiri.
Kalau suka boleh juga letak kepingan coklat di atasnya.
Let's try buat.

AISKRIM MILO HOMEMADE

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat manis(boleh tambah jika ingin lebih manis)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat
1 sudu teh pewarna coklat
milo secukupnya (boleh juga guna serbuk koko)
coklat cip atau hiasan pilihan

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.
  • Pukul guna mixer dengan kelajuan tinggi sehingga sebati,pekat dan gebu.
  • Tuang ke dalam bekas dan sejukkan semalaman.
  • Kalau ingin letak hiasan,taburkan ketika ia separuh beku.

Sabtu, 10 Mac 2018

TELUR BUNGKUS


Assalam buat semua..
Biasanya saya akan buat Telur Bungkus sebiji-sebiji.
Kalau buat besar seperti biasa,susah pula nak di bahagikan.
Kalau macam ni boleh ambil satu sorang,lagi mudah.
Let's try buat.

TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
telur
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam

Inti
1 keping dada ayam-cincang halus
3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam.
1/2 batang karot-di parut
3 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 labu bawang besar-potong kiub
1 sudu besar gula perang
1sudu besar jus limau nipis
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Sapukan minyak guna tisu rata-rata pada permukaan kuali.
  • Pecahkan telur dan kacau dengan serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
  • Buat telur dadar nipis.Ketepikan.
Masak inti

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan ayam cincang,daun limau purut,karot parut dan kiub ayam.
  • Biarkan  hingga ayam masak.
  • Kemudian masukkan sos cili,sos tiram,jus limau nipis dan gula perang dan garam secukup rasa.Gaul rata.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Buang daun limau purut.
Ambil sekeping telur dadar,letakkan inti ayam dan gulung seperti membuat Kuih Ketayap.
Buat hingga habis.
Taburkan dengan hirisan daun sup/lada merah dan bawang goreng.

Jumaat, 9 Mac 2018

KEK PUDING KARAMEL

 As Salam buat semua..
Cubaan yang ke 3456 kali membuat kek ni...
Asyik tak jadi saja.Tengok orang lain buat elok saja kejadiannya.
Bukan resepi yang salah,teknik dan faktor lain yang salah.
Lepas penat mencuba tapi tak bosan..
Akhirnya saya puashati sikit dengan kejadiannya.
Permukaan kek tidak begitu licin.
Kek ni agak manis untuk rasa saya,jadi sukatan gulanya saya kurangkan.
Resepi sebenarnya di bawah.
Let's try baking.

Bahan A/Karamel
4 sudu besar gula pasir
*masak atas api kecil hingga cair dan perang.
*ratakan dalam loyang saiz 8.Ketepikan

Bahan B/lapisan puding
1 cawan susu cair
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

*kacau sebati perlahan-lahan.
*untuk bagi tebal sedikit lapisan pudingnya,tambah 1/3 cawan susu cair dan 1 biji kuning telur.

Bahan C/Lapisan kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 gm/ml air
1/2 sudu teh baking powder
50 ml minyak jagung /minyak masak

  • Ayak tepung gandum bersama baking powder
  • Putar bersama kesemua bahan hingga kembang.

Bahan meringue
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh cream of tartar
*Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh bila di terbalikkan.
  • Campurkan adunan C dan adunan meringue sambil di kaup balik perlahan hingga sebati.
  • Masukkan adunan B/puding ke dalam loyang yang ada lapisan karamel tadi.
  • Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna pilihan.
  • Lapiskan setiap warna ke atas adunan puding hingga habis.
  • Panaskan oven selama 10 minit.
  • Masukkan air panas mendidih ke dalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi dan bakar dengan kaedah steam bake.
  • Bakar guna api bawah saja dalam 45 minit pertama dan 15 minit lagi guna api atas dan bawah dengan suhu 180'c.
  • Bila kek sudah masak,biarkan sejuk.Kek akan turun sedikit dan tepinya akan mengecut dari loyang.
  • Terbalikkan kek perlahan-lahan.
  • Jika ada lebihan air gula,lapkan dengan tisu.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.