Khamis, 17 Mei 2018

AYAM BLACK PEPPER

Assalam buat semua..
Ini adalah Ayam black pepper yang saya masak untuk hidangan sahur Ramadhan pertama.
Waktu dinihari makan Ayam black pepper panas-panas sedap juga. 
Tambahan pula baru hari pertama,selera tengah ok lagi..
Ini adalah Ayam black pepper versi saya.
Let's try masak.

AYAM BLACK PEPPER

Bahan-bahan
1 keping dada ayam saiz besar
1 sudu besar black pepper-tumbuk kasar
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis 
1 labu bawang besar-potong nipis
3 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar jus lemon.
1 cawan air
1-2 sudu teh tepung jagung
1/2 kiub pati ayam

Cara membuatnya

  • Potong dadu dada ayam dan ketepikan.
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan sos cili,sos lada hitam dan sos tiram dan gaul rata.
  • Tambah air dan biarkan kuah mendidih.Tambahkan kicap manis.Jika ingin kuah banyak,tambahkan air lebih.
  • Masukkan kepingan ayam dan serbuk lada hitam,gula,kiub pati ayam dan serbuk cukup rasa.
  • Renehkan dengan api perlahan.
  • Akhir sekali bancuh tepung jagung dengan sedikit air.
  • Tambahkan ke dalam kuah bersama jus lemon dan gaul rata.
  • Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat 

2 ulasan:

  1. Boleh cuba ni nanti...tq ya..salam singgah sini...moh la ke blog saya https://cararesepi.blogspot.com/. klu tak kisah masukkan lah blog saya dalam senarai bloglist awak ya...hihi

    BalasPadam