Jumaat, 8 Jun 2018

KERABU SUHUN

Assalam buat semua..
Kerabu suhun ni saya buat untuk berbuka puasa.
Dah tak ada selera nak makan nasi sebab dah seminggu lebih batuk sampai suara pun dah jadi lain.
Tiada sukatan khusus untuk bahan-bahan yang di gunakan.
Semuanya sesuka hati dan sesedap rasa.
Let's try buat

KERABU SUHUN

Bahan-bahan
Suhun
Jus limau nipis
Sos ikan
Sos Mae Phranom
Tomato-potong dadu
Daun ketumbar-hiris halus
Lada merah-hiris halus

Filamen ketam
Isi ayam
Sotong
Udang

Cara membuatnya

  • Panaskan air dan celur suhun,filamen ketam,isi ayam ,udang dan sotong.Toskan.
  • Dalam mangkuk gaulkan semua bahan bersama.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

2 ulasan:

  1. Tumpang jamu mata di sini.
    Selamat menyambut Aidil Fitri 2018.
    Moga terus rajin masak-masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Amie..
      Silakanlah.
      Selamat menyambut Aidil Fitri juga dari saya di sini
      Semoga ukhuwah kita sentiasa berkekalan.

      Padam