Rabu, 29 Ogos 2018

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

Assalam buat semua..
Terliur tengok resepi ni kat Blog Amie's Little Kitchen.
Sementara masih ada daging ni terus saja saya cuba membuatnya.
Di buat sedikit berkuah sebab Azim nak makan dengan nasi
Kalau nak makan dengan Nasi Impit,elok di keringkan sedikit.
Thanks Amie...
Let's try buat

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

Bahan-bahan
1 kg.daging-potong kecil-kecil
500 ml santan cair
250 ml santan pekat
5 ulas bawang putih-pecahkan dan cincang
1 kg.bawang besar-potong kasar
15 biji lada merah-potong nipis
3 cm halia-di tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh pati asam jawa
garam /gula/perasa pilihan
minyak

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang hingga wangi.
  • Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
  • Masukkan daging dan bawang,biarkan hingga layu.
  • Gunakan api besar supaya lada dan bawang segera hancur.
  • Masukkan 500 ml santan cair. Perlahankan api dan tutup kuali.
  • Setelah kuah hampir kering,bawang dan lada hancur,masukkan pula santan pekat,garam dan gula secukup rasa serta perasa pilihan dan pati asam jawa.Gunakan api perlahan.
  • Kacau selalu supaya sebati dan tutup api bila terbit minyak.
  • Siap untuk di hidang bersama nasi putih atau Nasi impit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan