Mari kita tera buat Cekodok stik ni..
Napok mace keropok lekor kae..
Sedak make di waktu pete
Beley-beley dok tengok tibi tu...cicoh denge sos cili
Hihihi..ok tak,saya tulis dale dialek Klate
Mari kita buat..
CEKODOK STICK
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 kiub pati ayam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil maggie cukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Bahan dadu halus
1 pokok daun sup
3 tangkai cili kering
2 hiris karot
2 biji bawang merah
Cara membuatnya
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk kecuali tepung gandum.
- Masak hingga mendidih.
- Kemudian masukkan tepung gandum,kacau dengan senduk kayu.
- Bila nampak adunan berketul-ketul,tutup api.
- Sambung kacau lagi hingga adunan jadi doh.
- Keluarkan doh dari periuk dan masukkan ke dalam bekas lain.
- Gaul sebati dengan bahan-bahan yang di dadu.
- Doh nampak liat dan suam-suam,boleh pegang dengan tangan dan uli sekejap.
- Sediakan alas untuk gelek adunan dan sekeping plastik untuk alas di atas doh.
- Ambil seketul doh dan gelek hingga leper,jangan nipis sangat.
- Potong memanjang dan gelek sehingga jadi macam keropok lekor.
- Ulang hingga doh habis.
- Panaskan minyak banyak dalam kuali dan goreng sehingga masak.
- Toskan minyak dan sedia untuk di cicah dengan sos cili.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan