Masih lagi kita berada dalam bulan Syawal.
Semasa catatan ini di tulis,PKP-B sudah pun tamat dan bermula 10/6/2020 bermulanya PKP- P sehingga 31 Ogos 2020.
Semoga kita terus istiqamah untuk meneruskan hidup dalam norma baharu.
Virus ini ada di mana-mana,yang penting kita jaga kita .
Entri kali ini,saya buat Puding Roti Butterscotch yang mudah sahaja.
Di makan bersama Sos Kastard yang lemak-lemak sikit.
Roti Butterscotch dah sedia manis,jadi saya letak gula sedikit sahaja dalam puding dan sosnya.
Boleh di tabur dengan kismis ataupun coklat cip .
Dalam resepi ini saya menggunakan coklat cip dan cincangan prune kering.
Let's try baking.
PUDING ROTI BUTTERSCOTCH DAN SOS KASTARD
Bahan
8 keping Roti Gardenia Butterscotch-carikkan
1 tin susu cair
2 biji telur gred A
1sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 sudu mentega cair
coklat cip/kismis/prune kering cincang
Bahan Sos Kastard
2 cawan susu full cream
1 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air
1/4 suud teh garam
1 sudu besar tepung kastard/ikut kepekatan yang di sukai
*Masak kesemuanya di atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga pekat sedikit dan sejukkan.
Cara mmebuatnya
- Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
- Lengserkan bekas kaca tahan panas dengan mentega.
- Susun roti dalam bekas kaca tahan panas selapis dulu.
- Taburkan coklat cip dan prune kering/kismis.
- Ambil bahan kuah dan curahkan di atas roti.
- Buat lapis-lapis dan tabur coklat cip hingga roti habis.
- Akhir sekali,tuang kesemua lebihan kuah,tabur coklat cip dan orune selebihnya.
- Biarkan seketika supaya bahan kuah meresap dalam roti.
- Bakar dalam oven dengan suhu 150'c selama 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Bila masak,sejukkan dan di hidang bersama Sos kastard.
Baru jer buat mggu lepas 🙂
BalasPadamOo.sedapkan,anak-anak saya suka sangat.
Padamwahh..sedap ni, saya tak pernah cuba lagi buat puding roti butterscoth,,mesti sedap sangat ni, mkn gitu pun roti butterscoth dah sedap kann..
BalasPadamSedap la Cik Matahariku..cuba lah buat.
Padam