Assalam buat semua
Hari ini saya nak kongsi satu resepi aiskrim homemade yang mudah sahaja.
Walaupun sekarang ni hari-hari hujan,aiskrim tidak di lupakan.
Azim minta diletakkan didalam bekas aiskrim yang telah habis untuk dapatkan feeling makan aiskrim yang di beli katanya.
Semalam Azim dah daftar masuk U
Tinggal lah aiskrim ni tunggu untuk di habiskan.
Let's try buat.
AISKRIM NEOPOLITAN HOMEMADE
Bahan
1 tin susu cair
2 sudu makan ovalette
2 sudu makan susu pekat manis(boleh tambah jika suka lebih manis)
1 sudu makan esen vanila
Pewarna pink,coklat
3 sudu makan milo
Cara membuatnya
- Satukan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk adunan.
- Putar dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan kental selama lebih kurang 15 minit.
- Bahagikan kepada 3 bahagian.
- Masukkan pewarna pink dan kacau rata.
- Masukkan pewarna coklat dan 3 sudu makan milo,kacu rata.
- Satu lagi di biarkan warna asal.
- Masukkan ketiga2 warna sedikit demi sedikit ke dalam bekas sesuai.
- Tambahkan sehingga adunan habis.
- Bekukan di dalan peti sejuk satu malam.
- Esoknya dah boleh makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan