Sabtu, 31 Disember 2022

PUDING KASTARD BUAH


 Assalam buat semua..
Tahu-tahu sudah hampir berlalu tahun 2022.
Banyak kenangan suka dan duka di sepanjang tahun ini.
Semoga tahun hadapan,saya akan lebih kuat dan tabah.

Kalau rindu...biar lah ia terus merindu.

Untuk resepi terakhir di tahun 2022 ini,
Saya kongsikan satu resepi dessert Puding Kastard buah.
Nak guna potongan buahan segar ataupun buah koktel semuanya boleh.
Saya guna buahan segar untuk resepi ini.

PUDING KASTARD BUAH

Bahan puding kastard
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam

•Campurkan kesemua bahan hingga sebati.
•Masak di atas api perlahan sehingga ia pekat dan likat.
•Bila nampak puding ada letupan kecil,bolehlah diangkat
•Masukkan ke dalam bekas puding pilihan.

Kuah Puding
1 tin susu cair
1 kotak kecil santan segera
2 cawan air
4 sudu makan gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam 
1 sudu teh esen vanila

•Campurkan kesemua bahan.
•Masak di atas api sederhana hingga kelihatan sedikit pekat.
•Angkat dan sejukkan

Buahan pilihan sendiri atau koktel buah
Strawberi,pisang,kiwi,
Mangga,anggur

Letakkan potongan buahan di atas puding kastard
Masukkan kuah puding dan sedia untuk di makan.

Sabtu, 19 November 2022

PIZZA IN CUP

 Assalam buat semua..
Saya kongsikan satu lagi resepi ringkas buat sarapan pagi atau minum petang.
Roti yang nak dekat tarikh luput  dan yang tak bergerak-gerak dok atas meja tak siapa sudi pandang tu,boleh lah buat ..cepat jer habis.
Intinya boleh digunakan apa saja bahan yang ada di dapur seperti ayam,daging cincang,sosej atau telur.
Boleh juga di tambah sayuran seperti karot,capsicum,tomato.jagung ataupun cendawan.
Bahan di bawah mengikut versi saya .
Let's try buat

PIZZA IN CUP
Bahan
4 keping roti
2 biji telur
serbuk lada sulah
serbuk oregano
sosej
tomato
capsicum
mayonis


Cara membuatnya
  • Potong kecil kesemua bahan inti dan gaul dengan mayonis dan sedikit serbuk oregano
  • Ambil sekeping roti,tekan ke dalam acuan cupcake.
  • Masukkan bahan inti.
  • Kacau telur dan masukkan sedikit serbuk lada sulah.
  • Tuang ke dalam cawan roti,jika suka tabur keju mozarella di atasnya.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c sehingga bahagian atas kelihatan sedikti garing.
  • Bila sudah masak,boleh paipkan cili sos di atasnya jika suka.

Rabu, 19 Oktober 2022

JAGUNG MADU CHEESE

Assalam buat semua..
Jagung ni saya kirim kat kawan yang bercuti di Cameron baru-baru ini.
Dalam satu beg ada 8 tongkol jagung muda.
Nak tunggu rebus dan makan begitu saja,rasanya lambat habis.
Saya potong kesemua biji jagung dapat lah satu bekas.
Ok,lets try buat Jagung Cheese

JAGUNG MADU CHEESE

Bahan
8 tongkol jagung masak
Dried cranberry/kismis
Cheedar Cheese
Susu pekat manis
Butter
Sedikit garam

Cara membuatnya
  • Kukus isi jagung hingga masak.
  • Gaul dengan butter,susu pekat manis,cranberry dan garam.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai.
  • Parutkan keju cheedar di atasnya.
  • Boleh lah di hidangkan.

Selasa, 11 Oktober 2022

AISKRIM NEOPOLITAN HOMEMADE

Assalam buat semua
Hari ini saya nak kongsi satu resepi aiskrim homemade yang mudah sahaja.
Walaupun sekarang ni hari-hari hujan,aiskrim tidak di lupakan.
Azim minta diletakkan didalam bekas aiskrim yang telah habis untuk dapatkan feeling makan aiskrim yang di beli katanya.
Semalam Azim dah daftar masuk U
Tinggal lah aiskrim ni tunggu untuk di habiskan.
Let's try buat.

AISKRIM NEOPOLITAN HOMEMADE

Bahan
1 tin susu cair
2 sudu makan ovalette
2 sudu makan susu pekat manis(boleh tambah jika suka lebih manis)
1 sudu makan esen vanila
Pewarna pink,coklat
3 sudu makan milo

Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk adunan.
  • Putar dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan kental selama lebih kurang 15 minit.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian.
  • Masukkan pewarna pink dan kacau rata.
  • Masukkan pewarna coklat dan 3 sudu makan milo,kacu rata.
  • Satu lagi di biarkan warna asal.
  • Masukkan ketiga2 warna sedikit demi sedikit ke dalam bekas sesuai.
  • Tambahkan sehingga adunan habis.
  • Bekukan di dalan peti sejuk satu malam.
  • Esoknya dah boleh makan.

Jumaat, 30 September 2022

MOCHI


Assalam buat semua.
Kali ini saya belajar buat Mochi.
Ia adalah kuih kesukaan Azim.
Saya tidak pernah membuatnya  sebelum ini.
Walaupun resepinya mudah sahaja tetapi agak mecabar juga pada mulanya.
Setelah 3 kali buat baru lah menjadi dan puashati.
Intinya saya letak kacang merah
Let's try buat.

MOCHI
Bahan
1 1/2 cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
200 ml santan
Sedikit garam
Pewarna pilihan

Inti kacang merah-di bulat-bulatkan.
Sedikit tepung jagung-di sangai

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua tepung,esen vanila dan gula.
  • Tambahkan sedikut garam di dalam santan dan kacau rata.
  • Campurkan santan sedikit demi sedikit sambil di uli.
  • Uli hingga doh tidak lekat di tangan.
  • Bahagikan kepada  beberapa bahagian dan masukkan pewarna pilihan.
  • Panaskan pengukus dan kukus adunan hingga masak.
  • Bila sudah masak,sejukkan sebentar.
  • Ambil sedikit adunan dan leperkan.
  • Letak inti kacang dan bentukkan supaya ia jadi bulat.
  • Golekkan di dalam tepung jagung.
  • Buat sehingga habis.
  • Sedia untuk di makan.

Rabu, 31 Ogos 2022

SCONES

Assalam buat semua
 Saya cuba buat Scone di rumah sebab dah lama terliur nak makan.
Scone kat Cameron pula sampai ke hari ini tak sempat nak makan. 
Bahan-bahan pun mudah saja.
Scone ni ia sedap di makan masa panas-panas dengan jem strawberi.
Ok..let's try baking.

SCONE

Bahan
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar
1/2 cawan butter(lebih kurang 130 gm,)

Cranberri  dan coklat cip    saya tambah

Cara membuatnya
  • Ayak tepung untuk dapat tekstur gebu
  • Masukkan butter dan gaul kedua-dua bahna ini ingga jadi serbuk roti
  • Tuang susu sedikit demi sedikit .
  • Kalau suka manis sedikit,boleh lah tambah gula,esen vanila dan garam.
  • Masukkan cranberri dan coklat cip.
  • Bila dan gaul sebati(tidak boleh lama ),tekan sedikit adunan supaya rata.
  • Rehatkan doh selama 10 minit.
  • Alaskan baking paper di atas loyang .
  • Leperkan doh dan tekap dengan acuan bulat dan susun di atas loyang,jarakkan sedikit.
  • Kalau nak scone sedikit garing,satukan telur dan sedikit air dipermukaan scone.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 250'c selama 15 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Bla sudah masak,sejukkan dahulu.
  • Boleh lah di hidangkan.
  • Belah dua dan sapu jem strawberi.


Ahad, 31 Julai 2022

CREAM CHEESE BUTTER CAKE

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu lagi resepi Kek Mentega
Kek ini rasanya mewah sedikit kerana di tambah cream cheese
Jika ingin rasa kek mentega yang sedap,moist,jom kita buat
Let's try baking

CREAM CHEESE BUTTERCAKE

Bahan
200 gm mentega
200 gm cream cheese
200 gm gula
250 gm tepung gandum
5 biji telur A
1 sudu teh baking powder

Sedikit jem strawberi-hiasan

Cara membuatnya
•Putar mentega,cream cheese dan gula hingga sebati.
•Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus di putar.
•Putar adunan hingga kembang dan gebu.
•Tambah esen vanila.
•Ayak tepung gandum bersama baking powder.
•Kaup-balik tepung ke dalam adunan mentega.
•Alas loyang 8x8 dengan baking sheet.
•Paipkan jem strawberi diatas adunan kek untuk hiasan.
•Bakar dalam oven dengan suhu 160'c hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
•Bila masak,buka pintu oven sedikit dan biarkan sebentar kek di dalam oven.
•Jem strawberi akan kelihatan tenggelam sedikit di atas permukaan kek

Ahad, 19 Jun 2022

BANANA BREAD PUDDING


 Assalam buat semua..
Sekali -sekala dapat kongsi resepi di ruangan ini..
tidak sekerap dulu saya menulis di sini
Banyak perkara yang saya suka buat dahulu seperti melukis dan membaca pun sudah tidak sempat di lakukan sekarang.
betul lah masa itu ibarat emas...kerana ianya betul-betul berharga di saat ini.

jom main masak-masak
Anak-anak saya suka makan puding roti tapi syaratnya kena ada kuah.
Puding roti ini pun saya untuk citarasa sendiri dan di tambah pisang,ceri merah dan hijau dan juga coklat cip.
jika nak makan dengan sos kastard boleh lah di kurangkan gulanya.
Let's try buat.

PUDING ROTI PISANG/BANANA BREAD PUDDING 

Bahan
8 keping Roti Gardenia
4 biji pisang masak
3 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar gula
1/2 cawan kismis/coklat cip

Cara membuatnya
  • Potong kecil roti atau carik-carikkan dan ketepikan
  • Potong pisang kecil-kecil atau boleh juga di lenyekkan.
  • Masukkan telur,susu segar,esen vanila,kismis dan gula.Gaul sebati.
  • Masukkan pisang dan gaul rata.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan kismis/coklat  cip selebihnya .
  • Bakar dalam oven dengan suhu 175'c selama 20 minit atau sehingga masak.

Khamis, 26 Mei 2022

KEK GULUNG VANILA


 Assalam buat semua..
Kali ini saya kongsikan pengalaman membuat Kek Gulung.
Saya belajar membuatnya kerana anak-anak suka makan Kek gulung.
Kek gulung yang dibuat sendiri rasanya lebih sedap dan lebih dekat di hati.
Proses mengulung agak susah juga pada mulanya.
Akhirnya selepas beberapa kali membuatnya baru lah dapat rentaknya.
Ia boleh di pelbagaikan corak,rasanya dan juga bahan isian.
Boleh lah kalau nak buat untuk makan sendiri.
Let's try baking

KEK GULUNG VANILA

Bahan
70 gm.tepung gandum
1 sudu besar susu tepung 
       * disatukan dan di ayak.

3 biji telur gred A
60 gm.gula halus
60 ml.minyak jagung
2 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila

krim putar
jem blueberry atau strawberi filling.

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 150'c. Sediakan loyang swiss roll berukuran 7x10 inci.
  • Alas dengan kertas minyak,sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak.
  • Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati,kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan kelihatan pekat.
  • Tuang minyak dan gaul rata dengan spatula.
  • Tuang kesemua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar di dalam oven selama 20-20 minit bergantung pada oven  masing-masing.
  • Bila sudah masak,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit.
  • Terbalikkan kek atas plastik cling atau baking paper.
  • Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan jem atau krim putar.
  • Gulung perlahan-lahan dengan kemas.
  • Letak di dalam peti sejuk selama 4 jam dan boleh lah di potong.

Rabu, 13 April 2022

AYAM TIRAM THAI

 Assalam buat semua..
Selamat bertemu di Ramadan ke-11.
Banyak resepi tak sempat nak update.
Banyak masa seharian di habiskan di tempat bertugas,
dan sebelah petang pula cari juadah untuk berbuka.
Saya tidak memasak semasa berbuka,
sebaliknya bangun masak jam 0400 setiap hari untuk hidangan sahur.
Setiap hari makanan panas akan di tempah di kedai makan.
Ataupun di beli di Bazar Ramadan sahaja.
Ini masakan ayam yang saya buat semasa bersahur.
Let's try masak.

AYAM TIRAM THAI

Bahan sos
5 biji cili padi merah
5 ulas bawang putih
*di tumbuk

3 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis-ambil jus
Daun ketumbar

*Campur bersama bahan tumbuk

Ayam di gaul dengan garam.
1 sudu besar kicap manis.
5 sudu besar sos tiram

Ayam di bakar dengan suhu 200' selama 20 minit bergantung pada AF
masing-masing.
Curahkan sos di atas ayam
Sedia untuk di hidangkan.

Rabu, 9 Mac 2022

SAMBAL TUMIS TELUR

Assalam buat semua..
Sambal Tumis Telur ini saya buat untuk di makan dengan Nasi Lemak.
Saya gunakan telur gred C supaya senang untuk di ambil sebiji-sebiji.
Nak guna Telur puyuh boleh juga
Let'try masak

SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan
10 biji telur ayam gred C-di rebus
Cili kering kisar

Bahan kisar
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 inci belacan

1 biji bawang Bombay-potong bulat
Sos cili
Sos tiram
Sos plum
Air asam jawa
Gula dan garam
Serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar jus limau nipis

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak secukupnya dan masukkan bahan kisar .
2.Bila naik bau,masukkan cili kisar.
3.Tumis dengan api sederhana sambil di kacau sekali-sekala hingga cili masak.
4.Masukkan 1/2 sudu air asam jawa,serbuk cukup rasa,gula melaka
5.Kacau rata dan biarkan seketika.
6.Masukkan Sos cili,Sos tiram,Sos plum dan jus limau nipis.
7.Sesuaikan rasanya,tambah garam jika perlu.
8.Akhir sekali,masukkan telur rebus,biarkan seketika supaya telur sebati dengan kuah tumisan.
9.Tambahkan potongan bawang Bombay.
10.Boleh lah di hidangkan bersama nasi.

Selasa, 1 Mac 2022

KEK KAROT

Assalam buat semua.
Kek Karot ini mengikut resepi dari blog.Azie Kitchen.
A keeper resipi untuk saya.
Sangat sedap dan moist kek ini serta menepati citarasa sendiri.
Kek yang di buatcsendiri ni ada sentimental value dia sendiri
Walaupun tidak sehebat kek jenama  branded.
Mudah sahaja cara membuatnya dan ringkas.
Let's try buat

KEK KAROT

Bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gm.gula kastor
120 gm.gula perang
250 gm.tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan walnut-panggang seketika dan cincang kasar
2 cawan karot-parut kasar
1 cawan kismis

Cara membuatnya
1.Putar telur dan gula hingga kembang.
2.Masukkan minyak dan putar lagi.
3.Ayak dan satukan tepung gandum,baking soda,serbuk kayu manis,
dan garam.
4.Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus di putar.
5.Masukkan karot,walnut dan kismis.Kacau rata dengan spatula sahaja.
6. Tuangkan ke dalam acuan yang telah di lapik baking paper.
7.Bakar selama 45 minit dengan suhu 170'c bergantung pada oven masing-masing. 
8. Bila sejuk,sapukan cream cheese dan hias mengikut kreativiti masing-masing.




 

Ahad, 20 Februari 2022

SPAGHETTI BOLOGNESE


Assalam buat semua..
Sekali-sekala saya masak Spaghetti untuk anak-anak.
Selalu ada permintaan untuk Spaghetti Aglio Olio.
Tapi kali ini saya tukar menu pula
Mujur ia juga menjadi kesukaan walaupun di masak ikut versi saya.
Yang penting ia sedap dan memenuhi citarasa kita.
Let's try buat.

SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan
1 paket Spaghetti
Sedikit minyak

Bahan untuk Sos Bolognise
250 gm.daging kisar
6 biji bebola sotong/daging
1 tin Sos Prego Bolognese tradisional
2 biji bawang Holland-potong kiub
5 ulas bawang putih-cincang
1 biji karot--potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
1 tin cendawan butang-hiris nipis
3 sudu besar sos tomato
1 kiub pati daging
Sedikit air rebusan pasta
Italian herbs
Serbuk lada hitam

Cara sediakan pasta
1.Panaskan air sampai mendidih,masukkan garam,rebus Spaghetti.
2.Kacau Spaghetti supaya tidak melekat.
3.Rebus sampai pasta lembut tapi tak terlebih kembang,tapis dan gaulkan dengan minyak. Ketepikan.

Cara buat Sos Bolognese
1.Panaskan sedikit minyak zaitun,tumiskan bawang holland dan masukkan bawang putih.
2.Masukkan daging kisar dan bebola sotong/daging dan kacau.
3.Masukkan cendawan dan karot.
4.Masukkan sedikit serbuk black pepper dan kiub pati daging.
5.Tambahkan tomato dan kacau rata.
6 .Masukkan Sos bolognese ,sos tomato dan air rebusan pasta secukupnya.
7.Tambah garam,italian herbs secukupnya dan sesuaikan rasanya.
 8.Kalau rasa masam boleh tambah sedikit gula.
9.Hidangkan bersama spaghetti.

Sabtu, 15 Januari 2022

WANTAN GORENG

 Assalam buat semua.
Saya cuba buat Wantan goreng,sedap di cicah bersama sos.
Resepinya dari K Wan@Citarasawan.
Sesuai di makan sebagai makanan kudapan. 
Let's try buat.

1 paket kulit wantan

Bahan isian
150 gm.isi ayam cincang
100 gm.isi udang cincang
3 keping cendawan hitam-hiris nipis
2 sudu besar karot cincang
2 sudu besar daun bawabg hiris
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil kicap cair
1/4 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil tepung jagung.

Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan isian dan gaul rata,Perap sebentar selama 15 minit .
  • Letak 1 sudu kecil isian di tengah kulit wantan.Sapu air di sekeliling tepinya.
  • Lekatkan dan bentukan mengikut suka.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas hingga perang.
  • Toskan minyak dan sedia untuk di hidangkan.