Jumaat, 30 Jun 2023

SPONGE MILKY CHOCOLATE CAKE

 

Assalam buat semua..
Hari ini,Hari Raya Aidil Adha ke-2.
Ibadah korban masih diteruskan.
Jemputan makan di beberapa tempat dengan kenduri lagi,jalanraya pun sedikit sesak.
Begini lah selalunya di Kelantan.
Disini,daging korban sebahagiannya di masak Singgang dan di buat Daging goreng kunyit.
Kemudian dijemput sanak saudara dan kenalan datang makan-makan
Raya keluarga kecil saya sederhana saja,tidak meriah.
Habis tugas malam jam 0700,hidang sedikit makanan di meja,selesai makan,saya tidur.
Kek Coklat ni dibuat 2 hari sebelum raya
Buat awal tak kalut😊
Let's try baking.

SPONGE MILKY CHOCOLATE CAKE
Sumber:Resepi Azlina Ina.Tenkiu🥰

Bahan
5 biji telur gred B
1 sudu besar ovalette
2 cawan gula halus(200gm.)
2 cawan Tepung naik sendiri(200gm)
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu kecil creamy vanila
1/4 cawan(60gm.)susu kotak coklat

1/2 cawan mentega cair atau
70 ml.minyak jagung

Cara membuatnya
.Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengadun(mixer)kecuali mentega cair
.Adun dengan kelajuan rendah dahulu
.Dah sebati semua bahan,tukar kelajuan tinggi
.Putar sehingga warna adunan dari dark brown bertukar warna ke soft brown bergantung kepada mixer masing-masing.
.Matikan mixer
.Kaup-balik mentega cair kedalam adunan sampai rata.
.Panaskan oven dan alas loyang bulat size 6 inci dengan baking paper(saya guna loyang 4 segi)
.Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan ratakan.
.Hentakkan loyang sedikit.
.Bakar dengan suhu 170'c selama 45 minit bergantung pada oven masing-masing(oven saya 140'c)
.Bila sudah masak terbalikkan diatas papan kek.
.Jika suka boleh dihias dengan krim coklat

Hiasan
Saya guna krim putar yang  dicampur serbuk koko dan coklat emulco.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan