Khamis, 9 November 2023

KEK PUDING KARAMEL COKLAT

Assalam buat semua..
Kek Puding Karamel ada dua jenis-Kek Puding Karamel Pelangi dan Kek Puding Karamel Coklat.
Dua-dua pun saya suka tapi anak-anak lebih suka yang coklat
Hari ini saya buat yang coklat untuk anak-anak
Let's try baking

KEK PUDING KARAMEL COKLAT

Lapisan Karamel
3-4 sudu besar gula pasir

Lapisan Karamel
1 tin sudu cair
3 biji telur
1/3 cawan gula pasir
3 sudu besar Susu pekat manis
2 keping roti-buang tepinya
1 sudu kecil Esen vanila
Sediki garam

Lapisan Kek Coklat kukus
1 cawan gula
3 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1/2 cawan Susu pekat manis
Sedikit garam

Cara membuatnya
Lapisan karamel
1.Panaskan gula dalam kuali hingga jadi gula hangus/karamel
2.Tuangkan kedalam loyang kek dan ratakan.Ketepikan.

Lapisan puding
3.Panaskan pengukus hingga air mendidih.
4.Masukkan kesemua bahan lapisan puding ke dalam blender dan kisar kesemuanya hingga sebati.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi lapisan karamel.
6.Tutup loyang dengan plastik/aluminium foil untuk elak air menitis diatas adunan semasa mengukus
7.Kukus sehingga masak

Lapisan Kek Coklat
8.Ayak tepung,serbuk koko dan soda bikarbonat 
9.Putar telur dan gula hingga gebu,masukkan Susu pekat manis,minyak,esen vanila,garam dan putar lagi
10.Guna low speed,masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.
11.Akhir sekali tambahkan air panas ke dalam adunan dan gaul rata dengan spatula sahaja
12.Tuang adunan Coklat perlahan-lahan ke atas lapisan puding
13.Tutup loyang dan kukus semula hingga masak.
14.Bila sudah masak,sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari loyang.

Rabu, 4 Oktober 2023

ROTI BABY HORN CARBONARA

Assalam buat semua,
Kali ini ada lagi roti yang tidak di makan-makan😅
Lebih baik dibuat sesuatu supaya  cepat habis
Dah siap buat,memang betul lah cepat habis,sampai tak cukup pula
Intinya terpulang lah pada citarasa sendiri
Contohnya tuna,sardin,sosej,ayam ataupun salad buah.
Let's try buat

ROTI BABYHORN CARBONARA

Bahan
Roti sandwich
telur
breadcrumb
*dalam foto saya tidak guna breadcrumb

Daun salad untuk hiasan

Cara membuatnya
1.Gelek roti dengan kayu penggelek.
2.Buat bentuk kun dan lekatkan tepinya(guna tepung gandum bancuh dengan air)
3.Buat sampai habis
4.Celup dalam telur,salut breadcrumb kemudian goreng api kecil
5.Ketepikan.

Cara buat intinya
1 tin Sos Carbonara ayam cendawan
1/4 batang karot-di parut
1 labu bawang holland
2 ulas bawang putih

1.Cincang bawang dan tumis sampai naik bau.
2.Masukkan karot dan sos carbonara
3.Kacau rata dan buat sedikit kering.Tidak tambah perasa sebab sos carbonara suah dikira sesuai rasanya.
5.Letak daun salad dan sudukan inti ke dalam kun. Buat sampai habis
6.Paipkan sos cheese jika suka
7.Sedia untuk di hidangkan

Jumaat, 1 September 2023

KOREAN GARLIC BREAD

Assalam buat semua..
Agak kerap juga saya buat roti ini di rumah sebab ada peminatnya🥰
Saya tak buat pun rotinya tapi menggunakan roti vanila readymade
Satu paket roti ada 10 biji ,puas la makan,
lagipun rotinya tidak lah besar sangat.
Heaven la makan roti ni,sedap sangat☺
Let's try buat

KOREAN GARLIC BREAD
Bahan
10 biji roti vanila kosong
250 gm cream cheese
2 sudu besar susu pekat manis

Sos garlic
bawang putih-cincang halus
100 gm.mentega-cairkan
1 biji telur
parsley-cincang(saya guna dried parsley)

Cara membuatnya
1.Potong roti di tengah,jangan sampai putus.
2.Kacau rata semua bahan sos garlic.
3.Pukul cream cheese dan susu pekat manis hingga bergaul rata.
4.Masukkan ke dalam piping bag.
5.Paipkan cream cheese ke dalam belahan roti.
6.Buat sampai habis dan susun dalam loyang.
7.Sapukan sos garlic rata-rata keatas semua roti.
8.Taburkan dried parsley.
9.Bakar dalam oven pada suhu 150'c sehingga permukaan roti sedikit garing.
10.Sedia untuk dihidangkan.

Ahad, 20 Ogos 2023

PIE TEE

Assalam buat semua..
Ini adalah salah satu dari makanan kesukaan saya
Berkali-kali saya cuba membuatnya sendiri
Mula-mula buat dulu,kulitnya jadi tebal dan keras ,masuk tong akhirnya
Resepinya ringkas sahaja tetapi teknik membuatnya amat penting untuk hasilkan kulit yang nipis dan rangup
Intinya boleh dipelbagaikan ikut kesukaan sendiri
Ok,let's try buat.

PIE TIE
Bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan air
1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

inti
karot
sengkuang
telur/ayam
sos cili thai
*semua sayuran di parut halus
*telur digoreng hancur

Cara membuatnya
1.Satukan semua bahan dan kacau rata.
2.Panas minyak untuk goreng terendam.
3.Bila minyak sudah panas,celup acuan Pie Tie ke dalam minyak.
4.Kemudian celup acuan perlahan-lahan ke dalam adunan Pie Tie tadi
5.Masukkan ke dalam minyak semula dan goreng hingga garing.
6.Boleh tengok caranya di Youtube untuk lebih mudah di fahami
7.Toskan minyak dan buat sampai habis
8.Cara makan-isi inti ke dalam Pie Tee,letak sos dan boleh lah dimakan.

Sabtu, 19 Ogos 2023

ROTI POKET

Assalam buat semua..
Roti poket ini saya buat demi menghabiskan stok roti yang hampir tamat tarikhnya.
Buat bekal ke tempat bertugas,
buat makan-makan untuk orang yang tiba-tiba lapar pada waktu malam😂
Let'try buat

ROTI POKET
Bahan
10 keping roti sandwich
1 biji telur 
serbuk roti secukupnya

intinya
isi dada ayam cincang
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato
kubis-potong halus
daun salad

sos tiram
sos tomato
1/2 kiub pati ayam
mayones
cukup rasa Maggi

Cara membuatnya
1.Bawang besar dan bawang putih dicincang halus
2.Tomato dipotong kiub
3.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang hingga naik baunya
4.Masukkan isi ayam cincang,biarkan ayam masak
5.Masukkan kiub pati ayam,sos cili,sos tiram.
6.Masak hingga inti sedikit kering.
7.Masukkan kubis dan kacau sebentar
8.Sesuaikan rasanya kemudian boleh lah diangkat.

9.Panaskan minyak dengan api sederhana
10.Ambil 2 keping roti,celup dalam telur kemudian golekkan dengan serbuk roti
11.Goreng hingga warna keperangan,roti akan kelihatan mengelembung..
12.Roti dipotong dua dan masukkan daun salad.
13.Masukkan intinya dan paipkan mayones.
14.Buat sehingga habis,sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 12 Julai 2023

BASQUE BURNT CHEESE CAKE


 Assalam buat semua..
Hari ini saya tidak bertugas di hospital
Boleh masuk dapur cuba resepi...healing  time for me🥰
Dah lama anak saya minta buatkan Cheese cake ni
Tapi itu lah tangguh punya tangguh,hari ini baru jadi
Mudah saja cara buatnya
This is the one of best ever Cheese cake for my taste😍
Let's try baking

BASQUE BURNT CHEESE CAKE
Resepi:Khairul Aming

Bahan
250 gm.Cream cheese
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan gula kastor(saya guna 1/4 cawan) 
sedikit garam

Cara membuatnya
1.Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar 
2.Kisar hingga adunan jadi licin dan tidak berketul.
3.Masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper(saya guna loyang saiz 6"
4.Bakar dalam oven dengan suhu 150'c selama 45minit-1jam atau sehingga masak ikut jenis oven masing-masing.
5.Jika bahagian atas tidak kelihatan sedikit hangus/burnt,boleh tambah masa membakar sedikit lagi.

Jumaat, 30 Jun 2023

SPONGE MILKY CHOCOLATE CAKE

 

Assalam buat semua..
Hari ini,Hari Raya Aidil Adha ke-2.
Ibadah korban masih diteruskan.
Jemputan makan di beberapa tempat dengan kenduri lagi,jalanraya pun sedikit sesak.
Begini lah selalunya di Kelantan.
Disini,daging korban sebahagiannya di masak Singgang dan di buat Daging goreng kunyit.
Kemudian dijemput sanak saudara dan kenalan datang makan-makan
Raya keluarga kecil saya sederhana saja,tidak meriah.
Habis tugas malam jam 0700,hidang sedikit makanan di meja,selesai makan,saya tidur.
Kek Coklat ni dibuat 2 hari sebelum raya
Buat awal tak kalut😊
Let's try baking.

SPONGE MILKY CHOCOLATE CAKE
Sumber:Resepi Azlina Ina.Tenkiu🥰

Bahan
5 biji telur gred B
1 sudu besar ovalette
2 cawan gula halus(200gm.)
2 cawan Tepung naik sendiri(200gm)
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu kecil creamy vanila
1/4 cawan(60gm.)susu kotak coklat

1/2 cawan mentega cair atau
70 ml.minyak jagung

Cara membuatnya
.Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengadun(mixer)kecuali mentega cair
.Adun dengan kelajuan rendah dahulu
.Dah sebati semua bahan,tukar kelajuan tinggi
.Putar sehingga warna adunan dari dark brown bertukar warna ke soft brown bergantung kepada mixer masing-masing.
.Matikan mixer
.Kaup-balik mentega cair kedalam adunan sampai rata.
.Panaskan oven dan alas loyang bulat size 6 inci dengan baking paper(saya guna loyang 4 segi)
.Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan ratakan.
.Hentakkan loyang sedikit.
.Bakar dengan suhu 170'c selama 45 minit bergantung pada oven masing-masing(oven saya 140'c)
.Bila sudah masak terbalikkan diatas papan kek.
.Jika suka boleh dihias dengan krim coklat

Hiasan
Saya guna krim putar yang  dicampur serbuk koko dan coklat emulco.

Selasa, 6 Jun 2023

PRAWN PARATHA


 Assalam buat semua..

Resepi simple sahaja,idea dari Superdaddy-Khairul Abdullah.
Intinya boleh letak apa saja bahan yang ada di dapur.
Mudah dan sesuai buat penghilang lapar malam-malam.
Let's try buat.

PRAWN PARATHA
Bahan
1 keping roti paratha
2-3 sudu sour cream/plain yogurt
5-7 ekor udang-dibuang kulit
3-5 biji tomato ceri-belah 2
1/4 bijibawang besar
sedikit potongan cili
sedikit daun ketumbar
sedikit sos cili Thai

Cara membuatnya
1.Keluarkan roti paratha frozen,letak atas baking paper.Biarkan lembut dan tidak sejuk.
2.Dah lembut elok,sapukan sour cream dan ratakan.
3.Letak udang,bawang,cili dan tomato.
4.Masukkan ke dalam oven-180' selama 10-15minit ataupun guna Air Fryer.
5.Hidangkan dengan taburan daun ketumbar renjisan sos cili Thai.

Selasa, 28 Mac 2023

PUDING KASTARD JAGUNG


 Assalam buat semua..
Hari ini,Ramadan ke-6
Saya hanya masak pada waktu sahur  sahaja.
Makan berhidang dengan nasi putih dan lauk yang ringkas.
Waktu berbuka biasanya beli nasi bungkus sahaja.
Kuih atau pemanis mulut sejenis sahaja,dibuat dan kadang-kadang dibeli
Kali ini saya kongsi resepi Puding Jagung yang cukup mudah untuk membuatnya.
Let's try masak.

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan
1 tin corn cream
1 tin corn kennel
1 tin susu cair
6 cawan air
1 cawan santan
300 gm.tepung Bird's kastard
gula dan garam-secukup rasa
daun pandan.

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan didalam periuk.
  • Letak atas api sederhana sambil terus di kacau.
  • Bila hampir pekat,nampak sedikit berkilat,keluarkan daun pandan tadi.
  • Bila mendidih-ada letusan kecil,bolehlah di angkat.
  • Sejukkan dalam bekas sesuai.

Sabtu, 18 Februari 2023

KEK MENTEGA MARBLE


Assalam buat semua..
Kek mentega marble ni selalu saja saya buat kat rumah.
Kek ni tak jemu di makan kerana ianya seperti kek marjerin versi dulu-dulu.
Lukis corak kesukaan diatas untuk cantikkannya.
Let's try baking

Kredit to Azlina Ina

KEK MENTEGA MARBLE

Bahan
200 gm.tepung naik sendiri
6 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu segar
3 sudu besar susu tepung
170 gm.gula kastor

150 gm.mentega-cairkan

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan kecuali mentega ke dalam pemutar.
  • Putar dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 5 minit hingga adunan gebu dan kelihatan putih.
  • Masukkan mentega cair dan kaup-balik hingga rata.
  • Ambil sedikit adunan dan letak pewarna pilihan.
  • Alas loyang 9x9 dan masukkan adunan kek.
  • Letak adunan yang berwarna diatas dan buat corak pilihan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 50-60 minit bergantung oada oven masing-masing.
  • Bila masak,terbalikkan diatas jaringan petak-petak.
  • Hias dengan coklat cip.

Selasa, 10 Januari 2023

MAKARONI GORENG


 Assalam buat semua..

Hari ini saya kongsi satu lagi resepi makaroni kesukaan anak-anak.
Resepinya ringkas sahaja,ikut versi sendiri,sesedap dan secukup rasa.
Saya buat untuk hidangan makan malam,cukup lah untuk hari ini,tidak perlu makan nasi dah.
Let's try buat


MAKARONI GORENG

Bahan
1 paket makaroni 250 gm.
isi ayam-cincang
2 sudu besar cili kisar
bawang besar-dadu kecil
bawang putih-cincang
sayur kubis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
serbuk cukup rasa Maggie
garam 


Untuk hiasan
bawang goreng
hirisan daun sup
cili hijau

Cara membuatnya
  • Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat,toskan air. 
  • Dalam kuali,panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga ayam sedikit kering airnya.
  • Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,pati ayam dan serbuk cukup rasa,garam dan gaul rata.
  • Masukkan makaroni yang di rebus ke dalam kuali dan gaul rata.
  • Masukan sayur dan biarkan sebentar. Jangan terlalu lama kerana sayur akan jadi lembik.
  • Bila semua rasa sudah sebati ,masukkan ke dalam bekas,taburkan bawang goreng dan cili potong.

Sabtu, 7 Januari 2023

KEK CAWAN PANDAN

Assalam buat semua..
Selamat tahun baru 2023
Semoga Allah kurniakan rezeki kesihatan dan masa lapang yang lebih baik di tahun ini.Aamiin.
Jom buat Kek Cawan Pandan
Sedap juga makan dengan secawan Nescafe.

KEK CAWAN PANDAN

Bahan
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
     -diayak bersama-

125 gm.mentega
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm.gula kaster
2 biji telur A

75 gm.santan campur 25 gm.air perahan daun pandan
1/4 sudu teh garam
pewarna hijau

Cara membuatnya
•Putar mentega,gula hingga kembang dan gebu.
•Masukkan telur satu persatu sambil terus di putar.
•Masukkan esen vanila dan pewarna hijau.
•Kaup-balikkan tepung selang seli dengan santan sampai habis.
•Masukkan ke dalam acuan cawan kertas,isi 3/4 penuh.
•Tabur bahan hiasan jika suka.
•Bakar dalam oven dengan suhu 160`c selama 25-30 minit bergantung pada oven masing@masing.
•Bila masak,sejukkan.Boleh juga di paipkan krim di atasnya.