- Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi awas, jangan makan terlalu banyak kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang mahu merendahkan tahap kolesterol.
- Kulit telur berwarna putih dan coklat kerana perbezaan baka ayam. Perbezaan warna pada merah telur pula adalah disebabkan perbezaan jenis makanan yang dimakan oleh ayam.
- Ruang udara kecil di dalam setiap butir telur menjadi lebih besar mengikut usia telur. Jadi kita boleh menjalankan ujian ringkas untuk mengenal pasti sama ada telur itu baru atau lama.
- Caranya, rendam telur (yang belum dimasak) di dalam segelas air; telur yang mendap ke bawah adalah baru, manakala yang condong, agak lama. Jika mengapung, bermakna telur itu tidak elok lagi.
- Simpan telur dengan penjuru lebih tajam ke bawah, dan jauh daripada makanan-makanan yang berbau seperti ikan atau bawang kerana ia menyerap bau.
- Sekiranya telur retak semasa merebus, masukkan sedikit garam atau cuka di dalam air rebusan untuk mengelak isinya terkeluar.
- Untuk mengelak bahagian luar merah telur menjadi kebiruan apabila direbus, letakkan telur yang telah masak di bawah air paip, ketuk sedikit, dan biarkan sejuk.
- Kulit telur mempunyai liang yang menyerap bahan asing, termasuk bakteria. Jika telur direndam atau dibasuh terlalu lama, liang-liang itu akan mengembang dan memudahkan bakteria masuk, terutama jika telur kotor.
- Jika ayam diternak dalam persekitaran kotor, ia akan dijangkiti penyakit dan bakteria seperti Salmonella, yang boleh dibawa melalui telurnya.
- Bakteria dalam telur mati apabila telur dimasak pada suhu tinggi. Jadi, telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella.
- Maka golongan berisiko seperti orang tua, mereka yang berpenyakit dan wanita hamil patut mengelak daripada makan telur mentah atau separuh masak.
Foto:Cik Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan