Salam bahagia buat semua..
Wordless...........
MUFFIN APPLE CRUMBLE
Sumber:dapur tanpa sempadan.
Bahan-bahan
Untuk crumble
- 1/2 cawan tepung gandum
- 60 gm mentega, dadu kecil dan sejukkan
- 1/4 camca teh garam halus
- 1/4 cawan gula pasir kasar
- 2 sudu besar nestum(saya tambah)
Cara membuatnya
- Campurkan semua bahan.
- Dengan menggunakan jari,gaulkan bahan dengan hujung jari menjadi serbuk roti.Ketepikan.
Bahan-bahan muffin
- 1 3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 1 sudu teh baking powder
- 1/3 cawan gula halus
- 75 gm. mentega cair
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3/4 cawan susu segar
- 2 biji epal hijau, buang kulit dan empulur - dadu sederhana besar
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 200'C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya.
- Dalam satu bekas, gaul rata tepung naik sendiri, baking powder dan gula halus.Ketepikan. Dalam bekas lain, satukan mentega, telur, susu dan esen vanila, kacau rata dengan whisk.
- Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas yang telah disiapkan tadi 3/4 cawan penuh.
- Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan-tekan sikit. Bakar selama 25min.atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan