Khamis, 28 Jun 2012

DRAGON FRUIT JUICE

Salam bahagia buat semua..
Nama melayunya adalah Jus Buah Naga/Jus Pitaya.Nama buah naga bukan main hebat lagi sebab tu bila di buat jus rasanya juga hebat.Sejuk saja bila masuk ke perut(tak panas macam naga!)
 
DRAGON FRUIT JUICE
Sumber:kak rose@my kuali

Bahan-bahan
  • 1 biji buah naga merah
  • 1 1/2 sudu besar gula pasir (atau ikut manis)
  • 3 cawan air masak
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 3 titik esen vanilla
  • Ais kiub secukupnya
  • hiasan-buah strawberi/pilihan
*saya tambah 1 sudu besar susu pekat manis.

Cara membuatnya
  • Buah naga dibelah 4, ambil isinya dan masukkan ke dalam pengisar bersama gula dan air. 
  • Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk.sedapnyaaaa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan