Salam bahagia buat semua..
Sudah lama saya tidak menulis karangan.Hari ini ringan tangan pula nak tulis pasal kek keju yang menjadi pujaan hatiku.
Bercerita tentang keju,ada pelbagai jenis keju dengan pelbagai jenama di pasaran.Ada yang begitu keras,ada separa keras,ada separa lembut yang di panggil krim keju/cream cheese.Keju ini paling sesuai di jadikan sebagai kek.
Bahan kek keju
Dalam penyediaan kek keju ini,mula-mula sekali kita mestilah mempunyai bahan alas atau dasar kek.Ia melindungi kek dari tumpah keluar.Bahan alas yang biasa di gunakan ialah biskut yang telah di hancurkan dan di campurkan dengan mentega.
Senang cerita,macam kita buat doh pai,bahan alas ini di letakkan di bahagian bawah acuan kek atau loyang kek/spring form.Kemudian barulah krim keju di pukul dengan gula kastor sehinga kembang.
Selain daripada bahan utama tadi,bahan-bahan tambahan juga perlu bagi memberi kemamtapan serta rasa pada kek tersebut.Di antara bahan-bahan itu adalah jus lemon atau jus oren,sagatan kulit limau,esen vanila ,krim putar,tepung jagung,mentega,kuning telur dan meringue.
Jus lemon atau jus oren,esen vanila adalah berperanan dalam menambahkan aroma rasa kek keju.Krim putar di gunakan dalam menambahkan kandungan kek serta menjadikan ia lebih berkrim lagi .Mentega dan telur kuning digunakan untuk melembutkan struktur kek di samping memberi warna pada kek.
Bahan terakhir sekali yang biasa di gunakan ialah meringue.Tujuan ia di gunakan ialah untuk memberi keringanan di sebabkan kek keju sebenarnya berat.Jadi meringue bertindak sebagai bahan peringan dan penaik.
Cara memeriksa kek keju masak atau tidak.
- Menyucuk di bahagian tengah kek dengan lidi.Sekiranya kurang melekat bermakna kek sudah masak.
- Kek akan kelihatan lekang dari tepi bingkai loyang.
- Kek akan mengecut sedikit dan terdapat sedikit rekahan di bahagian tengah permukaan kek.
Setelah masak,anda boleh menyapu permukaan kek dengan jem agar kelihatan berkilat.Sekiranya hendak di aisingkan,tidak payahlah menyapu glaze/ jem.
Kek keju perlu di sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari loyang.Dalam proses menghias kek keju,ada orang suka menggunakan krim coklat,krim putar dan krim mentega.
Sebagai sejenis kek lembut yang menggunakan krim keju,ketahanananya terhadap kepanasan adalah kurang jika di bandingkan dengan kek mentega dan kek buah-buahan.Kalau ingin membawanya ke tempat yang jauh,eloklah di letakkan di dalam kotak steoroform yang di isi dengan air batu.
Sebenarnya ada banyak jenis kek asas keju ini yang di buat ala Jerman ,Itali ,Swiss dan yang paling popular ala Amerika dan begitu mudah untuk di ikuti.Cuma kita boleh mengubah- suainya mengikut selera kita di sini seperti kek keju mangga ,durian,labu,strawberi dan sebagainya.
Kek keju yang paling popular sekali di seluruh dunia ialah Tiramisu.
Gambar:ehsan Cik Google
Sumber:Majalah Saji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan