Saya selalu sahaja buat muffin untuk anak-anak.Kebetulan bahan-bahan untuk buat muffin sentiasa sahaja ada kat dapur.Membuatnya pun mudah dan sekejap sahaja.Makan pun sama,sekejap sahaja dah habis sambil-sambil dok tengok TV tu.
BANANA CHOCOLATE MUFFIN
Resepi:Chef Wan
Sumber:Damai Qalbu>Thanks Rohah.
Bahan-bahan
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang saya guna 3/4 cawan
1 biji telur
1 cawan pisang-di lecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
Untuk hiasan
pisang-potong bulat-tak letak
chocolate chips
Cara membuatnya
- Pukul mentega dan gula hinga kembang.Masukkan telur dan pisang,gaul sebati.
- Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan ke dalam adunan mentega.
- Masukkan tepung dan garam ke dalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
- Sendukkan aduann ke dalam loyang muffin.Hiaskan di atas adunan dengan pisang yang di potong bulat dan taburkan chocolate chips.
- Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit atau sehingga masak.
salam kak su..
BalasPadamcantik dan gebu mufin pisang tu..sedap ni makan sambil minum petang.
Macam biasa la gila buat kek pisang yang tentunya sedap!
Padam