Ahad, 27 Julai 2014

KEK KAROT NANA

As-Salam buat semua.....
Pertama sekali saya ingin megucapkan selamat menyambut 1 Syawal esok buat semua teman-teman blogger.Terimakasih di ucapkan di atas segala perkongsian resepi di sini yang memberi banyak manfaat untuk semua.
Resepi hari ini ialah Kek karot Nana dari blog Kak Azie.Sudah beberapa kali saya cuba buat Kek karot tetapi biasanya tidak menjadi seperti yang di harapkan.Ok.. sekarang dah jumpa resepi yang melekat di hati dan akan sentiasa gunakan resepi ini untuk buat Kek karot lagi.Tekstur kek lembap dan gebu sungguh enak bila di gabungkan dengan cream cheese.

KEK KAROT NANA
Resepi:aziejaya.blogspot.com/.Thanks

Bahan-bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gm gula kastor    saya letak 90 gm
120 gm gula perang   saya letak 90 gm
100 gm walnut
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream cheese
120 gm gula 
250 gm cream cheese
120 gm unsalted butter
*semua bahan di campur dan di pukul sampai kembang

Cara membuatnya
  • Pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkan minyak,kacau rata.
  • Ayak tepung gandum dan baking soda bersama.Masukkan ke dalam adunan dan juga serbuk kayu manis dan garam.
  • masukan karot, walnut dan kismisT.tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang telah di griskan dan di lapik .
  • Bakar selama 45 minit pada suhu 180'c.
  • Bila masak,sejukkan dahulu sebelum di sapu/paipkan dengan topping cream cheese.Saya juga taburkan keju parut di atasnya dan sedikit coklat urai sebagai hiasan.



Sabtu, 26 Julai 2014

BROWNIES KEJU

As-Salam buat semua...
Hari ini saya postkan satu lagi resepi  brownies, manalah tahu ada sesiapa yang nak buat brownies pada hari raya nanti boleh cuba buat Brownies keju ni.Untuk hari raya pula saya dah siapkan awal-awal lagi semua persediaan untuk menyambut 1 syawal kerana saya bertugas dari raya pertama hingga raya ke-tiga tahun ini.Sungguh sadis campur sedih...

BROWNIES KEJU
Resepi:norzailina.blogspot.com/.Thanks

Bahan lapisan coklat(bawah)
110 gm coklat masakan -di potong
90 gm mentega
2 biji telur
100 gm gula kastor   saya letak 60 gm
60 gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanila
40 gm gajus panggang -di cincang

Bahan lapisan keju(atas)
30 gm mentega
80 gm cream cheese
30 gm gula kastor
1 biji telur
40 gm tepung gandum
2 sudu besar susu segar
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Alas dasar tin 18x18 cm dengan kertas kalis minyak.Lengserkan dengan marjerin.
  • Cairkan coklat dengan mentega secara double-boiler.Ketepikan dan biarkan sejuk
  • Pukul telur hingga kembang.Masukkan gula,pukul sebati.
  • Campurkan tepung naik sendiri.
  • Masukkan coklat,esen vanila dan gajus.Ketepikan sebanyak 2 sudu besar.
Untuk lapisan keju
  • Pukul mentega dan cream cheese.
  • Bila sebati,masukkan gula dan pukul lagi.
  • Campurkan telur,tepung dan esen vanila.
  • Ratakan adunan coklat ke dalam tin.Tuangkan adunan keju.
  • Sudukan baki adunan coklat dan lorekkan menjadi corak marble.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Rabu, 23 Julai 2014

TART NENAS GULUNG

 As-Salam buat semua...
Biskut yang wajib ada di rumah ini pada hari raya ialah Tart nenas tak kira apa pun bentuknya.Tahun ini saya cuba buat Tart nenas gulung pula.Dua kali saya buat,resepi pertama ia agak keras hingga jari-jari saya kebas selama satu hari menekan acuannya.Ok.. ini pula saya cuba resepi yang kedua..practise make perfect.Bolehlah memuaskan hati sendiri yang tak pernah buat Tart nenas gulung sebelum ini.

TART NENAS GULUNG
Resepi:resipi.net:Baya.thanks.

Bahan-bahan
1 cawan mentega/226 gm pada suhu bilik
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
20 gm gula kastor
40 gm tepung jagung
50 g tepung kastard
20 gm susu tepung
240 gm tepung gandum

Hiasan
1 biji kuning telur campur dengan pewarna kuning untuk sapuan
jem nenas secukupnya-bulat-bulatkan(saya guna yang ready-made

Cara membuatnya
  • Sebatikan telur,gula dan esen vanila.
  • Masukkan tepung gandum,tepung jagung,tepung kastard dan susu tepung.Gaul sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan tart gulung dan tekan keluar,letak jem nenas dan gulung.
  • Sapu dengan kuning telur di atas tart nenas(saya tidak campurkan dengan warna kuning)
  • Bakar dengan suhu 170'c selama 15-20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
**jika adunan ini melekit di tangan boleh ditambah sedikit tepung.

Isnin, 21 Julai 2014

PUDING COKLAT

As-Salam buat semua..
Puding coklat buat berbuka...puding yang mudah sahaja ,sedap di makan sejuk-sejuk.Saya gunakan susu cair untuk kuahnya di tambah dengan sedikit locong berwarna kuning sebagai hiasan.

PUDING COKLAT
Resepi:Suzaina Yahaya/Majalah Saji september 2010

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
200 gm gula (saya letak gula ikut kemanisan sesuai)
650 ml air
10 gm serbuk agar-agar
1 sudu tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
1/2 tin susu cair
1 biji telur

Cara membuatnya
  • Masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
  • Kemudian satukan telur,tepung kastard,susu cair,mentega,esen vanila dan serbuk koko.Pukul sedikit agar ianya sebati.
  • Selepas itu,masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi dan kacau rata.di atas api perlahan hingga mendidih.
  • Tapiskan dan masukkan ke dalam acuan pilihan dan  sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam peti sejuk.
  • Bila sudah beku,keluarkan dari acuan kemudian curahkan susu cair selebihnya untuk di makan bersama puding.

Sabtu, 19 Julai 2014

TELUR IKAN GORENG

As-Salam buat semua...
Jom masak-masak lagi,kali ini goreng telur ikan pula.Telur ikan yang di gunakan dalam resepi ini ialah Telur ikan tenggiri.Ia perlu di goreng sebentar sahaja kalau tidak ia akan jadi keras dan tidak sedap dimakan.Let's try masak..

TELUR IKAN GORENG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
telur ikan tenggiri-di potong 1/'2 inci dan belah dua
1/2 labu bawang besar-dihiris
1 biji lada merah
1 biji lada hijau-di hiris
3 biji tomato ceri -belah 4
3 tangkai daun bawang-potong 1/2 inci
1/2 sudu besar cili flakes
1/2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit minyak canola

Cara membuatnya
  • Gaul telur ikan dengan cili flakes,serbuk kari ikan,serbuk kunyit dan garam secukup rasa.Biarkan sebentar.
  • Panaskan minyak canola dalam 3 sudu besar dan masukkan telur ikan tadi.
  • Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan gaul rata.Goreng sebentar sahaja.
  • Bila nampak telur ikan hampir masak,bolehlah di angkat.

Jumaat, 18 Julai 2014

BISKUT KACANG BADAM

As-Salam buat semua...
Resepi asal biskut ini ialah Biskut kacang pecan.Macam biasalah, kacang pecan tu tak ada,suka-suka gi tukar jadi Biskut kacang badam kerana nak di sesuaikan dengan bahan yang di gunakan.

BISKUT KACANG BADAM
Resepi:Chef Ismail(resepi asal Biskut kacang pecan)

Bahan-bahan
1/2 cawan tepung gandum
60 gm minyak sapi
1/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
125 gm kacang badam

bahan hias
sedikit kacang badam
sedikit gula aising 
kuning telur

Cara membuatnya
  • Kacang badam di panggang dan kisar halus
  • Pukul minyak sapi,gula aising sehingga ringan dan berkrim.
  • Masukkan esen vanila,kacang badam dan tepung gandum.Adun sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil,tekan supaya leper sedikit dengan menggunakan garfu dan letak kacang badam di atasnya.
  • Atur di atas dulang pembakar bergris dan sapu kuning telur di atas biskut.
  • Bakar selama 8-10 minit atau sehingga masak pada suhu 175'c.
  • Jika suka apabila biskut sejuk,ayak dengan gula aising di atasnya.
 Tip jadikan biskut enak
  1. Tepung gandum boleh di gunakan untuk membuat biskut tapi ia kurang rangup.Bagi mendapatkan hasil yang baik,gunakan tepung biskut(tepung red rose)
  2. Emplex juga boleh menjadikan biskut rangup.Namun hati-hati kerana tidak semua jenis biskut sesuai menggunakan bahan ini.
  3. Ketika mengadun gula dan mentega,pastikan tidak terlebih pukul.Jika tidak,adunan akan menjadi terlalu ringan dan menyebabkan biskut menjadi leper dan kembang -Info Nestle.

Khamis, 17 Julai 2014

KUIH LOMPAT TIKAM


As-Salam buat semua...
Inilah nama kuih tradisional yang paling 'ganas' di Kelantan.He..hee mana tak ganasnya,lepas lompat kena tikam pula!.tapi tengoklah rupanya cun-melecun kan!dengan kombinasi 3 warna hijau,merah dan putih.
Honestly saya tak akan makan Kuih lompat tikam kalau tak ada pulut yang warna merah tu,macam tak lengkap pula rasanya.Sebelum ni ingatkan susah nak buat kuih turun- temurun orang Kelantan ni,tapi rupanya mudah sahaja.Suka dengan resepi ni sebab tepung hijaunya lembut sahaja..cair dalam mulut!kalau dah buat macam biasalah..adjust sana -sini.Let's try masak.

KUIH LOMPAT TIKAM
Resepi:Majalah Rasa Disember 2013

Bahan(lapisan hijau)
120 gm tepung beras
700 ml air     letak 600 ml
100 gm gula    letak 50 gm
2 helai daun pandan
pewarna hijau secukupnya
garam secukup rasa
**bahan-bahan ini menghasilkan adunan tepung hijau yang sederhana keras.

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau dengan senduk kayu tanpa henti diatas api sederhana hingga pekat dan likat.
  • Bila adunan kelihatan meletup-letup bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam acuan sesuai(adunan ini tidak sesuai di potong).
Bahan(lapisan putih)/santan pekat
300 ml santan
100 ml air
secubit garam
1 sudu besar tepung beras     saya tambah
*kacau di atas api sederhana hingga kelihatan pekat.

Bahan air gula
200 gm gula melaka
300 ml air
masak hingga gula dan air larut.
*jika inginkan air gula lebih pekat,boleh kurangkan sukatan air.

Bahan pulut merah
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah 
air secukupnya
*air boleh di gantikan dengan santan

 Cara membuatnya
  • Basuh dahulu pulut kemudian rendam pulut bersama pewarna merah selama 15 minit.
  • Tanak pulut seperti biasa bersama air yang berwarna merah hingga masak.Tekstur pulut mestilah lembut dan gebu. 

Cara menghidang
Letakkan tepung hijau ,pulut merah ke dalam mangkuk sesuai,curahkan santan pekat dan air gula.
Selamat berbuka puasa!

Selasa, 15 Julai 2014

KETAM PERCIK

As-Salam buat semua...
Dah tak tau nak masak apa ketam ni,try buat percik pulak,selalunya percik ayam dan ikan sahaja.Kali ini try percik ketam pula.Ok lah jugak makan nasi dengan kuahnya yag beraroma serai tu berselera juga.Let's try masak....

KETAM PERCIK
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 ekor ketam  saiz besar
2 batang serai-di ketuk
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar cili kering kisar
1 keping asam keping
1 sudu teh maggi cukup rasa
sedikit garam dan gula secukup rasa

bahan kisar
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1/2 inci halia

Cara membuatnya
  • Bersihkan ketam dan ketepikan.
  • Masukkan santan,air,bahan kisar ,serai,cili kisar ,asam keping ke dalam kuali.
  • Kacau di atas api sederhana hingga mendidih.Pecahkan telur dan kacau sedikit.
  • Masukkan telur kedalam kuah percik dan terus mengacau.Kemudian masukkan ketam dan gaul rata.Biarkan sebentar.
  • Tambahkan serbuk cukup rasa ,sedikit garam dan gula.
  • Bila ketam masak,bolehlah di angkat dan hidangkan.

Isnin, 14 Julai 2014

STRAWBERRY JAM COOKIES

As-Salam buat semua..
Biskut pertama yang saya postkan hari ini ialah Strawberry jam coookies.Setiap tahun ada saja biskut baru yang saya cuba buat.Kalau suka akan terus buat lagi sebab saya selalu saja buat biskut tak kira time raya ataupun tidak.Ia sebagai kudapan untuk seorang peminat biskut homemade di rumah ini.

STARWBERRY JAM COOKIES
Sumber:hanamemories.blogspot.com/.thanks.


Bahan-bahan

  • 115gm mentega
  • 50gm gula kastor
  • 170gm tepung gandum
  • Jam strawberry secukupnya - jika jam warna pucat tambahkan sedikit pewarna merah
Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang.
  • Ayak tepung dan masukkan. Uli hingga menjadi doh.
  • Bulat-bulatkan kecil anggaran sebiji limau calamansi. Leperkan sedikit dan tekan tengah utk membuat lubang.Masukkan jem.
  • Panaskan oven suhu 180'c.Bakar selama 12min atau hingga keperangan.
  • Angkat dan sejukkan di atas redai.

Sabtu, 12 Julai 2014

MOCHA VANILA MARBLE CAKE

As-Salam buat semua...
Kek yang pernah saya cuba buat dari resepi blog CMG.Ia adalah kek yang ringkas sahaja dengan corak marble dan di tambah dengan perisa mocha.Tekstur kek ini moist dan gebu.

MOCHA VANILA MARBLE CAKE
Resepi:www.tiffinbiru.com/CMG.Thanks.

Bahan-bahan
125 gm mentega
60 gm gula kastor
125 gm tepung naik sendiri-di ayak
2 biji telur saiz A
1 suud teh esen vanila
1/4 cawan susu pekat manis
1sudu teh coklat emulco
1/2 sudu teh perisa mocha

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'c.Lengser tin bulat berukuran 6.5 inci dan 3 inci tinggi dengan mentega.
  • Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lengser juga kertas lapik itu.
  • Putar mentega dan gula kastor hingga putih,masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang.Jarak waktu untuk memasukkan telur ialah 1 minit.
  • Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit hingga habis.Putar rata.
  • Tambah esen vanila dan susu pekat manis.Kacau hingga rata.
  • Bagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.Satu bahagian di masukkan coklat emulco dan perisa mocha,gaul rata.
  • Bahagian satu lagi di biarkan warna asal.
  • Sudukan satu sudu besar(saya guna 1 senduk)adunan kosong di tengah-tengah tin kek,diikuti adunan mocha,buat berselang -seli antara adunan kosong dan adunan mocha hingga habis.
  • Ratakan dan kalau suka boleh lorek denagn chopstick 2-3 kali.
  • Bakar selama 40 minit atau hingga masak.Sejukkan 10 minit kemudian keluarkan dari tin.Hias ikut suka dan bolehlah di hidangkan.

Khamis, 10 Julai 2014

SUP TOFU TELUR

As-Salam buat semua...
Salah satu hidangan berasaskan tauhu yang menjadi kesukaan dan selalu saya buat.Sup ini ringkas sahaja dan boleh di makan begitu sahaja atau pun dengan nasi.

SUP TOFU TELUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 batang tofu telur
1/2 barang karot-di parut
3 ulas bawang putih-cincang
1/2 labu bawang besar-dadu
1/2 keping dada ayam-cincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam Maggi
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit hirisan daun ketumbar
garam dan gula jika perlu
air secukupnya untuk kuah

Cara membuatnya
  • Tofu telur di potong bulat dan goreng di dalam minyak hingga keperangan dan kelihatan sedikit garing.Angkat dan toskan.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.Masukkan ayam cincang dan gaul rata.
  • Masukkan sos tiram dan karot yang di parut tadi.Tambahkan air dan kiub pati ayam.
  • Biarkan sebentar hingga mendidih.Tambahkan tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air.
  • Sesuaikan rasanya dengan sedikit garam dan gula dan serbuk lada hitam.Bolehlah di angkat.
  • Masukkan ke dalam mangkuk sup,letakkan tofu telur yang di goreng tadi serta taburkan hirisan daun bawang.Sedia untuk di hidangkan.

Selasa, 8 Julai 2014

KARIPAP MINI

As-Salam buat semua...
Selalunya karipap mini saya beli sahaja kalau nak makan.Hari tu dah terajin pulak gi buat karipap mini.Naik lenguh pinggang nak menyudahkannya.Agaknya sekali ni saja saya membuatnya.Macam mana la  orang  yang mengambil tempahan banyak-banyak time raya ni...

KARIPAP MINI RANGUP(inti serunding)
Sumber:idealrecipes.blogspot.com/Julia homemade.thanks

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
50 gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
110 ml air sejuk
serunding secukupnya

Cara membuatnya
  • Di dalam mangkuk campur tepung dan garam,kacau biar rata.
  • Tambah marjerin dan air sejuk sedikit demi sedikit.Uli hingga sebati dan elastik.Rehatkan untuk 15 minit.
  • Ambil adunan dan canai nipis.Tekap bulat dan isikan dengan inti serunding(saya guna serunding ikan).
  • Kelim bahagian tepi karipap dengan kemas.Buat sehingga adunan habis.
  • Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan.Angkat dan biarkan seketika.
*saya goreng sekali lagi karipap supaya lebih rangup.
  • Toskan di atas tisu dapur dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.

Ahad, 6 Julai 2014

PARATHA ROLL



As-Salam buat semua....
Makan paratha pulak.....Dah ada stok paratha dalam frezeer buat sajalah.Jumpa resepi kat blog Gee-Hut nampak ringkas sahaja.Best la paratha ni Gee,cicah pulak dengan Kuah tumis ikan sardin,dengan gulai ayam pun sodap!..macam biasalah tokok tambah sikit ikut selera.Let's try masak...

PARATHA ROLL
Sumber:gee-hut.blogspot.com/.thanks.

Bahan-bahan
5 keping roti paratha frozen
5 biji telur-pukul sedikit
sedikit daun bawang-hiris halus
1/2 biji bawang besar
2-3 biji cili padi-hiris
garam secukup rasa
sedikit minyak/marjerin-untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Panaskan non-stick pan dan letakkan sedikit minyak/marjerin dan goreng paratha hingga sedikit garing pada kedua-dua belah.
  • Buat hingga siap dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain,campurkan telur bersama bawang,daun bawang,cili dan garam.Kacau rata.
  • Gunakan pan yang sama,letak sedikit minyak/marjerin dan tuangkan  3 sudu besar adunan telur(saya letak sebiji telur untuk sekeping paratha) ,biar adunan telur membulat dan dan tekapkan segera paratha yang telah di goreng tadi.
  • Masak lebih kurang 2-3 minit dan bila adunan telur telah melekat pada paratha,angkat ke dalam pinggan leper.Buat hingga habis.
  • Gulungkan terus ketika paratha masih panas.Potong selebar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan.hidangkan bersama kuah kegemaran.

Sabtu, 5 Julai 2014

NASI GORENG UDANG

As-Salam buat semua...
Semalam menu untuk berbuka, Azim request nak makan Nasi goreng.Saya buatkan Nasi goreng untuk semua orang kecuali di pinggan Azim tak ada udang sebab dia tak makan.Simple sahaja tak payah masak juadah penuh meja.Tak banyak mengemas dan membasuh selepas berbuka..menu orang malas lagi....

NASI GORENG UDANG
Resepi:Serina Redzuawan/Simply Delicious 
            Majalah Rasa/Mac 2014.thanks

Bahan-bahan(1 orang)
1 1/2 cawan nasi putih
5 ekor udang saiz besar
50 gm sayur campur  saya ganti dengan kubis
1 biji telur
1 ulas bawang putih-cincang
2 biji bawang merah-cincang
1 sudu makan cili kisar
kicap secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam   saya tambah
minyak untuk menumis

Cara memasak
  • Panaskan minyak dan tumis bawang cincang dan cili kisar hingga garing.
  • Kemudian masukkan udang dan biarkan seketika.
  • Setelah itu pecahkan telur dan masukkan sayuran.Kacau rata.Seterusnya masukkan kicap dan perasakan secukupnya.
  • Akhir sekali,masukkan nasi dan serbuk lada hitam,kaup-balikkan sehingga sebati.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 4 Julai 2014

PUDING ROTI BIJIRIN CIP COKLAT

A-Salam buat semua...
Puding roti yang saya buat ni menggunakan roti perang atau roti bijirin penuh yang kalau di makan begitu sahaja amat tawar sekali rasanya.Selepas di proses buat puding roti barulah boleh di makan dengan menambahkan sedikit rasa.Puding roti ini tidak di buang tepi-tepinya.

PUDING ROTI BIJIRIN CIP COKLAT
Resepi:AkuBukan Masterchef/ABM.Thanks

Bahan-bahan
12 keping roti bijirin di buang tepinya
mentega untuk di sapu pada roti
350 ml susu segar
200 ml susu pekat
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
coklat cips secukupnya  
** saya menggunakan coklat cips butterscotch
keju cheddar parut     saya tambah

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.
  • Sapu roti dengan mentega dan susun dalam loyang(saya menggunakan loyang kecil-kecil).Roti juga boleh di koyak-koyakkan.
  • Di atas lapisan pertama ,taburkan coklat cips.Letakkan roti di lapisan kedua.Ulang langkah ini sehingga siap.
  • Di dalam mangkuk,pukul telur,susu segar,susu pekat dan esen vanila hingga sebati.
  • Kemudian curahkan perlahan-lahan ke dalam loyang berisi roti tadi.Biarkan selama 15-20 minit.
  • Akhir sekali tabur coklat cips dan keju cheddar parut di atasnya.
  • Bakar di dalam oven selama 30 minit.Jika sudah siap,sejukkan dahulu baru di masukkan ke dalam peti sejuk.

Khamis, 3 Julai 2014

CENDOL PULUT TAPAI

As-Salam buat semua..
Pemanis mulut buat hidangan berbuka petang semalam iaitu Cendol pulut tapai.Semua bahan-bahan kebetulan ada dalam peti ais jadi buat sajalah versi sendiri.Tiada sukatan asas,buat sesedap dan secukup rasa sahaja.Bahan-bahan pun readymade.Best di makan sejuk-sejuk..

CENDOL PULUT TAPAI
Olahan:daridapursuzana

Bahan -bahan
beberapa ketul tapai ubi
pulut
santan
cendol
biji sagu merah besar dan kecil
air gula melaka yang pekat

 Cara menyediakan
  • Ambil mangkuk dessert dan masukkan semua bahan-bahan.
  • Curahkan santan (campur dengan sedikit air dan garam)kepekatan santan bergantung kepada pilihan sendiri .
  • Curahkan air gula melaka bila mahu di makan.

Rabu, 2 Julai 2014

KUAY TEOW GORENG KERANG

As-Salam buat semua...4 Ramadhan
Hari ini berbuka puasa dengan nasi lemak halba request dari Azim.Biasanya dia penentu juadah buka puasa,kami ikut sahaja.Sebelum masuk dapur saya postkan resepi Kuay teow goreng kerang,boleh buat berbuka bagi sesiapa yang tak makan nasi kan..

KUAY TEOW GORENG KERANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 bungkus kuay teow
3 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 gm kerang
50 gm taugeh
6 ekor udang 
2 pokok lobak hijau-di hiris
1 kiub pati ayam
1 biji telur-di pukul

Cara membuatnya
  • Tumiskan bawang putih hingga naik baunya kemudian masukkan cili kisar .
  • Tumiskan cili kisar hingga garing da pecah minyaknya.
  • Masukkan kerang,udang dan tambah sedikit air.Biarkan masak seketika.
  • Kemudian tambahkan sos cili,sos tiram dan sos tomato serta kicap manis dan kiub pati ayam.Gaul rata.
  • masukkan telur,biarkan sekejap dan kemudian tambahkan kuay teow.
  • masukkan lobak hijau dan taugeh,serbuk lada hitam dan gaul rata dan biar masak hingga sebati.
  • Angkat dan taburkan dengan bawang goreng.

Selasa, 1 Julai 2014

PENGAT KELADI DAN KELEDEK

As-Salam buat semua...3 Ramadhan
Hari ini nak entrikan pengat yang sesuai untuk di buat berbuka puasa ataupun di makan selepas itu.Cicah dengan roti putih pun sedap juga..

PENGAT KELADI DAN KELEDEK
Resepi:Zalinah@Rempahratus.thanks. 

Bahan-bahan
300 gm keladi dipotong dadu
300 gm keledek merah dipotong dadu
1/2 cawan sagu biji
5 cawan santan
1/2 cawan gula/ikut selera sendiri
Sedikit garam
2 helai daun pandan 

 
Cara membuatnya

Masukkan santan didalam periuk sambil kacau diatas api perlahan.
Masukkan gula, garam, biji sagu, daun pandan, keledek dan keladi. Kacau hingga mendidih dan empuk.
Sedia dihidang.