Jumaat, 31 Oktober 2014

KERUTUK UDANG GALAH

As-Salam buat semua..
Hari Jumaat yang berkat untuk semua...hidangan Udang galah pada entri pagi-pagi ni,lauk untuk makan tengahari semalam.Jumpa resepi kat blog Cik Mat, pada mulanya saya ingat ia menggunakan rempah kerutuk seperti yang sedia ada di jual di Kota Bahru ni,rupanya ia menggunakan bahan-bahan lain.Ia juga di eja dengan kerutup,saya pula gi tulis kerutuk tak pastilah dua perkataan ini sama ke tidak.Apapun masakan ini memang best....Let's try masak..

KERUTUK UDANG GALAH
Sumber:www.tiffinbiru.com            
Dapur tanpa sempadan.thanks

Bahan-bahan
1 kg udang galah/udang saiz besar
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 sudu besar kerisik
2 sudu teh gula melaka     saya letak sekeping
garam secukup rasa

Bahan A
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah 
1 sudu besar cili kisar 
1/2 biji bawang besar

Bahan B
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan C
3 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar

Cara membuatnya
  • Udang di bersihkan,cuci dan toskan.Lumur dengan sedikit kunyit dan garam.Goreng sebentar hingga udang kemerahan.Angkat dan toskan.
  • Kisar halus bahan-bahan A.
  • Masukkan bahan C ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum.Kisar halus rempah tadi dengan pengisar kering.Ketepikan.
  • Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali,tumis bahan B hingga wangi.
  • Masukkan bahan  yang telah di kisar tadi(bahan A)dan tumis hinga harum.Tambah rempah kisar kering(bahan C)kacau rata dan masak hingga naik bau.
  • Tambah sos tomato,gula melaka dan pati santan,kacau rata dan masak hingga  mendidih,gunakan api sederhana.
  • Tambah kerisik ,masukkan udang dan gaul rata.
  • Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat.Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat.
  • Taburkan hirisan daun bawang sebelum di hidangkan.

Selasa, 28 Oktober 2014

KEK ALUNAN KASIH

As-Salam buat semua..
Kek yang sudah lama orang buat,tapi baru sekarang muncul kat dapur maya saya.Resepi-resepi yang 'now trending' tak sempat saya nak kejar untuk membuatnya.Biarlah fenomena itu berlalu...aku masih di sini....he..he.Kek Alunan kasih ialah kek yang teksturnya tidak terlalu berat dan sedikit gebu.Sebelum di bakar,lapisan serbuk koko rata sahaja,tetapi bila masak ia jadi beralun.Let's try baking..

KEKE ALUNANA KASIH
Resepi asal:Puan Mastura Yasak(FB-Kongsi resepi)
Sumber:www.secubitgaramnor67.com thanks 

Bahan-bahan(loyang 8 inci)

250 gm mentega
1 1/2 cawan gula kastor   saya guna 1 cawan
5 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 sudu teh baking powder
pewarna pilihan-kuning,hijau dan pink
serbuk koko secukupnya

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 160'c dan alas dasar loyang dengan baking sheet.
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan berkrim,masukkan esen vanila.
  • Tambah telur satu-persatu dan terus memukul hingga kesemua telur habis.Pukul lagi hingga adunan kembang dan ringan.
  • Ayak tepung dan baking powder,masukkan sedikit demi-sedikit ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu cair hingga habis.Putar hingga bergaul rata.
  • Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap adunan dengan pewarna pilihan.
  • Mula-mula,masukkan adunan hijau dan ratakan.Ayakkan serbuk koko dengan penapis teh ke atas permukaan adunan hijau rata-rata.
  • Kemudian,masukkan pula adunan warna kuning dan ratakan.Ayakkan serbuk koko lagi.Ulang langkah yang sama dengan adunan pink.
  • Setiap lapisan adunan mestilah tebal sedikit supaya semasa meratakan setiap lapisan,serbuk koko tidak tertarik sama.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 160'c selama 45 minit atau sehinga masak.

Khamis, 23 Oktober 2014

JUS ASAM BOI LIMAU KASTURI SUNQUICK

As-Salam buat semua....
Sedap dan menyamankan betul air ni.Rasanya yang masam-masam manis,tak puas minum.Kalau tidak ikutkan  saya yang sekarang ni tidak  mengambil minuman bergula,sudah 2 gelas saya minum.Tapi langgar peraturan juga sekali-sekala ,sempat juga saya minum separuh gelas.Best....

JUS ASAM BOI LIMAU KASTURI SUNQUICK
Sumber:zaralovebaking.blogspot.  thanks.

Bahan-bahan
15 biji asam boi warna putih
2 liter air
3 biji limau kasturi-belah dua
2 sudu besar sunquick
gula ikut kemanisan
ais kiub secukupnya

Cara membuatnya
  • Rebus asam boi dengan air hinga kembang.
  • Masukkan gula secukup rasa.Biarkan sejuk.
  • Tuangkan ke dalam jag dan perahkan limau kasturi.
  • Masukkan pati sunquick,ais kiub secukupnya.
  • Biarkan sejuk dan bolehlah di hidangkan.

Isnin, 20 Oktober 2014

BUBUR CANDIL

As-Salam buat semua..
Cuba buat Bubur candil pula setelah terjumpa sepaket tepung pulut dalam almari,mujur masih valid lagi.Lagipun dah lama tak makan bubur-tu lah tangan yang tak berseni ni,ingat nak gentel kecil-kecil comel tapi gi jadi gemuk-gemuk dan bam-bam pula!.Dalam resepi sebenar semuanya di buat warna hijau,tapi saya telah membuatnya jadi warna-warni,meriah sikit nak makan...

BUBUR CANDIL
Sumber:mamawandiha.blogspot.com thanks

Bahan doh
250 gm tepung pulut
4-5 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna plihan
1 cawan air
1 sudu kecil garam-bancuh dengan air kat atas

Bahan kuah
santan sederhana pekat secukupnya
gula pasir ikut manis yang di sukai
secubit garam
2 helai daun pandan -di simpul

Cara membuatnya
  • Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas.
  • Masukkan air kapur,dan tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi sambil di uli dan tambahkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut(air jangan di tuang sekaligus).Jika lembik boleh di tambah tepung.
  • Bahagikan doh dan campur dengan warna yang berlainan.
  • Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.Sediakan sebekas air yang bersih dalam bekas yang lain.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli atau saiz yang anda suka.
  • Masukkan dalam air mendidih.Buat sehingga habis.
  • Angkat dan toskan bebola pulut yang timbul dan masukkan ke dalam air bersih yang telah di sediakan tadi.
  • Dalam periuk lain,jerangkan santan sederhana pekat bersama gula dan sedikit garam dan daun pandan.Sentiasa kacau perlahan.
  • Toskan bebola pulut tadi dan masuk ke dalam kuah santan dan masak hingga mendidih.Sentiasa kacau perlahan.
  • Bila dah masak,tuutp api dan sejukkan.

Sabtu, 18 Oktober 2014

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES


As-Salam buat semua..
Antara makanan yang paling laku di rumah ini ialah brownies sebab ia ada coklat!.dah lama saya bertangguh untuk buat brownies yang namanya panjang ni.Sayangnya jangka hayat tak panjang kerana semua orang sukakannya.Ambil gambar pun pada malam hari,jadi blur semacam,nak tunggu waktu siang takut habis pula.Brownies ni rasanya sedap dan ia garing dengan coklat di atasnya.Let's try baking..


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber:mamazieza.blogspot  thanks

Bahan  A
250 gm mentega
400 gm cooking chocolate 

bahan  B
6 biji telur
340 gula perang     saya guna 200 gm 
2 sudu teh esen vanila
20 gm coklat emulco

Bahan C
80 gm tepung gandum*
60 gm serbuk koko *
* di ayak bersama
140 gm kacang walnut/pecan/macadamia-pilihan
* bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 160'c.Sediakan loyang 11inc x 11inc dan  alas dengan baking sheet.
  • Double boil bahan A hingga cair,ketepikan dan biar suam sedikit.
  • Pukul bahan B hingga gula hancur dengan hand whisk.
  • Tuang adunan coklat dan gaul sampai sebati.
  • Masukkan tepung,serbuk koko dan kekacang pilihan dan gaul lagi hingga rata.Jangan gaul terlalu lama.
  • Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 50 minit-1 jam bergantung pada oven masing-masing. 
  • Setelah masak,biarkan dalam acuan hingga sejuk.Lebih sedap jika di simpan semalaman.
*sedap di makan begitu sahaja atau di letak ganache,ais krim atau sos kastard.

Jumaat, 17 Oktober 2014

BIHUN GORENG SINGAPURA

As-Salam buat semua...
Pertama kali saya cuba buat Bihun goreng singapura.Sebelum ni tak berapa melekat di hati sebab tengok warnanya putih sahaja lagipun selalu goreng bihun yang di letak cili kering.Best juga sebab ada rasa lada hitam yang saya suka tu.Tengok Chef Sherson Lian/Chef Shers menyediakan bihun ini dalam rancangan masakan 5 rencah 5 rasa di TV 3.saya sempat salin bahan-bahan sahaja,sukatan ikut sendiri suka...terus saja saja terliur nak makan.Apalagi,let's try masak...

BIHUN GORENG SINGAPURA
Sumber:Chef Shers.thanks

Bahan-bahan
bihun-rendam sampai lembut
1 biji bawang merah besar-potong nipis
3 ulas bawang putih-cincang halus
udang kering-di tumbuk halus
2 keping fish cake-potong nipis
udang
sotong
2 biji telur
sayur kubis
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

bahan lain
daun ketumbar cincang
bawang goreng
cili merah

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah,bawang putih  serta udang kering sampai naik baunya.
  • Masukkan udang dan sotong serta kepingan fish cake,goreng sebentar.
  • Pecahkan telur dan kacau sebentar.Masukkan telur di tengah kuali dan tunggu sebentar hingga telur masak sedikit dan  kemudian kacaukan supaya jadi berketul.
  • Masukkan bihun,sedikit air,serbuk lada hitam dan garam,gaul biar rata.
  • Akhir sekali masukkan sayur kubis.Goreng sampai bihun lembut dan semua bahan bergaul rata.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat
  • Taburkan daun ketumbar,hirisan cili merah dan daun ketumbar.Sedia untuk di hidangkan.
** saya makan bihun ini dengan sambal kicap pedas

Selasa, 14 Oktober 2014

APAM PISANG COKLAT RICE

As-Salam buat semua..
Sekarang ni jarang-jarang saya sempat  masuk dapur maya ini.Tak ada tenaga nak membebel panjang,asyik penat memanjang saja(tanda usia semakin emas la tu!). ..jom tengok resepi

APAM PISANG COKLAT RICE
www.tiffinbiru.com  thanks

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
**satukan dan ayak

2 biji telur gred B
100 ml minyak masak
1/4 cawan gula perag
150 gm pisang emas
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat rice
beberapa titik esen pisang
secubit garam
kelapa parut putih campur secubit garam-jika suka

Cara membuatnya
  • Lecekkan pisang bersama soda bikarbonat dan secubit garam sehinga lumat.Ketepikan.
  • Pukul gula perang,telur,minyak sehingga sebati dan berkrim.Masukkan pisang lecek dan dan esen pisang,kacau rata.
  • Sudukan 3/4 penuh ke dalam acuan pilihan dan kukus selama 15 minit.Hidangkan bersama kelapa parut jika suka.

Jumaat, 10 Oktober 2014

PUDING PANDAN COKLAT

As-Salam buat semua..
Satu lagi resepi puding yang telah saya try buat semalam.Sedap puding ni bila makan sejuk-sejuk.Jom tengok resepinya..

PUDING PANDAN COKLAT
Resepi:Majalah Saji Julai 2013

Bahan A
20 gm agar-agar serbuk
1 tin susu pekat manis      saya letak ikut manis sendiri
2 tin santan(ikut sukatan tin susu pekat)
8 helai daun pandan
1 tin air(ikut sukatan tin susu pekat)

Bahan B
10 gm agar-agar sebuk
4 sudu besar serbuk koko
1 tin susu cair
6 sudu besar gula pasir
2 biji telur

Cara membuatnya
  • Satukan air dari bahan A dengan daun pandan.Kisar lumat dan tapis.Ketepikan.
  • Sediakan bahan B.Telur di pukul dan ketepikan.
  • Satukan bahan B yang lain dalam periuk dan didihkan selama 5 minit.Setelah mendidih,matikan api dan tuangkan telur.Kacau rata.Tuangkan dalam acuan dan biarkan beku.
  • Sementara itu kita sediakan bahan A.Satukan semua bahan kecuali air daun pandan.Biarkan mendidih selama 5 minit.
  • Ambil sedikit adunan dan asingkan,agak-agak satu tin sukatannya.
  • Selebihnya tinggalkan dalam periuk dan tuangkan air daun pandan tadi dan masak semula.Biarkan mendidih sekali lagi.
  • Tuangkan sebahagian adunan pandan di atas adunan koko yang telah beku.
  • Lapisan ketiga ialah lapisan putih yang di asingkan tadi.Akhir sekali lapisan pandan lagi.
*Sementara lapisan itu mengeras dan terjadi pembekuan adunan,ia boleh di cairkan semula dengan memanaskannya.

Rabu, 8 Oktober 2014

NASI GORENG TELUR ASIN

As-Salam buat semua...
Menu lepas raya Aidil Adha..buat nasi goreng saja untuk sarapan pagi.Bahan-bahan kebetulan semua ada,ringkas sahaja.Jom tengok resepi.

NASI GORENG TELUR ASIN
Sumber:ummizaihadi-homesweethome.blogspot thanks

Bahan-bahan
4 cawan nasi sejuk
200 gm isi ayam/daging
3 biji telur
1/2 batang karot-parut halus/hiris panjang
1 biji telur asin-  siap rebus-lenyek dgn.garfu
2 sudu besar kicap manis
serbuk lada hitam secukupnya
sayuran kubis      saya tambah

Bahan tumbuk
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi/ikut pedas
1 sudu besar udang kering-rendam dgn.air panas sebentar

Cara memasak
  • Panaskan minyak dan goreng telur biasa buat scramble.Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan lagi sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  • Masukkan isi ayam/daging dan kacau sebati.Biar ayam/daging empuk.
  • Kemudian masukan telur asin,kicap,garam,serbuk lada hitam,telur scramble dan nasi.
  • Gaulkan kesemuanya dan goreng rata hingga nasi kelihatan berasap.
  • Angkat dan hidangkan.hiasan tu..terpulanglah.

Rabu, 1 Oktober 2014

BUTTER PRAWN

As-Salam buat semua..
Lama saya tak buat Butter prawn,skil pun semua dah lari.Teknik tak berapa mahir la ni...tak jadi halus macam biasa- urat telur jadi kasar pula(kalau nak hidang kat orang mesti tak jadi punya..he..hee).Ini adalah salah satu dari lauk pengantin yang saya sediakan untuk hidangan lauk pengantin anak saudara dua minggu lepas..

BUTTER PRAWN
Resepi:spicesjourney.blogspot.com
Sumber:nooriahnaim.blogspot.com
Thanks Sheila dan Kak Noor 

Bahan sarang telur/Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/marjerin
1 cawan minyak

Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar/sederhana
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng 

3 ulas bawang putih-cincang
6-8 tangkai cili padi-hiris 
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter/marjerin untuk menggoreng
sedikit serbuk lada hitam/putih-jika suka
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Pukul ringan telur, boleh gandakan jika nak lebih floss.
  • Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing-pusingkan senduk laju-laju buat bulatan.
  • Baru tuangkan telur sedikit-sedikit, kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita.
  • Buat sampai telur habis dan berwarna kekuningan.Boleh lah di toskan dalam penapis santan atau apa-apa penapis yang ada.
  • Goreng udang yang telah digaul dengan lada sulah dan garam dalam minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
  • Panaskan butter dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
  • Masukkan susu cair dan masak sekejap dan masukkan udang dan gaul sebati.
  • Semasa menghidang, taburkan floss yang telah  di goreng awal tadi.