Sabtu, 30 Januari 2016

NASI DAGANG

As-Salam buat semua..
Ore Kelate..tapi tak pernah buat Nasi dagang!.
..suka makan Nasi dagang tapi lebih suka Nasi dagang Trengganu yang berasnya warna putih sahaja.
Disini..ia di makan untuk breakfast.
Nasi dagang Kelantan berasnya bercampur warna coklat sedikit.
Biasanya di makan dengan Telur rebus, Sambal kelapa,Acar mentah,pilihan-Gulai ikan tongkol hitam,gulai ayam atau gulai udang atau ketiga-tiganya sekali.
Ada juga telur rebus sebiji-sebiji di masukkan ke dalam kuah gulai.
Gulainya pun simple sahaja dan tidak memerlukan rempah khas seperti gulai Nasi dagang trengganu.
Boleh di tanak sahaja ataupun di kukus.
ok, saya masak Nasi dagang mudah versi kelantan cara kukus tetapi menggunakan beras wangi versi trengganu.

Let's try masak

NASI DAGANG 

Bahan-bahan
3 cawan beras Nasi dagang/Beras siam wangi
3 cawan santan
3 ulas bawang merah-di hiris
2 ulas bawang putih-di hiris 
1 inci halia-hiris kasar
1 helai daun pandan-disimpul
1 sudu teh halba
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula  

Cara membuatnya
  • Basuh beras hingga bersih.
  • Rendam beras wangi semalaman dan toskan(tidak perlu di cuci lagi).
  • Panaskan periuk kukus dan bila air mendididh,kukus beras bersama halba dan daun pandan.
  • Bila nasi masak,masukkan santan yang telah bercampur dengan bawang,halia,gula dan garam.Sesuaikan dulu rasa santan sebelum di campur dengan nasi.
  • Gaul biar serata dan kukus sekali lagi hingga masak.
*Kalau nak kukus dua kali,asingkan santan pekat dengan santan cair.
*kukus pertama kali dengan santan cair .
*bila nasi betul-betul masak,gaulkan dengan santan pekat dan kukus sebentar lagi.
*kalau kukus dua kali biasanya Nasi dagang lebih tahan tidak mudah cepat basi.


Nasi dagang yang saya buat ini dimakan dengan Gulai ayam,Acar mentah dan Gulai udang.Tak buat sambal kelapa kerana anak-anak tak makan.

Jumaat, 29 Januari 2016

BAKED STUFFED TOMATO CHEESE

As-Salam buat semua..
Sudah beberapa kali saya buat Baked tomato ni.
dan ia juga salah satu dari bekal ke tempat bertugas minggu ini.
Time rajin bawa lah bekal makanan yang saya sukai,kalau time malas tu beli saja.
Tapi kalau beli hari-hari pun memang bosan,menu sama saja kat cafe tu.
Lagipun banyak makanan yang tidak memenuhi citarasa saya. 
Let's try buat..

BAKED STUFFED TOMATO CHEESE

Bahan-bahan
4 biji tomato saiz besar
1/2 cawan daging/ayam cincang
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 tangkai daun ketumbar-cincang halus
1 biji lada merah-potong halus
keju mozarella parut
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
minyak canola
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Basuh tomato dan potong bahagian atasnya.Korek keluar isinya.Lebihan bahagian atas di potong dadu.
  • Panaskan minyak canola dan tumis bawang besar hingga naik baunya.Tambah sedikit garam.
  • Masukkan tomato dadu dan gaul rata.
  • Masukkan daging cincang dan tumis hingga masak.
  • Perasakan dengan serbuk lada hitam dan lada putih.
  • Taburkan sedikit daun ketumbar.Angkat.
  • Masukkan sedikit keju parut dan gaul ke dalam inti daging
  • Masukkan inti daging ke dalam tomato hingga penuh.
  • Taburkan keju mozarella di atasnya.
  • Taburkan juga lada merah,hirisan daun ketumbar dan serbuk lada hitam.
  • Renjiskan dengan minyak canola di atas tomato.
  • Akhir sekali bakar di dalam oven dengan suhu 150 'c selama 15-20 minit hingga keju cair dan perang sedikit.
  • Sedia untuk di hidangkan sebagai appetiser.
sebelum di bakar

Rabu, 27 Januari 2016

DI HENTIAN INI..

Photo face off-Januari 2016.
This painful longing penetrates my heart deeply...
Lokasi:Kampung Padang Mengkali,Peringat Kota Bharu Kelantan.

Ahad, 24 Januari 2016

MILO DOUBLE SHAKE

AS-Salam buat semua..
Minuman kesukaan 3A,penuh dengan rasa milo yang lazat,
dan membekalkan tenaga dan nutrient untuk aktiviti harian.
Serbuk milo mengandungi Protomalt,ekstrak milo dengan campuran pelbagai jenis karbohidrat.
Saya pun suka..sebelum ni tak minum milo.
tapi dah start minum milo penghujung 2015 hari tu.
Resepi dari Nestle.
Let's try buat.

Bahan-bahan
8 sudu besar milo
1 1/2 cawan susu rendah lemak Nestle
4 skop aiskrim coklat Nestle

Cara membuatnya
  • Kisar semua bahan di dalam blender sehingga sebati.
  • Tuang minuman ke dalam gelas yang di sejukkan letakkan satu skop aiskrim di atasnya.
  • Hidangkan serta merta.

Jumaat, 22 Januari 2016

SERIKAYA HOMEMADE

As-Salam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi serikaya homemade yang mudah.
Ia juga tahan lama dan tidak mudah rosak walaupun tidak di letak bahan preserve macam yang di jual..dengan syarat sentiasa letak dalam peti ais jika tidak di gunakan.
Kemanisannya boleh di adjust ikut kesuaian rasa kita.
boleh makan dengan roti bakar dan planta
serta juga Biskut cream crackers..best!
Let's try masak.

Bahan-bahan
3 biji telur gred A
300 ml pati santan
240 gm gula halus-saya guna 180 gm
2 helai daun pandan

untuk karamel
60 gm gula pasir
130 ml air panas

Cara membuatnya
  • Masak gula pasir hingga cair dan keperangan,pastikan jangan sampai gelap nanti pahit.
  • Kacau sentiasa semasa memasak karamel,kemudian tuangkan air panas perlahan-lahan.Kacau sebati dan sejukkan.
  • Dalam satu bekas,masukkan telur dan gula halus,kacau rata dengan whisk hingga gula larut.
  • Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi.Kacau semua sebati dan tapiskan.
  • Tuang ke dalam periuk,masukkan daun pandan.
  • Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga kental,lebih kurang 1 jam.Tutup api.
  • Keluarkan daun pandan.Sejukkan.Isikan serikaya ke dalam botol/bekas bersih.
Tip supaya serikaya tahan lama
  • Botol yang di gunakan mestilah betul-betul bersih/botol baru/bekas baru.
  • Jika botol re-use,basuh bersih dan rebus dalam air panas selama 5 minit termasuk penutupnya.
  • Serikaya kena betul-betul sejuk sebelum di botolkan.
  • Sentiasa simpan dalam peti sejuk jika tidak di gunakan.

Khamis, 21 Januari 2016

NASI GORENG KAMPUNG

As-Salam buat semua..
Nasi Goreng Kampung..buat dari lebihan nasi sejuk semalam..
Berbeza dengan nasi goreng jenis yang lain, nasi goreng ini dikenalpasti melalui cara masakan nasi goreng itu sendiri. Nasi goreng ini, selain menggunakan bahan tumis biasa iaitu bawang, lazimnya sayur dan Ikan bilis turut digunakan. Sayur yang biasa digunakan pula ialah sayur kangkung.Nasi goreng kampung juga turut terkenal dengan kepedasannya akibat penggunaan cili padi atau cili api dalam masakan-Wikipedia.
Saya tak goreng Ikan bilis tu terlebih dahulu,best makan Ikan bilis yang lembut.
terpulang pada citarasa masing-masing..
kalau suka yang garing boleh saja di goreng terlebih dahulu .
Let's try masak..

 NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan
3 cawan nasi sejuk
sayur kangkung
ikan bilis
1 biji telur-di pukul sedikit
garam secukup rasa 
serbuk lada hitam
serbuk cukup rasa Maggi

Bahan tumbuk

5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji cili padi/ikut suka

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk.
  • Tumis sehingga naik baunya.
  • Masukkan telur dan kacaukan sampai jadi telur hancur.
  • Tambah sedikit air jika terlalu kering
  • Masukkan nasi dan gaul rata.
  • Akhir sekali,masukkan sayur kangkung,serbuk lada hitam dan serbuk cukup rasa
  • Goreng hingga nasi meletup-letup di permukaan kuali
  • Sedia untuk di hidangkan.

Rabu, 20 Januari 2016

LALA SOS THAI

As-Salam buat semua..
Masak Lala untuk abang Amzar..masih menggunakan sos Mae Pranom.
Cuba buat resepi lain pula.Best juga makan dengan nasi atau makan begitu saja.
Rasanya masam- manis di tambah pula dengan bau harum daun pudina.
Let's try masak.

LALA SOS THAI

Bahan-bahan
1 kg.Lala
3 sudu besar cili kering kisar
1/2 labu bawang besar-dadu
3 ulas bawang putih-cincang
1/2 inci halia-cincang
2 batang serai-di ketuk.
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan sos Mae Pranom/sos cili thai
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar jus limau nipis
1 biji cili merah-potong halus
1 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi 
1 susu teh serbuk lada hitam
daun pudina
minyak canola untuk menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali non- stick.
  • Masukkan bawang besar,bawang putih dan halia dan serai.Tumis sampai naik bau.
  • Masukkan cili kering kisar dan tunggu hingga cili masak baru di masukkan sos cili dan sos tiram.
  • Masukkan lala dan gaul rata dan letakkan tutup kuali.
  • Bila semua lala telah terbuka,masukkan Sos Mae Pranom,serbuk cukup rasa ,serbuk lada hitam dan jus limau nipis.Gaul rata.
  • Akhir sekali taburkan cili merah dan daun pudina.
  • Sedia di hidangkan

Ahad, 10 Januari 2016

KEK COKLAT KUKUS

  
As-Salam buat semua..
Kek ini di buat untuk anak-anak makan pada hujung minggu lepas.
dah lama sebenarnya saya tak buat kek coklat.
jumpa pula resepi yang mudah ini semasa blog walking.
Lapis pula dengan kepingan coklat Daim yang lemak-lemak masin dan rangup.
serta kepingan coklat Cloud 9 Classic abang Amzar yang saya kidnap dalam peti ais...suka la A berdua tu makan.
thanks.
Let's trybaking

KEK COKLAT KUKUS

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Cara membuatnya
  • Masak bahan A dalam periuk sampai sebati dengan api kecil.Sejukkan.
  • Pukul telur sampai betul-betul kembang lebih kurang 5 minit.Kemudian masukkan bahan A.
  • Masukkan esen vanila dan pukul sampai sebati.
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.Ketepikan.
  • Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus hingga masak bergantung kepada dapur masing-masing(lebih kurang 1 jam 10 minit).
  • Alas tutup periuk dengan kain bersih supaya air tidak menitik ke atas kek.
  • Jangan buka tutup periuk sampai kek betul-betul masak.
  • Bila masak,tunggu sejuk barulah di letakkan topping kesukaan.
Topping yang saya gunakan untuk kek di atas
250 gm cream cheese
2 sudu besar gula aising
*putar cream cheese hingga kembang .
masukkan gula aising dan putar sebati.

Untuk coklat ganache(boleh di gandakan mengikut saiz kek)
1 cawan susu pekat 
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Hiasan 
kepingan coklat Daim
kepingan coklat Cloud 9 Classic 
coklat cip dwiwarna
  • Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk kecil.
  • Kacau hingga pekat dengan api kecil dan masukkan mentega dan esen vanila.Kacau rata.
  • Sejukkan sebentar dan curahkan ke atas kek.
Cara melapis
Potong kek kepada 3 lapisan.
Sapukan dengan topping cream cheese dan taburkan coklat Daim yang di potong kecil.
Letakkan kepingan kedua dan ulang kaedah yang sama.
Akhir sekali untuk lapisan atas,sapukan topping cream cheese dan taburkan lebihan kepingan coklat Daim dan kepingan coklat Cloud 9 Classic dan sedikit coklat cip dwiwarna.
Sejukkan di dalam peti ais sebelum di potong.

Jumaat, 8 Januari 2016

DAGING GORENG


As-Salam buat semua..
Daging goreng kegemaran Azim..
makan nasi sampai bertambah-tambah..
No wonder kalau masa cuti sekolah hari tu  habis semua baju lama tak muat bila sekolah di buka semula.
makin membesar dan meninggi..
Pemilih makan tapi bila jumpa lauk kesukaan tak ingat depan belakang dah!..
Daging ini di goreng stail ore Kelate.
Let's try masak..

DAGING GORENG 

Bahan-bahan
250 gm daging-potong nipis
2 inci kunyit hidup
garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah-hiris nipis
1 biji cili hijau-hiris nipis
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
sedikit serbuk lada hitam 
minyak canola

Cara memasak
  • Tumbuk kunyit hidup. 
  • Gaulkan bersama daging dan gula dan perap sebentar. Tambahkan sedikit serbuk lada hitam .
  • Masukkan ke dalam kuali bersama sedikit air.
  • Biarkan daging di rebus hingga lembut hingga hampir kering airnya.
  • Masukkan minyak canola dan goreng daging sebentar.
  • Tambahkan garam,lada merah dan hijau serta bawang besar.
  • Biar hingga bawang layu .
  • Bolehlah di angkat

Selasa, 5 Januari 2016

KUIH TAKO NANGKA

As-Salam buat semua..
Best kuih ni makan time sejuk.Bau ulas nangka pun harum.
Saya tak berapa suka makan buah nangka.Tapi kalau di olah buat kuih atau pengat,barulah saya makan.
Biasanya di letak dalam acuan daun pandan
saya tak pandai bab -bab tu..tak ada seni melipat daun pandan..
jadi saya cuma letak dalam acuan kecil untuk puding sahaja
resepi dari www.azlitamasammanis
thanks.

KUIH TAKO NANGKA

Lapisan bawah
25 gm tepung Hoen Kwe kuning
25 gm tepung beras
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
6 ulas nangka-buang biji potong dadu

Lapisan atas 
25 gm tepung Hoen Kwe putih
2 cawan santan
secubit garam

Cara penyediaannya
  • Sediakan kotak pandan/acuan secukupnya.
  • Campurkan semua bahan lapisan bawah kecuali nangka ke dalam periuk.
  • Kacau rata.Kemudian masak atas api sederhana sehingga pekat.
  • Tutup api dan masukkan nangka.
  • Kacau sebentar.
  • Tuang adfnan ini ke dalam kotak pandan/acuan hingga ukuran setengah kotak.
  • Biarkan ia sejuk dan mengeras.Ketepikan.
  • Dalam periuk lain satukan semua bahan lapisan atas dan kacau rata.
  • Masak di atas api sederhana sambil di kacau hingga ia pekat.
  • Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah.
  • Biarkan ia mengeras dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

Ahad, 3 Januari 2016

KEK MARBLE LEMBUT

As-Salam buat semua..
Kek homemade biasanya mempunyai rasa yang enak sekali.
Bau harum kek ketika di bakar sampai ke luar rumah..
Lepas tu makan pula ketika suam-suam memang terasa la kesedapannya.Lembut dan gebu je.
Resepi dari Majalah Rasa Edisi Aidil Fitri 2014
Let's try baking.

KEK MARBLE LEMBUT

Bahan-bahan
227 gm mentega
170 gm tepung gandum
170 gm gula kastor
5 biji telur
3 sudu makan susu pekat
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila 
1 sudu makan ovalette
4 sudu makan serbuk koko/coklat emulco

Cara membuatnya
  • Ayak tepung bersama serbuk penaik.Ketepikan.
  • Pukul mentega,susu dan esen vanila hingga kembang.
  • Di dalam bekas berasingan pukul putih telur hingga ringan,lalu masukkan gula sedikit demi sedikit.
  • Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan kuning telur satu- persatu ke dalam adunan putih telur dan pukul rata.
  • Seterusnya masukkan ovalette ke dalam adunan dan pukul lagi hingga rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung sedikit -sedikit dan gaul sebati.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian dengan satu bahagian di tambah dengan  serbuk koko.
  • Sapukan loyang ddenagn marjerin dan lapikkan loyang kek dengan baking sheet.
  • Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga habis.Lorekkan adunan di atas sekali.
  • Bakar pada suhu 180'c selama 45 minit atau hingga masak.

Sabtu, 2 Januari 2016

AKU MASIH DI SINI...2016






















Photo face off..ending of 2015
Absolutely blew my mind..hundred times.
Aku masih di sini..