Ore Kelate..tapi tak pernah buat Nasi dagang!.
..suka makan Nasi dagang tapi lebih suka Nasi dagang Trengganu yang berasnya warna putih sahaja.
Disini..ia di makan untuk breakfast.
Nasi dagang Kelantan berasnya bercampur warna coklat sedikit.
Biasanya di makan dengan Telur rebus, Sambal kelapa,Acar mentah,pilihan-Gulai ikan tongkol hitam,gulai ayam atau gulai udang atau ketiga-tiganya sekali.
Ada juga telur rebus sebiji-sebiji di masukkan ke dalam kuah gulai.
Gulainya pun simple sahaja dan tidak memerlukan rempah khas seperti gulai Nasi dagang trengganu.
Boleh di tanak sahaja ataupun di kukus.
ok, saya masak Nasi dagang mudah versi kelantan cara kukus tetapi menggunakan beras wangi versi trengganu.
Let's try masak
NASI DAGANG
Bahan-bahan
3 cawan beras Nasi dagang/Beras siam wangi
3 cawan santan
3 ulas bawang merah-di hiris
2 ulas bawang putih-di hiris
1 inci halia-hiris kasar
1 helai daun pandan-disimpul
1 sudu teh halba
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Cara membuatnya
- Basuh beras hingga bersih.
- Rendam beras wangi semalaman dan toskan(tidak perlu di cuci lagi).
- Panaskan periuk kukus dan bila air mendididh,kukus beras bersama halba dan daun pandan.
- Bila nasi masak,masukkan santan yang telah bercampur dengan bawang,halia,gula dan garam.Sesuaikan dulu rasa santan sebelum di campur dengan nasi.
- Gaul biar serata dan kukus sekali lagi hingga masak.
*kukus pertama kali dengan santan cair .
*bila nasi betul-betul masak,gaulkan dengan santan pekat dan kukus sebentar lagi.
*kalau kukus dua kali biasanya Nasi dagang lebih tahan tidak mudah cepat basi.
Nasi dagang yang saya buat ini dimakan dengan Gulai ayam,Acar mentah dan Gulai udang.Tak buat sambal kelapa kerana anak-anak tak makan.