Selasa, 28 Jun 2016

KEPAK AYAM GORENG RANGUP

Assalam buat semua..
Kepak ayam goreng yang paling mudah di sediakan.
Hari ni rasa penat sangat,tugasan bertimbun perlu di siapkan,masak yang simple sahaja.
untuk Azim ..buka puasa dengan Kepak ayam goreng lah petang nanti.
makan time panas-panas rangup sahaja.
Let's try goreng

AYAM GORENG RANGUP

Bahan-bahan
12 keping kepak ayam
tepung goreng ayam berempah secukupnya
1 sudu teh serbuk cili Baba's
1 sudu teh serbuk lada hitam
serbuk cukup rasa Maggi
air secukupnya
minyak untuk goreng terendam

Cara membuatnya

  • Bersihkan kepak ayam dan gaul bersama serbuk cili,serbuk lada hitam dan serbuk cukup rasa.
  • Bancuh tepung goreng berempah dengan air mengikut kepekatan yang sesuai untuk menyalut ayam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing guna api sederhana.
  • Toskan minyak,sedia untuk di hidang.

Isnin, 27 Jun 2016

PULUT MANGGA

Assalam buat semua..
Pemanis mulut untuk untuk buka puasa.
This is Kelantan ..best nya Pulut Mangga.Disini kita panggil Pulut Pauh.
Nak lebih class lagi we called- Mango sticky rice.
Makan sejuk-sejuk time  buka puasa tentu dah tak larat makan benda lain dah.
terus kenyang..makan pulut kan..
Buat versi saya sendiri ..tak berapa manis sebab buah mangga tu masak ranum..dah manis!

PULUT MANGGA

Bahan-bahan(2 orang)
1 biji mangga saiz besar-potong kiub
1 cawan beras pulut
1 cawan santan
sedikit gula dan garam secukup rasa
bijan sangai untuk hiasan

Cara membuatnya

  • Tanak pulut hingga masak
  • Masak santan dengan sedikit air dan tambah sedikit tepung jagung untuk memekatkannya.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Sedia untuk di hidangkan bersama mangga dan pulut.
  • Letak sedikit bijan sebagai hiasan.

Sabtu, 25 Jun 2016

BISKUT BANGKIT CHEESE

 Assalam buat semua..
Post biskut raya la pula,puas hati buat sendiri walaupun tidak begitu cantik kejadiannya.
Pastu suka cuba resepi baru,ada juga risikonya,kadang menjadi ada juga yang tidak sedap. 
Dalam beberapa jenis yang saya buat,ada dua yang tidak begitu memenuhi selera.
Ni pun resepi baru di cuba juga,syukur ia menjadi tapi kena pandai-pandai ejas sendiri.
Resepi dari FB.
Let's try baking

BISKUT BANGKIT CHEESE

Bahan-bahan
4 cawan tepung ubi-di sangai
2 1/2 tepung jagung
4 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking powder
250 gm mentega
70 gm keju cheddar parut
11/4 cawan gula kastor(kalau nak kurang manis guna 1 cawan)
2 biji kuning telur

hiasan
keju parut secukupnya.

sapuan atas biskut
kuning telur campur air dan sedikit pewarna kuning.

Cara membuatnya

  • Tepung ubi yang telah di sangai,asingkan 1 cawan.
  • Satukan kesemua tepung,baking powder dan susu tepung,ayakkan.
  • Putar mentega dan gula hingga kembang sedikit dan masukkan kuning telur dan keju parut.Putar sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di uli.
  • Jika masih lembik dan melekat di tangan,tambahkan tepung ubi yang telah di asingkan satu cawan tadi sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sesuai untuk di terap.
  • Rehatkan doh selama 30 minit.
  • Canaikan doh dengan penggelek dan terap dengan acuan pilhan.
  • Panaskan oven pada suhu170 'c.
  • Sapu tray pembakar dengan sedikit mentega dan susun biskut .
  • Sapu kuning telur dan tabur dengan keju cheedar parut di atasnya
  • Bakar hingga biskut masak lebih kurang 15-20 minit


Jumaat, 24 Jun 2016

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalam buat semua..
Pemanis mulut dari agar-agar mudah dan cepat saja nak membuatnya.
boleh buat untuk di makan semasa berbuka.
Kalau untuk berbuka,biasanya saya buat sehari lebih awal.
Gabungan aroma pandan dan santan memang sesuai.Best saja bila masuk tekak. 
Resepi dari buku Senangnya memasak Puding dan Dessert oleh Chef Hanieliza.
Let's try buat..

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar/10 gm
1 1/2 liter air       guna1 liter air
1 cawan gula      ikut manis sendiri
3 helai daun pandan-di simpul
1/2 sudu teh pewarna hijau

*200 ml santan
1 biji telur
secubit garam
*ketiga bahan ini di bancuh bersama

Cara membuatnya

  • Masakkan serbuk agar-agar dengan air,gula dan daun pandan hingga mendidih.
  • Masukkan pewarna hijau.
  • Masukkan campuran santan dan telur serta garam.
  • Kacau hingga mendidih dengan api sederhana.
  • Tuangkan ke dalam acuan pilihan dan sejukkan.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Rabu, 22 Jun 2016

POPIA PISANG BAKAR

Assalam buat semua
17 Ramadhan..
Kudapan untuk makan-makan lepas 10 malam!
resepi ringkas dan mudah membuatnya.
Kalau kebiasaaanya ia di goreng tapi popia ini di buat dengan cara bakar,
Makan time suam sikit rangup sekali.
Let's try buat

POPIA PISANG BAKAR

 Bahan-bahan
4 biji pisang masak
4 keping kulit popia
susu pekat manis
keju cheddar parut

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Ambil sekeping kulit popia gulung kemas-kemas dengan pisang.
  • Letak dalam loyang dan susun rapat-rapat.
  • Bakar dalam oven hingga kulit popia nampak perang sedikit
  • Keluarkan dan sapu dengan susu pekat manis
  • Taburkan keju cheddar parut di atasnya.
  • Bakar hingga keju cheddar nampak garing.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum di makan.

Jumaat, 17 Jun 2016

UDANG BERSALUT OATS

Assalam buat semua..
Sedapnya makan udang rangup ni
cicah dengan sos cili Thai ratah macam tu saja .
Bulan puasa ni..
malam-malam lepas pukul 2200 mesti rasa lapar balik.
boleh lah buat kudapan untuk menambahkan kolestrol sedia ada.
Resepi dari Dayang Jack.Thanks

UDANG BERSALUT OATS

Bahan-bahan
10 ekor udang 
2-3 sudu makan tepung goreng  kfc atau tepung goreng serbaguna
sedikit air atau 1 biji telur-pukul sedikit
2 tangkai daun kari
oats secukupnya
minyak dan mentega untuk goreng terendam

Cara membuatnya

  • Satukan udang,air secukupnya,tepung goreng dan daun kari.Gaul rata.
  • Kemudian salut dengan oats.
  • Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 15-20 minit sebelum di goreng.
  • Jika menggunakan telur-gaulkan udang bersama tepung dan daun kari.
  • Kemudian celup ke dalam telur dan salutkan dengan oats.Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk sebelum di goreng.
  • Panaskan minyak dan mentega untuk goreng terendam.
  • Goreng udang hingga garing sampai habis.
  • Hidangkan bersama sos pilihan.

Rabu, 15 Jun 2016

STRAWBERRY PANNA COTTA

Assalam buat semua..
10 Ramadhan,
Dessert untuk buka puasa,makan sejuk-sejuk best kan.
mudah dan cepat siap tapi lambat untuk di makan.
Buat pada waktu malam dan ready untuk makan pada petang esoknya.
Kerana panna cotta mengambil masa yang lama untuk set/mengeras..
Tekstur panna cotta tidak seperti agar-agar atau puding,ia lebih kepada dadih.
Boleh di gunakan buahan lain seperti kiwi,dragon fruit dan mangga.
Rsepi dari citarasawan.blogspot
Lety's try buat..

STRAWBERRY PANNA COTTA

Bahan-bahan
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan heavy cream
2 sudu kecil serbuk gelatine Halagel
3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula/secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

untuk puri strawberi
10 biji buah strawberry
2-3 sudu kecil gula

Cara membuatnya

  • Masukkan serbuk gelatine ke dalam air panas,kacau dan biarkan ia mengembang.
  • Masak susu,heavy cream dan gula di atas api sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.
  • Padamkan api dan masukkan adunan gelatine dan esen vanila.
  • Kacau hingga gelatine larut sepenuhnya.
  • Tuangkan ke dalam acuan sesuai atau bekas kecil.Sejukkan 5-6 jam di dalam peti ais.
Sediakan puri strawberi

  • Mashed atau blend strawberi dan masukkan gula.Kacau hingga sebati.
  • Sejukkan di dalam peti ais

untuk menghidang,tuangkan puri strawberi ke atas panna cotta tadi dan sedia untuk di nikmati.

Isnin, 13 Jun 2016

KUIH CARA BERLAUK

Assalam buat semua..
6 Ramadhan.. 
Dah terajin sikit gi buat Kuih cara berlauk.
beli acuan Kuih cara dah hampir 2 tahun tapi tak pernah menggunakannya.
Agak berat nak buat,bukan apa,malas nak duduk tepi dapur lama-lama.
Lastly saya terbuat juga bila nampak resepinya,mudah saja.
hanya buat satu adunan boleh lah sebagai permulaan.
Macam mana agaknya orang yang ambik tempahan banyak-banyak tu.
Agaknya dia buat sambil duduk,nak siapkan ini pun memakan masa.
Tapi puashati bila dapat buat sendiri,boleh letak inti banyak-banyak
Garing saja kulit luarnya bila baru masak.
Resepi dari zila4ever.blogspot.com  .Thanks
Let's try buat.

KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan
2 keping daging burger/daging cincang
1 labu bawang besar-di dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos black pepper
1 sudu kecil cili kisar
1/2 sudu teh lada hitam kisar

daun sup-hiris halus
cili merah -hiris halus  saya guna capsicum merah
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit bawang goreng

Cara buat intinya

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan cili kisar.
  • Kacau rata dan masak sekejap.
  • Tambah rempah kari dan sos black pepper.Kacau dan tambah sedikit air.Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.
  • Tambah lada hitam kisar dan perasakan secukupnya.Tambahkan garam dan sedikit gula jika perlu.
  • Kacau rata dan akhir sekali masukkan setengah dari daun sup dan cili hiris.
  • Gaul rata dan matikan api.


Bahan kastard
75 gm tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan(jika santan kotak guna 100ml santan + 70 ml air)
2 sudu besar mentega/marjerin-di cairkan
beberapa titik pewarna kuning
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Ayak tepung dalam satu bekas.Masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Tambah garam,mentega cair dan pewarna kuning.
  • Kacau hingga rata dan tapis.Boleh juga di kisar dalam blender.
Untuk kuih cara berlauk

  • Panaskan acuan kuih bahulu bentuk cermai.Guna api dapur kecil.Sapu acuan dengan minyak masak.
  • Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh.buat hingga habis setiap lubang acuan kemudian sudukan inti ke dalam adunan.
  • Taburkan daun sup,cili merah dan bawang goreng.
  • Tutup sekejap dalam 1-2 minit dan keluarkan dari acuan.
  • Ulang langkah dan buat sehingga adunan habis.

Isnin, 6 Jun 2016

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Assalam buat semua..
Kali ini try lagi buat kek ni,asyik tak jadi saja..
entah di mana silapnya,sudah buat dengan tekun dan berhati-hati..ye la tu!
mujur kali ini kejadiannya baik saja.
Bukan resepi yang silap,agaknya teknik saya yang silap.
kena praktis selalu..ada orang tu suka sangat makan kek ni.
Jika inginkan kek yang lebih tinggi,guna loyang yang lebih kecil sedikit.
Let's try baking

COTTON SOFT JAPANESE CHEESCAKE
Dari:Azlina Ina Fans/FB.Thanks

Bahan-bahan
6 biji telur gred B
3 atau 4 keping keju slice/cheesedale
1/2 susu segar/susu cair
1 1/4 cawan gula halus    saya guna 1 cawan shj.
2 sudu besar butter
1 cawan tepung gandum
2 suud besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanila
sedikit garam halus
1 sudu kecil cream of tartar/1 sudu kecil cuka

Cara membuatnya

  • Larutkan susu segar,butter dan cheesedale menggunakan kaedah double boil.Ketepikan.
  • Asingkan kuning dan putih telur.
  • Letakkan esen vanila ke dalam kuning telur dan kacau dengan spatula sahaja.
  • Ayak tepung gandum dan baking powder serta tepung jagung dan garam halus.
  • Campurkan kuning telur tadi bersama bahan yang telah kita double boil tadi dan kacau rata.
  • Masukkan tepung dan kacau sebati.
  • Putar putih telur sampai nampak buih-buih kasar baru di masukkan gula dan cream of tartar(kalau tiada ganti dengan 1 sk cuka ).
  • Putar hingga ia jadi kaku (terbalikkan mangkuk dan telur tidak jatuh)
  • Cedukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit dan masukkan ke dalam adunan kuning telur.Kacau sebati.
  • Isi loyang besar dengan air biasa
  • Lapik bawah loyang yang lebih kecil dengan baking paper dan sapu minyak di dasarnya dan juga di tepinya.
  • Panaskan oven pada suhu 170'c.Letakkan loyang kecil ke dalam loyang yang berisi air.
  • Masukkan loyang  ke dalam oven dan turunkan suhu ke 160'c dan bakar selama 1 jam bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Bila masak,terbalikkan atas redai kek  dan buka baking paper.
  • Kemudian terbalikkan ke atas semula dan bolehlah di hiaskan jika suka.
  • Sejukkan dahulu sebelum di letak dalam peti ais.Kek ni sedap di  makan sejuk.

Sabtu, 4 Jun 2016

SEKAYA LABU

Assalam buat semua..
Hari menjadi semakin sibuk,entah apa la yang saya sibukkan.
Kadang-kadang sampai tak cukup masa menyiapkan tugasan.
Walau begitu masak dan buat kuih sempat juga.
cuti sekolah ni dah buat macam-macam ..
dari kek hingga ke brownies
dari puding hingga ke kuih- muih. 
Apa yang anak tak makan,saya yang tolong makan 
penimbang?..ada nombor tujuh kat depan!.
Mari kita tengok resipi manisan ni pula
Nama lain,Sangkaya labu,Thai pumpkin kastard
Tanpa rasa bersalah makan je..dah penat-penat buat.
Let's try buat

SEKAYA LABU

Bahan-bahan
1 biji labu saiz sederhana
3 biji telur ayam double A
1 cawan santan
gula melaka-secukup rasa(saya guna dalam paket yang telah di hancurkan)
sedikit garam
1 sudu teh esen vanila
sehelai daun pandan-mesin dengan santan dan tapiskan.
1 sudu besar tepung kastard

Cara membuatnya

  • Panaskan pengukus
  • Potong sedikit bahagian tangkai/atas labu.Korek keluar bijinya.
  • Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau  sebati.
  • Tapiskan ke dalam bekas lain.
  • Kemudian tuangkan ke dalam buah labu,letak penutup labu.
  • Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit bergantung kepada saiz labu.
  • Bila masak,sejukkan sebelum di potong.