Sabtu, 31 Disember 2016

THROWBACK 2016..

Asalam buat semua..
Tak sampai satu jam lagi ketika catatan ini di buat  kita akan meninggalkan tahun 2016
Tahun yang paling bermakna buat saya.
Pertemuan semula dengan kawan-kawan lama sudah tentunya menjadi satu kenangan yang paling abadi di hati ini...
Syukur,Alhamdulillah kerana saya masih di panjangkan umur untuk bertemu semula dengan kawan-kawan lama yang sudah berpuluh tahun tidak di temui.
Berpisah ketika masih muda remaja dan bertemu semula di kala usia sudah hampir separuh abad.
Amat berbeza sekali dengan zaman sekarang yang serba canggih dalam serba-serbi aplikasi yang membolehkan mereka sentiasa berhubung,bukan seperti kita-kita dahulu.
Banyak cerita bahagia yang ingin di kongsi..
Banyak kenangan yang kembali di ceritakan semula.
             Pertemuan semula dengan rakan sekolej mengimbau semula kenangan ketika kami berumur 19 tahun.Kami sekelas semuanya perempuan.tetap ceria dan havoc seperti dulu !..hu..ha..huhaa.
                                    ..dan juga sentiasa ceria dengan kawan-kawan sekarang,,
...with a broken bone.I swear I live..buat pesakit-pesakit saya.
Allah maha pengasih..mempertemukan semula saya dan ibu saudara yang lebih 20 tahun tidak di temui.. juga dalam tahun 2016.
Tak lupa juga buat rakan-rakan blogger walau di mana jua anda berada.Maaf sekiranya ada tulisan saya yang tidak di sukai,gambar-gambar saya yang tak sanggup mata memandang dan juga post-post yang membosankan.Terimakasih semua di atas segala perkongsian resepi selama ini.Saya akan terus menulis di sini ..selagi masa dan kesihatan mengizinkan.
Berirama senandung semalam..ku terkenang peristiwa silam..
Banyak juga saya jumpa gambar-gambar dalam blog saya yang di ambil tanpa izin di dalam page FB, itupun saya maafkan.Sampai jumpa lagi..

Khamis, 29 Disember 2016

KEK MARBLE

+++++
Assalam buat semua..
Dah lama tak makan kek mentega kosong.
Kek ni gebu dan moist serta berbau harum.
Kek lejen ni sebenarnya sentiasa di sukai sampai bila-bila pun.
Zaman muda-muda dulu,kalau dapat buat kek macam ni dah kira pandai la.
Sampai ke hari ini pun saya masih menyukainya.
Kalau buat sendiri tu,rasanya lagi sedap..lagipun boleh makan time suam-suam.Jumpa resepi masa jalan-jalan kat FB@ Koleksi kek sedap.Thanks.
Let's try baking

KEK MARBLE

Bahan-bahan
150 gm marjerin daisy
130 gm gula kastor
160 gm tepung superfine/self raising flour
3 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Putar marjerin dan gula hingga kembang dan gebu(5-7 minit).
  • Pecahkan telur dalam mangkuk dan campur dengan susu dan esen vanila.Kacau rata.
  • Masukkan dalam adunan yang di putar sedikit demi sedikit sambil terus di putar.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan cara kaup-balik hingga rata.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna pilihan.
  • Alaskan loyang dengan baking sheet .
  • Lapiskan 2 sudu besar setiap warna yang berlainan untuk dapatkan efek belang-belang.
  • Buat sehingga habis.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170 'c selama 1 jam atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.


Isnin, 26 Disember 2016

BELUT GORENG KUNYIT

Assalam buat semua..
Bukan semua orang boleh makan belut termasuk saya sendiri
tapi saya boleh memasaknya dengan syarat bagi yang dah siap dibersihkan .
belut ini pula telah di potong siap oleh penjualnya.
ada orang tu pula,suka makan belut tapi tak nak potong belut ☺.
Azim suka makan belut goreng,sebab tu lah saya boleh memasaknya.Tahan saja...
Let's try masak

BELUT GORENG KUNYIT

Bahan A
250 gm belut-dibersihkan.
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 inci halia-di parut
1 sudu besar serbuk cukup rasa maggi
1 sudu kecil serbuk cii kering
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
serbuk lada hitam
2 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan B
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
1 biji cili merah-buang biji dan hiris nipis
2 tangkai kacang panjang-potong 1 inci

Cara membuatnya

  • Belut yang telah di bersihkan di gaul dengan bahan-bahan di atas kecuali bahan B.
  • Perapkan seketika.
  • Panaskan 2 cawan minyak masak.
  • Goreng belut hingga garing dan sentiasa di balik-balikkan supaya masak sama rata.
  • Angkat dan letak belut goreng dalam penapis besi dan toskan minyak.
  • Kemudian letakkan belut goreng di atas kertas serap minyak.
  • Menggunakan minyak yang sama,goreng bawang besar,cili merah dan kacang panjang hingga lembut.
  • Taburkan di atas belut goreng tadi.
  • Sedia untuk di hidangkan dengan nasi putih.

Isnin, 19 Disember 2016

APAM MINI INTI KASTARD

Assalam buat semua..
Try buat Apam mini pula..resepinya ringkas sahaja yang saya jumpa dari group Masak Apa Hari Ini/MAHN
Nama lain yang seumpamanya-Apam balik mini,Apom Kastard
Di sini biasanya inti di buat warna merah.
Letak inti banyak sikit kat tengah baru nampak kembung.
Yang saya buat tu nampak leper saja sebab letak sikit intinya.
Let's try buat

APAM MINI INTI KASTARD

Bahan-bahan
1 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan gula
1 cawan tepunggandum
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh serbuk penaik

Cara membuatnya
  • Semua bahan di atas di blend.
  • Panaskan kuali non stick.Sapu sedikit minyak.
  • Ambil satu senduk kecil dan dadar nipis adunan hingga habis.
Bahan inti
1 cawan tepung kastard
2 dan 1/2 cawan air
susu pekat-ikut manis sendiri
secubit garam

Masak semua bahan di atas api perlahan sampai pekat dan berkilat
Paipkan di tengah Apam mini dan lipat dua.
Sedia untuk di hidangkan. 

Sabtu, 17 Disember 2016

ONE-POT LEMON GARLIC SHRIMP PASTA

Assalam buat semua
Main masak-masak hari ini..
Banyak lagi stok pasta yang saya tak buat duk tersimpan dalam kabinet dapur.
Kalau masak pun,ambil sikit-sikit saja sebab tu lambat habis.
Nak buat banyak,tetamu dapur tak ramai pula.
Apapun memasak perlu di teruskan juga. 
Resepi pasta kali ini dari Tasty/FB
Let's try buat

ONE-POT LEMON GARLIC PASTA

Bahan-bahan
240 gm pasta Linguine
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar butter
4 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu teh crushed red pepper
500 gm shrimp -buang kulit
garam dan serbuk lada hitam

1 sudu kecil dried oregano
4 cawan baby spinach
6 sudu besar butter
2 sudu besar parsli cincang
1/4 cawan parmesan
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya

  • Rebus pasta sampai masak dan toskan.
  • Panaskan minyak zaitun dan butter.
  • Masukkan bawang putih cincang dan tumis sampai naik baunya.
  • Masukkan crushed red pepper dan udang.
  • Tambahkan serbuk lada hitam,dried oregano dan garam secukup rasa.
  • Masukkan baby spinach dan pasta .
  • Gaul hingga rata.
  • Kemudian masukkan 6 sudu besar butter,parmesan dan parsli cincang dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan jus lemon.Kacau rata dan bolehlah di angkat.

Rabu, 14 Disember 2016

MOIST CHOCOLATE CHIP BANANA CAKE

 Assalam buat semua..yang sudi singgah di sini,
Resepi Kek Pisang yang saya jumpa masa 'jalan-jalan' kat FB.
Dari Danish's Red Kitchen,Danish Harraz yang baru berusia 9 tahun tapi dah pandai masak dan buat kek.
Mokcik kongsi resepi di sini pula la ye,Abang Danish.Thanks.
Cara membuatnya amat ringkas dan cepat siap pula.
Kek ini sesuai di makan begitu sahaja atau boleh juga drizzle dengan coklat di atasnya.
Rasanya tidak begitu manis,sesuai untuk mokcik. 
Sesuai sangat la tu,,bukan ke dalam kek ni ada gula..
Tak apa..mokcik makan sekeping jer!.
Let's try baking.

MOIST CHOCOLATE CHIP BANANA CAKE

Bahan-bahan
2 cawan pisang masak yang sudah di lecek
2/3 cawan pure butter-di cairkan
2 cawan tepung serbaguna
2 biji telur
1 dan 1/2 cawan gula kastor-sila tambah kalau nak manis
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
secubit cinnamon powder
1 cawan semi sweet mini coklat cip
boleh tambah apa- apa nuts jika suka

Hiasan/optional
coklat cip
almond flakes
chocolate drizzle

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 160'c.
  • Gris bundt pan atau baking tray size 9x13 dengan parchmen paper.
  • Ayak bahan kering dalam satu bekas.
  • Dalam bekas pisang lecek,masukkan telur,gula dan butter cair.
  • Gaul sebati.
  • Masukkan bahan kering dan kaup-balik kan sahaja hingga rata.
  • Masukkan cokat cip.Jangan overmix/terlebih gaul.
  • Tuang dalam acuan bundt pan atau baking tray.
  • Taburkan dengan sedikit coklat cip dan almond flakes di atasnya.
  • Bakar selama 40-50 minit sehingga bahagian atas agak keperangan sedikit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
*Kek ni lebih sedap selepas di biarkan semalaman.❇

Ahad, 11 Disember 2016

FRIED COCONUT SHRIMP

 Assalam buat semua..
Kali pertama cuba buat Fried Coconut Shrimp☻
Rasanya...sedap,aroma dan rasa lemak kelapa yang wangi lain dari kebiasaan . 
Dah la crispy,makan panas-panas pula,lepas satu-satu masuk mulut
Azim yang tak pernah makan udang pun saya paksa makan.
Boleh cakap ..sedap.Tu la tak nak makan udang sangat!
Best makan dengan sos cili Thai tapi tak ada stok pada masa kejadian.
Saya tukar pada sos mayonis.Sos dalam resepi ni juga nampak macam best.Nanti lain kali jika ada bahan,saya nak try buat.
Ada juga satu dua bahan saya gantikan dengan bahan lain yang sesuai.
Resepi asal dan video cara membuatnya ada kat Tastemade/FB
Let's try buat

 FRIED COCONUT SHRIMP from Tastemade.☺

Bahan-bahan
500 gm shrimp
2 biji telur
1/2 cawan tepung serbaguna
1/4 cawan cuka makan
1/2 sudu teh garlic powder
1/4 suud teh cayenne powder
3/4 cawan sweeten shredded coconut.  saya guna dessicated coconut
1 cawan panko/serbuk roti
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
minyak untuk menggoreng

untuk sos
oren marmalade
jus mangga
hirisan cili merah 
cuka epal
*saya gantikan sos ini dengan sos mayonis/sos cili Thai.
Cara membuatnya

  • Potong shrimp bentuk rama-rama-buang kulit,belah belakang dan tinggalkan hujung ekornya.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk,satukan telur,cuka makan,tepung serbaguna,cayenne powder,garlic powder.
  • Dalam mangkuk lain satukan serbuk panko dan kelapa parut kering.
  • Pegang hujung ekor shrimp,celupkan ke dalam adunan bater dan salutkan dengan adunan serbuk roti .
  • Panaskan minyak dan goreng hingga golden brown dan crispy.
  • Toskan atas paper towel dan buat sampai habis
  • Campurkan semua bahan sos.
  • Perah sedikit jus lemon di atas shrimp.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 9 Disember 2016

MOIST BANANA CUPCAKE

Assalam buat semua..
Kek cawan pisang untuk anak-anak dalam cuti sekolah ni.
Sentiasa ada pisang masak di dapur saya,buang kulitnya dan simpan dalam peti sejuk.Ia akan tahan lama. 
Esok abang Amzar dah nak balik ke kolej semula.
Tinggal lah Azim sorang-sorang, makin bosan la dia.
Saya pun..bosan juga sebab tu suka main masak-masak.
Let's try baking

Bahan-bahan
4 biji pisang-di hancurkan
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Putar gula,telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit atau hingga kelihatan putih.
  • Masukkan pisang,esen vanila dan gaul rata.
  • Masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.
  • Kacau sebati dengan spatula.
  • Tuang dalam acuan cawan kertas dan bakar sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Selasa, 6 Disember 2016

VOL-AU-VENT


Assalam buat semua..
Kali ini saya nak kongsi satu resepi yang saya buat dalam cuti sekolah ni.
Anak-anak suka makan,tapi mereka tak berapa pandai menyebutnya.Pening saya nak ingatkan kembali apa yang pernah saya buat sebelum ini.
Sehinggalah mereka tunjukkan saya gambar yang pernah saya postkan dulu.
Baru lah tau apa yang sebenarnya.Pelupa tahap 4...
Terbelit lidah nak menyebutnya kata kakak Afiqah
Saya menggunakan pastry puff homemade dan intinya versi sendiri
Letak lah inti apa pun semua nya sedap belaka. 
Let's try buat.

Bahan-bahan
10 keping pastry puff
10 keping pepperoni daging
1 batang sosej
hirisan daun bawang

Sos putih
1/4 cawan mentega
1/4 cawan tepung gandum
1 cawan krim putar/susu segar
serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cheese
1/2 kiub pati ayam

Untuk glis
1 biji kuning telur
setitis pewarna kuning
Cara membuatnya

  • Panaskan air dan celur pepperoni dan sosej sebentar.Toskan
  • Potong sosej bentuk kiub kecil.Ketepikan.
  • Ambil sekeping pastri puff dan tekap dengan acuan bulat/ring cutter.Tekap kesemuanya hingga habis.
  • Taburkan sedikit tepung ke dalam dulang pembakar.
  • Letak 5 keping potongan pastri di dalam dulang pembakar.
  • Sementara 5 keping lagi tekap dengan acuan bulat yang lebih kecil untuk membentuk lubang di tengahnya.
  • Letakkan di atas kepingan yang pertama tadi.
  • Gliskan denagn kuning telur.
  • Lebihan bahagian tengah boleh di bakar bersama.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 150'c selama 15 minit atau sehingga garing dan naik mengembang.
  • Keluarkan dari oven dan tekan sedikit bahagian tengah untuk membentuk lekukan.Ketepikan.
Buat sos putih

  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandun.Kacau rata.
  • Tambahkan susu segar atau krim putar dan kacau sehingga licin.
  • Masukkan serbuk cheese,kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
  • Sesuaikan rasa dan jika pekat sangat tambahkan sedikit air.

Ambil pastri yang telah siap di bakar,sudukan sos putih ke dalamnya.
Taburkan hirisan daun bawang
Letakkan pepperoni dan sosej di dalam sos putih
Sedia untuk di hidangkan.
Lebihan pastri bentuk kecil tadi boleh di cicah dengan sos putih.

Isnin, 28 November 2016

DINNER 2 ZAMRUD @ KENG SOM

 Assalam buat semua..
Selepas buat family day tempoh hari kawan-kawan jemput makan malam penghujung tahun pula.
Kalau dinner lain yang biasa kami hadiri kena sopan-santun bagai sebab ada tetamu VIP tapi dinner yang kami buat sendiri ni,bantai jer gelak sakan time makan.
Tak ada tema apapun,semuanya santai sahaja.
Gelak-gelak,makan-makan dan gelak lagi.
 Makan malam ini di adakan di Restoran Thai,Keng Som.Best juga menu yang di sediakan.
Sekali-sekala keluar makan bersama merapatkan silaturrahim di antara kami.
Biasa la bila bertugas tu,sibuk memanjang saja.
Bila dapat keluar bersama macam ni,release stress sikit.

Restoran Thai,Keng Som terletak di Jalan Kebun Sultan,bandar Kota Bharu,Kelantan.Semasa kami sampai waktu itu tidak crowded sangat dengan pelanggan kerana ia hampir di tutup jam 2200.
Sebelum makanan sampai ada appetiser kacang tanah.tuu..saja.
Menunya terdiri dari Ikan Siakap Keng Som,Butter Prawn,Udang celup tepung dengan sos Mae Phranom,Kerabu mangga,Ayam kerabu mangga,Telur dadar,Tom yam merah campur,Sotong celup tepung,Air sirap selasih  dan ada beberapa lagi yang saya tak ingat.Not bad..food really taste good!.
Restoran tutup pukul 2200,pukul 2145 baru start makan.Campur dengan ber-hu-ha-hu-ha lagi,mujur tokey  tak minta kami keluar.Restoran dah tutup separuh pun kami masih dok wefie lagi.
Semoga tahun depan dapat lagi kami bertemu dan makan beramai macam ni lagi.Bukan mudah untuk berkumpul ramai-ramai dek kerana tugas yang berlainan syif.Tu pun ada bebrapa orang yang tak boleh join kerana bertugas malam.
Kali ini semua gambar-gambar adalah ehsan dari Emee Suhaile.tuu...yang tengah senyum manis, yang merakam semua detik kerana kamera saya habis bateri..
**hidup ini indah jika tahu menghargainya**
❤❤❤❤❤❤

Ahad, 27 November 2016

PISANG GORENG RANGUP DENGAN SAMBAL KICAP MADU

Assalam buat semua..
Biasanya di Kelantan pisang goreng di makan begitu sahaja.
Saya suka makan Pisang goreng yang rasanya manis sedikit.
Biasa la di sini,kalau tak rasa manis tu serba tak kena jadinya.
Macam tu lah citarasa yang berlainan di setiap negeri.
Sebab tu saya suka cuba buat atau makan masakan negeri lain.
Nak cuba makan Pisang goreng cicah Sambal kicap macam orang Johor lah pulak.
Rupa-rupanya sedap walau baru pertama kali makan.
Kan dah kata..kena cuba dulu,baru tau sedap!
Let's try buat.

PISANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan
2 biji pisang tanduk- potong menyerong dan belah dua
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
1 sudu besar marjerin atau butter-di cairkan.
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 sudu teh air kapur makan-ambil air jernih yang telah di mendapkan
sedikit pewarna kuning
secubit garam dan gula 

Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Tambahkan marjerin/butter cair.Kacau rata.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Celupkan dan salut pisang ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
  • Angkat dan toskan.
Sambal kicap madu

Bahan-bahan
20 tangkai cili padi-biarkan dengan tangkai untuk elak pedas
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar madu
gula secukupnya
8 biji limau kasturi-ambil jusnya

Cara membuatnya

  • Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali limau kasturi.
  • Kisar hingga halus.
  • Masukkan ke dalam bekas dan perahkan limau kasturi.
  • Kacau rata dan sedia di cicah denagn pisang goreng.

Selasa, 22 November 2016

PHOTO OF THE WEEK.

Photo face off by Sea,sand and wind by Nikon.
Penghujung November 2016
Blew away my soul..
Lokasi:Pantai Irama,Bachok Kelantan

Jumaat, 18 November 2016

BAGUATTE CHEESE PEPPERONI

Assalam buat semua..
Hujung minggu yang sibuk,main masak-masak sampai tengahari.
time ni la nak cuba resepi-resepi baru...
yang dah beratus dok dalam waiting list untuk di buat.
Kadang tu sampai 4 hingga lima jenis resepi baru yang di cuba.
tu pun jenis yang ringkas-ringkas sahaja. 
Macam yang saya kongsikan hari ini.
Roti baguatte yang di gunakan jenis whole meal bread
Nak guna baguatte biasa pun boleh
Makan cicah dengan baked bean atau mushroom sup
Let's try buat

BAGUATTE CHEESE PEPPERONI

Bahan-bahan
1 batang roti baguatte
2 keping cheesdale-potong kecil
pepperoni secukupnya-celur sebentar
nenas kiub-potong nipis
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
sedikit cili flakes
parsli-cincang
2 sudu besar butter
1 biji bawang putih-cincang halus

Cara membuatnya

  • Roti baguatte di potong melintang jangan sampai putus jarak anggaran 1 cm.
  • Selitkan pepperoni,nenas dan cheese di antaranya.
  • Campurkan butter dan bawang putih cincang
  • Panaskan dalam microwave hingga butter cair.
  • Sapukan dengan mentega bawang putih  .
  • Taburkan serbuk lada hitam dan lada sulah dan cili flakes di atasnya
  • Akhir sekali,taburkan dengan parsli cincang.
  • Letakkan dalam loyang dan bakar hingga garing.
  • Sedap di makan panas-panas dengan mushrom soup atau bake bean. 

Rabu, 16 November 2016

BANG BANG SHRIMP PASTA

Assalam buat semua..
Makan pasta lagi..
kali ini resepinya amat mudah dan rasa pastanya yang lemak berkrim.
Best la rasanya bagi saya yang suka makan pasta ni.
Macam penulis blog ni cakap,
Giving you a kick of heat and refreshing tangy goodness!
Patut pun bang-bang!
Resepi dari Damn Delicious.Thanks
Let's try buat

BANG BANG SHRIMP PASTA

Bahan-bahan
120 gm spaghetti
120 gm medium shrimp-buang kulit
1 sudu besar olive oil
3 biji bawang putih-cincang
1 sudu teh paprika atau secukupnya
serbuk lada hitam
garam secukupnya
2 sudu besar parsli cincang

Untuk sos pasta
1/2 cawan mayonis
1/4 cawan Thai sweet cili sos
1/2 biji lemon-jus
2 biji bawang putih-cincang
1 sudu teh Sriracha -optional
 crush Red pepper flakes
*campukan kesemua bahan dan gaul rata.Ketepikan.

Cara membuatnya

  • Didihkan air,masukkan sedikit garam dan rebus pasta hingga lembut.Toskan.
  • Panaskan oven pada suhu 200'c
  • Alas tray pembakar dengan baking sheet.
  • Sapukan olive oil pada baking sheet.
  • Gaulkan shrimp dengan bawang putih,paprika,olive oil,garam, dan serbuk lada hitam.
  • Bakar dalam oven hingga shrimp  nampak pink dan lembut lebih kurang 6-8 minit.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk besar,campurkan bersama pasta,shrimph dan sos mayonis.
  • Gaul rata dan hidangkan segera.
  • Tabur dengan parsli cincang di atasnya.

Sabtu, 12 November 2016

KEK KARAMEL PELANGI

 Assalam buat semua..
Pernah sekali membuat kek ini beberapa tahun lepas.
Lepas tu jadi malas nak buat sebab yang pertama kali tu tak berapa cantik kejadiannya.
Karamelnya banyak sampai  habis kek jadi basah.
Semalam terjumpa satu tip,dia tulis kalau tak mahu kek ni basah dengan karamel,buat gula hangus satu atau dua sudu besar sahaja.
Kita pun cuba..
ok lah kejadiannya kali ini..untuk puaskan hati saya.
tidaklah basah sangat lagi.
kek ni sungguh lembut dan gebu.
cuma..lapisan atas tidak berapa tebal sebab guna loyang besar.
 Kek ni sedap di makan sejuk-sejuk
dari nak makan sekeping sampai berkeping-keping saya makan.
bila la nak pencen dari makan kek..
selalu saja tak-sedar-diri bila nampak kek!
Resepi dari FB
Let's try baking

KEK KARAMEL PELANGI

Untuk karamel
2 sudu besar gula pasir
masak menggunakan api sederhana hingga hangus.
Ratakan dalam loyang dan ketepikan .
biarkan sejuk.

Lapisan atas
Bahan A
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
kacau sebati hingga gula hancur
tapis bahan A ke dalam loyang karamel yang telah di sejukkan tadi.
ketepikan.

Bahan B
140 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
135 ml air
45 ml minyak  jagung
3 biji kuning telur
70 gm gula kastor
pukul semua bahan di atas menggunakan mixer hingga gebu.

Bahan C
6 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar
70 gm gula kastor

  • Pukul bahan C menggunakan mixer hingga ringan dan menjadi meringue(bila bekas di terbalikkan ia tidak tumpah).
  • Campurkan adunan meringue tadi ke dalam bahan B.
  • Kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
  • Tuangkan adunan berseling-seli sebanyak 3 sudu besar setiap warna ke dalam loyang berisi karamel.
  • Bila siap lapiskan semua adunan kek,lorekkan guna lidi dari bahagian tepi loyang ke arah tengah hingga menjadi corak seperti gambar di atas.
  • Bakar secara bain marie/water bake(letak loyang dalam dulang berisi air).
  • Bakar dengan suhu 160'c selama lebih kurang satu jam dengan api bawah sahaja bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak,sejukkan sebentar dan lorekkan dengan pisau keliling kek dan keluarkan kek dengan berhati-hati.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.

Jumaat, 11 November 2016

POPIA PENKEK RANGUP

Assalam buat semua..
Tulis pemilik resepi ni..cuba la baru tau.
dah cuba..memang rangup.
Lepas siap gi letak depan anak-anak,sekejap dah habis.
Macam makan keropok pula.
cara buat pun ringkas sahaja
Resepi dari Anita Daniel's Kitchen.Thanks.
Let's try buat.

PENKEK POPIA RANGUP

Bahan-bahan
1/2 udang/ayam-cincang halus
1 sudu kecil garlic powder
1/2 cawan daun bawang-potong halus
4 sudu besar tepung jagung
secubit garam dan gula
1 sudu kecil lada putih
1 biji telur
mozarella cheese-optional
tepung jagung

 Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  • Ambil sehelai kulit popia dan bentangkan.
  • Letakkan intinya dan lapis dengan sekeping kulit popia lagi.
  • Untuk lebih rangup jangan letak inti terlalu banyak.
  • Tekankan/cucuk  dengan garfu supaya udara keluar. 
  • Angkat perlahan dan goreng dalam kuali leper non stick dengan 3 sudu besar minyak atau secukupnya.
  • Balik-balikkan supaya masak serata.
  • Angkat dan toskan.
  • Boleh potong sesuka hati.
  • Hidangkan dengan sos pencicah

Rabu, 9 November 2016

CHICKEN POPCORN

Assalam buat semua..
Bertemu kembali dengan resepi lama tapi baru di buat.
Dada ayam....kalau goreng macam biasa tak berapa laku.
tapi kalau buat macam ni sekejap saja dah hilang !
Makan pula waktu panas-panas,rangup saja.
dengan saya sekali...tengah dok goreng lepas satu-satu masuk mulut.
Let's try buat

CHICKEN POPCORN
Bahan-bahan
2 keping dada ayam-potong kecil
1 biji telur-pukul sedikit
1/2 cawan tepung potato atau tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung goreng ayam 
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu besar bread crumbs
lada sulah 
serbuk lada hitam
sedikit garam
daun parsli cincang

Cara membuatnya

  • Perapkan ayam dengan lada sulah dan serbuk lada hitam.
  • Campurkan semua bahan kecuali telur.
  • Masukkan ayam perap ke dalam telur dan gaul rata.
  • Gaulkan ayam bersalut telur denagn bahan tepung.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Ambil ayam satu-satu dan masukkan ke dalam minyak.
  • Goreng hingga perang dan rangup.Toskan.
  • Taburkan daun parsli cincang di atas ayam.
  • Hidangkan dengan sos cili Thai.

Sabtu, 5 November 2016

CORNFLAKES MADU

 Assalam buat semua..
Cerita hari ini..
Terjumpa cornfakes yang saya beli entah bila,mungkin masa nak raya hari tu agaknya.
Beli barang stok masakan banyak kadang-kadang boleh lupa.
Abang Amzar suka makan Cornflake madu.
boleh buat kudapan masa buat homework. 
Let's try buat.

Bahan-bahan
125 gm butter
1/2 cawan gula perang
1 cawan madu
1 kotak/500 gm cornflake Nestle 
1 cawan kismis
1 cawan almond nibs/gajus panggang

cawan kertas kecil
ceri merah dan hijau

Cara membuatnya
  • Panaskan butter dan gula hingga cair.
  • Kemudian gaulkan rata dengan kismis,almond nibs dan cornflakes.
  • Sudukan ke dalam cawan kertas kecil.
  • Hiaskan dengan ceri merah dan hijau.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170'c selama 8-10 minit.
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Jumaat, 4 November 2016

PUDING SEDUT

Assalam buat semua...
Puding sedut ni pernah trending dari tahun lepas lagi.
Dah beberapa kali buat tapi selalu saja tak sempat nak post.
Best juga di makan sejuk-sejuk walaupun sekarang musim hujan.
Let's try buat.

PUDING SEDUT

Bahan-bahan
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula
1 cawan susu segar/susu cair
1 cawan coffemate atau krimer/susu tepung
1 sudu teh esen vanila
pewarna
perisa makanan-pisang ,strawberry,pandan

Cara membuatnya

  • Satukan serbuk agar-agar bersama air,gula,susu segar,krimer dan esen vanila.
  • Masak hingga mendidih.
  • Bahagikan kepada beberapa warna dan perisa pilihan.
  • Sediakan gelas atau botol yang sesuai.
  • Jika buat satu warna tuangkan ke dalam gelas dan sejukkan.
  • Jika menggunakan beberapa warna,tuang satu lapis warna dulu dan sejukkan.
  • Bila mula mengeras sedikit tuangkan warna yang lain pula.
  • Buat sehingga habis.
  • Sejukkan dalam peti sejuk dan hidangkan dengan straw.

Ahad, 30 Oktober 2016

OH MY GOSH MUFFIN


Assalam buat semua..
Sementara cuti masih berbaki satu hari lagi,saya kongsikan satu lagi resepi muffin yang menjadi kesukaan anak-anak saya..
sebab..ia ada coklat cip !
Saya ubah -suai resepi ini mengikut bahan yang ada di dapur
Teksturnya lembut,moist dan sederhana manis
Sedap di makan ketika masih suam-suam.
resepi asal dari All Recipe.com
Let's try baking.

Bahan-bahan
1/2 cawan butter
1 cawan pisang yang dihancurkan
1/4 cawan sour cream
2 cawan tepung superfine
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan coklat cip
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 175'c.
  • Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
  • Putar butter dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur dan esen vanila.Putar lagi.
  • Masukkan pisang dan sour cream serta coklat cip.
  • Kaup-balikkan tepung hingga rata.
  • Isikan 3/4 penuh cawan muffin,tabur sedikit coklat cip diatasnya.
  • Bakar hingga masak selama lebih kurang 25 minit bergantung pada oven masing-masing.

Sabtu, 29 Oktober 2016

LEMON BUTTER CHICKEN PASTA

Assalam buat semua..
Tengah -tengah bercuti ni best juga dapat update blog.
Sementara orang tu sibuk dengan urusannya dan tak ajak saya jalan-jalan cari makan,bolehlah saya tulis-menulis di sini.
Resepi pasta kali ini simple sahaja dan mempunyai rasa yang ringan dengan aroma lemon yang saya suka.
Resepi di bawah telah saya adjust ikut bahan yang ada di dapur.
Resepi sebenar menggunakan Pasta Angle Hair dari Delish.com
Let's try buat

LEMON BUTTER CHICKEN PASTA

Bahan-bahan
Spaghetti-di celur hingga lembut.
1 sudu besar extra virgin oil
2 keping dada ayam
serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 biji bawang bombay-cincang 
1 biji lemon-potong nipis
1/4 cawan butter
1/3 cawan jus lemon
parutan kulit lemon/lemon zest
Red pepper flakes
3 cawan spinach
1/4 cawan parmesan-untuk taburan
1/2 cawan air rebusan pasta

Cara membuatnya

  • Panaskan olive oil dengan api sederhana.Letakkan dada ayam dan taburkan serbuk lada hitam dan garam di setiap bahagian.
  • Masak selama 10 minit di setiap bahagian atau sehingga masak. 
  • Angkat dan potong kepada kepingan kiub kecil.
  • Dengan kuali yang sama,cairkan butter dan masukkan bawang merah dan bawang putih cincang .
  • Tambahkan jus lemon,lemon zest,lemon slices dan kacau rata.
  • Masukkan pula red pepper flakes dan kepingan ayam serta air rebusan pasta.Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan spinach.Tambahkan pasta dan gaul rata
  • Angkat dan taburkan parmesan di atasnya dan sedia di hidangkan.

Rabu, 26 Oktober 2016

CHEESY FRIED SOSEJ

Assalam buat semua..
Makanan kudapan pada waktu petang.
Mudah dan cepat saja nak membuatnya.
Tapi kejadiannya tidak cantik bulat kerana saya menggorengnya di dalam kuali.
Videonya kat Tasty. 
Resepi di bawah telah saya adjust ikut keperluan sendiri
Let's try buat

CHEESY FRIED SOSEJ

Bahan-bahan
4 keping cheesedale
4 batang sosej-celur sebentar

adunan batter
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan susu segar
1 biji telur

lidi sate
minyak untuk menggoreng terendam

Cara membuatnnya

  • Ambil sekeping cheesedale,letak sosej di tengah dan gulung dengan kemas.
  • Cucuk dengan lidi sate di tengahnya.
  • Buat sampai habis
  • Letak dalam freezer selama 20 minit.
  • Campurkan semua bahan di dalam mangkuk kecuali susu.
  • Masukkan susu sedikit demi sedikit untuk mendapat kepekatan batter yang sesuai untuk menyalut.
  • Masukkan batter ke dalam gelas.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam sebaiknya menggunakan periuk dalam.
  • Celupkan sosej ke dalam batter sambil di pusing hingga rata dengan cara memegang lidi sate.
  • Goreng di dalam minyak yang sederhana panas sambil memegang lidi sate dan di pusing-pusingkan supaya masak rata.
  • Toskan di atas kertas tisu penyerap minyak
  • Makan dengan sos pilihan.

Selasa, 25 Oktober 2016

ROTI INTI CHEESE 'N' SOSEJ

 Assalam buat semua..
Baru nak tulis resepi roti yang telah di buat pada minggu lepas.
Sekali-sekala boleh lah buat roti sebab time nak menguli tu yang tak tahan rajinnya !
Kalau ada bread maker mungkin kerja menguli akan jadi lebih senang sedikit kalau time penat tu..
Coming soon la yang tu nanti..
saya menggunakan resepi Roti sarang lebah untuk doh roti ini.
Intinya menggunakan kepingan cheese dan sosej 

DOH ROTI
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula halus
1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

inti-kepingan cheesedale potong kecil
sosej di celur dan potong 
sapuan-1 biji kuning telur
tabur-bijan hitam

Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh yang elastik.
  • Perap sehingga doh kembang dua kali ganda.
  • Tumbuk doh dan buang anginnya.
  • Isikan dengan kepingan cheesedale dan sosej.
  • Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan dalam loyang sesuai.
  • Tunggu sehingga doh kembang sekali lagi 
  • Sapukan dengan kuning telur.
  • Taburkan dengan bijan hitam
  • Bakar hingga masak dengan suhu oven antara 180'c-200'c bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Sapukan dengan mentega ketika masih panas untuk nampak berkilat.

Ahad, 23 Oktober 2016

FAMILY DAY 2 ZAMRUD


Assalam buat semua
Kenangan terakam semalam..
22 Oktober 2016.Kami mengadakan hari keluarga dengan rakan -rakan setugas.
Lari sekejap dari kesibukan hospital.
Lokasi tempat kejadian-Pantai Perkasa Melawi daerah Bachok Kelantan
 Barbeque time .
Menu bakar adalah ayam ,kambing ,sosej dan filamen crab stick
Dari kiri Shida,Liza,Azfar,Rawandi dan Akmal yang menganjurkan 'parti'bakar-bakar di tepi pantai ini.
Makan time !
Hati yang resah menjadi tenang menikmati pelbagai makanan dengan permandangan lautan lepas sambil di sapa angin dari lautan
Geng mummy mesyuarat tepi pantai sambil lepak atas meja kayu.Best duduk-duduk di sini sambil memandang lautan lepas,hilang stress seharian.
Kami jarang dapat bersama dan rehat sebegini dek kesibukan tugas setiap hari.
Sampai-sampai jer dua orang ni- Pija dan Naja terus gi ambil pinggan dengan sopan santunnya tapi kena tahan sekejap sebab jurufoto nak ambil gambar.Posing dengan mama Solihin sekali.
Acara untuk kanak-kanak - berebut cekelat.

Kalau dapat makan,macam ni lah jadinya-senyuman sampai telinga dari Emee,Pija,Naja ,Pah dan suami nun di belakang sekali.
Sehati dan sejiwa dengan tema biru..papa dan mama budak comel kat bawah tu.
Muhammad Solihin...aka Soleh,mok cik merindui mu!
Ehh..ehh mana gambar saya!..lupa lagi sebab sibuk dok ambil gambar orang.