Apakata hari ini kita belajar buat kek yang mudah dan ringkas sahaja..
Kek Pandan kukus ni senang saja nak membuatnya ...blender saja.
Teksturnya gebu dan lembut.
Kalau rasa muak makan kek aising atau seumpamanya,bolehlah cuba buat kek ini.
Resepi dari perkongsian di FB.Thanks.
Let's try baking
KEK PANDAN KUKUS
Bahan-bahan
1/2 cawan gula halus
3 biji telur
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
1 sudu besar ovalette
1 suud kecil esen pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
Blendkan semua bahan di atas sampai kembang selama 3-5 minit.
Bahan ayak
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
Cara membuatnya
- Panaskan pengukus
- Tuang adunan yang di kisar ke dalam mangkuk.
- Masukkan tepung yang di ayak sedikit demi sedikit sambil di kacau guna whisk.
- Sapukan loyang dengan minyak.
- Tuangkan adunan kek ke dalam loyang.Tutup atasnya dengan aluminium foil atau balut tutup pengukus dengan kain.
- Ini untuk elak air dari menitik di atas kek.
- Bila air mendidih,kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan