Sabtu, 27 Oktober 2018

TAUHU SUMBAT DAGING

As salam buat semua..
Pertama kali saya cuba resepi Tauhu Sumbat Daging rasanya agak sedap juga.
Sesuai untuk kudapan di waktu petang.
Ia garing di luar dan lembut di dalam
sedap di makan dengan sos cili Thai.
Let's try buat

TAUHU SUMBAT DAGING

Bahan-bahan
Tauhu goreng
tauhu cincang halus
isi ayam/daging/ikan
bawang besar
bawang putih
karot
daun ketumbar/daun bawang
serbuk lada sulah
garam

Untuk salutan
telur
tepung beras
garam

Cara membuatnya

  • Tauhu goreng di potong dua melintang dan buat lubang di tengahnya.
  • cincang bawang besar,bawang putih dan parut karot.
  • Daun ketumbar dan daun bawang di hiris halus.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  • Tumiskan bawang besar,bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan serbuk lada sulah.
  • Masukkan karot,tauhu cincang,daging/ayam dan sedikit air, garam,daun sup/daun bawang.
  • Bila masak bolehlah di angkat.
Cara menyediakannya

  • Ambil inti daging dan sumbat ke dalam tauhu.
  • Buat sampai habis.
  • Pecahan telur,masukkan tepung beras dan sedikit garam.
  • Kacau rata.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Celupkan tauhu sumbat di dalam adunan telur dan goreng hingga garing.
  • Toskan minyaknya dan sedia untuk di hidang bersama sos cili.


OMELETTE IN-A -HOLE

Assalam buat semua..
Ok.. hari ini saya nak kongsikan satu resepi breakfast yang cepat dan mudah.
Ia juga memberi dapat tenaga pada hari yang sibuk.
Rasanya pun sedap.
Sesuai juga di makan dengan sos dan mayonis.

OMELETTE IN-A-HOLE

Bahan-bahan
2 keping roti
1 biji telur
Serbuk lada sulah dan lada hitam
capsicum merah dan hijau
bawang besar
daun ketumbar

Cara membuatnya

  • Potong empat segi bahagian tengah roti
  • Tinggalkan tepi-tepinya sahaja,jangan sampai putus.
  • Potong kiub kecil bawang besar dan capsicum
  • Bancuh telur,masukkan lada sulah dan lada hitam.
  • Tambahkan bawang besar dan capsicum serta hirisan daun ketumbar.
  • Panaskan sedikit mentega dan letak roti.
  • Masukkan bancuhan telur perlahan-lahan.
  • Biarkan ia garing barulah di terbalikkan sebelah lagi.
  • Sedia untuk di hidangkan 

Khamis, 4 Oktober 2018

ONDEH-ONDEH

Assalam buat semua..
Dah lama saya tak buat kuih ondeh-ondeh
Pada kebiasaannya di Kelantan ni,ia banyak di buat dalam bulan puasa.
Tapi sekarang ni kalau rasa nak makan saya akan buat sendiri.
Sebab ia jarang-jarang di jual pada hari biasa.
Let's try buat.

ONDEH-ONDEH

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan jus pandan(kisar daun pandan)
pewarna hijau

1 keping besar gula melaka-di potong kiub kecil
1/2 biji kelapa parut muda
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
sedikit garam
Gaul rata semua bahan.Ketepikan

2 helai daun pandan
air

Cara membuatnya

  • Didihkan air bersama daun pandan di dalam periuk.
  • Satukan tepung pulut,tepung gandum sedikit garam dan pewarna hijau.
  • Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit sambil di gaul sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.
  • Ambil sedikit doh,leperkan,letak kiub gula melaka dan bulatkan.
  • Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  • Angkat doh yang timbul di permukaan air dan toskan.
  • Buat sampai habis.
  • Golekkan dalam kelapa parut muda.
  • Sedia untuk di hidangkan.

PUDING KASTARD KOKTEL


Assalam buat semua.. 
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi puding yang mudah saja di buatnya.
Semua orang pun rasanya pernah buat puding ni.
Bahan-bahannya pun mudah saja.
Rasanya sedap juga di makan sejuk-sejuk. 
Let's try buat

PUDING KASTARD KOKTEL

Bahan kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam

Campurkan kesemua bahan
Kacau di atas api perlahan sehingga pekat dan meletup-letup.
Curahkan kedalam bekas sesuai atau acuan kecil-kecil dan sejukkan.

Bahan kuah
1 tin susu cair
1 tin koktel
1 tin laici
1 tin nenas kiub
2 sudu besar tepung kastard
1/2 tin susu pekat manis
gula ikut manis sesuai
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan kuah kecuali buah koktel.
  • Masak hingga mendidih dan kuah pekat sedikit(kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri).
  • Tambahkan kesemua buah koktel sekali dengan sirapnya.
  • Sesuaikan manisnya dan bolehlah di sejukkan.
Potong kiub kastard dan campurkan bersama kuah koktel.
Sejukkan di dalam peti ais.