Selasa, 28 Januari 2020

TART NENAS KIUB


Assalam buat semua..
Biskut kesukaan saya sejak dulu lagi
Tak raya pun saya buat makan-makan,letak atas meja kopi depan Tv
Anak-anak tak makan Tart nenas ni
Jadi selamat lah untuk beberapa hari dan minggu.
Jem nenas saya beli jer yang dah siap-senang.
Let' try baking.

TART NENAS KIUB
Resepi:Chef Hadi Danial Fans/FB

Bahan
250 gm pure butter
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak sapi/optional
2-3 sudu besar gula halus

jem nenas secukupnya

Sapuan atas tart
1 biji kuning telur
pewarna oren
1 sudu kecil air
*sebatikan semua bahan
cheddar cheese-saya guna Almond nibs

Acuan biskut nenas kiub

 Cara membuatnya
  • Satukan butter,tepung gandum,gula dan minyak sapi.
  • Uli sampai jadi doh.
  • Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit ke dalam acuan.Jangan masukkan penuh
  • Letak jem nenas.Tutup lagi dengan adunan.Padatkan.
  • Bekukan dalam freezer sekejap dalam 30 minit.
  • Keluarkan tart dari acuan.
  • Susun elok-elok di atas tray,sapukan campuran kuning telur tadi.
  • Taburkan Cheddar cheese/Almond Nibs.
  • Bakar selama 25-30 minit suhu 160'c bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila dah masak,sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Rabu, 22 Januari 2020

KEK PANDAN GULA MELAKA

 Assalam buat semua..
Kali pertama saya buat Kek Pandan ni untuk jamuan perpisahan dua orang kawan setugas yang di tukarkan ke tempat bertugas baru.
Emee Suhaile dan Wan Mohd Rawandi-Selamat bertugas di tempat baru.
Sebelah kek drizzle Karamel gula melaka
Sebelah lagi drizzle Karamel gula melaka yang di campurkan dengan sedikit krim putar.
Kek ni sedap sebab ia ada rasa santan dan pandan serta gula melaka.
Satu gabungan rasa yang sepadan.
Let's try baking.

KEK PANDAN GULA MELAKA

Bahan A
170 gm mentega
150 gm.gula kastor
3 biji telur

Bahan B-ayak sekali
250 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam halus

 Bahan C
1 cawan santan kotak dan 1 sudu besar cuka-campur dan kacau rata.
(biarkan selama 15 minit )
1-2 sudu besar pandan emulco
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya

  • Pukul mentega hingga sebati dan masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
  • Masukan telur sebiji demi sebiji sambil terus di pukul.
  • Masukkan bahan kering B di selang seli dengan bahan C.
  • Mulakan dengan bahan kering dan di akhiri dengan bahan kering juga.
  • Panaskan oven pada suhu160'c atau mengikut jenis oven masing-masing.
  • Bakar selama 40-45 minit hingga masak.
  • Sejukkan di atas redai kek.
Cream Cheese Buttercream
Bahan
150 gm krim putar
100 gm cream cheese
60 gm gula aising
1/4 cawan serbuk santan

Cara membuatnya

  • Pukul cream cheese bersama gula aising hingga sebati dan kembang.
  • Masukkan krim putar dan serbuk santan.
  • Teruskan pukul hingga aising kembang,ringan dan gebu.
  • Siap untuk di gunakan.
Karamel gula melaka
50 gm gula melaka
1 sudu kecil serbuk gula merah-untuk bagi warna gelap
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula kastor
1/2 cawan air

Cara membuatnya

  • Satukan kesemua bahan dan masak hingga gula larut dan jadi pekat.
  • Jika kurang pekat,campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air.
  • Masak sekejap lagi hingga pekat.
  • Sejukkan dahulu sebelum drizzle di atas kek.
Cara menghias kek
  • Sapu nipis cream cheese buttercream di atas permukaan kek.
  • Paipkan buttercream guna nozzle pilihan di atas kek.
  • Drizzle karamel gula melaka di atas kek.
  • Hiaskan dengan potongan kecil daun pandan.

Ahad, 19 Januari 2020

MURTABAK LAPIS CRACKERS

Assalam buat semua..
Hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang sesuai di buat untuk jamuan makan-makan untuk keluarga dan kawan-kawan.
Rasanya seperti makaroni bakar
Sedap di makan dengan sos cili dan mayonis
Let's try buat.

MURTABAK LAPIS CRACKERS

Bahan-bahan
18 keping biskut crackers
1 cawan susu cair
6 biji telur

Bahan inti
200 gm daging kisar
3 labu bawang besar-cincang halus
1 paket kecil serbuk kari daging
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji ubi kentang-dadu kecil
2 sudu besar cili kering kisar
1/2 cawan daun bawang\sup cincang
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya

  • Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah kari dan cili kisar.
  • Panaskan minyak dan tumis pes tadi hingga garing dan naik baunya.
  • Masukkan bawang besar dan kentang yang di potong dadu serta daging cincang.
  • Gaul sebati.
  • Tambahkan 1/4 cawan air dan masak hingga daging dan kentang empuk.
  • Masukkan garam,gula,daun bawang dan sup.
  • Angkat dan sejukkan.
Untuk lapisan crackers
  • Oleskan dulang pembakar dengan mentega.
  • Celupkan biskut crackers sebentar dalam campuran susu.
  • Susun biskut crackers yang di celup tadi di dalam loyang.
  • Lapiskan dengan lapisan inti tadi.
  • Pukul ringan telur dan curahkan separuh dari telur ke atas lapisan daging/inti tadi.
  • Taburkan daun sup/bawang.
  • Susun lagi crackers yang di celup susu ke atas lapisan inti daging.
  • Ulang proses lapisan lagi hingga bahan-bahan habis.
  • Akhir sekali tuang baki susu dan telur sehingga habis.
  • Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Rabu, 15 Januari 2020

PENGAT BEBOLA DURIAN

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi dari Durian
Musim Durian yang lepas,ada sedikit isi Durian yang saya frozenkan.
Kuih ni rasanya macam Pengat Durian juga.
Ok..let's try masak

PENGAT BEBOLA DURIAN

Bahan
6 ulas durian-ambil isinya
tepung pulut secukupnya

Cara membuatnya

  • Ambil isi durian,lenyekkan dan gaul dengan tepung pulut.
  • Letak tepung pulut sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  • Jangan tambah air.
  • Gentelkan kecil-kecil dan buat sehingga habis.
  • Lepas itu rebus dalam air sehingga timbul.Toskan
Untuk kuahnya
Santan
gula melaka
daun pandan
sedikit garam

Masak di atas api perlahan dan sentiasa di kacau.
Bila mendidih,tutup api dan masukkan bebola durian tadi.

Isnin, 13 Januari 2020

RENDANG AYAM CILI PADI

Assalam buat semua...
Post pertama di Tahun 2020.
Dari hari pertama 2020,kesibukan dengan tugas saya yang tak habis-habis.
Syukur masih ada masa untuk hadir di ruangan ini,walau tidak sekerap dulu.
Okay,kita buat Rendang Ayam Cili Padi.
Pedas tu tak sama rasa bagi setiap orang,
pedas saya biasa-biasa sahaja sebab saya tak suka makan pedas.
Let's try masak.

RENDANG AYAM CILI PADI
Kredit to : Azie Kitchen

Bahan
1 ekor ayam-potong 14
1 sudu besar serbuk kunyit
1 helai daun kunyit-hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 kg.santan pekat
1 sudu kecil cili kering kisar-optional(saya letak 2 sudu besar)
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan kisar
2-3 biji bawang besar
15 tangkai cili padi merah dan hijau-boleh tambah ikut suka
3 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya

  • Bahan kisar di kisar bersama separuh santan tapi tidak terlalu hancur sangat.
  • Masukkan ayam,serbuk kunyit dan bahan kisar ke dalam kuali,guna api perlahan.
  • Bila air ayam agak-agak kering,masukkan santan selebihnya dan daun limau purut.
  • Letakkan sedikit cili kering kisar untuk cantikkan warna rendang.
  • Selalu kacau bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat.
  • Setelah terbit minyak dan hampir kering,masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masak sehingga kering yang di sukai dengan api kecil.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit.
  • Boleh lah di angkat.