Sudah lama tak masak rendang..
Rindu pula nak makan rendang dengan Pulut Kuning.
Kebetulan Azim request nak makan Rendang Daging
Terus jadi rajin masuk dapur ☺
Let's try buat
RENDANG DAGING
Bahan
1 kg. daging
6 sudu besar cili kisar
1 kg. santan pekat
4 sudu besar kerisik
2-4 helai daun kunyit-di carik
Garam, asam jawa, gula
Bahan A
8 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan B
2 inci lengkuas
7 batang serai-hiris
Bahan sangai,
2 sudu besar ketumbar
1 susu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Cara membuatnya
1.Kisar bahan A.
2.Tapis airnya untuk kisar bahan B
3 Kalau tak cukup boleh tambah lagi air.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau
4. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak
5. Masukkan bahan B & kacau hingga sebati.
Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan tumis.
6.Masukkan daging dan gaul rata.
7.Masak hingga daging empuk.Boleh tambah air jika nampak kering.
8.Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula.
9.Masukkan sedikit daun kunyit hiris. 10.Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat.
11.Hidangkan rendang dan di tabur bawang goreng diatasnya.