Bahan -bahan roti asas.
- 250 gm tepung high protein
- 50 gm teping halus (saya guna hanya 330 tepung high protein shj.)
- 50 gm gula castor
- 2 sudu besar susu tepung
- secubit garam
- 1 biji telur gred C
- 2 sudu besar mauripan (yis)
- 140 ml air (guna air paip sahaja)
- 30 gm butter.
Cara- cara
- Campurkan semua bahan di atas kecuali butter hingga ia menjadi doh.
- Kemudian masukkan butter,dan uli hingga ia sebati lebih kurang 10 minit(saya guna penguli mixer)
- Selepas itu ,uli dengan tangan di atas papan sambil tabur tepung sekali-sekala.
- Bulatkan dan simpan didalam bekas dan biarkan selama 30min.-1 jam(tutup bekas dengan plastik wrap).
- Jika adunan telah naik berganda dari yang asal,tekan doh tadi dengan jari anda perlahan - lahan.Jika doh tidak turun selepas di tekan,maknanya doh tersebut telah diuli dengan betul dan telah sedia untuk di bentukkan.
- Saya keluarkan doh tadi dan uli sebentar dalam seminit.
- Bahagikan setiap doh sebanyak 60gm dan diletakkan di dalam acuan.Bolehlah kalau nak letak inti.Gambar kat atas saya letak inti kaya dan inti kacang merah yang sedap tu.
- Doh itu dibiarkan naik lebih kurang satu jam.Saya renjiskan dengan air dan taburkan badam nibs.
- Bakar 200 celcius selama 25minit(api bawah sahaja)
- Roti yang telah masak saya sejukkan di luar sahaja dengan menggunakan tuala bersih utk .menutupnya(supaya roti lembut).
# Resipi dari Blog Hanamemories.Terimakasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan