Jumaat, 30 September 2011

BISKUT CRUMBLE BLUEBERI

Pertama kali membuat biskut ini tak berapa menjadi .Resipi asalnya
entah dimana silap atau saya yang tersilap mengadun sehingga adunan sedikit keras.Apapun saya berterimakasih kepada seorang kawan(B)yang sudi berkongsi resipi biskut ini yang di ambil dari sebuah majalah (lupa nama).Resipi di bawah telah di ubah suai oleh saya dari resipi asal pada percubaan buat kali kedua.B...nampak dlm.gambar crunchy kan!!.

Biskut Crumble Blueberi
Bahan-bahan
  • 250 gm .mentega
  • 150 gm.gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 /2 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sdt.esen vanila
*Jika adunan lembut sangat ,boleh ditambah sedikit tepung jagung.

Bahan untuk crumble
  • 50gm.gula kastor
  • 100gm.mentega-dari peti ais
  • 30gm.serbuk badam
  • 150gm.tepung gandum
  • 5 sudu besar nestum


*gaulkan semua bahan didalam mangkuk dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti(crumble).

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati .
  • Canaikan adunan biar rata.
  • Letak blueberi jem dan taburkan crumble.Potong 4 segi.
  • Bakar dalam suhu 180'c sehingga masak.

MASIHKAH KAU INGATt

Masihkah kau ingat-Kopratasa (Lagu puisi)

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Ku selit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari dikaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Di tapak tangan ini 
Ia menjadi layu
Lalu ku genggam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

BAIN MARIE

Bain marie adalah satu cara yang digunakan untuk membakar kek teknik steam bath.Teknik memasak ini biasanya digunakan  untuk kek yang lembut seperti kastard atau sos yang bahannya menggunakan banyak telur kuning atau cheese kek yang mengunakan putih telur secara meringue.
Ia juga di gunakan untk mencairkan coklat masakan.


Caranya dengan meletakkan bekas/loyang yang mengandungi adunan yang hendak di bakar didalam loyang lain yang lebih besar dan diisikan air didalamnya.
Tujuannya membuat kek tetap dalam suhu rendah selama memasak  dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari sos/kek menjadi kecoklatan warnanya. Kek juga tidak akan cepat kering dan merekah.

Sumber:Hanieliza's cooking
  Gambar :Cik Google

SAMBAL TUMIS UDANG

Sambal tumis udang ini dibuat pada minggu lepas untuk makan dengan nasi lemak.Di samping itu juga saya menbuat sambal telur,sambal sotong dan juga telur rebus(untuk Azim).


SAMBAL TUMIS UDANG
Sumber:daridapursuzana


 Bahan-bahan
  • 250 gm.udang
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • gula dan garam
  • sedikit daun limau purut-hiris halus
  • sedikit air perahan limau nipis
*Lada kering ,bawang merah dan bawang putih biasanya saya akan mengisar banyak dan disimpan dalam peti sejuk untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja masak -memasak. 
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan kesemua sos,garam dan gula.
  • Gaul rata dan masukkan udang.Perahkan sedikit air perahan limau nipis.
  • Masukkan daun limau purut.Balik-balikkan udang hingga bergaul rata.Bolehlah diangkat dan hidangkan .
*Udang tidak boleh dimasak lama kerana ia akan mengecut dan jadi keras.

PUDING ROTI BUAH KOKTEL



Puding roti ini selalu saya buat untuk di makan bila -bila perlu esp.masa lapar dan malas nak masak.Rasanya yang sedap dan lembut di tambah pula dengan buah-buahan sungguh menyelerakan.
PUDING ROTI BUAH KOKTEL
Bahan-bahan
  • 10 keping roti
  • 3 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar gula(kalau suka manis boleh tambah)
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 tin buah koktel
  • 1/2 cawan kismis/mix.fruit
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
Cara membuatnya
  • Susu segar,gula,sedikit garam,susu pekat manis,garam,esen vanila ,mentega dan telur di kacau sebati dengan mengunakan whisker .
  • Roti sekeping di potong 4.Celupkan kedalam adunan telur dan aturkan didalam bekas yang sesuai.
  • Taburkan buah koktel dan kismis.
  • Letak roti pada lapisan kedua dan seterusnya sampai habis.
  • Taburkan kismis diatas sekali.
  • Curahkan adunan telur yang lebih dan biarkan sebentar sehingga roti meresap dan nampak kembang.
  • Bakar secara water bath sehingga lapisan atas kelihatan perang.Suhu 150-170'c.
  • Sejukkan dan sedia untuk dimakan.Boleh juga letak dalam peti ais dan dimakan sejuk.
*Kalau tiada susu segar boleh digunakan susu cair dan ditambah air.

KELAPA JELLY


Pokok kelapa madu belakang rumah sedang lebat berbuah.Agak banyak juga buahnya Setiap tandan ada 6-8 biji buah kelapa.Selalunya saya buat air kelapa muda untuk dibuat minuman sejuk semasa makan tengahari.Tapi hari ini rasa nak cuba buat kelapa jeli pula.Saya terlihat resipi ini kat Blog Ummu Waheedah.Terimakasih kerana sudi berkongsi resipi.Saya buat kelapa jeli dengan sedikit pengubahsuaian iaitu lebih keras sedikit dan boleh dipotong-potong(versi agar-agar).Ini dia resipi asal.

Bahan-bahan 
  • 1.5 liter air kelapa muda
  • 1.5 liter air
  • 10 gm.serbuk agar-agar
  • 300 gm.gula pasir
  • isi kelapa muda-dihiris halus
Cara membuatnya
  • Rebus air sampai mendidih.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan gula,  kacau sehingga larut.
  • Bila agar-agar larut sepenuhnya, masukkan air kelapa muda.
  • Kacau sebentar dan masukkan isi kelapa muda.Jangan sampai mendidih.Padamkan api.
  • Masukkan dalan bekas yang sesuai dan sejukkan pada suhu bilik.Bila agak sejuk masukkan kedalam peti ais.
*Tip:selepas masukkan air kelapa,jangan biarkan lama sehingga mendidih.Jika mendidih kemungkinan adunan akan membuak keluar dan larutan jeli akan menjadi kemerahan(over cooked).Jeli yang sedap adalah yang lembut dan tidak keras seperti agar-agar.

Khamis, 29 September 2011

AIR ASAM PENCICAH.



Air asam ni saya buat makan dengan Ikan Siakap bakar.En.Zamri telah membeli seekor Ikan Siakap kat Tesco.Dia cakap tak nak masak resipi yang klas-klas,nak makan  bakar sahaja.

AIR ASAM PENCICAH
Sumber:daridapursuzana

Bahan -bahan
  • 1/2 paket asam jawa-ambil airnya sahaja
  • 1 ulas bawang bombay
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji cili hijau-hiris nipis
  • 2 biji cili merah-hiris nipis
  • air perahan limau kasturi/limau nipis
  • 2 biji pauh muda-cincang halus
  • 1 cawan air
  • 1 biji tomato besar-potong kecil 
Cara membuatnya
  • Masukkan air asam jawa,air ,bawang bombay,bawang putih,gula dan garam kedalam blender dan kisar .
  • Masukkan kedalam mangkuk dan tambahkan lada hiris,tomato,pauh cincang dan gaul rata.
  • sedia untuk dimakan dengan ikan bakar.
*Air asam ini boleh di buat awal dan di simpan dalam peti sejuk untuk di gunakan bila-bila masa. 

Selasa, 27 September 2011

SIAPA AKU

........... Rehatkan minda sekejap dari masak-memasak.


Muhasabah untuk kenal diri
Adakah kita benar-benar mengenali diri kita?siapa aku sebenarnya.
Dalam mencari dan mengenali diri kita sendiri,secara tidak langsung kita mencari kelemahan dan kekuatan diri.Dalam diri kita ini* ada yang kita tahu dan orang lain pun tahu,*ada yang kita tahu tetapi orang lain tidak tahu,*ada pula yang orang lain tahu dan orang lain tidak tahu,*ada juga yang kita tidak tahu langsung dan ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Jika kita tahu kekuatan  dan kelemahan  diri kita,kita boleh mengawal diri.Dalam masa yang sama juga perlukan pandangan daripada orang lain mengenai kekuatan dan kelemahan diri kita tadi.Sekiranya ada orang memberitahu kekuatan dan kelemahan diri kita (dari pandangan orang lain) ia akan memberi motivasi kepada kita.Dan jika pandangan itu dalam bentuk negatif sekalipun kita terima dalam bentuk yang positif.   Salah satu cara untuk kita mengenali diri ialah dengan muhasabah diri iaitu menerusi diari.Diari memang menjadi rahsia peribadi seseorang itu, dalam masa yang sama ia menjadi rujukan untuk kita  melihat diri kita .Hari ini pastinya lebih baik dari semalam.
Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa you  can forgive but you cannot forget.Memang mudah untuk melafazkan kata-kata maaf tetapi sukar bagi kita untuk melupakan setiap perkara yang pernah dilakukan oleh seseorang itu terhadap kita.
Untuk memaafkan seseorang atau melupakan sesuatu perkara  memang sukar,jadi cara terbaik,meletakkan diri kita dalam suasana tenang,fizikal dan mental yang sihat ialah belajar untuk memaafkan  masalah itu ataupun individu yang memberi masalah.

Katakanlah kawan baik kita sendiri yang menikam kita dari belakang .Pastinya reaksi kita ialah marah dan geram hingga timbulnya rasa ingin membalas dendam.Kalau membalas dendam, adakah jiwa kita akan tenteram atau adakah ia satu kelakuan yang meggambarkan diri kita sendiri?.Sikap inikah yang mewakili diri kita?jadi cubalah untuk memaafkan  serta terima perangai kawan kita tadi seadanya.

Cuba kita melantunkan suara kita  sendiri(misalnya bercakap seorang diri),maknanya kita melepaskan geram pada diri kita sendiri,lafazkan apa yang ingin kita luahkan.Cara ini akan melegakan kemarahan  kita tadi dan kita akan rasa kepuasannya.
Cara ini dapat menghilangkan rasa tekanan kerana terlalu memikirkan masalah.Jika kita boleh mengawal diri ,ia adalah kekuatan diri yang dicari -cari selama ini.
"The strong is not the one who overcomes the people by his strengh,but the strong is the one who can control himself while in anger."

sumber:Puan Noraini-Ketua Jabatan Perkhidmatan Kaunseling UIAM
 GAMBAR:GOOGLE IMAGE

MEE BANDUNG

MEE BANDUNG 
Olahan:daridapursuzana
 
Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning(saya guna mee hoon)
  • 10-15 ekor udang
  • 5 ekor sotong
  • 2 keping dada ayam-dipotong kecil
  • 50gm udang kering-kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 biji telur
  • sawi,bawang goreng
  • hirisan cili merah 
  • gula ,garam
  • tauhu goreng -hiris nipis
  • limau kasturi/limau nipis
  • sedikit tepung jagung- untuk memekatkan kuah.
 *utk.memekatkan kuah boleh juga mengunakan 2 biji keledek yang direbus dan dilenyek atau kacang tanah goreng yang dikisar.

Cara membuatnya
  • Celur mee/mee hoon dan ketepikan.
  • Kisar bawang besar,bawang putih.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar.
  • Masukkan udang kering yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan air,udang,ayam dan sotong.
  • Didihkan hingga masak.Tambah garam dan gula secukup rasa.
  • Kecilkan api.Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit.Masukkan telur ke dalam kuah dan kacau sebentar.
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam kuah .Kacau hingga sebati dan agak pekat sedikit.
  • Akhir sekali masukkan sawi.
  • Tutup api.Bila menghidang curahkan kuah atas mee hoon.Tabur bawang goreng dan tauhu,hirisan cili dan limau kasturi.Siap untuk di makan.

Isnin, 26 September 2011

PEACH CAKE


Petang tadi buat Kek Peach yang sedap ni...serioos saya cakap memang sedap tak terkata.Kalau makan tu sampai tak boleh berkata-kata sebab sedap sangat.
kek yang sungguh gebu dan dilapisi dengan krim putar yang enak.Saya belajar membuat kek span ini dalam kelas kek yang dianjurkan oleh Sweetberry.Macam -macam kek boleh dibuat dengan kak span ini.Salah satunya Kek Peach ini.

 Bahan-bahan
  • 250gm.tepung sponge mix
  • 3 biji telur
  • 125ml.air
  • 125ml.minyak
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'C
  • Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam mangkuk adunan dan putar pada kelajuan tingi selama 8 min.
  • Masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga rata.
  • Masukkan adunan dalam loyang kek yang telah di alas kertas minyak.
  • Bakar selama 25-30min.Biar sejuk dahulu dalam loyang baru di keluarkan .

Topping
  • 1 tin buah peach-sedikit dicincang halus dan yang lain boleh dihiris.
  • 250 ml fresh cream(saya guna RICH)
  • hiasan lain jika suka
Cara membuatnya
  • Masukkan fresh cream dalam kek mixer dan pukul sehingga gebu(bila di terbalikkan adunan tidak jatuh)
  • Kek di belah dua dan basahkan permukaan lapisan kek bawah dengan  sedikit jus peach.
  • Sapukan krim dengan berhati-hati.Taburkan buah peach yang telah dicincang kecil tadi 
  • Tutupkan semula lapisan atas kek tadi dan basahkan lagi sedikit jus peach.
  • Sapukan krim di bahagian permukaan kek dan kelilingnya.
  • Hiaskan buah peach mengikut kreativiti masing-masing.
  • Sejukkan dalam peti sejuk dan boleh dimakan sejuk-sejuk.Seedaapnya!
 Sumber resipi:Ummi Zaihadi Home Sweet Home.Tq.

Ahad, 25 September 2011

KEHILANGAN...

Saya suka baca puisi.Dari zaman anak dara sampai ke zaman'muda-muda' sekarang.Masih lagi membaca sehingga ke hari ini,tetapi saya tidak pandai menulis puisi.Cukuplah sekadar membaca puisi indah orang lain.
Puisi Kehilangan ini ditulis oleh AZIAH DAUD,PULAU LANGKAWI,KEDAH .Izinkan saya untuk letakkan diblog ini sebagai kenangan mengusik rasa.

Kehilangan

Semilir angin yang berlalu
mengocak riak duka di wajahku
malam yang datang bertamu
tetap satu kesakitan yang panjang

Kubiarkan senja berlabuh
gerhana bulan melayukan impianku
cinta yang pernah bersemi
terkulai ditelan kecurangan

Tanpamu kusepi...
tanpamu kusendiri...
tanpamu ku mengerti
kehilangan ini pasti

Semilir angin yang berlalu
membawa nyanyian -nyanyian rindu
biarpun beribu kali aku berasa sakit
naluriku masih berbisik


Sayangku hanya untukmu...

Sedekad bersamamu
memori itu tersimpul mati di nuraniku
kau mengunci diriku dalam penjara kasihmu!

Gambar:Google Image

AYAM PERCIK


Saya buat ayam percik ni lepas jumpa sayap ayam banyak sangat dalam peti.Bila agaknya My bodyguard beli sayap sahaja dan tidak beritahu saya.Lepas fikir-fikir.. jom kita buat Ayam Percik.Lama sungguh tak makan Ayam Percik.Nak cari penyakit ni,makan santan!

AYAM PERCIK 
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 300ml santan
  • 5 batang serai
  • 2ulas bawang putih
  • 1 cm.halia
  • 3 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 keping asam gelugor
  • garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Rebus ayam sekejap bersama bawang putih dan halia.Ketepikan.
  • Tumbuk semua bahan-bahan lain.
  • Masukkan santan dan semua bahan- bahan tumbuk ke dalam periuk.
  • Masukkan serai yang telah dititik dan asam keping.
  • Kacau sentiasa di atas api sederhana .Masukkan garam dan gula ikut kesesuaian rasa masing-masing.
  • Sementara itu,bakar ayam sehingga masak,siramkan kuah percik sambil dibalik-balikkan atas api.(saya guna dapur arang)...klasiknya!
  • Semasa menghidang,siram kuah percik selebihnya ke atas ayam.Sedia untuk dimakan.

    SOFT BUTTER BUN

     BUAT ROTI LAGI 

    Masa lepas raya ni,banyak stok makanan  yang tinggal lagi.Seperti tepung roti ,ia tidak digunakan langsung semasa bulan puasa.Jadi lepas raya ni teringin pula makan roti.Tengok inti tak ada dalam peti ais ,jadi saya buat roti kosong aje.Supaya nampak seksi dan mengiurkan serta 'yummy' saya taburkan serbuk badam,badam cincang,bijan yang masih ada dalam almari stok makanan.

    Gambar:Adunan roti belum dibakar

    Bahan -bahan doh
    • 330gm.tepung high protein
    • 50gm gula kastor
    • 2 sudu besar susu tepung
    • secubit garam
    • 1 biji telur gred C
    • 2 sudu besar yis segera mauripan
    • 140ml.air
    • 30gm.mentega

    Cara membuatnya
    • Campurkan semua bahan diatas kecuali mentega hingga ia menjadi doh(lebih kurang 10 min).
    • kemudian uli sebentar di atas papan pencanai sambil ditabur tepung sekali-sekala(doh agak melekit) .
    • Bulatkan dan simpan didalam bekas dan biarkan selama 30min-1 jam.
    • Jika adunan telah naik berganda dari yang asal,tekan doh dengan hujung jari.Jika adunan tidak turun bermakna ia sedia untuk di bentukkan.
    • Keluarkan doh dan uli sebentar dalam 1 min.
    • Bahagikan doh sebanyak 60gm. setiap satu(saya agak je)dan bentukkan ikut suka.
    • Di dalam gambar ini saya gulungkan adunan jadi bulat seperti spiral.
    • Biarkan naik sekali lagi lebih kurang 1 jam.Bila dah naik renjiskan dengan air dan taburkan hiasan.
    • Bakar pada suhu 200'C selama 25min.
    • Roti yang telah masak sejukkan diluar saja .Saya menutupnya dengan sehelai tuala bersih.(supaya roti sentiasa lembut).

    Sumber resipi hanamemorries.tq

    KERABU PERUT

     
    KERABU PERUT

    Bahan-bahan
    • 250gm.perut lembu-direbus sehingga lembut
    • tomato,bawang merah,daun selom-dihiris
    • kerisik kelapa
    • garam,gula secukup rasa
    • air perahan limau nipis
    • lada merah-dihiris
    • sedikit serbuk lada hitam
    Cara membuatnya

    • Campurkan dan gaul sebati semua bahan -bahan
    • Sedia untuk di hidangkan .


    FRUIT CUSTARD PUFF

    Semasa blog walking kat Mamafami fotopages ,saya terjumpa resipi ini.Bahasa melayunya Puff kastard buah-buahan.Nampak sedap sangat dan cara nak buat pun senang.Kebetulan ada puff pastry dalam peti Doraemon yang sudah di beli sejak 2 minggu lepas.Resipi di ambil dari blog CMG.Tq.Mamafami menulis resipi ini dalam bahasa Inggeris.Saya translate semula ke Bahasa Melayu.Entah betul ke tidak,tapi rasanya macam betul.Tak pe la,asalkan faham.




    Bahan-bahan 
    • 10 keping puff pastri
    • Telur kuning- untuk glis. 
    • mangga,buah kiwi dan ceri secukupnya atau apa saja buah pilihan-saya guna buah koktel.

     Bahan kastard
    • 1 1/3 cawan susu segar
    • 2 sudu besar tepung kastard
    • 2 1/2 sudu besar gula
    • 1 sudu teh mentega
    • 1 sudu teh esen vanila


    Utk.menyediakan casing pastri puff sila rujuk pada gambar dibawah-sumber Blog Mamafami.tq

    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 190 C selama 25min.atau bergantung pada oven masing-masing.
    Untuk menyediakan kastard.
    • Masukkan susu segar,tepung kastard dan gula kedalam periuk(saya guna non-stick pan).
    • Kacau guna whisker diatas api sederhana.
    • Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat(thickens).
    • Angkat dari api dan tambah mentega dan esen vanila.
    • Kacau hingga sebati dan sedia untuk digunakan.


    cara menyusunnya
    • Letakkan adunan kastard secukupnya ditengah-tengah pastri puff yang telah siap dibakar.
    • Atur buah-buahan pilihan mengikut kreativiti.
    • Sedia untuk di makan.Sedapnya....

    Sabtu, 24 September 2011

    TOPPING DAN AISING

    Sebenarnya kalau kita nak aisingkan kek,banyak sahaja aising yang boleh digunakan atau beli di pasaran.Contohya ada di pasaran topping cream yang di perbuat dari tenusu,cuma pukul sehingga kembang dan bolehlah kita sapu pada kek,tidak perlu di tambah gula kerana rasanya sudah manis.(gambar :krim putar)

    Kita juga boleh mengguna whipping cream /krim putar tetapi perlu ditambah dengan gula aising kerana krim putar ini tawar  rasanya.Topping cream berbeza dengan whipping cream kerana topping cream memang dikhaskan  untuk mengaising kek tanpa di tambah gula tetapi whipping cream selalunya digunakan untuk membuat sos atau digunakan dalam pastri atau bersama dengan bahan lain  untuk di jadikan pencuci mulut.
     
    Anda juga boleh membeli krimwell.Ia adalah sejenis aising yang serupa dengan lemak tumbuhan atau shortening.Krimwell sering di gunakan untuk mengaising kek cawan yang di kenali sebagai cupcake atau cuppies
    Ia mudah digunakan dengan hanya memukul bersama gula aising .Kemanisan boleh di tambah atau di kurangkan  bergantung kesukaan masing-masing.Jika anda suka ia juga boleh di letakkan pewarna agar kek yang dihias bertambah berseri dan menyelerakan .

    Resipi aising krimwell
    • 500gm krimwell
    • 250gm-300gm gula aising
    campurkan semuanya dan pukul hingga gebu.

    SUMBER:DARI DAPUR AZLI RAZALI.

    JUS KAROT SUSU


    Semasa bercadang untuk membuka blog ini saya tidak bercadang untuk membuat blog masakan 100  peratus tetapi memandangkan banyak resipi yang tersimpan ,jadi banyaklah juga yang nak dituliskan disini.Saya ada beberapa resipi  sendiri dan yang lain semuanya di cuba dari blog masakan yang lain.Saya akan cuba pula menulis pasal perkara-perkara lain jika ada masa.Internet pun dah ok sekarang sebab hari ini dah beli modem baru.Modem yang lama rupa-rupanya severe head injury ?cause.Walaupun duit dah terbang tapi puas hati sudah.Eh..lamanya membebel sorang-sorang.Jom kita minum air karot susu yang sejuk ni.                                                                                   


    JUS KAROT SUSU
    Sumber:Tiffinbiru.blogspot


    Bahan-bahan
    • 2 batang karot saiz besar-dikerat-kerat
    • 1 cawan air
    • 600ml susu rendah lemak
    • air gula dan ais secukupnya





    Cara membuatnya.
    • Kisar halus karot dengan 1 cawan air.
    • Tapis dan perah,ambil airnya dan masukkan dalam jag.
    • Tambahkan susu dan air gula secukupnya dan rasa.
    • Seeloknya biarlah manis buah sahaja.Tambahkan ais dan biarkan sejuk sekejap.Jom minum!.