Sabtu, 30 Julai 2011

KISAH SI KECIL ITA........

Kita nak tulis karangan hari ini.Dah hobi menulis balik apa yang dah dibaca,nak buat macam mana.Tulis ajelah...kisah ini saya dapat dari seorang kawan dekat e-mail box saya.Sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya.
Kisah si kecil Ita.........(yang membuatku menitis air mata))
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan.Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya....kerana kereta itu berwarna gelap,lakarannya jelas.Hari itu ibubapanya bermotosikal ke tempat kerja.
Penuh sebelah kanan ,dia beredar ke sebelah kiri kereta .Kejadian itu langsung tidak di sedari oleh pembantu rumah.
Pulang petang itu,terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun di beli,berbatik-batik .Si bapa yang belum pun masuk ke dalam rumah terus menjerit,'siapa punya kerja ni?'.Pembantu rumah yang terkejut dengan jeritan itu berlari keluar.'Tak tahu...!'saya tak tahu tuan..!
'Duduk rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?'herdik si isteri lagi.
Tiba-tiba anaknya berlari keluar dari bilik.Dengan penuh manja dia berkata'Ita buat ayah...cantikkan?'katanya menarik ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya,terus di pukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.Ita yang tidak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan.
Puas memukul tapak tangan,si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.Si ibu berdiam diri.Mungkin  setuju dan berasa puas dengan hukuman yang di berikan .Pembantu rumah melopong.Tak tahu nak buat apa-apa.Sungguh kesian dan terasa sedih.Namun dia sangat takut.Selepas puas memukul kedua-dua tangan anaknya,si bapa masuk ke dalam rumah diikuti oleh si ibu.Pembantu rumah segera mengendong anak keci itu masuk ke dalam biliknya.

Dilihatnya tapak dan belakang tangan  si anak calar balar.Segera dimandikannya sambil menangis teresak -esak kedua-duanya.Anak kecil itu pula menjerit-jerit kesakitan menahan pedih terkena air.Pembantu rumah kemudiaan menidurkan anak kecil itu.
Keesokkan harinya kedua-dua tangan  menjadi bengkak.Pembantu rumah mengadu.'sapukan minyak gamat tu'.kata si bapa.Pulang dari kerja, dia tidak melayan  anak kecil itu yang duduk di bilik pembantu.Kononnya mahu mengajar anaknya itu.
Tiga hari berlalu,si ayah dan ibu langsung tidak menjenguk anaknya tetapi setiap hari,si ibu bertanya pada pembantu rumah.'..Ita demam...'jawab pembantu ringkas.'Bagi makan Panadol tu',balas si ibu.

Sebelum tidur si ibu mnjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya itu dalam pelukan pembantu rumah,dia menutup semula pintu.Masuk hari ke-4,pembantu rumah memberitahu,bahawa suhu badan Ita terlalu panas.'petang nanti kita bawa ke klinik,pukul 5.00 petang siap' kata majikannya.
Si anak yang longlai di bawa ke klinik dan kemudiannya di rujuk ke hospital besar kerana keadaannya nya serius.Selepas seminggu di wad pediatrik doktor memnggil kedua-dua ibubapanya.
'tiada pilihan...'katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan anaknya di potong sebab ia sudah menjadi gangrene.Ia sudah bernanah ,demi nyawanya tangan perlu di potong dari siku ke bawah' kata doktor.Si ibu meraung merangkul anaknya .Dengan tangan terketar-ketar si bapa menandangi surat kebenaran pembedahan .Keluar dari bilik pembedahan ,selepas kesan ubat bius habis ,si anak menangis kesakitan dan terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut.Di renung muka ayah dan ibunya,kemudian ke wajah pembantu rumah....'abah...mama.. Ita tak buat lagi.Ita tak mahu ayah pukul.Ita tak mahu jahat.Ita sayang abah ..sayang mama dan kak Narti katanya berulang kali.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis..'..abah bagilah balik tanganIita.Buat apa ambil...Ita janji tak buat lagi!Ita nak makan macam mana?Ita janji tak conteng kereta lagi.Abah bagi balik tangan Ita '...,katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu  mendengar kata-kata anaknya.Takdir yang sudah terjadi tiada manusia yang dapat menahannya.
Didiklah dan pukullah anak anda denga penuh kasih sayang,bukan untuk lepaskan geram dan marah anda.
Walaupun manusia sering melakukan kesilapan ...mungkin ada yang boleh di maafkan atau di perbetulkan semula.Dan ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan  yang tidak berpenghujung.Terlajak perahu boleh di undur .Terlajak perbuatan sesal selamanya.....Allah maha besar.

MENUNGGU RANKING NOMBOR 7.

Cuba baca apa yang Pak Ungku Aziz kata.Segala-galanya benar belaka.Ia berlaku hari-hari di setiap saat kehidupan kita....DARI CATATAN E-MAIL KAMPUS.

MANGO POUND KEK


Masa musim buah mangga hari tu ,banyak sangat mangga kat dapur tak ada siapa yang nak habiskan .Tinggalah tergolek-golek kat situ.Rasa-rasanya kalau potong-potong dan letak dalam peti ais belum tentu habis.Jadi apa kata kita buat sesuatu supaya buah yang beberapa biji ni di hapuskan dari dapur.
Inilah dia resipi mango pound kek yang diambil dari Blog Noorsha.Resipi asal Nure,My resipi.Terimakasih.
Saya tidak menggunakan acuan pound kek untuk membakarnya,sebaliknya menggunakan acuan kek cawan 

Bahan -bahan
  • 100gm butter
  • 100gm gula halus(saya kurangkan ke 80gm saja)
  • 120 gm tepung gandum -di ayak
  • 1/2 sudu teh baking powder-di ayak
  • 2 biji telur gred A
  • 150gm mangga-di potong dadu
Cara-cara
  • Pukul butter sampai kembang .Masukkan  gula dan pukul dan pukul lagi hingga putih.
  • Dalam mangkuk lain ,pukul telur sekejap,kemudian masukkan sedikit-sedikit  dalam  adunan butter tadi.Pukul lagi hingga kembang. 
  • Dengan senduk kayu,masukkan tepung gandum dan baking powder,kacau rata.
  • Masukkan dalam mould pound cake(saya guna cup cake) dan bakar  pada suhu 170 c selama  40 minit atau hingga permukaan kek menjadi perang.

    Jumaat, 29 Julai 2011

    CARA MEMBUAT ROTI

     DARIPADA WIKIBOOKS.
    Cara:
    • Melarutkan yis
    Ia bertujuan untuk mengaktifkan yis supaya ia bersedia untuk menjalankan proses penapaian terhadap adunan tepung.
    Jika guna yis kering (mauripan),anda perlu larutkan  dalam air suam yang bercampur sedikit gula.Apabila sudah berbuih,ia boleh digunakan .Air  suam perlu diletakkan  jika anda  menggunakan  yis kering,kerana ia amat memerlukan air.
    • Mengadun doh
    Cara yang betul dan terbaik adalah menggunakan mangkuk.Masukkan bahan kering seperti tepung,gula dan garam bersama- sama.Bahan cecair pula seperti larutan yis,susu air ,telur ,mentega diletakkan  di tengah-tengah bahan kering tadi(buatkahn lubang di tengah tepung,kacaukan sehingga sebati dengan senduk).
    • Menguli kali pertama
    Adunan tadi perlu di uli untuk melembutkan doh dan yis bertindak balas.Jika anda menggunakan mesin,ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk menjadikan doh kenyal.Jika menguli dengan tangan ,hasil adalah  lebih baik walaupun  masa yang di perlukan adalah  tidak kurang dari 20 minit.
    Apabila menguli  dengan tangan ,gunakan papan pencanai   dan bukannya mangkuk.Taburkan sedikit tepung pada papan .Lipat doh ke arah anda dan tolak doh ke depan  dengan tapak tangan .Pusingkan  doh dan ulang proses beberapa kali  dengan arah yang sama.Jangan guna arah berlainan kerana yis tidak tersebar rata di dalam doh.
    • Mengembangkan doh 
    Doh perlu di kembangkan sebelum di bakar .Apabila  mengembangkan doh,biarkan ia dalam keadaan bulat.Doh harus  ditutup dengan plastik untuk elak doh jadi kering di bahagian luar.Jika doh kering ia tidak akan mengembang.
    Doh yang baik akan mengembang 2 kali  ganda dari saiz  asal dan masa yang di ambil adalah 30- 90 minit.
    • Menguli semula dan membentuk
    Doh tadi walaupun telah kembang  masih belum boleh di bakar  kerana ia belum menepati tekstur yang sesuai untuk di panggil roti.Letakkan doh pada papan pencanai  dan leperkan  dengan menekan dengan penumbuk anda.Jangan di tumbuk.Uli kembali selama 2 minit dan boleh di bentuk kepada bentuk yang anda suka.Inti boleh di masukkan sekarang.
    • Mengembang kali kedua
    Dalam proses ini yis masih aktif dan masih boleh mengembangkan doh tadi.Proses masih sama seperti tadi.Kalau anda suka  sekaranglah masanya  untuk meletakkan  kismis,kacang ,gula perang dan bahan lain di atas doh.
    • Membakar
    Cara yang betul adalah memanaskan dulu oven sehingga 240 celcius dan apabila suhu telah di capai,barulah masukkan doh tadi.Jika anda memasukkan doh dahulu sebelum memanaskan oven,doh tadi akan menjadi keras di sebelah luar(membentuk kulit ) dan apabila  doh hendak kembang ,kulit tadi akan menghalang.
    Selepas 15 minit ,suhu ketuhar harus diturunkan kepada 190 celcius  dan bakar lagi  hingga masak .Roti yang masak akan berbunyi kosong bila di jentik.

    GAMBAR:GOOGLE IMAGE

    FAIR LADY CAKE

     Fair Lady Cake ni belajar buat masa masuk kelas belajar kek tahun lepas.Ianya di ajar oleh Puan Syarifah Munirah dari Harmuni Cooking Classes .Try buat semula untuk jamuan kat tempat kerja hari tu.Mujur juga menjadi.Bolehlah makan dengan kawan -kawan.Rasanya sungguh sedap sekali.Ni dia resipinya,

    Bahan -bahan
    • 250 gm sponge mix
    • 4 biji telur(B)
    • 50gm air biasa
    • 50gm mentega cair1/2 sudu teh  esen vanila .

    Cara-cara
    • Campur semua bahan di atas,kecuali mentega cair.Putar sehingga gebu kemudian masukkan mentega cair dan esen vanila.
    • bakar dengan suhu 180 celcius sehingga masak.
    Bahan filling
    • 250gm cream cheese
    • 100gm mentega
    • 50gm gula aising
    • 1 sudu teh esen vanila
    Campur semua sekali dan putar hingga sebati.

    Bahan topping
    • 300gm whipping cream-putar speed laju hingga gebu
    • white chocolate-di parut ,simpan dlm.peti ais
    Cara menghias
    • Kek di belah 3 lapisan.Letak bahan filling di antara lapisan kek.
    • Salutkan seluruh kek dengan krim putar tadi dan taburkan coklat putih parut.
    • Letak didalam peti ais. Selamat mencuba!

    Gambar kurang jelas.saya cuma guna kamera kompak aje. kalau ada DLSR kamera kan bagus.tunggguuuu......

    Rabu, 27 Julai 2011

    AYAM RAMPAI MASAM MANIS

    Bulan puasa dah nak datang beberapa hari lagi ni.Apakata kita letak resipi masakan , kek dan puding banyak -banyak kat blog ni sebagai rujukan kemudian hari.Sebenarnya saya nak blogger masakan sahaja tapi entah macam mana banyak pula perkara lain yang nak di tulis.Berderet-deret dok menunggu untuk masuk list.Tunggu ada masa dan satu lagi,janganlah my streamyx buat peranga .Masakan hari ini adalah Ayam Rampai Masam Manis .Ianya dibuat lama dulu untuk hidangan pengantin my adik Najahie Aman dan hubbynya Mr.Azaizul.Psst...Naja sempat makan ke hari tu?.

    AYAM RAMPAI MASAM MANIS
    Olahan:daridapursuzana

    Bahan A
    • 1 ekor ayam -potong 20
    • 1 sudu besar serbuk kunyit
    • 1 sudu besar serbuk lada sulah
    • garam 
    • minyak-utk.mengoreng 
    Bahan B
    • 1/2 cawan cili kisar
    • 3 sudu besar rempah Beriani
    • 10 biji cendawan butang
    • 10 biji tomato
    • 1/2 biji nenas- di potong kiub
    • 5 tangkai daun kari
    • 2 labu bawang besar -di potong bulat
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos cili
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 ketul kiub ayam 
    • 1/2 cawan susu cair
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 2 sudu besar madu
    • 2 helai daun limau purut{di potong rampai}
    • 1helai daun kunyit {di potong rampai}
    • garam 
    • 1 cawan air
    • 2 batang serai- di titik
    • 1/2 cawan bawang goreng
    • kulit kayu manis
    Bahan kisar
    • 10 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 3 cm halia
    • 5 tangkai cili merah
    Cara-cara
    • Gaul ayam dengan bahan A dan goreng garing.Ketepikan.
    • Panaskan minyak dalam kuali.Tumis kulit kayu manis,serai dan bahan kisar hingga wangi.
    • Masukkan cili kisar dan rempah Beriani.Tumis hingga naik minyak.
    • Masukkan sos cili ,sos tomato,garam,madu,kiub ayam dan air.
    • Kacau rata dan biarkan mendidih.
    • Masukkan bahan -bahan lain dan kacau rata.
    • Tambahkan susu cair dan gaul rata.Taburkan bawang goreng,daun limau purut dan daun kunyit.Jemput makan!.
    #resipi asal :Majalah Wanita.

    MOIST CHOCOLATE CAKE

     Hari ini dapat off sehari.Sebelah pagi gi beli barang dapur.Lepas tu terkejar-kejar(bukan berlari tapi dengan kereta..he..he) ambil anak dari sekolah.Sebelah petang pula kemas rumah dari pukul 3 petang sampai 7 malam baru siap separuh rumah,rasa macam nak pengsan.Sambil tu sempat lagi buat 2 biji kek yang Cik Tie tempah iaitu Kek coklat lembab.Saya guna gambar lama yang pernah di buat dulu.Kek ini pun di tempah oleh seorang kawan kat tempat kerja sempena hari perkahwinannya .

     Bahan -bahan
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 cawan gula
    • 1 cawan air
    • 1/2 cawan susu cair
    • 1 sudu besar cuka
    • 3 biji telur
    • 250 gm mentega
    • 1 sudu teh soda bicarbonat
    • 1/2 sudu teh baking powder 
    • 1 cawan serbuk koko
    Cara membuatnya
    • Masak air,gula,mentega,koko ,susu cair dan cuka.
    • Adunan ini di sejukkan dahulu.
    • Pukul telur hingga kembang,kemudian masukkan gandum sedikit demi sedikit.
    • Bakar dengan suhu 180'C selama 1 jam (bergantung pada jenis oven masing-masing)
    Topping
    • 200 gm. gula
    • 60 gm. koko
    • 250 ml. air
    • 25 gm. tepung jagung
    • 1 sudu besar kristal jelly
    RESIPI ASAL:NIK JAHLAIWATI ISMAIL(MY PREN).TERIMAKASIH DAUN KELADI!

    Selasa, 26 Julai 2011

    SOFT BUTTER BUN


     Hari ini buat roti.Gara-gara terliur nak makan dan nak cuba membuat dan makan roti buatan sendiri.selalu dok blog walking jumpa resipi roti yang sedap-sedap dan simple.Membuat roti ni perlukan banyak tenaga ( nak menguli doh )dan perlu banyak sabar sebab lama menunggu baru dapat makan .Kalau malas tu beli aje kat kedai terus je nnggaaap ...dah kenyang !.Roti ni senang je nak membuatnya,ia cuma menggunakan satu resipi asas.Dah boleh buat macam -macam roti.Nak gulung ke ,nak lipat ke, nak bulat ke dan nak letak inti yang pelbagai semuanya boleh.Sedap pula tu.
    Bahan -bahan roti asas.
    • 250 gm tepung high protein
    • 50 gm teping halus (saya guna hanya 330 tepung high protein shj.)
    • 50 gm gula castor
    • 2 sudu besar susu tepung
    • secubit garam
    • 1 biji telur gred C
    • 2 sudu besar mauripan (yis)
    • 140 ml air (guna air paip sahaja)
    • 30  gm butter.
    Cara- cara
    • Campurkan semua bahan di atas kecuali butter hingga ia menjadi doh.
    • Kemudian masukkan butter,dan uli hingga ia sebati lebih kurang 10 minit(saya guna penguli mixer)
    • Selepas itu ,uli dengan tangan di atas papan sambil tabur tepung sekali-sekala.
    • Bulatkan dan simpan didalam bekas dan biarkan selama 30min.-1 jam(tutup bekas dengan plastik wrap).
    • Jika adunan telah naik berganda dari yang asal,tekan doh tadi dengan jari anda perlahan - lahan.Jika doh tidak turun selepas di tekan,maknanya doh tersebut telah diuli dengan betul dan telah sedia untuk di bentukkan.
    • Saya keluarkan doh tadi dan uli sebentar dalam seminit.
    • Bahagikan setiap doh sebanyak 60gm dan diletakkan di dalam acuan.Bolehlah kalau nak letak inti.Gambar kat atas saya letak inti kaya dan inti kacang merah yang sedap tu.
    • Doh itu dibiarkan naik lebih kurang satu jam.Saya renjiskan dengan air dan taburkan badam nibs.
    • Bakar 200 celcius selama 25minit(api bawah sahaja)
    • Roti yang telah masak saya sejukkan di luar sahaja dengan menggunakan tuala bersih utk .menutupnya(supaya roti lembut).
    #Boleh juga tengok kat youTube 'how to make a bun'
    # Resipi dari Blog Hanamemories.Terimakasih.

    TAJ MAHAL

    Cerita duka di sebalik Taj Mahal.
    Tidak ramai yang tahu,selain menjadi lambang ketulusan cinta seorang suami terhadap isterinya,Taj Mahal sebenarnya juga menyimpan  kisah sedih seorang bapa.Bapa itu ialah Shah Jahan ,maharaja kelima Empayar Mughal.
    Taj Mahal bukanlah masjid.Ia sebaliknya makam yang Shah Jahan bina khas untuk isteri kesayangannya,Mumtaz yang cantik,merah pipinya dan berdarah Parsi.Bersama Mumtaz ,Shah Jahan dikurniakan 14 orang anak,tetapi 8 daripadanya meninggal dunia.Mumtaz sendiri meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang ke -14 itu.
    Dari situlah terbinanya Taj Mahal,juga supaya anak-anak dapat melihat kubur ibu mereka itu.Taj mahal di bina dengan penuh keajaiban.Tapaknya dari kayu eboni yang akan menstabilkan makam tersebut daripada gempa bumi.Marmar putihnya diambil dari Rajashtan beratus-ratus km dari Agra,mengunakan lebih seribu ekor gajah.Batu- batu permatanya adalah seperti Turquoise,lapis lazuli,Agate dan Jade.Selepas 22 tahun,dibina di tebing Sungai Yamuna oleh 22,000 orang pekerja,akhirnya siaplah Taj Mahal.Dengan berlatarkan langit membiru,Taj Mahal bagaikan terawang-awang di udara.Apabila di simbah pancaran terik matahari pagi ,marmar putih serta ukiran dan batu-batu berharga yang menghiasinya,bersinar bagaikan cermin.Jika di simbah matahari senja ,ia bertukar menjadi merah berkilau.




    Selepas Taj Mahal siap,Shah Jahan mahu membina sebuah lagi Taj Mahal.Kali ini mengunakan marmar hitam pula,di seberang Sungai Yamuna yang di hubungkan oleh sebuah jambatan.Tetapi ketika mula membinanya Shah Jahan jatuh sakit,ketika itu berumur 66 tahun.Puteranya Aurangzeb segera merampas kuasa dan memenjarakan bapanya.Shah Jahan hanya mampu melihat makam isterinya itu dari bilik kurungannya.Beliau di temani oleh puterinya,Shahzadi.Akibat usia tua dan terlalu banyak menangis,mata Shah Jahan akhirnya menjadi kabur dan hampir buta .Shahzadi berasa simpati melihat kedukaan bapanya,lantas beliau menatah batu-batu permata dan kaca agar kilauan dapat menyinari  pandangan bapanya itu.9 tahun selepas itu ,akhinya Shah Jahan meninggal dunia dalam kedukaan dan di semadikan disisi kubur Mumtaz di Taj Mahal....Kisah cinta yang sedih sekali!.
    Gambar:Google Image
    Di petik dari Majalah Harmoni 15 jun 2010.

    Isnin, 25 Julai 2011

    CIUM ANAK

    Cium anak dapat pahala...dari Blog teh secawan.(saya share di ruangan ini.tq)
    Barangsiapa yang mengembirakan  anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana  takutkan Allah.Orang yang menangis takutkan Allah di haramkan api neraka ke atas tubuhnya.Ciumlah anakmu kerana pada setiap ciuman itu di balas dengan satu darjat syurga.Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan,tiada masuk kedalamnya melainkan orang yang menyukai kanak -kanak. 

    Sabtu, 23 Julai 2011

    AIS KRIM MOCHA KOPI

    Tension 2-3 hari ni ,internet punya problem .Dulu pakai broadband, time aktif tu sampai melompat -lompat, time dia merajuk asyik dok tidur aje.La ni pakai wi-fi streamyx pun macam tu jugak .Sekejap ada, sekejap tak de.
    Entri yang dah di buat adalah cerita bertangguh yang baru nak di tulis sebab baru ada blog untuk berkongsi cerita dan tentunya melayan  hobi saya yang suka menulis.
    Ais krim ni pula di buat hujung minggu lepas.Kalau hari Jumaat dan Sabtu peti ais kena isi makanan,kalau tidak budak 3 orang tu..mesti tanya "tak de makanan ke?sebab mereka tak berapa suka makanan yang di beli kat luar.Mari kita tengok resipinya ,mudah saja cara nak membuatnya.

    AIS KRIM MOCHA KOPI

    Bahan- bahan
    1 cawan susu cair-disejukkan
    1/2 cawan susu pekat-disejukkan
    1 camb.koko}
    1 cams.kopi instant}3 bahan ini di bancuh sebati dan
    1/4 cawan air}         di sejukkan.
    1 camt. esen vanila

    Cara -cara
    • Putar susu cair  seketika,masukkan susu pekat,adunan koko- kopi dan esen vanila.
    • Putar hingga sebati.
    • Tuangkan ke dalam bekas yang telah disejukkan dan bekukan separuh beku.
    • Pindahkan adunan separuh beku kedalam mangkuk yang telah disejukkan  dan putar sehingga licin.
    • Bekukan semula.bolehlah di makan .



    Ahad, 17 Julai 2011

    PUPUK SIFAT BERLAPANG DADA

    Salah satu ciri-ciri orang cemerlang ialah sifat berlapang dada.Ia mudah dikatakan tetapi sukar di amalkan .Satu perkara yang mesti kita terima ialah bagaimana baik dan mesra pun kita,tetap akan ada orang yang tidak berpuas hati.Itulah realiti kehidupan yang perlu di akui.Kadangkala kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang di lakukan, lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah  juga di ulang  sebut  berkali -kali.Apa yang boleh kita lakukan?mahu di marah dan di tegur pun tidak bermakna sebab kalau orang sudah tanam dalam fikirannya yang kita ini tidak bagus,tidak elok dan tidak baik maka semuanya di lihat sabagai cacat belaka.oleh itu, tidak perlulah kita fikirkan sangat pasal orang.Lebih baik kita fokus kepada diri kita sendiri.

    Tip untuk menanam dan memupuk sifat berlapang dada.
    • Tiada yang kebetulan.
    Ingatlah setiap apa yang berlaku dalam hidup ini tiada yang kebetulan.Semuanya dengan keizinan,perancangan dan pengetahuan Allah.Apabila Allah timpakan sesuatu musibah maka yakinlah di sebalik semua itu terkandung seribu hikmah.Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan kita,meningkatkan darjat kita menyucikan diri kita dari dosa, menambah kebaikkan atas diri kita.Apabila kita yakin semuanya datang dari Allah maka hati kita akan tenang.
    •  Kekal fokus
    Usah sekali-kali fitnah,umpatan dan cercaan itu di fikirkan hingga fokus kita pada tugas,tanggungjawab dan matlamat tersasar.Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti  seperti biasa dan biarkan suara-suara kerdil itu tenggelam di telan masa.Sebab kalau kita sibuk melayan karenah manusia maka kita sibukkan diri kita bagi perkara yang tidak membawa hasil.Lebih baik kita fokus pada perkara yang menjadikan kita cemerlang kemudian hari.
    •  Selidik siapa yang berkata-kata itu.
    Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab iri hati,cemburu dan sakit hati.Cuba buat penilaian terlebih dahulu.Jika dari orang yang bersembunyi identiti lupakan sahaja.Sebaliknya jika dari seseorang yang profesional, berilmu,terimalah kritikan tersebut bagi memperbaiki  dan meningkatkan diri
    • Bersyukurlah
    Orang tidak akan cemburu,memfitnah,menggangu urusan kita kalau kita tidak punya apa-apa kelebihan dan kejayaan  .Orang hanya sedar akan kehadiran kita apabila kita menonjol.Kalau kita sekadar orang biasa-biasa dan tidak punya apa-apa maka tiada siapapun yang ambil peduli.Ini bermakna anda berada di landasan yang betul menuju ke puncak jaya.InsyaAllah satu hari walau di tolak sekalipun anda tidak mampu di tumbangkan lagi.Bersyukurlah.

    • Senyumlah
    Apalagi yang kita mampu lakukan selain daripada senyum.Senyumlah sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka itu sebab mereka belum kenal kita.Teruslah senyum,memberi salam dan berbuat baik.Mungkin suatu hari nanti mereka perlukan pertolongan kita.Ketika itu peluang untuk kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini.
    • Maafkan semua orang dan doakan mereka.
    Ia sesuatu yang sukar di lakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa.Walau orang lontarkan sampah ,doakanlah mereka kebaikkan dan maafkan mereka.Allah akan beri ketenangan jiwa kepada kita.


    SUMBER:DR TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD
    MAJALAH  HARMONI JULAI 2011

    Jumaat, 15 Julai 2011

    MEE HOON GORENG

    Mee hoon ini di goreng pada minggu lepas,buat sarapan budak 3 orang tu nak gi sekolah.Si comel,Azim makan sampai 2 pinggan.Nampak macam tak larat bila dia berjalan nak gi naik kereta papanya.Terover kenyang la tu.Apapun saya bahagiaaaa...bila dapat masak makanan kesukaan anak-anak.Nak resipi asas mee hoon goreng?.Bolehlah buat sebagai rujukan. 

    Bahan -bahan
    • mee hoon ( rendam dahulu)
    • 4 ulas bawang merah-di tumbuk
    • 5 ulas bawang putih-di tumbuk
    • 1/2 cawan cili kering
    • udang,sotong,ayam dan fishcake.
    • 3 biji telur
    • kubis/sawi
    • garam dan gula secukup rasa
    • sos tiram,sos cili,sos tomato dan kicap-secukup rasa.
    • daun ketumbar dan bawang goreng (utk. hiasan)
    Cara-cara.
    • Panaskan minyak dan tumis bawang.Bila naik bau,masukkan cili kering kisar dan tumislah sampai cili masak.
    • Masukkan udang,sotong ,ayam dan fishcake(bahan ikut citarasa masing-masing)
    • Bila masak masukkan semua sos tadi dan telur yang telah dipukul.
    • Masukkan mee hoon yang telah di toskan dan sayur.
    • Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa.
    • Semasa menghidang,taburkan daun ketumbar yang di hiris halus dan bawang goreng.
    Tip masakan -Master Chef Sabri Hassan.
    • Mengamalkan memasak mengikut sunnah Rasullah s.a.w seperti mengacau bahan masakan dengan ikut arah lawan jam.
    • Mengamalkan memasak dengan menggunakan tangan kanan.
    • Setiap bahan  penyediaan sebelum memasak hendaklah dibasuh dengan air yang mengalir.
    • Bahan -bahan masakan  jangan di letak di atas  lantai sebaliknya di letak di atas meja.

    MY IDOL

     Najib Razak-beginning of a legacy.
    "I want to be the people's Prime Minister. I am with the people and  I always be with them".
    Mohd Najib Abdul Razak was born on July 23,1953 in Kuala Lipis,Pahang.He is the eldest son of the late Abdul Razak Hussein and Rahah Mohd Noah.
    He was educated at St.John Institution in Kuala Lumpur and Malvern Boy's College in Worcestershire,England.
    Mohd Najib is  married to Rosmah Mansor,and is the proud father of five children.


    Five weeks after his father's passing,Najib,at the age of 22 was elected to fill the pekan vacancy,becoming the youngest member of parliament in malaysia's history.
    Mohd Najib Abdul razak- 6th Prime Minister of Malaysia.



    As he always say"It's impossible to satisfy everyone.I seek to satisfy the public first of all".

    source:Najib-
              beginning of a legacy 
              commemorating one year as
              Prime Minister of Malaysia. 
    photo: Google.

    PIE APPLE LATTICE

    saya tidak begitu suka makan epal segar.Tapi kalau buat jus , tart,kek dan puding saya memang suka sangat- sangat. Hari ini mari kita tengok resipi Pai Epal Lattice ni.Sungguh sedap sekali dan nak membuatnya agak mudah sahaja.Sedap makan sambil minum petang dengan air nescafe 'o' .


    Bahan -bahan pastri.
    • 250gm tepung gandum
    • 50gm gula aising
    • 150gm mentega
    • 1 biji kuning telur
    • 30gm air dingin
    • sedikit beras/ kekacang
    Cara-cara
    • Ayak tepung bersama gula aising.Gaul ramas bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
    • Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan dalam peti sejuk selama sejam.
    • Panaskan oven pada suhu 180c.Canaikan pastri dan masukkan ke dalam bekas pai.
    • Asingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Gambar kat atas tu,pastri tak cukup utk. hiasan.
    • Hiris  lebihan  pastri pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
    • Cucuk dasar pastri dengan garfu,alas dgn. kertas dan letak beras diatasnya.Bakar selama 15 minit.
    • Sapu rata putih telur pada  kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
    • Canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun silang atas pai .Sapu kuning telur dan bakar selama 30- 35 minit.
    Bahan- bahan inti
    • 4 biji epal ( potong dadu)
    • 100gm brown sugar
    • 1 s/k serbuk kayu manis
    • 2 s/b tepung gandum
    • 3 s/b air(utk. bancuh tepung)
    • 1 biji kuning telur(utk.sapu atas pastri)
    Cara- cara
    • Masukkan epal dan gula perang,masak hingga layu.
    • Masukkan serbuk kayu manis.
    • Masukkan bancuhan tepung dan kacau rata,sejukkan.




    Khamis, 14 Julai 2011

    I WROTE YOUR NAME...

     


    I wrote your name in the sand,
    but the waves washed it away.



    I wrote your name in my hand,
    but I washed it the next day.


    I wrote your  name on a piece of paper,
    but I accidentally threw it away.

    I wrote your name in my heart
    and forever it will stay.




    The secret of staying young is to live honestly,
    eat slowly and lie about your age!....Lucille Balle  .

    Rabu, 13 Julai 2011

    MINYAK ZAITUN

     Dalam masakan barat,khususnya masakan Mediterranean ,minyak zaitun selalu di gunakan. Apabila membaca resipi masakan barat,ada yang menggunakan minyak zaitun
    light(ringan),virgin(dara) dan pure( tulen).
    Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini.Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat.Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tinggi  dan sesuai di gunakan untuk menumis atau mengoreng  pada suhu panas.

    Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan  untuk menumis dan menggoreng, tetapi pada suhu sederhana.

    Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan  untuk hidangan - hidangan yang di masak seperti salad dan bahan perapan .

    KARI IKAN PARI

    As-Salam buat semua..
    Ni satu lagi entri terlewat .Tapi nak juga letak kat sini sebagai rujukan dan kenangan di lain hari.Sebenarnyanya kami sekeluarga jarang makan masakan berkuah santan.Tapi hari tu terasa nak makan kari ikan pari pulak.Apalagi terpandang sahaja Ikan pari segar kat TESCO terus je kaut 5 keping.Ni dia resipinya walaupun semua orang pandai buat kari tapi nak letak juga kat sini.

    KARI IKAN PARI
    Olahan:daridapursuzana

    Bahan-bahan
    • 5 keping ikan pari(basuh dengan air asam jawa utk hilangkan bau)
    • sedikit daun kari
    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • halia -sebesar ibu jari di ketuk
    • 3 sudu besar rempah kari ikan -dibancuh dgn.sedikit air
    • 1 sudu besar cili giling 
    • sedikit air asam jawa
    • gula dan garam secukup rasa.
    • santan
    • nenas dan udang(saya tambah)
    Cara membuatnya.
    • Panaskan minyak dan masukkan daun kari,goreng sebentar .
    • Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di mayang halus dan juga halia.
    • bila naik bau ,masukkan rempah kari.tumis rempah sampai masak dan masukkan cili giling.
    • Masukkan air asam jawa dan ikan .
    • Akhir sekali masukkan santan dan tunggulah sampai masak.Jangan lupa sedikit gula dan garam secukup rasa.
                             Untuk hidangan makan tengahari

    Isnin, 11 Julai 2011

    COKLAT


     RAHSIA DI SEBALIK    COKLAT
     
     
    • Coklat adalah kaya dengan Anti-oksidan(Phenols). 
    • Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
    • Kandunganya sama seperti dalam teh hijau ,jus oren,bayam,bawang, jagung dan pisang.
    • Coklat tidak mengemukkan .Tidak ada satu jenis makanan pun akan menyebabkan gemuk.
    • Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan yang meningkatkan kalori.
     

    •  Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia di ambil,inilah yang akan menyebabkan kegemukan.
    • Makanlah coklat dengan kadar yang sederhana,bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.
    • Coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang sangkakan sebelum ini.Mereka yang sering mengalami sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau akan menyebabkan sakit kepala.
    • Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit yang boleh meningkatkan rasa sihat.


    • Coklat  mengeluarkan endorphins yang boleh membuat kita rasa gembira.
    • Makan seberapa banyak dan kerap coklat bukanlah menyebabkan ketagihan.Memakannya boleh di hentikan bila-bila  sahaja.
    • Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan .Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema.
    • Coklat bukan penyebab jerawat.Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.
    SUMBER:ASSALWA FOOD.
    GAMBAR:GOOGLE IMAGE.