Sabtu, 28 Februari 2015

KEK GULUNG JEM

 As-Salam buat semua...
Dah lama tak buat Kek gulung....sehinggalah ternampak sebotol jem merah dalam peti sejuk.Nak habiskan cepat jem tu saya buat Kek gulung jem,kalau tidak anak-anak tak makan jem dengan roti,entah bila saya beli pun dah lupa.Ok, bila dah buat kek laku pula lagipun mereka suka makan kek gulung.Let's try baking..

KEK GULUNG JEM
Sumber:DapurKu SaYang  thanks
Resepi asal:Kek gulung kasih

Bahan-bahan
70 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 gm gula kastor
60 ml minyak sayur/minyak masak
1 sudu  kecil esen vanila
2 sudu kecil ovalette

jem strawberi

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'c -180'c.
  • sediakan loyang swiss roll,alas dengan baking paper.Sapukan dengan sedikit mentega.
  • Satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak di dalam mangkuk adunan,kemudian putar hingga  gebu.
  • Setelah itu,tuangkan minyak sayur sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan spatula/senduk kayu.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar dan ratakan.
  • Kemudian bakar hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit atau sehinga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Setelah masak,keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  • Cairkan jem dengan sedikit air panas.Kemudian sapukan jem mengikut citarasa sendiri.
  • Gulung kek perlahan dan kemas menggunakan baking paper dan biarkan sebentar di dalam peti sejuk.
  • Kemudian bolehlah di potong dan di hidangkan.
*jem boleh di sapu ketika kek masih suam,jika menggunakan buttecream tunggu sehingga kek sejuk dahulu.

Khamis, 26 Februari 2015

KERABU DAGING SOS THAI

As-Salam buat semua...
Kerabu daging ini sedap di makan begitu sahaja ataupun bersama nasi putih.Menggunakan Sos Mae Pranom atau Sos cili Thai sebagai bahan perasa utamanya.Saya belajar membuatnya semasa mengikuti kelas memasak kira-kira dua tahun lepas.Untuk Mama Dee yang mengajar cara membuatnya,izinkan saya kongsikan di sini pula.Kerabu daging ini mempunyai rasa masam manis yang cukup lengkap.Daun ketumbar yang di gunakan adalah Daun ketumbar siam yang mempunyai bau yang lebih kuat dari daun ketumbar yang biasa kita gunakan dalam masakan harian.Best sangat kerana ia membuka selera.Sukatan bahan sebagai panduan sahaja,boleh di tambah ikut kesedapan...diet esok saja lah...

KERABU DAGING SOS THAI
Resepi:Mama Dee cooking class.Thanks

Bahan-bahan
500 gm daging-rebus dan hiris nipis
250 ml sos Mae Pranom/sos cili thai
1 biji bawang besar-hiris nipis
2 biji tomato-buang isinya  saya guna tomato ceri
1 batang bunga kantan-hiris nipis
5 biji cili padi-potong kecil
2 sudu kicap sotong/Nam Pla/secukup rasa
30 gm daun ketumbar siam-hiris
2 biji limau nipis-jus atau lime powder brand Knorr
2 sudu gula kastor
1 batang serai
sayur lettuce-hiris nipis 

saya tambah
1/2 batang timun-buang biji dan hiris halus
1 biji lada hijau
1 biji lada merah

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.Gaul sebati.
  • Tambah bahan-bahan ikut kesedapan masing-masing.
  • Letakkan ke atas sayur lettuce hiris tadi.
  • Sedia untuk di hidangkan.
**menggunakan resepi yang sama,boleh di gunakan untuk Kerabu sotong dan Kerabu  ayam

Selasa, 24 Februari 2015

BELEBAT UBI

As-Salam buat semua..
Kuih Belebat ubi antara kuih yang di sukai oleh saya.Kuih dulu-dulu yang masih saya minati walau zaman telah banyak muncul dengan kuih-kuih moden.Di sini Ubi keledek aka Sweet potato di panggil Ubi Stelo.Ia ada dua warna-oren dan purple.Kalau buat dua kaler lagi nampak cantik.Tapi saya cuma ada ubi stelo oren sahaja.

BELEBAT UBI STELO
Sumber:Majalah Rasa

Bahan-bahan
500 ml santan
500 gm Ubi Stelo oren-potong kiub dan rebus
480 gm tepung beras
120 gm gula/ikut manis
sedikit garam
daun pisang secukupnya

Cara membuatnya
  • Campurkan santan,tepung beras,gula dan garam di dalam bekas adunan.
  • Tapis dan masukkan ke dalam kuali dan sentiasa kacau hingga agak pekat menggunakan api yang kecil.
  • Tutup api dan masukkan Ubi stelo yang siap di rebus tadi.Gaul rata.
  • Sediakan daun pisang,potong empat segi kecil dan masukkan sesudu besar adunan dan bungkus seperti kita membungkus pulut inti.Biar bahagian atas terbuka sikit.
  • Kukus selama 10 minit hingga masak.

Sabtu, 21 Februari 2015

EPAL GORENG

As-Salam buat semua...
Waktu yang sentiasa terbatas untuk selalu menghantar resepi di sini..kena lari-lari dari perkara lain untuk duduk -duduk di sini menulis resepi.Nak berjalan-jalan di dapur orang lain kadang-kala tak sempat nak berlama-lama.Tapi rasanya saya tak akan tinggalkan ruangan ini walau sesibuk mana sekalipun.Cuma menulis diari resepi tidak sekerap dulu.Hari ini kita lihat resepi Epal goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam,sedap lagi jika di makan bersama aiskrim.

EPAL GORENG
Sumber:Majalah Saji/Fauziah Abd Ghaffar(Gee-hut).thanks

Bahan-bahan
5 biji epal hijau
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega cair
2 sudu kecil gula
1biji telur
1/2 cawan susu segar
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

bahan taburan
gula kastor
serbuk kayu manis

Cara membuatnya
  • Buang empulur epal,basuh dan hiris bulat-bulat.Gaul dengan sedikit garam
  • Masukkan tepung gandum,tepung jagung,gula dan garam ke dalam bekas adunan.
  • Buat lubang di tengah-tengah tepung kemudian masukkan mentega cair dan telur.Curahkan susu sedikit demi-sedikit.
  • Gaul adunan sehingga sebati dan tidak bergentel.
  • Celupkan hirisan epal ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak panas.
  • Balik-balikkan dan angkat apabila warna keperangan.Toskan minyak.
  • Sebelum menghidang,tabur gula kastor dan serbuk kayu manis.
  • Epal goreng enak dimakan bersama krim,jem ,madu atau aiskrim.

    Rabu, 18 Februari 2015

    KEREPEK NGAKU

    As-Slam buta semua..
    Kerepek Ngaku tahun ni kembali lagi,sekali sahaja dalam setahun baru jumpa time Chinese New Year ni.Pastu ada pula dua orang peminat tegar Kerepek Ngaku kat rumah ni,siap suruh buat penambah-baikkan dari segi rasanya(saya tambah sedikit gula dan serbuk cheese).Ralit sahaja time mengunyah tu,kepingan nipis yang rangup,payah nak berhenti kalau dah pegang sekeping.Kalau sapa-sapa yang tak kenal Ngaku boleh search kat google imej ye,layan diri.. sekarang ni kita nak layan krupp...krappp

    KEREPEK NGAKU
    Sumber:HaNa's FamiLy thanks

    Bahan-bahan
    • Ngaku /arrowhead secukupnya
    • Garam dan air -air garam
    • Minyak utk menggoreng secukupnya
    • serbuk cheese    saya tambah
    • gula kastor     saya tambah

    Cara-cara
    • Kupas kulit ngaku.Basuh dan bersihkan kemudian keringkan.
    • Panaskan minyak.Sagat ngaku dan goreng hingga keperangan.
    • Sebelum angkat, renjiskan air garam ke dalam kuali dan kacau seminit kemudian angkat dan toskan.
    • Dah sejuk sedikit,gaul dengan sedikit gula kastor dan taburkan serbuk cheese.
    • Simpan dalam bekas kedap udara.

    Sabtu, 14 Februari 2015

    BRUCHETTA DAGING

     As-Salam buat semua..
    Pagi ini saya postkan satu resepi untuk sarapan pagi atau untuk makan petang -petang.Resepi yang ringkas dan senang sahaja untuk membuatnya.Ada beberapa bahan seperti cili merah,karot dan tomato tak letak kerana tiada stok..

    BRUCHETTA DAGING
    Sumber:Majalah Rasa November 2013

    Bahan-bahan
    1 batang roti perancis-di potong serong
    300 gm daging cincang
    200 gm keju Mozarella
    1/2 biji bawang besar
    3 ulas bawang putih
    1 tangkai cili merah
    2 sudu makan tomato puri
    1 sudu makan serbuk kari daging
    1 batang saderi       saya ganti dengan daun ketumbar
    1/3 biji lobak merah
    3 biji cendawan butang-hiris halus
    1/3 sudu makan serbuk lada hitam
    garam dan gula secukup rasa
    minyak zaitun untuk menumis

    Cara membuatnya
    • Cincang bawang besar,bawang putih dan cili merah.Ketepikan
    • Cincang pula batang saderi,lobak merah dan buah tomato.Ketepikan
    • Panaskan minyak zaitun,tumis bawang besar,bawang putih,cili merah dan cendawan butang hingga naik bau.
    • Kemudian masukkan daging cincang dan serbuk kari.Kacau sebentar hingga daging kecut.
    • Seterusnya masukkan pula saderi/daun ketumbar,lobak merah dan puri tomato.Sebatikan.
    • Seterusnya masukkan tomato cincang.Kacau rata.
    • Perasakan secukupnya dengan garam,gula dan serbuk lada hitam sambil di kacau bahan hingga sebati.
    • Akhir sekali sudu kan daging cincang tadi ke atas roti perancis dan taburkan keju mozarella.
    • Bakar pada suhu 190'c selama 5 minit.
    • Sedia untuk di hidangkan.Sedap di makan panas-panas kerana roti rangup sahaja.

    Rabu, 11 Februari 2015

    BEE HIVES BUN

    As-Salam buat semua..
    Ini kali ketiga saya membuat Roti sarang lebah aka Bee hives bun.Roti yang di siram dengan sos karamel yang sedap.Dah roti buat sendiri,taburan di atasnya saya letak lebih lah.Apa-apa yang di makan dengan sos karamel memang sedap,anak-anak pun suka.Ia lembut dan gebu padanlah dengan sos karamelnya yang lemak berkrim.Resepi kali ini di ambil dari blog Azlita masam-manis.Jika ingin lihat dengan lebih jelas sila tengoklah kat sana ya kerana ada gambar langkah demi langkah cara membuatnya..Let's try baking..

    BEE HIVES BUN
    Sumber:azlitamasammanis  /roti.thanks

    Bahan-bahan
    300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
    200 gram tepung gandum
    2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
    2 sudu besar madu
    1 biji telur
    250 ml susu segar
    6 gram yis
    40 gram gula
    40 gram butter
    1 sudu kecil baking powder
    2 sudu besar plain yogurt


    Cara membuatnya(saya menggunakan kaedah uli dengan tangan)
    • Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
    • Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
    • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
    • Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.
    • Selepas 40 minit di perap doh tersebut,tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
    • Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis.Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang. 
    • Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
      Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
    • Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
      Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
    • Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atasnya dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 
    •  Akhir sekali  bakar pada suhu 170'c selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang.Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
    • Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
       
    Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anda sudah boleh sediakan sos karamel. 

    Sos karamel
    1/2 cawan gula perang
    1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
    1/2 cawan susu segar
    secubit garam
    1 sudu teh esen vanilla
    2 sudu besar butter


    Cairkan butter
    Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
    Tuangkan krim, garam dan vanilla
    Kacau rata
    Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin sahaja.

    Rabu, 4 Februari 2015

    MURTABAK MINI PISANG

     As-Salam buat semua.
    Di Kota Bharu yang selalu kita jumpa adalah Roti canai pisang.Doh roti canai di balut dengan adunan pisang dan goreng seperti menggoreng murtabak.Ia sedap dan tentunya manis.Di dapur, saya telah mengolah semula Roti canai pisang tetapi menggunakan kulit popia.Versi ini rangup sahaja dan tidak lah manis sangat seperti Roti canai pisang yang kita makan di kedai .
    Saya buat dalam tiga versi-di campur kismis,coklat cip dan kepingan badam.Ia perlu di goreng terus,jika tidak susu akan meresap pada kulit popia dan ia akan jadi lembik.Versi yang saya buat tidak begitu cantik bentuknya kerana di biar beberapa jam dahulu sebab tak sempat untuk di goreng terus kerana keluar membeli- belah.

    MURTABAK MINI PISANG
    Olahan:daridapursuzana

    Banan-bahan
    kulit popia secukupnya
    gam- tepung gandum campur air 
    pisang-potong bulat

    isian
    1/2 tin susu cair
    1 biji telur
    1 sudu teh esen vanila
    susu pekat manis secukup rasa
    kismis,coklat cip ,kepingan badam goreng

    Cara membuatnya 
    • Pecahkan telur dan campurkan dengan susu cair,susu pekat manis dan esen vanila.Pukul sebati.
    • Letakkan pisang yang di potong tadi ke dalam pinggan.Jangan gunakan pinggan leper nanti isian akan mengalir  semasa kita melipatnya.
    • Masukkan bahan isian dan taburkan kismis atau coklat cip atau kepingan badam. 
    • Lipat berbentuk empat segi dan gamkan hujungnya.Buat sampai habis.
    • Panaskan minyak dan goreng Murtabak mini pisang hingga perang dan rangup.
    • Sedia untuk di hidangkan.

    Ahad, 1 Februari 2015

    HOMEMADE TWISTIES

    As-Salam buat semua...
    Projek menggoreng di hujung minggu semalam.Buat kudapan untuk bekalan atas meja makan untuk minggu ni.Nanti kalau dah bertugas,malas dah nak 'marathon' kat dapur!.Asalnya terjumpa resepi masa blog walking lama dulu.Keep in folder dulu,baru sekarang dapat hasilnya.Punyalah lama beli bahan,dok simpan sahaja.Macam tu lah masuk dapur when available....and time not rungsing head!
    Twisties homemade ni rangup sahaja,lepas satu-satu masuk mulut.Kena lah letak dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya..Kalau suka pedas boleh tambah serbuk lada,saya tambah serbuk cheese sahaja.Mari tengok resepi..

    HOMEMADE TWISTIES
    Sumber: syakitchen.blogspot.com/kudapan.thanks

    Bahan-bahan
    1 bungkus laksa kering
    2 sudu besar rempah kari daging
    2 kiub pati ayam Maggi
    1 cawan nestum original    saya gantikan dengan 4 paket nestum 3 in 1
    1 sudu besar gula
    serbuk cheese  saya tambah 

    Cara membuatnya
    • Patah-patahkan laksa kering.
    • Panaskan minyak biar betul-betul panas dan goreng laksa seperti menggoreng keropok.
    • Bila laksa sudah kembang ,angkat dan toskan.
    • Kisar kesemua bahan-bahan lain kecuali serbuk cheese.
    • Gaul rata bahan kisar dan serbuk cheese bersama laksa goreng tadi.
    • Simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk di makan.