Selasa, 28 Mac 2023

PUDING KASTARD JAGUNG


 Assalam buat semua..
Hari ini,Ramadan ke-6
Saya hanya masak pada waktu sahur  sahaja.
Makan berhidang dengan nasi putih dan lauk yang ringkas.
Waktu berbuka biasanya beli nasi bungkus sahaja.
Kuih atau pemanis mulut sejenis sahaja,dibuat dan kadang-kadang dibeli
Kali ini saya kongsi resepi Puding Jagung yang cukup mudah untuk membuatnya.
Let's try masak.

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan
1 tin corn cream
1 tin corn kennel
1 tin susu cair
6 cawan air
1 cawan santan
300 gm.tepung Bird's kastard
gula dan garam-secukup rasa
daun pandan.

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan didalam periuk.
  • Letak atas api sederhana sambil terus di kacau.
  • Bila hampir pekat,nampak sedikit berkilat,keluarkan daun pandan tadi.
  • Bila mendidih-ada letusan kecil,bolehlah di angkat.
  • Sejukkan dalam bekas sesuai.

Sabtu, 18 Februari 2023

KEK MENTEGA MARBLE


Assalam buat semua..
Kek mentega marble ni selalu saja saya buat kat rumah.
Kek ni tak jemu di makan kerana ianya seperti kek marjerin versi dulu-dulu.
Lukis corak kesukaan diatas untuk cantikkannya.
Let's try baking

Kredit to Azlina Ina

KEK MENTEGA MARBLE

Bahan
200 gm.tepung naik sendiri
6 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu segar
3 sudu besar susu tepung
170 gm.gula kastor

150 gm.mentega-cairkan

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan kecuali mentega ke dalam pemutar.
  • Putar dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 5 minit hingga adunan gebu dan kelihatan putih.
  • Masukkan mentega cair dan kaup-balik hingga rata.
  • Ambil sedikit adunan dan letak pewarna pilihan.
  • Alas loyang 9x9 dan masukkan adunan kek.
  • Letak adunan yang berwarna diatas dan buat corak pilihan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 50-60 minit bergantung oada oven masing-masing.
  • Bila masak,terbalikkan diatas jaringan petak-petak.
  • Hias dengan coklat cip.

Selasa, 10 Januari 2023

MAKARONI GORENG


 Assalam buat semua..

Hari ini saya kongsi satu lagi resepi makaroni kesukaan anak-anak.
Resepinya ringkas sahaja,ikut versi sendiri,sesedap dan secukup rasa.
Saya buat untuk hidangan makan malam,cukup lah untuk hari ini,tidak perlu makan nasi dah.
Let's try buat


MAKARONI GORENG

Bahan
1 paket makaroni 250 gm.
isi ayam-cincang
2 sudu besar cili kisar
bawang besar-dadu kecil
bawang putih-cincang
sayur kubis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
serbuk cukup rasa Maggie
garam 


Untuk hiasan
bawang goreng
hirisan daun sup
cili hijau

Cara membuatnya
  • Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat,toskan air. 
  • Dalam kuali,panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga ayam sedikit kering airnya.
  • Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,pati ayam dan serbuk cukup rasa,garam dan gaul rata.
  • Masukkan makaroni yang di rebus ke dalam kuali dan gaul rata.
  • Masukan sayur dan biarkan sebentar. Jangan terlalu lama kerana sayur akan jadi lembik.
  • Bila semua rasa sudah sebati ,masukkan ke dalam bekas,taburkan bawang goreng dan cili potong.

Sabtu, 7 Januari 2023

KEK CAWAN PANDAN

Assalam buat semua..
Selamat tahun baru 2023
Semoga Allah kurniakan rezeki kesihatan dan masa lapang yang lebih baik di tahun ini.Aamiin.
Jom buat Kek Cawan Pandan
Sedap juga makan dengan secawan Nescafe.

KEK CAWAN PANDAN

Bahan
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
     -diayak bersama-

125 gm.mentega
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm.gula kaster
2 biji telur A

75 gm.santan campur 25 gm.air perahan daun pandan
1/4 sudu teh garam
pewarna hijau

Cara membuatnya
•Putar mentega,gula hingga kembang dan gebu.
•Masukkan telur satu persatu sambil terus di putar.
•Masukkan esen vanila dan pewarna hijau.
•Kaup-balikkan tepung selang seli dengan santan sampai habis.
•Masukkan ke dalam acuan cawan kertas,isi 3/4 penuh.
•Tabur bahan hiasan jika suka.
•Bakar dalam oven dengan suhu 160`c selama 25-30 minit bergantung pada oven masing@masing.
•Bila masak,sejukkan.Boleh juga di paipkan krim di atasnya.