Memaparkan catatan dengan label IKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKAN. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2025

SUP KEPALA IKAN

Assalam buat semua..
Hari ini saya masak Sup kepala Ikan.
Dihidangkan bersama Nasi putih,Ikan goreng dan telur dadar.
Ringkas sahaja tetapi tetap membuka selera
Let's try masak.

SUP KEPALA IKAN

Bahan
1 keping kepala Ikan
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah besar
1 inci halia
1 batang karot
4 biji cendawan Shiitake
1 biji tomato
2 batang serai
Cili padi
1/2 batang saderi
1 paket perencah sup Siam 
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Cukup rasa
Garam

Daun ketumbar siam
Bawang goreng

Cara membuatnya
Hiris halus bawang merah dan halia,cincang bawang putih,cili padi dan serai diketuk
Potong batang saderi,tomato,karot dan hiris cendawan
Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis semua bahan diatas
Bila naik bau,tambahkan air secukupnya
Masukkan perencah sup Siam,saderi, karot,tomato dan cendawan
Biarkan kuah sup mendidih
Tambahkan cukup rasa dan garam mengikut keperluan,serbuk lada hitam dan lada sulah
Akhir sekali masukkan kepala ikan dan biarkan sup mendidih sekali lagi
Sesuaikan rasanya dan boleh lah diangkat.
Taburkan bawang goreng,cili padi dan daun ketumbar Siam yang dihiris halus.

Selasa, 21 Mei 2024

SIAKAP KENGSOM THAI

Assalam buat semua..

Kali ini masak Ikan Siakap Kengsom,asal dari selatan Thai
Resepinya mudah dan ringkas tapi rasanya sedap dengan rasa masam manis dan tidak muak.
Let's try masak

IKAN SIAKAP KENGSOM THAI

Bahan
1 ekor ikan siakap
3-4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
6-7 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan
1 potong nenas
1 inci lengkuas
2 batang serai
Air secukupnya untuk kuah
1/2 biji nenas kecil
1 ikat kangkung
2 biji limau nipis
2 sudu besar sos ikan Thai
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Potong menyerong nenas(1/2 biji) untuk masuk dalam kuah dan potong dadu untuk kisar.
2.Potong kasar bawang merah,bawang putih,kunyit hidup,cili padi.
3.Hiris nipis lengkuas,titik serai,potong limau dan perah jus(boleh ganti air asam jawa)
4.Ikan siakap dipotong 4
5.Kisar halus bahan potong kasar,nenas,belacan(boleh ganti perasa) dan air.
6.Masukkan bahan kisar halus dalam kuali,masukkan serai dan lengkuas kemudian reneh sampai agak masak (anggaran 10-15 minit)
7.Tambah air untuk lebih berkuah dan masukkan hirisan nenas.Masak Sampai kuah mendidih.
8.Masukkan ikan dan tutup kejap.
8.Bila ikan dah masak,masukkan sayur kangkung dan tutup api.Akhir sekali masukkan jus limau nipis.
9.Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 5 Jun 2020

IKAN MASAK TOMYAM

Assalam buat semua..
Macam-macam resepi dah saya cuba masak Ikan Siakap ni.
Salah satunya Ikan Siakap masak Tomyam.
Rasanya yang masam-masam manis sesuai sahaja di makan buat hidangan tengahari.
Kalau time mood memasak tu datang,ada saja resepi baru yang saya cuba buat.
Kalau menepati selera nanti saya akan ulang lagi.
Begitu lah..try and error.
Let's try masak.

IKAN SIAKAP MASAK TOMYAM

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 kiub pati Tomyam/1 paket pes Tomyam
1/2 labu bawang besar-di hiris
1 labu bawang putih-cincang halus
2 inci halia-hiris nipis
daun limau purut
cili padi-ketuk
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis
1 batang serai-di ketuk
2 biji asam boi merah
1biji tomato-potong kiub
akar ketumbar-di bersihkan

Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan,buang sisiknya,lumur dengan serbuk lada sulah dan lada hitam.
  • Didihkan air dan masukkan ikan sekejap sahaja.Toskan*tujuan untuk buang rasa hanyir ikan.Jika suka masak terus,tidak perlu cara ini.
  • Masukkan air ke dalam kuali besar(jika ikan di potong dua,boleh guna periuk saja) dan kesemua bahan lain.
  • Tunggu hingga kuah Tomyam mendidih,baru masukkan ikan.
  • Biarkan ia mendidih sekali lagi,masak dengan api sederhana.
  • Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Rabu, 13 November 2019

GULAI LENGKUAS IKAN KERING

Assalam buat semua..
Jarang-jarang saya buat gulai ikan kering..
sebab tidak berapa suka makan ikan kering.
Jadi gulai ni saya campurkan dengan beberapa ekor ikan segar,
supaya saya dapat makan ikan segar tu dengan rasa kuah gulai ikan kering.
Ikan kering tu kita bagi orang lain makan jer..
Let's try buat.

GULAI LENGKUAS IKAN KERING

Bahan-bahan
Ikan kering dan ikan segar.
2 batang timun-belah dan potong serong
nenas/optional
5 biji cili padi-di ketuk
2 biji lada hijau-potong dua
2 kotak santan
air secukupnya
garam,gula dan perisa secukupnya

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci kunyit hidup
2 cm.lengkuas

Cara membuatnya

  • Masukkan santan,air secukupnya dan bahan kisar ke dalam periuk.
  • Kacau sekali-sekali dan tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan ikan segar,ikan kering,cili hijau,cili padi dan timun/nenas.
  • Masak hingga timun lembut.
  • Rasa dahulu sebelum tambah garam untuk elak kuah jadi terlalu masin.
  • Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan bolehlah di angkat.


Jumaat, 18 Oktober 2019

IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI

Assalam buat semua..
Macam-macam resepi dah saya buat dengan Ikan Siakap ni.
Semua pun sedap belaka.
Masak kat rumah pun,tapi macam makan kat kedai.
Pastu kita hias sikit-sikit,biar nampak cantik.
Resepi hari ini pun bagi selera saya sedap juga.
Sesuai di makan bersama Nasi putih.
Let's try masak.

IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI

Ikan Siakap-
lumur garam,kunyit dan tepung jagung

Bahan tumis
1 biji bawang besar atau bawang Holland
3 ulas bawang putih-cincang halus
1 inci halia-ketuk
1 batang serai-hiris halus

Bahan sos
2 senduk kecil cili kering kisar
3 sudu besar sos cili Thai/sos Mae Phranom
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram

Bahan tambahan
lobak merah-dadu
nenas-dadu
1 biji tomato-dadu
5-10 biji cili padi-potong halus
1 biji cili merah besar-dadu
sedikit air -untuk kuah
1 kiub pati ayam
daun ketumbar siam-hiris halus
daun limau purut-buang tulang dan hiris halus
daun salad-untuk hiasan

Cara membuatnya

  • Goreng ikan sehingga agring dan ketepikan.
  • Panaskan minyak,tumis bahan hiris sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar serta kesemua sos.
  • Tambahkan air secukupnya.dan biarkan mendidih.
  • Masukkan kiub pati ayam dan kacau sebati.
  • Masukkan sayurdan nenas dadu tadi.
  • Curahkan kuah ke atas ikan goreng tadi.
  • Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar.
  • Sedia untuk di hidangkan.


Selasa, 7 Mei 2019

IKAN PATIN KENGSOM

Assalam buat semua..
Hari kedua Ramadhan.
Resepi asal menggunakan Ikan Siakap tetapi cuma ada Ikan patin sahaja dalam peti sejuk.
Saya buat jugalah sebab dah nak makan sangat.
Ia adalah sejenis masakan Asam Pedas siam yang mempunyai rasa masam,manis dan pedas.
Let's try masak

IKAN PATIN KENGSOM

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
2 asam keping
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula melaka
1/2 biji nenas masak
1 ikat kangkung
2 batang serai-di ketuk
garam secukup rasa


Bahan kisar
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 hiris lengkuas
sedikit belacan

Cara membuatnya

  • Masukkan bahan kisar.air asam jawa,asam keping dan air secukupnya ke dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan nenas dan serai.Masak hingga mendidih seketika.
  • Masukkan ikan.
  • Setelah ikan masak,masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang rangup.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Isnin, 18 Mac 2019

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Assalam buat semua..
Ikan Siakap ini dari pemberian seorang kawan baik,Nik Rosli yang suka memancing.
Ikannya bersaiz agak besar dan tak muat periuk kukus
Jadi saya potong dua dan di letak melintang begini barulah muat periuk kukus.
Kali ini saya masak salah satu resepi ikan kukus.
Kuah perasa tomyam yang sedap juga.
Let's try masak

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar minyak masak
100 ml air atau lebih
1 kiub stok Tom Yam Maggi
3-4 helai daun limau purut-di carik
1 sudu besar gula/saya ganti dengan 3 biji asam boi
2 sudu besar jus limau nipis

Bahan kisar
2 biji cili merah-buang biji
2 tangkai cili kering-buang biji rendam air suam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan untuk kukus
2 batang serai-ketuk
3 cm lengkuas-ketuk
2 biji tomato-potong
1 biji bawang besar-hiris nipis
1/2 batang karot-hiris halus

 Hiasan
2-3 biji cili pading potong
hirisan limau nipis/lemon
daun ketumbar siam

 Cara membuatnya

  • Perap Ikan Siakap dengan Maggi cukup rasa selama 30 minit-1 jam.
  • Di atas kuali,tuang satu sudu besar minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar bersama daun limau purut hingga naik baunya.
  • Tuangkan air secukupnya dan masukkan lengkuas,serai,kiub pati Tom Yam.
  • Letak gula/asam boi,jus limau nipis,hirisan karot,bawang besar,tomato dan tambahkan maggi cukup rasa jika mahu.Tutup api.
  • Letak Ikan Siakap di dalam bekas tahan panas dan kukus dengan suhu tinggi selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.
  • Akhir sekali,taburkan hirisan lemon,cili padi potong dan daun ketumbar siam di atas hidangan.
  • Hidangkan.



Sabtu, 29 September 2018

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Asalam buat semua..
Saya masih ingat dulu semasa di tingkatan 3..
Cikgu Sains Rumah Tangga(sekarang ERT) mengajar resepi Ikan Masak Masam Manis.
Sampai sekarang saya masih buat masakan ini 
Walaupun sudah berpuluh tahun berlalu..
Dah macam-macam saya derhaka pada resepi asas tu dulu..
Let's try buat

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahan
1ekor ikan bawal saiz besar
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos Mae phranom
1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 susu besar gula perang

Kesemua bahan ini di campurkan dengan 1 cawan air 
Kacau sebati.

Bahan tumis
1 labu bawang besar-dadu
5 ulas bawang putih-cincang
1/2 inci halia-cincang
2 batang serai-hiris nipis

1/2 batang karot-parut nenas kiub-potong nipis
tomato ceri-belah 2
daun ketumbar siam
cili merah

Cara membuatnya

  • Bersihkan ikan,letak sedikit lada sulah dan serbuk lada hitam
  • Goreng hingga garing.Ketepikan.
Sos

  • Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar,bawang putih, halia dan serai hingga naik baunya.
  • Tambahkan campuran sos dan karot.
  • Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat.
  • Tambah nenas dan tomato serta hirisan daun ketumbar.
  • Sesuaikan rasanya.
  • Curahkan kuah ke atas ikan goreng dan taburkan hirisan cili  merah dan daun ketumbar siam.
  • Bolehlah di hidangkan.

Isnin, 26 Disember 2016

BELUT GORENG KUNYIT

Assalam buat semua..
Bukan semua orang boleh makan belut termasuk saya sendiri
tapi saya boleh memasaknya dengan syarat bagi yang dah siap dibersihkan .
belut ini pula telah di potong siap oleh penjualnya.
ada orang tu pula,suka makan belut tapi tak nak potong belut ☺.
Azim suka makan belut goreng,sebab tu lah saya boleh memasaknya.Tahan saja...
Let's try masak

BELUT GORENG KUNYIT

Bahan A
250 gm belut-dibersihkan.
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 inci halia-di parut
1 sudu besar serbuk cukup rasa maggi
1 sudu kecil serbuk cii kering
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
serbuk lada hitam
2 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan B
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
1 biji cili merah-buang biji dan hiris nipis
2 tangkai kacang panjang-potong 1 inci

Cara membuatnya

  • Belut yang telah di bersihkan di gaul dengan bahan-bahan di atas kecuali bahan B.
  • Perapkan seketika.
  • Panaskan 2 cawan minyak masak.
  • Goreng belut hingga garing dan sentiasa di balik-balikkan supaya masak sama rata.
  • Angkat dan letak belut goreng dalam penapis besi dan toskan minyak.
  • Kemudian letakkan belut goreng di atas kertas serap minyak.
  • Menggunakan minyak yang sama,goreng bawang besar,cili merah dan kacang panjang hingga lembut.
  • Taburkan di atas belut goreng tadi.
  • Sedia untuk di hidangkan dengan nasi putih.

Ahad, 27 Disember 2015

IKAN SIAKAP MASAK LAPRIK

As-Salam buat semua..
Sebelum ni tak pernah dengar..apalagi pernah merasa ikan dimasak cara ini.
Semasa annual dinner hari tu..
Salah satu hidangan adalah Ikan Siakap masak sos Thai
Best sangat dan lain dari resepi yang biasa kita buat.
Saya dah berkenan dengan rasanya.
Saya google dan dapatkan resepinya dan buat ikut citarasa sendiri
Betul la memang best..harus di cuba
Resepi dari yatiememories.blogspot
thanks.
Let's try masak.

IKAN SIAKAP MASAK LAPRIK

Bahan-bahan
1 ekor Ikan Siakap
sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
10 tangkai cili padi-potong kecil
5 ulas bawang putih-cincang halus
5 sudu besar sos Thai
1 biji bawang besar-potong dadu
1 tangkai daun ketumbar
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
daun salad,tomato dan cili besar-hiasan
minyak masak secukupnya.

Cara memasaknya
  • Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing,angkat dan letakkan dalam pinggan.Ketepikan.
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  • Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  • Kemudian masukkan sos thai ,bawang besar dan daun ketumbar.
  • Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan mendidih sebentar.
  • Angkat dan curahkan ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan dengan bahan hiasan.

Sabtu, 14 November 2015

IKAN KERISI MASAK TEMPOYAK

 As-Salam buat semua..
Masak Ikan kerisi masak tempoyak versi di rumah saya untuk hidangan tengahari.Biasanya ikan kerisi di goreng kunyit sahaja tapi kali ini rasa nak makan yang berkuah pula.Penggunaan daun pucuk  kandis dalam resepi ini memberikan rasa kelainan pada kuahnya
Let's try masak.

IKAN KERISI MASAK TEMPOYAK
 
Bahan-bahan
4 ekor ikan kerisi
2 keping asam gelugur
daun kesum
2 batang bunga kantan
beberapa helai pucuk asam kandis
garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk cukup rasa maggi
air secukupnya
 

Bahan kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 biji bawang bombay
1 ulas bawang putih
2 sudu besar tempoyak
5 biji cili kering

Cara membuatnya 
  • Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan asam keping
  • Biarkan hingga mendidih dan kacau sekali-sekala.
  • Apabila kuah mendidih masukkan ikan kerisi.Tunggu sebentar.
  • Apabila kuah mendidih sekali lagi,masukkan daun kesum dan pucuk asam kandis.
  • Kemudian tambahkan serbuk cukup rasa dan garam jika perlu.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat

Rabu, 7 Oktober 2015

IKAN SIAKAP KUKUS SOS LADA HITAM

As-Salam buat semua...
Sekali lagi Ikan Siakap Kukus masuk di ruangan dapur saya.Asyik kukus saja kan sebab Azim tak nak makan resepi yang jenis lain.Nanti lah saya nak pujuk dia juga supaya try makan Ikan Siakap yang di goreng dengan sos pula.Tukang masak pun dah rindu nak buat masakan lain.Ada seekor lagi dalam peti ais tu.Let's try masak..

IKAN SIAKAP KUKUS SOS LADA HITAM
Olahan:dari dapur suzana

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-berat dalam 1kg 
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah

4 sudu besar sos lada hitam
6 tangkai ketumbar -potong panjang
5 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang besar-dadu kecil
2 batang serai-ketuk
4 biji asam boi putih
jus limau nipis
1 sudu besar Maggi cukup rasa
sos ikan secukup rasa 
1/2 cawan air
3 tangkai cendawan tiram -di carik kecil

Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan dan renjiskan serbuk lada hitam,serbuk lada sulah di kedua-dua belah termasuk bahagian perutnya.
  • Letakkan ikan di dalam bekas tahan panas.
  • Masukkan asam boi dan serai serta daun ketumbar dan cendawan tiram
  • Sumbat sedikit bahan di dalam perut ikan.Ketepikan.
  • Panaskan pengukus.
  • Dalam satu mangkuk satukan sos lada hitam,bawang putih,bawang besar,air,sos ikan,jus limau nipis,serbuk cukup rasa Maggi dan gaul sebati.
  • Curahkan di atas ikan.Renjiskan sedikit lagi serbuk lada hitam di atas ikan.
  • Bila air mendidih,kukus ikan hingga masak.
  • Bila masak, hiaskan dengan taburan daun ketumbar dan cili merah.

Khamis, 4 Disember 2014

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

 As-Salam buat semua...
Hari ini saya tidak bertugas selepas enam hari berterusan kerja.Pagi-pagi lagi spent my sweet time in the kitchen.Saya menyiapkan sebiji kek untuk Azim bawa ke kelas mengaji Quran esok,beberapa biji muffin untuk makan pada sebelah petang nanti(rasanya tak sampai petang)dan masak lauk Ikan patin untuk makan tengahari.Penat tapi suka....ni dok depan PC pula cuci-cuci mata..sambil tulis blog.Let's try masak Ikan patin masak tempoyak.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK 
Sumber:Azie Kitchenthanks

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak 
4 cawan air atau secukupnya
1 biji cili merah
cili padi-ikut kepedasan yang di sukai
1 inci kunyit hidup
secekak daun kesum
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Tumbuk cili merah,cili padi dan kunyit hidup,jangan sampai terlalu hancur.
  • Kemudian masukkan tempoyak dan di tumbuk supaya bergaul rata.
  • Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.Masak dengan api perlahan hingga ia mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan daun kesum dan garam secukup rasa.
  • Masak dalam 2-3 minit lagi dan bolehlah di angkat.
**di dalam masakan di atas,saya telah kisar semua bahan-bahan dan masak kuah dahulu sehingga masak dan pekat barulah di masukkan ikan. 

Nota
  1. Kalau tempoyak kurang masam,bolehlah di tambah asam keping.
  2. Basuh ikan dengan gandum untuk hilangkan hanyir ikan sungai.
  3. Kalau mahukan kuah pekat,boleh masak kuah sehingga masak dan pekat,kemudian barulah di masukkan ikan.

Rabu, 10 September 2014

GULAI TELUR IKAN

As-Salam buat semua..
Gulai telur ikan yang menjadi salah satu menu masakan nostalgia saya.Tapi susah juga nak dapatkan telur ikan duri ni.Time jumpa tu, kalau tak nak masak lagi saya akan bekukan dulu dalam freezer.

GULAI TELUR IKAN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
telur ikan duri
santan secukupnya 
3 sudu besar cili kering kisar
daun kesum
1 batang serai-di ketuk
pucuk asam kandis
serbuk cukup rasa
garam

Bahan kisar
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil beras

Cara membuatnya
  • Bersihkan telur ikan dan toskan.
  • Masukkan santan secukupnya ke dalam periuk bersama dengan bahan-bahan kisar dan serai.
  • Masak hingga mendidih sambil di kacau sekali-sekala.
  • Bila kuah mendiidh ,masukkan telur ikan dan biarkan sehingga separuh masak.Telur ikan ini tidak boleh masak betul kerana ia akan jadi keras.
  • Akhir sekali masukkan daun kesum,pucuk asam kandis,garam serbuk cukup rasa.Sesuaikan rasanya.
  • Bolehlah di hidangkan.

Ahad, 7 September 2014

KARI IKAN ALA MAMAK

 As-Salam buat semua...
Saya try buat Kari ikan tanpa santan ala mamak.Best juga rasanya walaupun tidak menggunakan santan.Kari ini sesuai untuk sesiapa yang tidak menggunakan  santan dalam masakan.
Resepi sebenar menggunakan Ikan jenahak tetapi saya tukar kepada kepingan Ikan pari yang menjadi kesukaan my bodyguard.

KARI IKAN ALA MAMAK(IKAN PARI)
Sumber:www.kakinakl.com/ttertunailah hasrat di hati.thanks

Bahan-bahan
1 ekor ikan jenahak-potong 4     guna ikan pari
4-5 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kisar
5-8 kacang bendi     guna terung
2 biji cili merah        guna tomato

Bahan Kisar/Tumbuk
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan tumisan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang kecil-hiris halus
3 biji bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
2-3 tangkai daun kari
2-3  cawan air asam jawa (ikut nak pekat ataupun tidak)
garam dan minyak secukupnya
Beras yang di sangai-tumbuk kasar

Cara-caranya
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan hirisan dan halba. 
  •  Setelah naik bau, masukkan bawang kisar/tumbuk bersama daun kari dan masak sehingga layu.
  • Masukkan pula cili kisar, sedikit garam dan serbuk kari ikan, kacau sebati dan biarkan rempah masak dengan menggunakan api yang kecil sambil di kacau selalu.Masukkan sedikit air bila rempah nampak kering. 
  • Masukkan beras yang di sangai dan di tumbuk kasar selepas rempah masak atau hilang bau. 
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih baru di masukkan ikan dan rasa cukup asam dan garamnya.
  • Bila ikan dah masak, kecilkan api dan masukkan pula terung dan tomato.Biarkan sebentar baru di tutup api.

Jumaat, 29 Ogos 2014

IKAN TONGKOL MASAK KICAP PEDAS

As-Salam buat semua..
Saya masak ikan kicap ni selepas mengintai resepi kat blog Kak Azie.Ikan Aji-Aji tak ada,jadi saya tukar dengan Ikan tongkol.Jadi lah jugak Ikan masak kicap yang sedap di makan denagn nasi panas ni.Kalau ada Ikan Aji-Aji seperti Kak Azie tentu lebih sedap lagi sebab isinya lembut saja dan kuah kicap tentulah meresap masuk dalam isinya.Let's try masak...

IKAN TONGKOL MASAK KICAP PEDAS
Oleh: aziejaya.blogspot.com/   Azie kitchen.thanks

Bahan bahan:
1ekor ikan tongkol saiz sederhana - lumur garam kunyit dan goreng
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
3 biji cili hijau - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
Garam dan gula
Kicap 
Sos tomato
Sos tiram
Sedikit cuka

Cara membuatnya
  • Kisar bawang-bawang dan halia.Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan dimasukkan cili kisar.Terus menumis sehingga cili kisar menjadi masak dan garing.
  • Masukkan sedikit air, kicap, sos tomato, sos tiram dan sedikit cuka. 
  • Masak sehingga mendidih.Akhir sekali, masukkan bawang dan cili hiris dan sesuaikan rasa.
  • Masukkan garam jika belum masin dan sedikit gula. Tutup api dan masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata.

Jumaat, 2 Mei 2014

KARI IKAN PARI

As-Salam buat semua...
Hari ini saya postkan satu lagi resepi ikan yang menjadi kesukaan my bodyguard iaitu Kari ikan pari.Ikan pari segar selalu saya beli kat pasaraya Maidin.Biasanya ia di jual dalam bentuk kepingan. Kalau nampak kepingan yang segar-segar tu memang terus saja tangkap!.saya biasanya beli untuk sekali masak sahaja kerana hanya kami berdua saja yang makan...

KARI IKANPARI
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1/2 kg Ikan pari
3 sudu besar rempah kari ikan Adabi
1 tangkai daun kari
1 sudu besar cili kering kisar
santan pekat atau susu cair secukupnya
4 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1 inci halia-hiris
air asam jawa secukupnya
sedikit minyak canola untuk menumis
air secukupnya untuk kuah
garam dan gula untuk perasa

Cara membuatnya
  • Bersihkan Ikan pari,potong dan ketepikan.
  • Panaskan minyak canola dan tumiskan bawang merah,bawang putih ,daun kari dan halia hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng sebentar hingga cili masak.
  • Rempah kari ikan di campurkan dengan 1cawan air dan di jadikan pes.
  • Tambahkan rempah kari ikan dan tumiskan lagi hingga rempah naik baunya dan masak.Guna api sederhana.
  • Tambahkan santan pekat dan air secukupnya untuk di jadikan kuah kari.
  • Bila kuah mendidih,masukan kepingan ikan pari.
  • Biarkan ia mendidih sekali lagi dan tambahkan air asam jawa,gula serta garam secukupnya.
  • Bila kuah kelihatan sedikit pekat,bolehlah di angkat.
  • Kari Ikan pari ini boleh juga di tambah sayuran bendi ke dalamnya jika suka.

Rabu, 2 April 2014

IKAN MASAK KICAP MANIS PEDAS

As-Salam buat semua...
Hari ini tak buat karangan pendek,terus saja ke resepinya..

IKAN MASAK KICAP MANIS PEDAS
Resepi:resepinannie.blogspot.com/Nennie Khuzaifah.thanks

Bahan-bahan
1 ekor Ikan siakap saiz besar   saya guna Ikan bawal emas
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
5 biji cili padi-di titik
2 sm halia
2 sudu besar sos tiram
1 biji buah tomato ranum-di cincang
kicap manis secukup rasa
sos plum secukupnya
sedikit air-jika perlu
sedikit daun sup/bawang         tak letak
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan dan gaul bersama sedikit garam dan kunyit,kemudian goreng ikan sehingga garing ,angkat dan toskan.
  • Bawang merah,bawang putih,halia di tumbuk lumat.Panaskan minyak dalam 5 sudu besar dan tumis bahan yang di tumbuk sampai naik bau.
  • Kacau bahan tumis sampai naik bau kemudian masukkan cili kisar serta cili padi dan terus kacau sebentar sehingga cili masak.
  • Masukkan bawang besar yang di potong nipis-nipis ,buah tomato cincang dan kacau semua bahan.
  • Masukkan daun bawang/sup yang di potong kecil dan sos tiram, kicap manis,sos plum secukupnya dan kacau semua bahan-bahan.Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedkit air.
  • Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula.Rasa sos ikut selera sendiri.
  • Bila kuah sudah mendidih boleh tutup api letakkan ikan ke dalam pinggan dan curahkan kuah.Boleh tabur daun bawang/sup atau bawang goreng sebagai hiasan ke atas ikan. Hidangkan.

Rabu, 12 Mac 2014

GULAI LEMAK IKAN HARUAN

As-Salam buat semua...
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar yang biasanya hidup dalam sungai dan tali air.Mengenang kembali...dulu-dulu selalu juga makan Ikan Haruan yang dapat segar dari sungai tapi sekarang ni kalau nak makan kena cari kat pasar tani,tu pun jarang-jarang jumpa.Semasa saya pergi Pasar Jelawat pada Jumaat lepas terjumpa ikan ni,terus saja beli dua ekor.Dah lama tak makan kata my bodyguard,kalau buat gulai ni sedap juga.Dah orang request kita buat saja... 

GULAI LEMAK IKAN HARUAN
Olahan:daridapursuzana 
Bahan-bahan
1ekor ikan haruan saiz sederhana- dibersihkan dikerat
Santan secukupnya untuk kuah


Bahan kisar
2 biji bawang merah

1 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering 

1/2 inci kunyit 
1 inci lengkuas
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil beras
1 cawan air

Bahan lain
sedikit garam
1 keping asam keping/gelugor

pucuk daun asam kandis
daun kesum


Cara membuatnya
 
  • Kisar bawang merah,bawang putih,cili kering,kunyit,biji ketumbar,beras dan lengkuas bersama 1 cawan air hingga halus. 
  • Masak santan sampai mendidih dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  • Masukkan ikan dan biar sampai mendidih.
  • Masukkan asam keping dan sedikit garam.Tambahkan daun kesum,pucuk daun asam kandis.
  • Biarkan sekejap lagi dan bila kuahnya sesedap rasa,bolehlah di hidangkan dengan nasi putih.


Sabtu, 1 Mac 2014

KARI KEPALA IKAN(tanpa santan)

 As-Salam buat semua....
Selamat pagi buat semua pembaca blog ini dan juga semua kawan-kawan di dapur maya.Semoga hari ini di lalui dengan ceria dan bahagia.Hari ini saya nak postkan satu resepi yang menjadi kesukaan my bodyguard iaitu Kari kepala ikan tanpa santan.Kepala Ikan Merah yang di beli olehnya kat pasaraya Maidin ni amat besar,tak muat pinggan hidang yang biasa saya gunakan.Sedang elok dengan pinggan pai yang besar ini.

KARI KEPALA IKAN (tanpa santan)
Sumber:dayangjack.blogspot.com.Thanks.

Bahan-bahan
1 kepala ikan merah
kacang bendi
3 biji bawang merah-di hiris
2 ulas bawang putih- di hiris
1 inci halia-di hiris
1 tangkai daun kari
sedikit halba campur
tomato-belah 4
3 sudu makan serbuk kari ikan-bancuh dengan sedikit air
garam dan sedikit gula
air asam jawa

Cara membuatnya
  • Tumiskan bawang merah,bawang putih ,halia,daun kari dan halba campur hingga wangi.
  • Kemudian masukkan bancuhan rempah kari ikan dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  • Masukkan air secukupnya.Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  • Kemudian masukkan kepala ikan merah dan kacang bendi.Perasakan dengan garam dan gula.
  • Akhir sekali barulah di masukkan air asam jawa dan tomato.
  • Setelah masak,angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan papadom serta sambal belacan.