Sabtu, 30 Disember 2017

UDANG GORENG RANGUP

Assalam buat semua..
Kat Pantai Penarik,Terengganu ada di jual udang celup tepung saiz kecil 40-45 ekor dengan harga Rm 10 sepinggan.
Dekat Kota Bharu pun dah ada
Tapi saya masih tak berpeluang untuk pergi makan kerana masa tidak mengizinkan.
Hujung-hujung tahun ni baki cuti pun dah tinggal sikit.
Let's try buat sendiri,sedap juga cicah sos..rangup saja.

UDANG GORENG RANGUP

25 ekor udang saiz sederhana
tepung goreng Bestari spicy

Cara membuatnya

  • Bersihkan udang
  • Bancuhkan 1/2 cawan tepung goreng Bestari dengan 1 cawan air.
  • Masukkan kesemua udang ke dalam bancuhan tepung dan biarkan seketika.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  • Sediakan tepung goreng Bestari tanpa di bancuh.
  • Ambil udang yang di rendam tadi dan lumurkan dengan tepung.
  • Goreng hingga garing dengan api sederhana.
  • Toskan minyaknya.
  • Hidangkan dengan sos pilihan.

BICARA DETIK.

Lokasi-Pantai Irama,Bachok,Kelantan.

Isnin, 25 Disember 2017

POPIA SEAWEED

Assalam buat semua..
Hari ini buat Popia seaweed yang crunchy ni sebagai kudapan.
Makan sambil tengok cerita Titanic kali ke -9
My heart will go on....
Tak perasan sekerat bekas dah licin.
Rasanya macam rumpai,ada juga rasa macam ikan sikit-sikit.
Let's try buat.

POPIA SEAWEED

Bahan-bahan
kulit popia
seaweed
telur
bijan hitam-pilihan

Cara membuatnya

  • Ambil sekeping kulit popia,sapukan dengan telur rata-rata
  • Letak sekeping seaweed.
  • Sapukan telur di atas seaweed rata-rata
  • Tekapkan dengan sekeping lagi kulit popia. 
  • Tekan biar kemas dan melekat.
  • Sapukan telur/air dan taburkan bijan jika suka.
  • Kemudian potong empatsegi kecil-kecil.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  • Toskan minyak,sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 16 Disember 2017

OMELETTE SOSEJ CHEESE

Assalam buat semua..
Sesuai untuk di buat sarapan pagi..
tapi bagi yang berdiet dan tak mahu makan nasi,pun boleh juga.
Saya jumpa resepinya di FB
Let's try buat.

OMELETTE SOSEJ CHEESE.

Bahan
2 biji telur
2 batang sosej
1 keping cheesedale-potong dua
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
sos cili dan mayonis

Cara membuatnya.

  • Pukul telur dan tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
  • Celur sosej sebentar dan potong memanjang.
  • Sapukan nonstick pan dengan sedikit minyak.
  • Masukkan telur dan ratakan dalam kuali
  • Letakkan sosej yang telah di potong dan kepingan cheesdale.
  • Biarkan sebentar dan lipatkan telur supaya menutupi yang sebelah lagi.
  • Bolehlah di angkat.
  • Paipkan sos cili dan mayonis dan sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 15 Disember 2017

KEK PANDAN CHEESE LELEH


Assalam buat semua..
Hampir-hampir sebulan saya tidak kongsi resepi di ruangan ini.
Hari-hari ingat saja nak menulis di sini tapi selalunya sampai ke malam ada saja waktu yang terbatas.
Dan hari ini sampai jam 2300 baru sempat berada di ruangan ini..
Kek Pandan Cheese leleh ni dah lama saya simpan resepinya.
baru sekarang saya berkesempatan membuatnya.
Let's try buat..

KEK PANDAN CHEESE LELEH

Bahan A
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil penuh ovalette
*blend hingga gebu

Bahan B
2 cawan gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder

Bahan C
1/2 cawan minyak
1 cawan air masak

Cara membuatnya
  • Ambil bahan blend(A) dan masukkan ke dalam bahan B dan kacau sebati secara manual sahaja.
  • Kemudian masukkan bahan C-minyak dan kacau sedikit kemudian masukkan air kacau sebati.Adunan kelihatan cair.
  • Masukkan ke dalam loyang yang di sapu sedikit minyak.
  • Kukus atau bakar sehingga masak dengan suhu 170'c selama lebih kurang 40 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Kek di atas di buat secara kukus.
Cheese leleh
250 gm cream cheese Tatura 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

Keju cheddar parut.

*Blend bersama sehingga cair dan masukkan ke dalam peti sejuk      Bila sedikit pekat baru di tuang di atas kek.
  Taburkan keju parut di atasnya,

Selasa, 21 November 2017

KEK OREN MOIST

Assalam buat semua..
Sudah beberapa kali saya buat Kek Oren ni..
Teksturnya memang betul-betul moist dan lembut sahaja.
Sesuai la untuk makan petang-petang 
Rasanya tidak begitu manis.
Kredit resipi to Zaimah Zakaria/FB
Let's try baking.

KEK ORER MOIST.

Bahan-bahan
170 gm butter
115 gm gula kastor
3 biji telur
160 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji oren-parut kulitnya
4 sudu besar jus sunquick-saya letak 2 sudu besar
atau 8 sudu besar jus oren

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 160'c.
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  • Putar butter bersama gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu-persatu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan jus oren dan parutan kulit oren. 
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan baking sheet.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 160'c selama 1 jam.

Isnin, 20 November 2017

JEMPUT-JEMPUT SAYUR



Assalam buat semua..
Pandai-pandai saya gi letak nama. 
Kalau di Klate ore panggil Jjeput malah.
Letak nama Jemput-jempur sayur senang sikit nak sebut
Asal tak lari tajuk...
Pencicahnya,saya menggunakan Sos cili Thai.
Resepi dari An Nursma/Senang masak/FB.Thanks

JEMPUT-JEMPUT SAYUR

Bahan-bahan
1/2 kg.tepung gandum
1/2 paket Mauripan
1 biji telur
ilan bilis
karot-di sagat
daun kadok-di hiris
bawang besar-di hiris
3 ulas bawang putih-di tumbuk
air secukupnya
sedikit garam
sedikit pewarna kuning jika suka

*Gaul kesemua bahan dan tambah air sedikit demi sedikit
*perap setengah jam baru di goreng

Bahan sos
1/2 cawan cili kering- kisar
2 sudu besar bijan-goreng tanpa minyak
3 ulas bawang putih-tumbuk lumat
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
2 cawan air
2 keping gula melaka
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan air
air asam jawa
garam
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukan bawang besar dan goreng hingga layu.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan kesemua bahan lain dan masak sampai pekat.
Rasa bergantung pada selera masing-masing.

Sabtu, 18 November 2017

KEK BATIK COKLAT


Assalam buat semua..
Saya buat kek batik versi yang ada topping.
Kalau sebelum ni saya selalu saja buat yang siap di potong-potong.
Tapi azim request nak Kek Batik yang ada banyak coklat.
Topping dengan Chocolate Ganache dan hias dengan krim putar.
Taburkan pula Kit Kat Bites..dah banyak coklat!
Let's try buat.

KEK BATIK COKLAT

Bahan-bahan
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 tin susu pekat manis/ikut kemanisan sendiri
1 buku mentega
1 paket biskut meri
1 sudu teh esen vanila.

Cara membuatnya
  • Cairkan mentega dengan api sederhana dan masukkan susu pekat.
  • Masukkan milo dan serbuk koko.Gaul rata.
  • Masukkan esen vanila dan padamkan api.
  • Masukkan biskut meri yang telah di patah empat dan gaul rata.
  • Masukkan ke dalam loyang bulat yang telah di alas dengan plastik atau aluminium foil di bahagian dasarnya.
  • Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk.

Topping
150 gm krim putar
250 gm coklat masakan-hiris halus
15 gm sirap glukos
10 gm mentega

Cara membuatnya
  • Panaskan krim putar dan sirap glukos.
  • Masukkan ke dalam hirisan coklat dan gaul rata.
  • Tambahkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
  • Tuang di atas kek batik perlahan-lahan.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk.
Hias dengan Kit Kat Bites dan taburan coklat rice.
Paipkan tepinya dengan Krim putar perisa coklat.
Sejukkan sebelum di potong.

Khamis, 16 November 2017

ROTI BAKAR SOSEJ CHEESE

Assalam buat semua..
Roti ni saya bakar untuk'temankan' air Nescafe kosong saya .
Buat makan-makan pada sebelah petang.
Habis 2 keping roti ni...full dah rasanya.
Bahan pun mudah sahaja.
Let's try buat.

ROTI BAKAR SOSEJ CHEESE
Bahan-bahan
2 kering roti 
2 batang sosej
1 keping cheesdale-potong dua
hirisan daun sup-hiasan
sos cili
mayonis
mentega

Cara membuatnya
  • Celur sosej sebentar.Toskan.
  • Sapukan roti dengan mentega
  • Letakkan sosej di atas roti.
  • Letakkan cheesdale di atas kedua keping roti 
  • Bakar dalam oven hingga cheese cair.
  • Taburkan daun sup dan paipkan mayonis dan sos cili
  • Sedia untuk di makan.

Selasa, 14 November 2017

KUIH LOMPANG

Assalam buat semua..
Try buat kuih dulu-dulu pulak sebab ada banyak stok kelapa parut muda dalam peti ais.
Kalau kena cara buatnya,kuih ni ada lubang kat tengah.
Sebab tu di namakan Kuih lompang agaknya.
Let's try buat.

KUIH LOMPANG

Bahan-bahan
1 cawan gula melaka -hancurkan
1/2 cawan gula pasir
4 sudu besar kicap manis
1 helai daun pandan
3 1/4 cawan air
*masak sampai gula larut dan sejukkan.

1 sudu besar kapur makan
1/4 cawan air
*campurkan keduanya dan biarkan sampai mendak.
*ambil 1/2 sudu besar

1 1/4 tepung beras
2 sudu besar tepung ubi

  • Kacau rata dengan 1/2 sudu besar air mendakan kapur makan dan bahan yang telah di sejukkan tadi.Tapiskan.
  • Panaskan kukusan dan oles acuan dengan sedikit minyak dan kukus acuan 5 minit dengan api besar.
  • Teknik ini untuk dapatkan lompang di tengah.
  • Tanpa alihkan acuan,masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 20 minit guna api besar untuk dapatkan lubang di tengah.
  • Bila masak,hidang dengan kelapa muda parut yang di campur sedikit garam. 

REMBULAN..

Lokasi: Jalan Binjai -Kubang Kerian.

Isnin, 6 November 2017

SANGKAYA HOMEMADE

Assalam buat semua..
Sedap juga Roti kukus cicah dengan Sangkaya homemade ni
Jika di buat sendiri bolehlah adjust dari segi kemanisannya.
Saya buat dua jenis-Roti bakar dan roti kukus
Kalau guna Roti benggali lagi sedap tapi masa kejadian hanya ada roti slice sahaja...pun jadilah.
Let's try buat

SANGKAYA HOMEMADE

Bahan-bahan
5-6 helai daun pandan -ambil airnya.
1 biji telur
250 ml susu cair
250 ml air
150 gm gula/ikut citarasa sendiri
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam

Cara membuatnya

  • Blender daun pandan dengan setengah cawan air dan tapis.
  • Dalam bekas,masukkan telur dan gula,kacau sebati.
  • Masukkan susu,air daun pandan dan tepung jagung dan kacau sebati.
  • Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau selama 20 minit.
  • Setelah likat matikan api dan tunggu ia sejuk.
  • Hidangkan bersama susu cair untuk rasa yang lebih sedap.
  • Bahan paling penting- Roti benggali yang di stimkan atau di bakar.

Ahad, 5 November 2017

NASI GORENG TELUR MASIN

Assalam buat semua..
Hari ini di Kota Bharu hujan turun tak berhenti-henti dari pagi sampai ke malam.
Cepat saja perut terasa lapar..
Ada nasi lebihan malam tadi,saya olah semula buat Nasi goreng. 
Makan panas-panas licin satu pinggan..then tidur !
Let's try masak.

NASI GORENG TELUR MASIN

Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk
2 biji telur masin
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
udang /isi ayam
1/2 cawan daun bawang-potong pendek(tak letak)
2 biji cili padi

Cara membuatnya

  • Rebus telur masin,kupas dan hancurkan dengan garfu.
  • Panaskan kuali,masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang puth.Kacau hngga wangi.
  • Masukkan nasi dan kacau sebentar.
  • Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.Ketepikan.
  • Masukkan 1 sudu besar minyak masak ke dalam kuali. tadi,goreng udang/ayam hingga kekuningan.
  • Ketepikan di pinggir kuali.
  • Perlahankan api dapur,masukkan mentega dan masukkan telur masin tadi dan goreng hingga telur nampak berbuih.
  • Masukkan cili padi.
  • Kacau udang/ayam di dalam telur masin dan kuatkan api dapur.
  • Masukkan kembali nasi yang di goreng tadi dan daun bawang,goreng seketika.
  • Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh di tambah garam secukup rasa.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Khamis, 2 November 2017

PIZZA KARI DAGING SOS KEJU

Assalam buat semua..
Sekarang ni kalau buat pizza saya suka buat empat segi.
Sebab senang nak di bentukkan dan saiznya pun agak besar.
Boleh letak topping dan cheese banyak-banyak.
Puashati makan..
Let's try baking

Doh pizza
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis Mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula hyalus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener
1 sudu besar olive oil/mentega cair

Cara membuatnya

  • Rendam yis dengan air suam selama 10 minit,jika yis baik ia akan mengeluarkan buih.
  • Campurkan semua bahan lain dan gaul.Buat lubang di tengah-tengah dan dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan setakat perlu sahaja.
  • Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  • Simpan doh dalam bekas dan tutup kemas.
  • Rehatkan doh selama 45-50 minit atau sehingga kembang sekali ganda.
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.Sediakan loyang dan sapukan dengan minyak zaitun.
  • Keluarkan doh dari bekasnya dan tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin.
  • Letakkan doh di dalam loyang dan tekan-tekan dengan tapak tangan mengikut saiz yang di inginkan.
  • Ratakan doh sehingga padat.Cucuk permukaan dengan garfu.
  • Sapukan tepi-tepi doh dengan minyak zaitun supaya ia cantik dan berkilat bila masak.
  • Bakar doh selama 7-10 minit.Keluarkan dari oven.
  • Akhir sekali ratakan dengan sos tomato,mayonis dan topping pilihan.
  • Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan dan keju cair.
Sos keju(optional)
4 keping cheddar cheese
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu segar
sedikit lada sulah dan garam

Panaskan kesemua di atas api perlahan dan kacau rata 
paipkan atas piza sebelum di bakar.

Topping 
500 gm daging cincang
1 sudu besar serbuk kari daging
2 batang sosej-potong bulat
capsicum merah,hijau,kuning-potong kecil
nenas kiub-potong kecil 
bawang besar.-dadu

Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang besar .
Masukkan serbuk kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak sampai naik bau.
Masukkan daging cincang dan sosej dan gaul rata.
Sesuaikan rasanya.

Sapukan roti pizza dengan sos tomato dan mayonis.
Ratakan toping 
Taburkan hirisan nenas dan capsicum
Paipkan sos keju dan taburkan keju parut
Sedia untuk di bakar.

Isnin, 23 Oktober 2017

KEK PELANGI


Assalam buat semua..
Kek ni mudah saja cara membuatnya dan bahan-bahannya pun bahan asas sahaja.
Saya tak lapis macam pelangi..buat tompok-tompok warna sahaja.
Buat makan petang-petang dan juga waktu pagi pun sesuai juga.
Kalau rasa bosan makan kek yang berkrim boleh cuba buat kek ini pula
Let's try baking.

KEK PELANGI

Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan mentega/marjerin
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu.
  • Pukul lagi adunan sehingga kembang dan rata.
  • Masukkan esen vanila dan susu pekat dan kacau rata.
  • Masukkan tepung dan kaup balik adunan.
  • Bahagikan kepada warna pilihan.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan baking paper berselang-seli hingga habis.
  • Bakar selama 40 minit dengan suhu 160'c sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Khamis, 12 Oktober 2017

CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

Assalam buat semua..
Saya buat biskut ni untuk kudapan masa cuti sekolah ni..
Terjumpa lebihan cornflakes yang di beli semasa hari raya dulu..
Nasib baik belum expired.
Boleh lah buat makan -makan pada waktu petang.
Let's tr baking

CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes ramas kasar
200 gm butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji kuning telur

Cara membuatnya

  • Campurkan tepung gandum,tepung jagung dan gaul rata.
  • Pukul gula dan butter dalam 5 minit dengan whisk dan masukkan telur kuning. 
  • Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes gaul sebati.
  • Sapu loyang dengan butter.
  • Sudukan adunan  dan buat sampai habis.
  • Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 170'c bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 10 Oktober 2017

MEXICAN BUN


Assalam buat semua..
Saya mula menyukai roti ini kerana ia ada perasa kopi.
Saya mula membelinya di kedai-kedai roti dan pasaraya seperti Tesco dan Giant.
Lama-lama saya cuba buat sendiri walaupun kejadiannya tak secantik yang di beli.
Tapi puashati sebab akhirnya saya dapat buat sendiri.  
Let's try baking.

MEXICAN BUN
Bahan-bahan

Bun
250 gm high protein flour
30 gm gula kastor
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil susu tepung/susu pekat
1/2 sudu kecil garam halus
1 biji kuning telur gred B
135 gm air

Cara membuatnya

  • Gaul rata semua bahan kecuali air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga dapat doh yang tidak melekat di tangan.
  • Uli sampai doh elastik.
  • Simpan dalam bekas bertutup selama 1 jam atau kembang sekali ganda.
Filling/inti roti
100 gm butter
1/2 sudu teh esen vanila
35 gm gula perang
*Pukul kesemuanya hingga kembang dan simpan dalam peti sejuk.

Topping
100 gm butter
80 gm gula aising
1 biji telur gred A
3/4 sudu besar serbuk nescafe-bancuh dengan 2 sudu besar air panas
100 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung

Cara membuatnya
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur dan bancuhan nescafe.
  • Diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.
  • Gaul sebati dan simpan dalam peti ais.
Seterusnya...
  • Roti yang telah di perap dan kembang,tumbuk-tumbukkan biar keluar udara.
  • Timbang sebanyak 45 gm setiap satu.
  • Canai sedikit dan masukkan filling,tutup dan kemaskan.Pastikan intinya tidak keluar.
  • Buat samapi habis doh.
  • Letak dalam cup atau loyang dengan di jarakkan sedikit.
  • Perap semua selama 1 jam 30 minit atau sehingga nampak doh kembang. 
  • Paipkan topping ke atas roti secara lingkaran bermula dari atas hingga ke bawah.
  • Bakar dengan suhu 160'c selama 15- 20 minit ikut oven masing-masing.

Khamis, 5 Oktober 2017

BEBOLA COKLAT

Assalam buat semua..
Kek coklat leftover
Tiada siap peduli dok dalam peti sejuk lama-lama.
Kena ejas buat benda lain pula baru habis.
Nak buang terasa sayang sebab masih elok lagi.
Let's try ubah-suai.

BEBOLA COKLAT

Bahan-bahan
kek coklat
mentega cair

Coklat ganache
krim putar
coklat masakan
mentega

coklat urai warna warni
paper cup kecil

Cara membuatnya

  • Hancurkan kek coklat dan masukkan mentega cair sedikit demi sedikit.Gaul rata.
  • Dapatkan tekstur yang boleh di kepal.
  • Bulat-bulatkan dan buat sehingga habis.
  • Simpan dalam peti sejuk supaya ia keras sedikit.
Sediakan coklat ganache
  • Cairkan coklat masakan dengan mentega dan krim putar.
  • Ambil bebola coklat dan salutkan dengan coklat ganache dan masukkan ke dalam paper cup.
  • Taburkan coklat urai dan buat sehingga habis.
  • Simpan dalam peti sejuk supaya coklat mengeras.

KERUTUK KAMBING

Assalam buat semua..
Kebiasaannya saya buat Kerutuk menggunakan Daging lembu
Tapi kali ini saya cuba buat dengan Daging kambing pula
Sedap di makan bersama Nasi beriani ataupun nasi biasa.
Let's try buat.

KERUTUK KAMBING

Bahan-bahan
daging kambing-potong kecil
3 sudu besar rempah kerutuk
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar kerisik
gula melaka
asam keping
garam
santan
minyak
rempah penumis

Cara membuatnya
Kisar bawang-bawang dan halia.
Panaskan minyak dam masukkan rempah penumis serta bahan kisar.
Boleh juga jika sedikit bawang di hiris bagi menjadikan kuahnya bertekstur campuran bawang tumis.
Masukkan rempah kerutuk yang di bancuh denagn sedikit air.
Tumis sehingga garing sebelum di masukkan daging.
Masak daging lama-lama sehingga empuk dan keluar minyak.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sebelum di masukkan kerisik,gula melaka,garam dan asam.
Sesuaiakn rasanya.
Setelah terbit minyak,bolehlah di angkat.
Untuk hiasan bolehlah di tabur bawang goreng,hirisan daun sup dan lada merah.

*kerutuk mesti berasa sedikit manis dan berwarna gelap.

Khamis, 21 September 2017

BREADCRUMB SOSEJ

Assalam buat semua..
Makanan kudapan yang cepat dan mudah di buat
Makan panas-panas dan ia rangup sekali sebab di salut dengan breadcrumb.
Cicah dengan sos cili thai memang sedap.
Let's try buat

Bahan-bahan
3 batang sosej jumbo/6 batang sosej kecil
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar serbuk pati ayam
sedikit garam
1 biji telur 
bread crumb secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Celur sosej dan potong dadu.
  • Campurkan semua bahan tepung dan kacau rata.
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau rata.
  • Ambil sosej dan celup ke dalam telur dan lumurkan tepung.
  • Ulang 2 kali.
  • Kali ketiga lumurkan ke dalam breadcrumb.
  • Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga garing.
  • Hidangkan bersama sos cili thai

Selasa, 19 September 2017

NENAS GORENG RANGUP

Assalam buat semua..
Nenas manis yang di goreng dan di makan dengan aiskrim vanila.
Saya tak makan nenas fresh tapi kalau di olah buat goreng,kek dan dessert boleh pula saya makan.
Sedap di makan dengan aiskrim vanila macam Epal goreng juga tapi pada masa kejadian hanya ada aiskrim coklat.
Boleh la dari tiada langsung..
Let's trybuat.  

NENAS GORENG RANGUP

Bahan-bahan
1 biji nenas -di potong baji
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
1 sudu besar marjerin atau butter-di cairkan
1/2 cawan santan atau air 
1 biji telur
1 sudu teh air kapur makan
pewarna kuning
secubit garam dan gula

Cara membuatnya

  • Satukan tepung beras dan tepung ubi,masukkan telur,air kapur dan santan/air.Kacau rata.
  • Tambahkan pewarna kuning,garam dan gula.Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan marjerin cair.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  • Masukkan nenas dan salutkan dengan adunan tepung.
  • Goreng nenas hingga berwarna kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan minyaknya
  • Hidangkan bersama aiskrim vanila.

Ahad, 17 September 2017

PHOTO OF THE WEEK


PUDING SUSU KOKTEL

Assalam buat semua..
Puding yang tak pernah jemu di makan
Selalunya kalau ada apa-apa jamuan atau kena bawa potluck ,saya selalu buat puding ni
Sebab ia mudah dan cepat siap.
Let's try buat.

PUDING SUSU KOKTEL
Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar Nona/8 gm
1 tin susu cair
900 ml air
1/2 tin susu pekat manis
1 tin buahab koktel-tapis airnya.
gula-ikut manis sendiri
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana.
  • Sentiasa kacau hingga mendidih.
  • Tutup api dan masukkan buahan koktel
  • Masukkan ke dalam loyang pilihan.
  • Sejukkan dahulu di luar baru di masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.

Jumaat, 8 September 2017

KEK MINYAK

Asalam buat semua..
Kek minyak ni dah berulang-ulang kali saya buat.
Kek kosong yang tak jemu-jemu  di makan and it's perfect for my taste!.
Sedap juga buat makan pada waktu petang atau malam.
Let's try baking

KEK MINYAK 

Bahan-bahan

5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovalette
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  • Sapukan loyang kek dengan mentega dan alas dengan baking paper .
  • Pukul telur,gula kastor dan ovalette hingga kembang.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila.Pukul lagi.
  • Masukkan minyak dan esen vanila.Pukul sekadar bergaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa pewarna pilihan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang mengikut corak dengan kreativiti sendiri.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 40-50 minit bergantung pada jenis oven masing-masing
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.


Khamis, 24 Ogos 2017

BROWNIES KEDUT


Assalam buat semua..
Brownies kedut  atau nama lainnya Chewy Gooey Yummy Brownies.
Jika di buat dengan teknik betul ia akan menghasilkan permukaan yang sedikit berkedut,shining dan crack.
Brownies saya ni tak lah nampak berkedut sangat,crack jer,shining pun tak juga.
Rasanya memang kaya dengan coklat dan kali ini jadi moist pula teksturnya.
Anak-anak saya amat sukakannya.
Brownies yang bagus adalah kuantiti coklatnya lebih banyak dari tepung.
Coklat yang biasa di gunakan adalah coklat Couverture atau coklat Compound seperti Hershey ataupun Beryl's.
Let's try baking

 BROWNIES KEDUT

Bahan-bahan
400 gm coklat dark Couverture atau Compound
150 gm mentega
170 gula perang   saya guna 120 gm
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanila
100 gm tepung naik sendiri 
30 gm serbuk koko
secubit garam kasar

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 160'c
  • Cairkan mentega,coklat dan garam kasar menggunakan kaedah double boiler atau microwave.Kacau rata.
  • Tepung di gaul bersama serbuk koko dan di ayak.
  • Satukan telur,adunan mentega-coklat,gula perang dalam mangkuk.
  • Masukkan esen vanila.Kacau sebati semua bahan.
  • Masukan tepung berselang -seli dengan coklat.
  • Simpan sedikit adunan coklat untuk di masukkan akhir sekali.
  • Kacau rata adunan.
  • Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau balik 3-4 kali menggunakan sudu.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inci.
  • Bakar selama 30-40 minit.
  • Jangan terlebih bakar.Masa pembakaran biasanya bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Biarkan sekejap brownies  dalam oven yang pintunya di renggangkan selama 10-15 minit.
  • Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum di potong
  • Jangan masukkan brownies ke dalam peti sejuk kerana ia akan menjadi keras.
  • Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk
  • Jika perlu masuk peti sejuk juga kena re-heat sekejap untuk melembutkan coklat.

Rabu, 16 Ogos 2017

CONGO BARS


Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu lagi resepi mudah yang pasti menjadi kesukaan anak-anak.
Ini kali kedua saya membuatnya.
Ulang-ulang makan pun tak jemu..sedap jer kunyah.
Tambahan pula ada coklat cip dan kekacang di dalamnya.
Tapi sukatan gulanya agak manis,boleh di kurangkan jika tidak suka manis sangat. 
Let's try baking

CONGO BARS
Sumber:resepi Nenie Khuzaifah

Bahan-bahan
315 gm tepung gandum
150 gm mentega
320 gm gula perang   saya guna 250 gm
3 biji telur
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanila
250 gm coklat chips
1 cawan kekacang/optional
kepingan badam untuk taburan atas

Cara membuatnya

  • Ayak tepung,baking powder dan garam.Ketepikan.
  • Dalam bekas lain,putar atau kacau  mentega dan gula perang hingga gula melarut.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung yang di ayak tadi,coklat cip dan kekacang.Gaul rata.
  • Griskan dan alaskan loyang 10 x10 ataupun mana-mana loyang yang sesuai dengan baking sheet dan tuang adunan. 
  • Ratakan permukaan adunan dan taburkan coklat cip dan kepingan badam sebagai hiasan.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 30 minit sehingga permukaan atas golden brown.Jangan terlebih bakar.
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Sabtu, 12 Ogos 2017

KERUTUP UDANG

Assalam buat semua..
Siaran yang tertangguh-tangguh,hari ini baru dapat menulis resepi di sini.
Kerutup udang ni sedap di makan dengan nasi biasa ataupun Nasi Beriani.
Resepi asal menggunakan Udang galah tetapi saya hanya gunakan udang biasa sahaja.
Resepi dari blog Tiffin Biru.Thanks
Let's try masak.

 KERUTUP UDANG 
Bahan-bahan
1 kg.udang atau udang saiz besar
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 sudu besar kerisik
2 sudu teh gula melaka
garam secukup rasa

Bahan A
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

Bahan B
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan C
3 cm kayu manis
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar

Cara membuatnya

  • Udang di bersihkan dan toskan.
  • Lumur dengan sedikit kunyit dan garam.
  • Goreng hingga udang kemerahan.Angkat dan toskan.
  • Kisar halus bahan A.
  • Masukkan bahan C ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum,kemudian kisar halus guna pengisar kering.Ketepikan.
  • Panaskan 100 ml minyak dan tumis bahan B hingga wangi.
  • Masukkan bahan A dan tumis hingga harum.
  • Tambah bahan C,kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  • Tambah kerisik,masukkan udang dan gaul rata.
  • Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga kuah pekat.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Tabur hirisan daun bawang sebelum di hidangkan.

Sabtu, 5 Ogos 2017

MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalam buat semua..
Brownies yang sedap ni dah berulang kali saya buat tapi tak jemu-jemu makan.
Sedap la pada selera saya sebab rasa cheese kat atas tu.
Let's try baking
Resepi dari Rinnchan.Tq

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan brownies
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 175'c.Alas loyang empat segi 10" x10" dengan baking sheet.
  • Biar kertas berjuntai pada kedua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies
  • Cairkan butter.Masukkan serbuk koko dan kacau rata
  • Kacau gula dan telur dengan handwhisk.
  • Masukkan ke dalam adunan butter-koko.Kacau sebati.
  • Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  • Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau rata.
  • Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.
  • Tinggalkan sedikit adunan untuk buat corak marble di atas permukaan brownies nanti.
  • Bakar selama 20 minit menggunakan api atas bawah.

Bahan untuk lapisan cheese

  • 250 gm cream cheese
  • 1 cawan gula kastor   saya guna 1/2 cawan sahaja
  • 1 biji telur gred B
Cara membuatnya

  • Pukul cream cheese hingga gebu
  • Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati
  • Masukkan telur dan pukul sebentar lagi.
Selepas 20 minit,Keluarkan brownies dari oven.
Tuangkan adunan cheese dan ratakan.Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese.
Lorekkan corak ikut citarasa.
Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 minit sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum di potong.

Khamis, 3 Ogos 2017

TELUR MASAK PINDANG

Assalam buat semua..
Pada mulanya saya ingatkan Telur masak pindang ini adalah telur rebus dengan rempah dan daunan seperti yang selalu kita jumpa kat kenduri di Negeri Johor.
Resepi ini di panggil juga Telur masak pindang dan di ajarkan kepada saya oleh Makcik Zaitun yang baik hati dari Rembau,Negeri Sembilan.
Terimakasih Makcik Zaitun yang comel.
Sedap juga rasanya bila di makan dengan nasi putih. 
Let's try buat

TELUR PINDANG

Bahan-bahan
8-10 biji telur ayam
1 kg.santan pekat

Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah/ikut jumlah sendiri
10 cili padi/ikut kesukaan sendiri

garam secukup rasa
pucuk ubi secukupnya
daun kunyit secukupnya

4 helai daun pisang potong 4 segi lebar

Cara membuatnya

  • Pecahkan telur dalam bekas dan kacau rata.
  • Panaskan kuali dengan api kecil dan alaskan dengan dua keping daun pisang.
  • Masukkan telur tadi dan biarkan hingga bahagian bawah masak.
  • Letakkan 2 keping lagi daun pisang di atas bahagian atas telur.
  • Balikkan telur kesebelah lagi bersama-sama helaian daun pisang.
  • Masak telur sebelah lagi hingga masak.
  • Angkat dan potong bentuk kiub sederhana kecil.Ketepikan.
Masak kuah
  • Ambil daun kunyit dan balutkan pucuk ubi dan potong halus-halus.
  • Masukkan santan pekat bersama bahan tumbuk dan secawan air
  • Masak dengan api sederhana .
  • Bila mendidih,masukkan kesemua bahan yang di hiris halus.
  • Masukkan telur kiub tadi tambahkan garam secukup rasa.
  • Kecilkan dan biarkan ia merenih lama-lama sampai kuah agak pekat.
  • Kemudian bolehlah di hidangkan. 

Selasa, 1 Ogos 2017

KUIH LAPIS

Assalam buat semua..
Baru sekali try buat Kuih lapis sebab nampak resepinya macam mudah sahaja.
Buat warna -warni nampak meriah sikit.
Ok la,not bad pada diri sendiri sebab orang kata kalau kuih lapis tu menjadi.setiap lapisannya boleh di tanggalkan.
Tu.. boleh tanggal setiap lapis, tapi tidak berapa kemas kejadiannya.
Bukan untuk tempahan pun,nak makan sendiri ..
Let's try buat

KUIH LAPIS

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
5 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Panaskan pengukus.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.
  • Tapiskan dan bahagi kepada beberapa warna pilihan
  • Kukus setiap warna selama lebih kurang 10 minit setiap lapis.
  • Gunakan senduk yang sama untuk menyukat supaya lapisan sama tinggi.
  • Buat sampai habis .
  • Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di potong.

Ahad, 16 Julai 2017

PUDING OREO MILO


Assalam buat semua..
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi puding yang sedap 
Ada gabungan oreo dan milo.
Makan time sejuk-sejuk tu nyaman rasanya.
Let's try buat.

PUDING OREO MILO

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
1 tin susu cair
1 bungkus biskut oreo-patahkan dua
750 ml air
150 gm gula
3/4 cawan milo

Cara membuatnya

  • Masukan kesemua bahan dalam periuk kecuali biskut oreo dan milo.
  • Masak dengan api sederhana sambil di kacau hingga mendidih.
  • Bahagikan kepada dua bahagian
  • Satu bahagian di campur milo,kacau rata dan tapiskan.Bahagi dua.
  • Masukkan setengah adunan milo,sejukkan sebentar dan letak dalam freezer sebentar supaya ia cepat keras. 
  • Goreskan dengan garfu dan curahkan adunan putih.
  • Masukkan biskut oreo yang di patahkan tadi.
  • Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam freezer.
  • Bila keras,goreskan dengan garfu dan curahkan setengah adunan milo lagi.
  • Sejukkan sekali lagi di dalam peti sejuk hingga keras. 


Selasa, 11 Julai 2017

SMILEY'S POTATO

 As Salam  buat semua..
Potato Russet kat dapur sampai dah tumbuh nak keluar daun,punyalah lama beli tak buat-buat.
Mujur jumpa resepi ni,boleh try buat nak perabih stok lama.
Lakulah juga bila tengok potato yang ceria dan kiut ni.
Ia crispy di luar dan lembut di dalam.
Lets's try buat.

SMILEY POTATO

Bahan-bahan
2 biji potato besar/Russet potato
3 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan gandum
3 sudu besar bread crumbs
1 1/2 sudu teh pepper
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak sayur untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Bersihkan potato dan buang kulitnya. Potong kiub.
  • Rebus sampai lembut dan toskan airnya.
  • Campurkan dengan tepung jagung,gandum,pepper,telur,bread crumbs.
  • Lenyek hingga hancur dan gaul rata semua bahan hingga sebati.
  • Bentangkan baking sheet dan tabur tepung.
  • Ambil doh dan leperkan sedikit.Letak sehelai kertas lagi atasnya.
  • Gunakan penggelek dan gelek hingga doh jadi rata.
  • Tekapkan dengan acuan bulat.
  • Buat mata dengan straw dan mulut tersenyum dengan sudu besar.
  • Panaskan minyak sayur dan goreng hingga garing dan warna keperangan.
  • Toskan minyaknya dan hidangkan bersama sos cili dan mayonis.