Memaparkan catatan dengan label POTATO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POTATO. Papar semua catatan

Rabu, 8 Oktober 2025

CHEEZY CHICKEN CASSEROLE


 Assalam buat semua
Saya kongsikan satu resepi yang saya tengok di Threads
Resepinya mudah dan rasanya agak sedap untuk selera saya
Waktu itu didapur tiada keju parut jadi saya guna keju Cheddar sahaja
Saya masak untuk hari Lahir seorang manusia baik sahabat Syurga
Let's try masak

CHEEZY CHICKEN CASSEROLE

Bahan
250 gm.isi dada ayam
7-8 biji ubi kentang
60 gm.mentega
1 biji bawang besar-potong halus
2 ulas bawang putih-cincang
2 biji cili hijau-potong kecil

Sos Bechamel
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
300 ml.susu

1 sudu kecil serbuk perisa ayam
1 sudu kecil serbuk Lada hitam
1 sudu kecil  cili flakes
Keju parut secukupnya

Cara membuatnya
Kupas kentang dan potong dadu
Caikan mentega dan goreng kentang dadu hingga keperangan
Masukkan ke dalam loyang

Panaskan sedikit minyak,goreng ayam hingga masak
Masukkan bawang besar,bawang putih,serbuk perisa ayam Dan serbuk lada hitam
Tumis hingga berbau wangi
Tuang ayam keatas ubi kentang tadi Dan ratakan

Sos Bechamel
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum,kacau rata
Tuang susu dan masak hingga pekat
Tuang sos keatas ayam,taburkan cili flakes
Taburkan keju parut secukupnya
Bakar dalam oven dengan suhu 160'C Selama 20-25 minit sehingga keju keperangan.

Bila masak bolehlah dihidangkan dengan salad jika suka.

Ahad, 30 Disember 2018

PARMESAN GARLIC BAKED POTATO

Assalam buat semua...
Potato ni boleh di makan sebagai side dish ataupun makan begitu sahaja
Rasanya  lemak-lemak masin dan sedap
Sedap di makan masa panas-panas ..rangup
Sambil tengok TV habis sepinggan
Let's try baking

Bahan-bahan
6 biji potato Russet
1/4 cawan olive oil
1sudu besar bawang puith cincang/3 sudu teh garlic powder
3 sudu teh garam/ikut keperluan
1 sudu teh paprika
2/3 cawan Parmesan cheese
2 sudu besar parsley cincang

Cara membuatnya

  • Cuci kulit potato dan toskan.Potong bulat nipis.Nak buat wedges pun boleh.
  • Panaskan oven pada suhu 200'c.
  • Alas baking tray dengan baking sheet.
  • Dalam satu bekas satukan olive oil,bawang putih,paprika dan garam.
  • Gaul rata bahan dengan kepingan potato.
  • Susunkan kepingan potato di atas baking tray.
  • Taburkan Parmesan cheese rata -rata di atas potato.
  • Bakar untuk selama 35minit sehingga kelihatan golden-crisp.
  • Taburkan daun parsley cincang dan Parmesan cheese selebihnya semasa menghidang.

Jumaat, 22 Julai 2016

POTATO SALAD with SCALLIONS

Assalam buat semua..
Resepi ini di adaptasi dan di olah semula dari resepi Martha Stewart dalam  Asian Food Channel.
Mudah dan ringkas sahaja .
saja-saja nak test sedap tak rasa daun basil atau dalam bahasa Melayu di panggil daun kemangi/daun selasih.
ok,best juga aroma dan rasanya walau di makan begitu saja seperti dalam salad ini.
Scallions adalah daun bawang tetapi saya menggantikannya dengan bawang merah.
Semasa kejadian scallions tiada di dapur...
Let's try buat.

POTATO SALAD with SCALLIONS

Bahan-bahan
2 biji kentang Russet
beberapa tangkai daun basil
1 biji bawang merah/scallions-potong nipis
1/2 sudu besar susu pekat manis/optional
1 sudu teh jus lemon
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
sedikit garam /optional
mayonnis

Cara membuatnya

  • Rebus kentang hingga empuk.Toskan.
  • Buang kulitnya dan potong kiub
  • Masukkan kentang kiub,bawang merah/scallions,serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam serta mayonnis dan susu pekat manis serta jus lemon.
  • Gaul semua bahan bersama potato hingga rata
  • Akhir sekali ambil daun basil dan gaulkan bersama salad potato tadi.
  • Sedia untuk di hidangkan

Khamis, 28 April 2016

BAKED PARMESAN GARLIC POTATO WEDGES

 Assalam buat semua..
Hari ini cuti!
boleh main masak-masak lagi
Nak habiskan potato dulu lah,dah lama duk ceruk dinding,stress tengok!.
Kalau nampak potato wedges tak kira dah.
dua-dua Azim dan Amzar macam saya juga ,suka makan potato wedges.
Kali ini yang di bakar pula.selalu saja makan yang di goreng.
caranya lain sikit sebab di rendam dalam air ais terlebih dahulu untuk buang kanjinya dan ianya jadi lebih crispy
Resepi dari www.twopeasandtheirpod.com
Let's try baking

BAKED PARMESAN GARLIC POTATO WEDGES

Bahan-bahan

8 biji potato Russet-potong wedges/baji
1/4 cawan olive oil
4 ulas bawang putih-cincang
1/4 sudu teh Rosemary kering
1/2 cawan grated Parmesan cheese
garam dan serbuk black pepper secukup rasa
2 sudu besar parsli cincang -untuk hiasan
sos pencicah pilihan

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 200'c.Lapikkan dulang pembakar dengan baking sheet.Ketepikan.
  • Rendamkan potato wedges di dalam air ais selama 30 minit.
  • Sementara itu,satukan olive oil,bawang putih dan Rosemary kering di dalam mangkuk kecil.Gaul rata.
  • Toskan potato wedges dan keringkan dengan paper towel.
  • Gaul rata bersama dengan bahan campuran tadi.
  • Susun di atas dulang pembakar satu-satu dan taburkan dengan 1/4 cawan parmesan cheese rata-rata.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  • Bakar di dalam oven selama 35 minit hingga permukaan garing dan kemudian alihkan pada bahagian satu lagi hingga masak kesemuanya.
  • Alihkan dari dulang pembakar dan tabukan dengan keju parmesan selebihnya dan juga parsli cincang.
  • Hidangkan dengan sos pilihan jika suka.

Selasa, 5 April 2016

SHEPERD'S PIE POTATO SKINS


 Assalam buat semua..
Rasa nak menulis di sini selalu...kalau boleh.
Kalau boleh, masa sentiasa cukup untuk saya.
tapi hari-hari terus berlalu pergi begitu saja ..
tugasan harian bertimbun tak pernah habis
I choose to be....relakan saja.
Jom tengok resepi ni pula..salah satu resepi kentang Russet kesukaan saya.
Saya olah sedikit resepi mengikut bahan yang ada di dapur
resepi dan video asal ada di Tip Hero/FB
Let's try baking

Anda perlukan..
4 biji potato Russet besar,scrub kulitnya dan basuh.
*lumur dengan olive oil,serbuk lada hitam dan sedikit garam

1/4-1/2 cawan full cream milk
2-1/2 sudu besar mentega
garam secukup rasa

Bahan filling
1 sudu besar olive oil
1/2 biji bawang besar-dadu kecil
1 cawan daging cincang
2 sudu besar tepung gandum
1/2 kiub pati daging campur 1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan vege mix. frozen

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'c
  • Cucuk potato dengan garfu dan sapukan dengan olive oil,garam dan serbuk lada hitam.
  • Letakkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven sehingga ia sedikit lembut.
  • Pusingkan potato dan bakar sebentar lagi.
  • Cucuk dengan pisau untuk memastikan ianya telah lembut .
  • Keluarkan potato dari oven kemudian potong sedikit di bahagian atasnya.
  • Korek keluar isinya dengan sudu dan tinggalkan 1/4 inci ketebalan isi pada kulitnya.
  • Dalam mangkuk,masukkan susu,mentega dan garam dan hancurkan isi potato bersama bahan-bahan tadi hingga ianya lembut.
  • Jika menggunakan piping bag,masukkan mash potato tadi ke dalam piping bag dengan nozzle bintang yang besar.Ketepikan
  • Seterusnya masukkan olive oil ke dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar dadu dengan api sederhana.
  • Tambahkan daging cincang dan kacaukan sentiasa supaya daging tidak bergentel.
  • Tumis hingga daging bertukar warna.
  • Masukkan tepung gandum dan gal rata.
  • Tambah 1/2 cawan air bercampur dengan  kiub pati daging tadi.
  • Seterusnya masukkan serbuk lada hitam dan mix vege.
  • Renehkan sehingga inti menjadi pekat.Angkat.
  • Sudukan inti ke dalam kulit potato yang telah di korek tadi.
  • Paipkan mash potato ke atas inti.
  • Bakar di dalam oven15-20 minit atau sehingga bahagian atas menjadi golden brown.
  • Boleh di makan sebagai side dish bersama ayam bakar dan salad atau makan begitu saja.

Isnin, 19 Januari 2015

BAKED POTATO

 As-Salam buat semua..
Saya cuba pula buat Baked potato dari resepi Sheila- Spices Journey.Best baked potato ni,lagipun saya peminat potato dulu,kini dan selamanya,saja suka-suka nak tambah kalori biar lagi bertimbun dalam badan ni!.Baked potato ni,menurut Sheila selalu di buat oleh Bang Jebat dia,jadi dah Sheila perturunkan resepinya yang amat sedap ni,hari ini saya ingin kongsikan pula di dapur saya.Beberapa bahan tak ada kat dapur seperti mushroom dan parsley,tapi nak buat juga.Kalau nak tengok cara-cara membuatnya dengan lebih clear,silalah berkunjung ke dapur Sheila ye.Nanti lain kali nak buat lagi.Best la Sheila..

BAKED POTATO
Sumber:Spices Journey /baked potato.thanks.

Bahan-bahan
6 biji kentang Russet saiz besar
6 keping hirisan daging salai/daging kisar
1 biji bawang besar Holland
3 ulas bawang putih
Portabello Mushroom-jika ada
1 cawan metrik UHT whipping cream
130 gm mentega
Mozarella cheese
sedikit minyak zaitun-untuk menumis
sedikit chopped parsley
sedikit oregano kering
sedikit lada putih/lada hitam 
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Bersihkan ubi kentang dan bakar di dalam oven menggunakan api atas dan bawah sehingga lembut dan boleh di cucuk.Masa membakar bergantung pada oven masing-masing.Saya sapu minyak zaitun pada kentang terlebih dahulu sebelum di bakar.
  • Sejukkan kentang setelah di bakar.
  • Sementara menunggu kentang sejuk,bolehlah tumiskan bahan intinya.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun dan sedikit mentega.Tumiskan bawang holland dan bawang putih yang telah di cincang halus.
  • Bila bawang nampak layu,masukkan hirisan daging salai yang di potong kecil.Saya guna daging cincang.
  • Masak sebentar dan masukkan portabello mushroom yang telah di hiris.
  • Perisakan dengan garam,serbuk lada putih/lada hitam.
  • Masukkan sedikit oregano kering untuk menaikkan aromanya.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Ubi kentang yang telah di bakar tadi di potongkan sedikit bahagian atasnya dan korek keluar isinya.Tinggalkan sedikit isinya di bahagian tepi dan dasarnya.
  • Satukan semua isi kentang tadi dan di lenyek.
  • Selepas itu,gaulkan dengan bahan yang di tumis tadi,mentega, parsley cincang,sedikit mozarella cheese dan whippping cream.
  • Perisakan dengan garam dan serbuk lada putih/hitam secukupnya.
  • Kemudian sumbatkan kembali ke dalam kentang tadi sepenuhnya.
  • Taburkan mozarella chesse dan bakar dengan api atas sahaja selama 10-15 minit.
  • Tidak perlu di bakar lama kerana isinya sudah masak,kalau nak frozenkan pun boleh.Selamat mencuba..

Isnin, 17 November 2014

POTATO FRITTERS


 As-Salam buat semua..
Jengg-jengg... Potato fritters baru muncul kat dapur saya-menu musim hujan!..Walaupun agak ketinggalan nak buat masa ia jadi viral dulu,sampai seru juga saya nak merasanya.Betul llaarrr.... semua orang cakap ia sedap! Hujan-hujan ni makan Potato fritters yang rangup ni,kejap dah habis...

POTATO FRITTERS
Resepi asal:Noraida Durani

Bahan-bahan
3 biji kentang -sagat halus

4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
 Daun bawang/daun sup
Serbuk Lada sulah

Garam dan sedikit gula
Minyak masak -utk menggoreng


Cara membuatnya

  • Satukan kentang yang telah di sagat dgn tepung jagung, tepung gandum,daun bawang,telur,serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula.Gaul sebati
  • Panaskan minyak masak.Sudukan dan goreng agak-agak leper.balik-balikkan dan tunggu sampai masak.
  • Angkat dan hidangkan.Sedap dimakan bersama sos pilihan.

Khamis, 14 Ogos 2014

KUIH BAKAR KENTANG

As-Salam buat semua...
Kali ini saya try buat Kuih bakar kentang pula.Dah ubi kentang lama sangat terperap dalam peti ais nak kena lupus cepat-cepat sebelum ia rosak.Resepi asalnya di bakar dalam loyang biasa tetapi saya telah ubah-suai ia untuk di bakar dalam acuan muffin...senang nak makan dan tak perlu di potong.Resepi asal dalam Bahasa Inggeris, pun saya ubah suai juga ke Bahasa Melayu.

KUIH BAKAR KENTANG
Sumber:treatntrick.blogspot.com/.thanks

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu/santan
2/3 cawan gula kastor
3 biji kentang saiz sederhana
1 sudu besar mentega cair/minyak sayur
1/4 sudu teh garam
2-3 sudu titis pewarna hijau   saya letak warna kuning
1 sudu besar bijan

Cara membuatnya
  • Rebus kentang hingga masak dan lecek halus.
  • Panaskan oven pada suhu 180'c dan sapu tin loyang dengan minyak/ mentega.
  • Blend susu dan gula.
  • Tambahkan tepung,kentang lecek,mentega cair ,pewarna kuning dan garam.Blend lagi hingga lembut.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 15-20 minit.
  • Keluarkan dari oven dan taburkan bijan.
  • Sambung bakar semula hingga masak
  • Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.

Isnin, 21 April 2014

KRIM KENTANG DAN AYAM

As-Salam buat semua...
Pagi-pagi ni nak buat entri pasal sarapan pagi pula.Sekali-sekala tukar menu baru best juga,hari-hari saya asyik makan oat sahaja.Sup ini sesuai di makan begitu sahaja ataupun di makan  dengan sebiji bun.Jom tengok resepi pula..

KRIM KENTANG DENGAN AYAM
Resepi:Chef Afifi Bakri,Majalah Saji April 2014

Bahan-bahan
1 biji kentang besar-potong dadu
2 ketul paha ayam
1 labu bawang besar-potong dadu
2 keping daun bay
1 liter air
1/2 cawan krim
garam dan lada putih secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam    saya tambah

Cara membuatnya
  • Tumis bawang dengan sedikit mentega,masukkan kentang dan air.Biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan ayam.Reneh sehingga kentang dan ayam masak.
  • Asingkan ayam,kemudian kisar kesemua bahan sup.
  • Carikkan isi ayam dan masukkan semula ke dalam sup dan renehkan selama 5 minit
  • Jika sup terlalu pekat,boleh tambahkan air,jika sup sedikit cair renehkan lagi sehingga agak pekat.
  • Akhir sekali masukkan krim dan perasakan dengan garam,lada putih dan sedikit serbuk lada hitam.

Selasa, 7 Mei 2013

HASH BROWN POTATO



As-Salam buat semua..
Salah satu makanan kesukaan saya ialah Hash Brown Potato.Saya selalu menyimpan keinginan untuk membuat Hash Brown Potato di dapur saya sendiri.Semasa bercuti di resort pada bulan lepas ,saya makan Hash Brown Potato yang di hidangkan di situ dan rasanya amat sedap dan rangup sekali.Ia di gandingkan dengan baked bean,scrambled egg dan sosej,tapi oleh kerana anak-anak tak makan sosej saya tidak meletakkannya.
 
HASH BROWN POTATO 
Sumber:dari dapur Kak Jee
Bahan-bahan
3 biji kentang -dibuang kulit
1 labu bawang besar -didadu
garam
lada hitam
mentega
Cara membuatnya
  • Kentang disagat.Kemudian diletakkan atas pinggan leper yang telah dialas dengan kitchen towel untuk keluarkan  airnya.
    Campur dengan bawang yang telah didadu.Kalau tak nak bubuh bawang pun boleh.Tambahkan garam dan lada hitam.  
  • Panaskan kuali, seelok eloknya kuali non stick.Letakkan  sedikit mentega dan sedikit minyak dan tunggu hingga panas.Kemudian ambil sesenduk bahan kentang tadi dan bubuh di tengah-tengah kuali.
    Tekan sikit supaya leper dan gorenglah guna api perlahan macam buat lempeng.
    Sesekali terbalikkan perlahan-lahan hingga kedua-dua bahagian dah garing.Berhati-hati supaya tidak hancur. 
    Makanlah dengan sosej, scrambled egg, baked bean dan juga roti bakar kalau suka.Selamat mencuba..

Jumaat, 8 Februari 2013

BINGKA KENTANG


Salam bahagia buat semua...


Selamat bercuti buat semua semoga hari-hari yang berlalu ini banyak memberi faedah untuk diri kita dan keluarga.Banyak jemputan makan yang di terima,asal cuti sahaja akan ada majlis kahwin dan makan-makan.Minggu ini ,minggu makan !.
Kat rumah hari ini buat kuih Bingka kentang dari resepi Kak Hanieliza yang tersiar dalam majalah Saji bulan Februari.Rasanya yang tidak manis sangat amat sesuai dengan selera saya.Keluaran bulan ini kebanyakkan resepi berasaskan kentang dan salah satunya  adalah Bingka kentang ini.

BINGKA KENTANG
Sumber:Majalah Saji Februari(Kak Hanieliza)

Bahan-bahan

5 biji ubi kentang-saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan gula
3 sudu makan mentega
3 biji telur
2 sudu besar bijan-goreng tanpa minyak
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
sedikit minyak masak-sapu pada loyang

Cara membuatnya
  • Rebus kentang sehingga empuk.Toskan airnya
  • Masukkan kentang dan santan ke dalam pengisar.Kisar hingga sebati.
  • Masukkan semua bahan lain kecuali bijan ke dalam pengisar.Kisar lagi hingga sebati.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170'C .Sapukan minyak pada loyang 7x7 inci.
  • Tuang rata bahan yang di kisar tadi dalam loyang dan tabur bijan ke atasnya.
  • Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan kuih betul-betul sejuk dan potong .

Rabu, 6 Februari 2013

TART KENTANG

 Salam bahagia buat semua...

Hari ini saya nak entrikan satu lagi resepi dari ubi kentang yang saya kongsikan resepinya dari Blog Sinaran menu-Puan Ros.Tart kentang yang saya buat  di isi dalam acuan yang boleh di makan terus dan tak perlu di potong-potong lagi.
Sebelum ni saya tak tahu pula cara betul nak simpan ubi kentang supaya tahan lama.Bila letak sekali dengan bawang rupanya ia cepat rosak.Cara menyimpan  ubi kentang supaya tahan lama yang saya jumpa tipnya kat Majalah Saji ialah bungkus ubi kentang dengan sebiji epal di dalam kertas dan simpan di dalam peti sejuk.
TART KENTANG
Sumber:Puan Ros-Sinaran menu blogspot.tq!

Bahan-bahan


  • 5 biji ubi kentang-kupas kulit dan parut halus
  • 1 biji karot-kupas kulit dan parut halus
  • 1/2 biji bawang besar-di parut
  • sedikit potongan daun bawang
  • 2 batang crab stick-potong kecil
  • 1/4 cawan susu
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Mozarella cheese secukupnya
  • garam dan serbuk lada putih secukupnya

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua parutan kentang,karot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
  • Susu di pukul bersama telur dan tepung jagung dan tuangkan ke dalam campuran kentang tadi.Kacau rata.
  • Masukkan daun bawang ,crab stick dan segenggam  penuh mozarella cheese dan gaul sebati.Saya tambah 1 sudu teh gula untuk imbangkan rasanya.
  • Sapukan mentega atau minyak di sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese di atasnya
  • Bakar dalam oven dengan suhu 190'C selama 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan
  • Sejukkan seketika sebelum di keluarkan.
  • Siap di hidang bersama sos pilihan atau di makan begitu sahaja.
*Tart kentang ini saya makan bersama sos cili dan mayonis.Sedap!.   


Sabtu, 31 Disember 2011

POTATO SALAD

Salam bahagia untuk semua di angin lalu...saya habiskan petang penghujung tahun 2011 dengan menulis blog sambil menunggu cookies yang di sedang di bakar.Sudah berbau harum satu rumah,sekejap lagi tentu dah boleh makan.Sementara tu mari kita tengok resipi Potato salad yang selalu saya buat ni.
Nama melayunya adalah
SALAD KENTANG
Sumber:Majalah Wanita Jun 2009

Bahan-bahan
  • 4 biji ubi kentang
  • sebiji timun
  • 2 sdb.mayonis
  • sedikit lada sulah
  • daun sup-cincang halus
Cara membuatnya
  • Ubi kentang di rebus sehingga masak dan lembut dan di sejukkan.Kemudian di buang kulitnya dan di potong dadu.
  • Timun di buang kulitnya dan di belah dua.Buang bijinya dan timun itu di hiris tebal.Selepas itu,gaulkan timun tadi bersama kentang rebus.
  • Seterusnya masukkan mayonis,lada sulah dan gaul sebati.Hias dengan daun sup serta taburkan sedikit lada sulah di atasnya.
**Untuk lebih enak,ubi kentang dan timun boleh di sediakan awal dan di sejukkan di dalam peti sejuk.
**Sesuai di makan sebagai side dish dengan main course yang panas seperti ikan panggang/ayam atau sandwich.
**Boleh juga di tambahkan dengan telur rebus.