Memaparkan catatan dengan label CERITA ANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA ANAK. Papar semua catatan

Isnin, 21 Oktober 2019

Kenangan terindah..

  Budak muka cina yang dah tamat belajar setakat ini dulu..katanya.
                                       
 Nak buat outdoor,dah orang bagi pinjam jubah konvo selama seminggu.
Namanya Che Nur Afiqah Bahirah binti Che Zamri
Anak sulung yang namanya panjang..masa tu tengah excited dapat anak perempuan
Anak yang di nantikan.
Lokasi di Pantai Senok ,Tawang,Bachok,Kelantan.
Alhamdulillah kakak lulus cemerlang dengan Ijazah Kelas Pertama Kepujian. Terimakasih Ya Allah.

Jumaat, 22 April 2016

22 APRIL 2016

Assalam buat semua..
Today is ..birthday Azim yang ke 14 tahun.Semoga hidup Azim sentiasa di permudahan olehNYA.Aaamiin.

Jumaat, 11 Mac 2016

PETROSAINS,The Discovery Centre

Assalam buat semua.
Cerita dua minggu lepas,untuk kenangan anak-anak..
sambil hantar kakak balik universiti habis cuti sem.,kami sampai Kuala Lumpur 2 hari lebih awal.
Bawa  Azim dan Amzar dan anak saudara buat 'lawatan sambil belajar' di Petrosains KLCC.Dua-dua minat sains,elok juga menambah pengetahuan
Dibina di aras 4 dan 5 KLCC,Petrosains adalah pusat sains berkonsepkan industri minyak dan gas yang di bina oleh syarikat Petroleum negara,Peronas berhad.
Pintu masuk ke Petrosains adalah di aras 4 pusat beli-belah Suria KLCC.

Pengembaraan di dalam gelap di kenali sebagai perjalanan sekilas masa akan membawa pengunjung ke alam sepi dan tenang,
Meredah hutan hujan Malaysia,meredah ke puncak gunung dan meluncur ke dalam laut.
Anda akan di bawa masuk ke dalam ruang pameran yang besar melalui satu pintu masuk kecil dengan menaiki kenderaan gondola berbentuk titik minyak hitam yang boleh berpusing.Amazing sangat!
Elak dari pergi masa cuti sekolah..,jenuh beratur nak naik gondola yang sekali muat hanya 4 orang sahaja.
Pengunjung akan di bawa menghayati proses perubahan demi perubahan bagaimana negara yang kaya dengan sumber ini mengubah dirinya kepada negara yang lebih maju pada alaf akan datang.
Konsep serta bentuk Petrosains adalah dari konsep muzium kontemporari moden yang membenarkan kita menyentuh,merasa dan mencuba bahan pameran.
Banyak model interaktif dan permainan dan skrin 3 D di pamerkan.Objek boleh pegang tapi tak tersentuh dek tangan.

Azim ,Amzar ,si kembar Damia dan Darwish serta Adib main bermacam butang dan tuil,Dari tempat kendalian pelantar minyak di mana tugas mengerudi di lakukan hinggalah kepada simulator kokpit kereta lumba F1,Azim main sampai 3 kali .Rasa seperti lumba kereta sebenar katanya.
Di sudut dunia molekul nano, di pamerkan tangga molekul dan barang pameran tentang kimia.
Terdapat banyak  info menarik tentang asal-usul kejadian endapan,minyak,fosil,kejadian gempa bumi berjuta tahun lampau
Sudut pameran paling istimewa adalah diorama geomasa yang di lengkapi model realistik haiwan dan tumbuhan prasejarah dan gunung berapi.Ada juga replika dinosaurr T-Rex.
Betul lah seperti Albert Einstein kata,anda boleh kenal dunia melalui sains dan di Petrosains anda bukan hanya kenal sains dan petroleum tetapi juga yang berkaitan dengannya.
Tak sedar menghabiskan masa selama 4 jam di sini,Bila keluar semula,pening kepala sebab banyak memerah otak kat dalam campur dengan perut yang lapar.Lain kali kalau masuk kat sini pastikan anak-anak sudah kenyang secukupnya.Sekian sahaja catatan untuk anak-anak baca bila mereka sudah dewasa kelak jika diizinkanNYA.Sampai jumpa lagi.

Isnin, 11 Mei 2015

HADIAH HARIJADI AZIM..

As-Salam buat semua..
Tahun ini Azim tak nak apa-apa barang pun untuk hadiah harijadinya cuma dia minta nak gi I-City Selangor sahaja.Dah kebetulan ada di Kuala Lumpur minggu lepas ,kami pun membawanya ke I-City  yang terletak di kawasan Lembah Kelang,Selangor.Dari Sri Gombak tempat kami tinggal ia mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui Lebuh Raya Persekutuan.

Kali terakhir kami pergi ke I-City kira-kira 4 tahun lepas(2011).Banyak perubahan yang telah di buat di kawasan-kawasan tertentu dan ada banyak permainan yang baru.Pokok-pokok Alphine sintetik yang berwarna -warni semakin banyak dan amat cantik sekali pada waktu malam.Ada juga air pancut berirama,Dancing Water namanya yang boleh bertukar warna dan ketinggian pancutan mengikut rentak muzik  rancak.
Tak sempat nak round tempat-tempat lain di kawasan Fun World seperti Fun Drive di mana anak-anak boleh memandu sendiri kereta,Itsy Bitsy sebuah taman ajaib berkonsepkan semut.Jungle Adventure,taman tema yang ada Bumper car dan ilustrasi binatang.Kat sini orang dewasa pun boleh main Bumper car.Boleh main langgar -langgar orang.
Kami hanya sempat round City of Digital lights sahaja(kawasan pokok-pokok berlampu)dan saya pun dah hilang mood kerana terlampau letih.Snow world pun tak sempat masuk.Layan lah juga Azim naik keretapi yang kat atas tu,main Rocking Chaise Car dan mainan pusing kat bawah ni.Saya phobia la dengan benda-benda macam ni!
Hujan yang turun tiba-tiba membawa kami lari keluar ke kereta.Apapun dah tak boleh main dan tengok apa-apa lagi.Nanti lain  kalau ada kesempatan,saya nak gi Trick Art Museum,Wax Museum,Giant Ferris wheel dan banyak lagi.Kena tebalkan poket dulu sebab semuanya berbayar..


                                Bye-bye sampai jumpa lagi...

Rabu, 22 April 2015

SELAMAT HARI LAHIR,AZIM

As-Salam ..
Kehadapan anak bongsuku Che Azim Ashmawi Bin Che Zamri, selamat menyambut hari lahir yang ke 13 tahun pada hari ini,22 April 2015.Suatu hari nanti,bacalah catatan ini,dan nanti kamu akan tahu setiap tahun mama akan postkan kek harijadi untuk kamu..
Semasa post in di buat,saya baru menyiapkan kek coklat yang di mintanya dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana saya masuk bertugas jam 1400 hari ini.Tahun ni pun dia nak kek yang sama resepinya seperti tahun lepas cuma topping dan hiasannya lain sikit...itulah pesannya.Mulanya saya plan nak beli sahaja kerana minggu ini saya sibuk dengan pelbagai perkara campur dengan saya terlupa tarikh harijadinya(seperti tahun lepas),tetapi malam tadi (masa tu baru saya teringat) dia request nak kek yang saya buat juga.'Nak kek yang mama buat sendiri,tak ada hadiah pun tak apa'..tersentuh hati saya.Sudahnya projek kek bermula dari jam 0800 dan tamat 4 jam selepas itu!..penat pun tak apa,asal Azim puashati..
Saya pergi bertugas dengan pesanan,potonglah kek tu,jangan tunggu mama pulang sebab bila saya pulang malam nanti pada jam 2200 biasanya dia telah masuk tidur.Begitulah ceritanya...kadang-kadang rasa kesian juga pada anak-anak ,sambut harijadi tanpa saya di rumah!..
 ..dan semoga Azim sentiasa di lindungi dan di berkati oleh Allah di dunia dan di akhirat di sepanjang kehidupannya.Aaamiiinn.

Rabu, 23 April 2014

HEPI BIRTHDAY...AZIM


Selamat harijadi yang ke-12 buat anakku Che Azim Ashmawi pada 22 April 2014,semoga sentiasa beroleh kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat.Amin.
Jom tengok gambar Azim masa'muda-muda' dulu.Pada setiap harijadinya nanti saya akan sentiasa postkan gambar-gambarnya semasa dia masih kecil sebagai kenangan apabila dia melihat blog ini suatu masa kelak..
Kandungan ketiga ini pun sama juga dengan yang pertama dan kedua..morning sickness selama 4 bulan non- stop,makin teruk pada waktu malam.Seperti kakak dan abangnya, saya kena admit wad juga.Cubaaan....

                                                   
                                                 
                                                   Azim bersama 'teamnya'
Kek yang saya buatkan untuknya- Absolute Chocolate Cake.Julung-julungnya tahun ini dia request nak makan kek yang saya buat.Selalunya kek harijadi di beli setiap tahun..Resepinya next entri.

Khamis, 30 Ogos 2012

CERITA AFIKAH


Salam bahagia buat semua...
Entri saya yang tertangguh sejak sekian lama.Dok tersimpan dalam draf hinga saya terlupa akannya.Cerita tentang anak sulung saya Che Nur Afikah Bahirah..anak sulung nama panjang..tengah excited la tu!menyambut hari lahirnya dalam bulan puasa yang lepas.Kek harijadinya tahun ini ialah Kek Coklat Mocha yang di hiasi dengan buahan segar.Sedap dan menggemukkan!!...

Saya mengalami morning sickness yang teruk hingga terpaksa admit wad.Muntah tak kira masa selama 4 bulan non-stop hingga tak dapat pergi bertugas.
Di lahirkan pada 8 ogos  1995 pada pukul 8.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan,Kubang Kerian Kelantan secara LSCS kerana kedudukan di dalam uterus secara songsang-Footling extended breech.Waa...sungguh menakutkan bila kali
pertama Dr.Ishak memberitahu anak saya berada dalam kedudukan breech...nanti kalau awak bersalin,kaki anak akan keluar dahulu.Waa..macam mana tu!.Terkedu.Tarikh yang di pilih untuk bersalin sedang elok kandungan berumur 9 bulan 10 hari.Dan pernah sekali menyambut hari lahir pada tarikh cantik-08.08.2008(8.8.8).

Semasa di lahirkan dia seberat 3.25 kg.Saya masih ingat lagi pada hari saya di sorong dengan troli ke dewan bedah,saya di temani oleh kedua-dua arwah ibu dan ibu mertua saya(tengah sebak!).Dengan doa mereka berdua semua tatacara pembedahan berjalan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi.Itulah berkat doa ibu!
Selepas di lahirkan saya tak berkesempatan menatap wajahnya kerana masih dalam biusan am.Selepas tengahari,sebaik sahaja bangun dari tidur barulah jururawat membawanya ke tepi katil saya.Syukur kepada Allah saya mendapat anak pertama ketika berumur 24 tahun..mata sepet,makan muka anak cina!..kata saya dalam hati..
 
..dan kini setelah 17 tahun berlalu,saya sentiasa doakannya siang dan malam supaya dia menjadi anak yang soleh dan beriman dan tentulah juga menjadi anak yang kuat hati dan jiwanya.Amin.
D

Ahad, 3 Jun 2012

CERITA AMZAR ...



Salam bahagia buat semua...
Entri khas untuk cerita anak kedua....Che Amzar Ariff bin Che Zamri yang menyambut hari lahirnya pada 26 mei lalu.Semasa mengandungkannya saya telah di diagnosis mengalami Stone in gall bladder(batu dalam pundi hempedu).Admit wad tak berhenti ,selain dari morning sickness yang teruk,sakit kronik di hempedu,segalanya membuat saya amat derita dengan kandungan kali ini!. 
Semua kek harijadi kat kedai dia tak mahu,alasannya ...dah bosan makan kek dan kerap sangat tengok kek sampai matanya dah tak ada selera lagi!.Akhirnya..he..hee(ketawa ada niat lain!)saya telah berjaya membawanya ke kedai kek dengan alasan tak mahu makan tak apa,buat ambil gambar sahaja(padahal saya yang nak makan kek tu!!) .Akhirnya dia memilih untuk membeli Brownies Coklat ini,yang rasanya ..wallaaa!.
Che Amzar Ariff bermaksud' yang utama dan bijaksana'di lahirkan pada 26 Mei 1998 di Hospital Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian(tempat kerja kita!) tepat pukul 4.26 pagi .Dia lahir sedang semua orang tengah mengantuk!!dengan beratnya 3.3 kg.dan setinggi 53 cm.secara spontaneus vaginal delivery(SVD).
Anak yang paling senang di lahirkan tetapi paling lama untuk check-out dari Labour room(mama ada sedikit masalah yang tak dapat di nyatakan di sini.                                                                          

Hari ini dia telah berumur 14 tahun.Doa dari mama,semoga menjadi anak yang beriman kepada Allah dan murah rezekinya.Aaamiin...

Isnin, 7 Mei 2012

CERITA AZIM...


Salam bahagia buat semua....

Late entry..gambar-gambar Azim semasa menyambut harijadinya yang ke-10 tahun.Ia di buat lewat 3 hari dari tarikh sebenarnya kerana saya bekerja malam dan tak sempat nak menyediakan apa-apa pun .Akhirnya...semuanya di beli dan makan di rumah sahaja.Manakala tetamunya pula adalah papa,mama,umi,kakak dan abang sahaja.Ramainyaaa...                                                                         

Che Azim Ashmawi di lahirkan 10 tahun lepas pada 22 April 2002 di Hospital Universiti Sains Malaysia pada pukul 6.51 petang.Azim..papa tak dapat temankan mama kat labour room,dia cakap nak pitam tengok mama tengah nak bersalin!!.
Saya masih ingat lagi pada hari kejadian 'ngeri' itu.Anak yang paling susah untuk di lahirkan di antara ketiga-tiganya.Habis seluruh nafas saya nak mengeluarkannya,tapi Azim tak mahu-mahu keluar hingga akhirnya saya sendiri dah kehabisan air mata dan kehabisan tenaga.Dr.Ishak yang akan menyambut kelahiran Azim pada masa itu sudah tidak ada pilihan kerana degupan jantung azim dari alat CTG yang di pasang pada perut saya sudah menunjukkan isyarat semakin lemah.
..akhirnya Dr.Ishak mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah vacuum extraction(so scary!)..waa..waa.menangis tak berair mata!!
Setelah melalui detik-detik yang mencemaskan itu ,akhirnya Azim dilahirkan pada pukul 6.51 petang dengan kepalanya nampak benjol sedikit(lekat bentuk vacuum kat kepala.. he..he).Tu la mama ajak keluar elok-elok tak nak! kena sedut lagi sapa yang tanggung..mama dan Azim juga.Sampai la ni,mama serik nak bersalin!.
Bayi comel ini seberat 3.59 kg. dengan ukuran tingginya sebanyak 54cm.Dan inilah Azim sekarang membesar dan terus membesar....ke 48kg.!























Selamat hari lahir Azim..semoga sentiasa sihat selalu dan menjadi orang yang beriman dan bijak pandai.AMIN.

Jumaat, 9 Disember 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA...hari pulang

Rindunya nak pulang ke rumah..!dah beberapa hari bercuti walaupun seronok tapi hati sentiasa teringat nak pulang!.kami bertolak pulang dari Gombak pada 30 november pukul 8.30 pagi dan setelah merentasi Lebuhraya Pantai Timur selama 3 jam dan akhirnya sampai di Kuantan pada pukul 11.20 pagi.Berada semalaman di rumah my SIL dan esoknya pada pukul 8 .30 pagi kami bertolak pulang ke Kota Bharu,Klate .My SIL bekalkan dengan nasi goreng belacan yang sedap!.
Semasa melalui Terengganu saya terpandang pantai yang cantik ni.Tiba-tiba je suruh En.Zam berhenti untuk makan nasi goreng sebab dah beberapa kali Azim minta nak makan.Pantai yang sungguh cantik dengan ombak yang memutih menghempas pantai dan batu serta langit nan membiru(bahasa puisi pulak!).Tak puas memandang,lupa sekejap nak makan tadi.Masing-masing sibuk berlari kepantai.Nama pantai ini adalah Pantai Kemasik.
Pantai Kemasik merupakan pantai yang amat indah dengan pasir keemasan dan airnya jernih .Ini di sebabkan oleh kerana Pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai.Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah kanan Pantai Kemasik ini dan juga perkampungan nelayan di sebelah kiri. Jika anda peminat fotografi(macam saya la),Pantai Kemasik adalah satu tempat wajib bagi anda jika datang ke Terengganu.Terletak 10 km.dari Bandar Kijal,pantai ini boleh di kunjungi terus dengan kenderaan.Dengan keunikan bongkah-bongkah batu  yang kelihatan seperti bukit-bukit kecil di tepi pantai menambahkan lagi suasana keindahan pantai ini.
Anda boleh menyusuri alur sungai  dan berjalan terus ke bukit batu di pantai semasa air surut.Saya zoom gambar Azim dari jauh .Nak sangat dia tengok sungai kecil yang cantik itu




Saya tak puas mengambil gambar-gambar di sini kerana
permandangan yang sungguh indah dan mendamaikan .Boleh mengarang cerita kalau lama-lama duduk disini.
  

 CERITA PERJALANAN TAMAT DI SINI.TITIK.