Sabtu, 31 Disember 2011

POTATO SALAD

Salam bahagia untuk semua di angin lalu...saya habiskan petang penghujung tahun 2011 dengan menulis blog sambil menunggu cookies yang di sedang di bakar.Sudah berbau harum satu rumah,sekejap lagi tentu dah boleh makan.Sementara tu mari kita tengok resipi Potato salad yang selalu saya buat ni.
Nama melayunya adalah
SALAD KENTANG
Sumber:Majalah Wanita Jun 2009

Bahan-bahan
  • 4 biji ubi kentang
  • sebiji timun
  • 2 sdb.mayonis
  • sedikit lada sulah
  • daun sup-cincang halus
Cara membuatnya
  • Ubi kentang di rebus sehingga masak dan lembut dan di sejukkan.Kemudian di buang kulitnya dan di potong dadu.
  • Timun di buang kulitnya dan di belah dua.Buang bijinya dan timun itu di hiris tebal.Selepas itu,gaulkan timun tadi bersama kentang rebus.
  • Seterusnya masukkan mayonis,lada sulah dan gaul sebati.Hias dengan daun sup serta taburkan sedikit lada sulah di atasnya.
**Untuk lebih enak,ubi kentang dan timun boleh di sediakan awal dan di sejukkan di dalam peti sejuk.
**Sesuai di makan sebagai side dish dengan main course yang panas seperti ikan panggang/ayam atau sandwich.
**Boleh juga di tambahkan dengan telur rebus.

MASAK ASAM KELADI

Saya tuliskan satu lagi resipi yang menjadi kesukaan saya di sini iaitu Masak asam keladi.Ia juga menjadi salah satu masakan yang  di sukai oleh arwah ayah. Sebatang keladi besar beserta dengan ubinya di jual di pasar tani dengan harga Rm3.Sebatang keladi cukuplah untuk sekali makan tengahari.Nak buat banyak sampai satu periuk nanti tak habis pula untuk 3 orang dewasa di rumah ini.3 orang budak tu?out of list.

MASAK ASAM KELADI
Olahan:daridapursuzanasuzana

Bahan-bahan(3 orang)
  • 1 batang keladi besar dengan ubinya
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1/2 inci belacan
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 keping asam keping-utk masakan
  • 6 keping asam keping -utk.merebus keladi
  • 2 sudu besar cili kisar
  • air secukupnya
  • gula /garam secukup rasa
Cara membuatnya
  • Potong batang keladi 2 inci panjang. Jangan ambil bahagian batang yang keras. Kupas bahagian luar batang keladi. 
  • Kupas ubi keladi dan potong 4.
  • Setelah dicuci, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Isi air biasa hingga tenggelam batang dan ubi keladi. Masukkan 6 keping asam keping. Rebus hingga empuk.
  • Tapis batang dan ubi keladi dan lalukan dibawah air paip. Toskan.
  • Masukkan bawang merah,bawang putih,belacan dan sedikit air ke dalam blender dan kisar hingga halus.
  • Masukkan air, bahan yang telah di kisar, cili kisar, , asam keping.Masak hingga mendidih dan masukkan keladi dan ubinya yang telah di rebus tadi,garam dan sedikit gula.Sesuaikan rasanya.
  • Biarkan beberapa minit ,bolehlah di angkat dan hidangkan.
**Untuk mengelakkan tangan menjadi gatal semasa membuang kulit keladi,sapukan tangan dengan minyak masak terlebih dahulu.
**Asam keping yang di masukkan semasa merebus keladi bertujuan untuk membuang gatal keladi. 
**Masak asam keladi ini saya  makan bersama ikan pekasam goreng.sedapnya!!

MIHUN KUNG FU

 As-Salam...
Selamat berhujung minggu buat semua!.Ini adalah di antara entri -entri terakhir di hujung tahun 2011 ini.Entri yang lain kita carry- forward ke tahun depan.Dengan izin Allah jika di luangkan masa ,saya akan sentiasa menulis disini.Tahun ini banyak kenangan manis dan kenangan yang melukakan....asam-garam hidup.
Betapa cepatnya masa berlalu pergi.Rasulullah s.a.w bersabda,jarak di antara dunia dan akhirat ,tempohnya hanyalah sekadar memejam-celik mata sahaja.Yang penting saya dah semakin kenal diri sendiri.
As-Salam buat semua..
Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resipi kesukaan saya iaitu Mihun kung fu.Ada dua jenis cara membuatnya yang saya jumpa iaitu,mihun yang di goreng di dalam minyak kemudian di curahkan kuah di atasnya.Dan satu lagi cara seperti yang saya buat iaitu di campurkan dengan telur kemudian di goreng.Boleh juga di gunakan Kue teow.
MIHUN KUNG FU  
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • mihun secukupnya
  • 1 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • isi ayam,udang,sotong dan fish ball
  • 1sdb. tepung jagung-utk. pekatkan kuah
  • 1 cawan air
  • sayur-bunga kubis,karot atau sayur lain pilihan sendiri.
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • 1sdb.sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit daun sup- untuk taburan
  • sedikit air limau nipis
  • maggi cukup rasa

Cara membuatnya  

  • Celur mihun sekejap dan toskan.
  • Pukul telur bersama sedikit garam dan lada hitam/lada sulah dan campurkan bersama dengan mihun yang telah di celur tadi.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan mihun tadi.Ratakan supaya menjadi sedikit leper.
  • Bila nampak garing di bawah,balikkan ke sebelah lagi supaya masak di kedua-dua belah.
  • Angkat dan di letakkan di dalam pinggan yang sedikit melengkung dan ketepikan.
Untuk kuahnya
  • Tumis bawang putih hingga sedikit perang.Kemudian masukkan isi ayam,udang,fish ball dan sotong.
  • Bila bahan-bahan lain masak ,masukkan sayuran.
  • Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, maggi cukup rasa dan tambahkan sedikit air limau nipis.
  • Tambahkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air(kalau mahu kuah lebih ,boleh di tambahkan air lagi.)
  • Biarkan kuah pekat dan bolehlah di curahkan keatas bihun tadi.
  • Taburkan daun sup dan hidangkan semasa masih panas.

Jumaat, 30 Disember 2011

PENKEK GULUNG BUAHAN

Selamat bertemu di episod seterusnya...macam drama pulak.Ada cerita bersiri,dan yang ni kita panggil blogger bersiri.Tak habis-habis tulis resipi.Kali ini saya nak kongsikan satu lagi makanan yang pernah saya buat.Kiranya dah lepas eksperimen.Ia agak sedap juga bila di makan dengan jem buah.Penkek ini boleh juga di makan begitu sahaja sebab penkek ini beserta intinya sudah manis.


PENKEK GULUNG BUAHAN
Sumber:Majalah Keluarga 

Bahan-bahan
  • 3 sdb.mentega -cairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sdt.baking powder
  • 1 sdb.gula
  • 1 cawan susu segar
  • secubit garam
Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
  • Biarkan adunan selama 10 min.
  • Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali non stick yang telah di panaskan.
  • Bila nampak permukaannya berbuih,balikkan adunan.
  • Biarkan seketika dan bolehlah di angkat.
Cara membuat intinya
  • Untuk buahannya saya menggunakan buah epal merah,pisang dan betik yang di potong dadu.
  • Campurkan dengan mayonis dan yogurt dan gaulkan sebati.
  • Ambil inti dan letakkan di hujung penkek dan gulung kemas-kemas.
  • Sedap di makan dengan jem buah yang di campurkan dengan sedikit air.

Khamis, 29 Disember 2011

SINGGANG DAGING


Salam mesra di angin lalu.Kali ini entrinya adalah pasal singgang daging tapi sebelum tu nak buat warm -up sikit.Malam tadi saya ada terbaca satu artikel mengenai kemaafan.Artikel tu tulis macam ni-kemaafan adalah sukar untuk di berikan kepada seseorang yang telah melukakan hati kita.Tetapi dengan kemaafan itulah juga boleh merawat hati yang luka. Dan satu lagi ayat yang menarik adalah-walaupun tidak berpeluang memaafkan orang di alam nyata,sebelum tidur maafkan semua orang yang telah melukakan kita dan kita juga meminta maaf dari orang yang kita lukai.Barulah dapat tidur dengan tenang serta bangun pagi dalam keadaan yang bahagia .                                                                 
Kita pergi semula ke tajuk utama iaitu Singgang daging
ia adalah salah satu masakan popular di Kelantan.Selain dari Singgang daging,orang Kelantan juga suka Singgang ikan dan Singgang kacang bendi.Ada juga yang menambahkan sedikit budu di dalam Singgang daging sebagai penyedap masakan.

SINGGANG DAGING
Sumber:Suzanazamri.blogspot

Bahan-bahan
  • 1/2 kg.daging-hiris nipis
  • 8 ulas bawang merah-mayang
  • 5 ulas bawang putih-ketuk
  • 2 inci halia-ketuk
  • 2 sdb.biji ketumbar
  • 5 tangkai cili kering-potong pendek
  • 2 sdb.biji ketumbar
  • 1 keping asam keping
  • 1 inci lengkuas-ketuk
  • garam secukup rasa

 Cara membuatnya
  • Masukkan daging yang telah di hiris ke dalam periuk dan masukkan air sebanyak hingga daging tenggelam.
  • Rebuskan daging hingga hampir empuk.
  • Kemudian masukkan semua bahan -bahan kecuali garam dan rebuskan daging hingga bahan-bahan naik bau.Rebus dengan api yang perlahan.
  • Akhir sekali tambahkan garam secukup rasa.Bila masak bolehlah di hidangkan.
** Semakin lama di rebus dengan api yang perlahan,daging singgang akan menjadi lebih sedap

Selasa, 27 Disember 2011

MARIE BALL


Nama melayunya ialah Bebola Biskut Marie.
Ini adalah biskut yang menjadi kesukaan anak-anak saya yang berdua tu.Yang ketiga tak masuk list sebab tak makan.Cara membuatnya amat senang sekali di mana ia tidak perlu di bakar seperti kebiasaan biskut yang lain.Ia penuh dengan rasa coklat serta di tambah pula dengan kacang tanah tumbuk.Sekali buat pada sebelah petang ,waktu tu juga habis.Kalau sesiapa yang ada Biskut marie tu bolehlah buat untuk anak-anak dan mak anak makan pada musim cuti sekolah ni.Juga boleh di gunakan kek span yang di hancurkan.
BEBOLA BISKUT MARIE
Sumber:citarasawan.blogspot.com  thanks

Bahan-bahan
  • 150gm biskut marie-di hancurkan
  • 60gm coklat masakan, dicairkan
  • 50gm jem (ikut suka)
  • 50ml susu segar
Hiasan :  Manik gula, coklat rice atau kekacang

Cara membuatnya
  • Satukan biskut marie, coklat cair dan jem, gaul rata.  Panaskan susu segar tetapi jangan sampai mendidih.
  • Kemudian tuangkan susu panas tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan biskut, sebatikan sehingga menjadi doh.  Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
  • Ambil doh dan bulatkan sebesar bola pingpong dan golek dengan bahan hiasan.
** Saya telah mencampurkan terus susu segar bersama coklat semasa di panaskan.
** Saya telah menambahkan kacang tanah tumbuk di dalam adunan dan tidak menggunakan jem.

UDANG GORENG BEREMPAH



    UDANG GORENG BEREMPAH
      Sumber:Trymasak.

    Bahan-bahan
    • 300 gm.Udang galah kecil
    • 4 ulas bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang besar- dicincang
    • 1 batang serai- dipotong nipis
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 sdk.serbuk ketumbar
    • 2 sdb.cili kering kisar
    • 1/2 sdk.serbuk jintan manis
    • 1sdk.serbuk kunyit
    • 1/2 sdk serbuk jintan putih
    • Gula -secukup rasa
    • Garam -secukup rasa
    Cara membuatnya

    • Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
    • Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
    • Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, dan gula. Perap ½ jam. 
    • Goreng daun kari hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

    TAUGEH GORENG TELUR

    Selamat petang!..siapa suka makan taugeh?.Ia sedap di makan mentah,di buat sayur lemak putih yang di campur bersama-sama bahan lain,di goreng bersama telur seperti yang saya buat ,di jadikan inti popia ataupun tambahkan ke dalam mi dan kue tiau goreng.Di Kelantan ia di panggil kacang cambah ,kerana ia di cambahkan dari biji kacang hijau di dalam pasir.                           
    TAUGEH GORENG TELUR
    Olahan:daridapursuzana

    Bahan-bahan.
    • 3 cawan taugeh
    • 1 biji telur
    • 1/2 kiub pati ayam/ikan bilis
    • 2 biji cili padi-di potong kecil
    • 1 sdb.bawang merah kisar
    • 1 sdb.sos ikan
    Cara membuatnya
    • Basuh bersih taugeh dan toskan.
    • Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama semua bahan lain.
    • Biarkan seketika.Panaskan sedikit minyak dan masukkan taugeh .
    • Bila taugeh agak layu.masukkan telur dan gaul rata.
    • Bila telur masak ,bolehlah di hidangkan.

    Isnin, 26 Disember 2011

    POPIA PISANG

    Saya baru habis menonton cerita Ong-Bak 3 kat Astro Prima.Sungguh menarik cerita tu tapi setengah-setengah babak tu agak mengerikan.Tapi tak apa la mari kita sejukkan mata dengan tengok resipi Popia pisang yang enak ini.Sedap di makan dengan sos coklat atau begitu saja.
    Resipi asalnya hanyalah menggunakan pisang hampir masak yang di gulung di dalam kulit popia.Tapi saya telah mengubah-suainya dengan menambahkan kismis,kacang tumbuk dan gula perang bersama mayonis.

    POPIA PISANG
    Sumber:Majalah Keluarga

    Bahan-bahan
    • kulit popia
    • pisang masak
    • gula perang dan mayonis
    • kismis
    • kacang tanah-tumbuk hancur
    • minyak -untuk menggoreng
    Cara membuatnya
    • Campurkan gula perang dan mayonis bersama dengan kismis.Sapukan pada pisang masak.
    • Ambil sehelai kulit popia,balutkan pisang yang telah bersalut dengan gula perang bermayonis tadi.
    • Taburkan dengan kacang tumbuk dan lipatlah seperti membuat popia sehingga habis.
    • Panaskan kuali dan goreng popia pisang hingga perang.Angkat dan toskan.
    • Sedap di makan ketika masih garing.
    ***Tidak boleh menggunakan pisang yang terlalu masak kerana ia akan menyerap banyak minyak.

    CHEESE CAKE YOGURT STRAWBERRY

    Selamat berbahagia untuk semua yang saya ingati.Kembali bersiaran..semasa catatan ini di tulis jam menunjukkan pukul 9.15 malam.Bosannya tak tahu apa nak buat,baik kita menulis' karangan' pasal resipi yang dah bertimbun tak masuk blog lagi.Penatnya jiwa dan raga hari ini melayani masalah harian di tempat kerja.Masa yang telah berlalu pergi banyak meninggalkan kenangan yang berbekas di hati.ooo..sudah-sudah.Titik.
    Hari ini saya nak berkongsi resipi  Kek Keju Yogurt Strawberry yang amat lembut,gebu dan enak sekali ini.Biasalah bagi saya yang sukakan  kek keju ,kalau pasal puji kek keju memang berjela-jela kesedapannya.Baby Isha kat dalam gambar tu pun suka makan kek keju.Tak pandai cakap dan belum tumbuh gigi penuh lagi tapi dah pandai makan kek dan minum air yogurt(salah seorang model sukarela blog ini).
    Nama melayunya ialah-
    KEK KEJU YOGURT STRAWBERI
    Sumber:Majalah Wanita 2001

    Bahan-bahan
    • 250 gm.cream cheese
    • 30 gm.mentega
    • 60 gm.gula kastor
    • 3 biji kuning telur
    • 3 biji putih telur
    • 50 ml.krim
    • 30 gm.tepung jagung
    • 50 ml.yogurt strawberi
    Cara membuatnya
    • Putar cream cheese,mentega dan gula kastor hingga kembang.
    • Dalam bekas lain putarkan putih telur menjadi meringue.Ketepikan .
    • Campurkan kuning telur dan krim.Putar lagi hingga sebati.
    • Masukkan tepung jagung bersama yogurt strawberi.
    • Masukkan kesemua adunan yang telah di putar ke dalam meringue dan gaul sebati.
    • Alaskan loyang da bakar selama 45 min. dengan suhu 170'c secara bain marie.
    • Bila masak,bukakan sedikit pintu oven dan biarkan kek sejuk di dalam, baru di keluarkan.
    • Hiaskan mengikut kesukaan masing-masing.
    ** Saya menghiasnya dengan meletakkan manik warna -warni dan jem buah-buahan yang telah di campur dengan sedikit air.....itu saja yang ada .

    Ahad, 25 Disember 2011

    TAKE 2

    Saya ada terbaca kartun Dialog kota raya oleh Juragan di Utusan Malaysia baru-baru ini.Kita relakskan minda sekejap tengok kartun ni.
    'Ketua keluarga sahaja'
    Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian bantuan rakyat 1Malaysia(BRMI) sebanyak Rm 500,merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah Rm 3,000 dan ke bawah.

    Jumaat, 23 Disember 2011

    SAYUR GORENG TEMPE


    Saya suka makan sayur campur,tak kira yang berkuah atau di goreng tanpa kuah.Salah satu sayur yang biasa saya masak ialah Sayur goreng tempe ini.Saya tidak meletakkan sebarang lauk di dalam sayur goreng ini kerana rasa tempe yang seperti rasa isi ayam sahaja.
    SAYUR GORENG TEMPE
    Sumber:suzanazamri.blogspot

    Bahan-bahan
    • 2 keping tempe-di potong kiub
    • 3 batang putik jagung/baby corn
    • 1 biji tomato
    • 1/2 biji lada benggala hijau
    • 2 biji cili padi
    • 3 helai daun kubis
    • 1/2 biji bawang besar
    • 2 sdb.udang kering
    • 2 biji bawang putih
    • 2 ulas bawang merah
    • 1/2 sdb.cukup rasa Maggi
    • 1 sdb.sos tiram
    Cara membuatnya
    • Semua sayuran di potong ikut kesukaan masing-masing.Bawang besar di potong separuh bulat.
    • Tumbuk udang kering bersama bawang putih dan bawang merah.
    • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk.Bila naik bau,masukkan sos tiram, tempe dan putik jagung dahulu.Tambahkan sedikit air.
    • Kemudian masukkan kubis,lada benggala ,cili padi,bawang besar kecuali tomato.Tambahkan serbuk cukup rasa.Gaul sebati.
    • Akhir sekali masukkan tomato,biarkan sebentar dan sesuaikan rasanya.
    • Bila semua sayur hampir masak,bolehlah di angkat dan di hidangkan.

      JEMPUT-JEMPUT LABU


       Selamat berhujung minggu dan bercuti!..

      Saya buat jemput-jemput labu kuning pula.Ada sebiji labu kuning yang dah di beli hampir dua minggu lepas.Mujur tak sempat rosak.Bila di buat jemput-jemput labu rasanya agak sedap juga, buat minum petang bersama air nescafe.Kali ini kita letak jemput-jemput labu dalam bakul ayam pula.















      JEMPUT -JEMPUT LABU 
      Sumber:Suzanazamri.blogspot
       
      Bahan-bahan
      • sebiji labu kuning -saiz kecil
      • 2 cawan tepung gandum
      • 1 sdt.serbuk penaik
      • 1/2 cawan gula
      • sedikit garam
      • air secukupnya
      Cara membuatnya
      • Labu di belah dan di buang kulit serta bijinya,di potong dadu.Rebus hingga empuk.
      • Bila empuk,toskan airnya.Masukkan ke dalam mangkuk dan lecek hingga hancur.
      • Tambahkan gula,sedikit garam dan tepung gandum bersama dengan serbuk penaik.
      • Tambahkan air sedikit -sedikit supaya adunan tidak terlalu lembik.Jika lembik bolehlah di tambah tepung gandum lagi(seperti membuat jemput-pisang)
      • Biarkan seketika dan bolehlah di goreng dalam  minyak  yang panas.

      UBI ITIK REBUS

      Menu petang hari ini,Ubi itik rebus cicah kelapa parut-saya tak ada pemarut kelapa yang halus sebab tu lah kelapa parut dalam gambar nampak agak kasar sedikit.
      Nama Botani : Discorea esculenta
      Terdapat berbagai jenis ubi yang ada di Malaysia dan ada di antaranya tidak dikenali ramai seperti ubi itik. Ubi itik hanya dijumpai di Kelantan. Ubi itik boleh dikategorikan sebagai ubi bermusim. Pokok ubi itik adalah daripada jenis menjalar. Daunnya berbentuk seakan daun sirih. Ubinya mempunyai pelbagai bentuk dan tidak sama setiap satunya. Ubi ini sederhana besar iaitu antara 3cm - 10cm. Ubi ini mempunyai rasa manis dan ianya sesuai untuk direbus atau dibuat pengat.

      UBI ITIK REBUS
      Sumber:Suzanazamri.blogspot
       
      Bahan-bahan
      • ubi itik
      • kelapa parut
      • gula 
      • sedikit garam
      • gula melaka-di cairkan dengan sedikit air
      Cara membuatnya
      • Masukan air kedalam periuk dan basuh bersih ubi itik tanpa di kupas kulitnya.
      • Ubi itik di rebus bersama kulitnya sehingga empuk. Angkat dari api dan toskan.
      • Bila agak sejuk sedikit,buang kulit ubi itik dan letakkan di dalam pinggan.
      • Sementara itu gaulkan kelapa parut dengan gula dan garam(lebihkan manis).
      • Curahkan gula melaka yang di cairkan keatas ubi itik rebus.
      • Kemudian taburkan  kelapa muda yang di parut.


      BELUT GORENG BEREMPAH


      Selamat berjumpa kembali.Selepas 'mengharungi'kerja malam yang memenatkan sekarang tibalah masa untuk saya 'meringankan 'kepala dengan menulis blog.Inilah terapi yang paling berkesan untuk saya memulihkan kembali otak yang letih.
      Dulu-dulu dengar nama belut pun dah terasa gelinya apatah lagi bila menengoknya.(Sebab tu lah orang putih panggil Eel sebab dia orang dengar orang melayu sebut eeiii!! gelinya.)Tetapi bila dah selalu tengok my bodyguard makan(kat kedai makan)saya dah jadi biasa.Sampai sekarang saya masih tidak dapat makan belut tapi dah dapat memasaknya.Nak buat macam mana ,bila si dia suka makan kita kena buat juga(dengan hati yang rela!).Belut goreng berempah ni dia selalu makan tapi kena beli yang dah siap di potong kat pasar tani tu,kalau tidak boleh lari keliling dapur!.Yang lain semuanya dia buat,saya cuma tunggu goreng sahaja..
      BELUT GORENG BEREMPAH
      Sumber:Suzanazamri.blogspot


      Bahan-bahan
      • 300 gm.belut-dipotong pendek
      • 1 sdb.serbuk kari ikan
      • garam secukup rasa
      • 1 sdb.cili kering kisar
      • 1 sdb.bawang merah kisar
      • 1 sdk.serbuk kunyit
      • 1 sdk.serbuk cukup rasa Maggi
      • 1 labu bawang besar-potong bulat
      • cili padi-potong halus.
      Cara membuatnya
      • Bersihkan belut yang telah di potong dan masukkan ke dalam bekas.
      • Tambahkan sedikit garam,serbuk kunyit,serbuk kari ikan,cili kering kisar,serbuk cukup rasa dan bawang merah kisar.
      • Gaulkan hingga rata kemudian perap selama 15 min.
      • Panaskan sedikit minyak dan goreng belut perap tadi hingga garing.Tambahkan bawang besar dan cili padi.Gaulkan dalam kuali sebentar hingga rata,  bila siap bolehlah dihidangkan.

      19 WANITA

      19 HADIS NABI MENGENAI WANITA

      Hari ini,ketika catatan ini di tulis- 23 December 2011 pukul 6.40 pagi.Salam sejahtera untuk semua,kita baca tazkirah hadis Nabi tentang wanita.
      • Doa orang perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki.Ketika di tanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab Baginda,'ibu lebih lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia.
      • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para Malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan  dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
      • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan Allah.
      • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
      • Apabila telah lahir(anak)lalu di susui,maka bagi ibu  itu setiap satu tegukan daripada susunya di beri satu kebajikan.
      • Apabila semalaman (ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
      • Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan di haramkan api neraka ke atas tubuhnya.
      • Barangsiapa membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah)lalu di berikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah -olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
      • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
      • Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa sebulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana yang dia kehendakki.
      • Wanita yang solehah(baik)itu lebih daripada 1,000 lelaki soleh.
      • Aisyah berkata,'aku bertanya pada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?jawab Rasulllah,'suaminya.'Siapa pula berhak ke atas lelaki?',jawab Rasullah ,'ibunya.'
      • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
      • wanita yang taat akan suaminya,semua ikan -ikan di laut,burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya  beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
      • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka  dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak di hisab.
      • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
      • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
      • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga.
      • Daripada Aisyah r.a.Barangsiapa yang di uji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
      Sumber:Majalah Wanita 1998
      Gambar:Cik Google

        Rabu, 21 Disember 2011

        PENGAT KELADI


        PENGAT KELADI CHACA SKOTENG
        Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

        Bahan-bahan

        • 1 biji keladi - kupas, bersihkan dan potong dadu
        • 1/2 cawan chaca skoteng 
        • 3 sudu besar sagu - basuh dan toskan 15 min.
        • 3 cawan air (anggaran) utk rebus keladi
        • 2 1/2 cawan air (anggaran) utk rebus chaca skoteng
        • 1 cawan santan cair
        • 1/2 cawan gula melaka
        • 3/4 cawan gula pasir (adjust manisnya)
        • 2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan
        • 2 cawan santan pekat
        • 1/2 sudu teh garam halus

        Cara membuatnya
        • Rebus keladi bersama air hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
        • Masak santan cair bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga gula larut. Tapiskan.
        • Rebus chaca dengan air hingga lembut dan masukkan campuran air gula tadi beserta keladi. Kacau sebentar. Tambah sedikit air lagi jika perlu.
        • Akhir sekali masukkan santan pekat bersama sagu dan masak dengan api perlahan hingga mendidih dan sagu nampak jernih. Seimbangkan rasa. Tutup api bila kuah sedikit pekat dan hidangkan sebagai minum petang.

        TURKISH YOGURT CARROT BANANA MUFFIN

        Salam sayang buat semua ..panjang betul nama muffin ni.Kreatif betul tuannya dapat mengeluarkan nama muffin sebegini.Tapi walaupun begitu sesuai dengan namanya yang cantik ,muffin ini juga sangat sedap di makan terutama ketika masih lagi panas. Muffin bukan macam kek cawan,kita boleh panaskan semula sebelum di makan.Dan saya pula terlupa untuk taburkan badam sebelum di bakar,sebab tu lah badamnya nampak pucat.Dekat nak masak baru di letak.

        TURKISH YOGURT CARROT BANANA MUFFIN
        Sumber:Koleksi kek dan muffin@HomeSweetHome

        Bahan-bahan
        • 125 gm.mentega 
        • 130 gm.gula perang
        • 100gm.yogurt asli
        • 330 tepung naik sendiri
        • 1/2 sdt.baking powder
        • 200gm. pisang masak ranum-di lenyek
        • 60 gm .lobak merah-parut
        • 80 gm.kismis sultana
        • 80 gm.susu segar
        Hiasan -badam cincang secukupnya.

        Cara membuatnya
        • Panaskan oven pada suhu 180'C.Sediakan dulang pembakar muffin atau cawan muffin.
        • Pukul mentega dan gula perang hingga adunan menjadi gebu dan ringan.
        • Masukkan yogurt dan gaul hingga sebati.
        • Ayak tepung naik sendiri bersama dengan baking powder dan masukkan ke dalam adunan bersama dengan pisang,karot dan kismis.Gaul bahan tadi hingga sebati.
        • Akhir sekali masukkan susu segar dan kacau sebati lagi.
        • Sudukan adunan ke dalam bekas muffin paras 3/4 dari bekas.Taburkan badam cincang di atas adunan dalam cawan muffin tadi.
        • Bakar pada suhu 180'c selama 25-30 min. ikut kesesuaian oven masing-masing hingga muffin masak sepenuhnya
        • Sejukkan di atas redai kek.Sedap di makan suam-suam.Selamat mencuba.

        Selasa, 20 Disember 2011

        PUDING BETIK


        Selamat petang...saya buat puding betik ni sebab ada dua biji buah betik kat dapur yang masak.Sebijinya hampir masak dan masih lagi sesuai untuk di parut.Mula-mula nak buat Som tam ,tapi bila di parut ia agak lembik sedikit lalu saya mengambil keputusan untuk di buat Puding betik.


        PUDING BETIK
        Sumber:Suzanazamri.blogspot


        Bahan-bahan
        • 1 peket agar-agar tali
        • 5 cawan air
        • 1 biji betik-sederhana masak di parut
        • 1 tin susu cair
        • gula-ikut manis
        • 1 sdk.esen vanila
        • sedikit garam
        Cara membuatnya
        • Rebus agar-agar dengan 5 cawan air hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.
        • Masukkan susu cair,gula ,garam dan esen vanila.
        • Akhir sekali masukkan betik parut dan kacau sebati.
        • Bolehlah di angkat dan di sejukkan.
         **Jika menggunakan betik masak betul ,bolehlah di blend dengan susu cair sebelum di masukan kedalam agar-agar.

        IKAN BAWAL KUKUS

        As-Salam buat semua...masak Ikan Bawal Kukus pula sebab ada beberapa ekor Ikan bawal yang dah 'antik' dalam peti sejuk dan makan ikan ni saja tanpa nasi.Kononnya diet la tu sebab tak makan nasi.Aaaaakhirnya....makan nasi juga dengan lauk lain!

        IKAN BAWAL KUKUS
        Sumber:resepinannie.blogspot.com/.tq


        Bahan-bahan
        • 2 ekor ikan bawal sederhana besar
        • 3 biji bawang putih
        • 3 cm halia
        • 1 biji bawang besar
        • 2 biji tomato
        • Sedikit daun sup
        • 3 sdb. besar sos tiram
        • 1 sudu kecil minyak bijan(tak letak)
        • 3 sudu besar kicap cair
        • 1 sudu kecil kicap pekat
        • 1 sudu kecil lada hitam
        • beberapa biji cili padi
        Cara membuatnya
        • Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan bawal dan kelar-kelas badan ikan bawal ini.
        • Potong semua bawang dan halia nipis-nipis kemudian tabur di dalam pinggan dan sekeliling ikan bawal. Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan.
        • Satukan semua bahan lain dan curahkan ke atas ikan bawal didalam mangkuk. Potong tomato , daun bawang serta cili padi dan tabur ke atas Ikan bawal ini.
        • Kukus Ikan bawal selama 30 - 40 minit atau sehingga ikan cukup masak.
        ** Boleh juga di gunakan ikan-ikan lain seperti Ikan siakap dan Ikan kerapu .

          SKON

          Skon(scones) merupakan roti segera kecil yang tidak menggunakan yis.Bentuk skon yang asli adalah rata dan biasanya bersaiz bulat dan tidak terlalu besar.Terdapat juga bentuk lain seperti segitiga dan segi empat.Skon di perbuat daripada tepung,mentega ,gula ,bahan penaik dan serbuk soda.Di Barat,skon sering di jadikan sarapan atau minum petang dan di nikmati bersama teh atau kopi dengan sapuan mentega , jem,madu dan krim.
          Selain di bakar ada juga skon yang di panggang atas kuali leper seperti drop scone yang seakan pancake.Ada juga skon yang di tambah buah-buahan kering seperti cranberry dan kismis.Tekstur sebenarnya adalah gabungan di antara biskut dan roti di mana anda boleh merasa kerangupan di luarnya tetapi apabila anda menggigitnya anda akan rasa lembut dan lembap di dalamnya.
          Skon mempunyai permukaan yang agak kasar kerana menggunakan bahan penaik.

          Tip untuk mendapatkan skon yang baik 
          • Teknik menguli doh skon adalah yang paling penting di beri perhatian agar anda dapat menghasilkan skon yang terbaik.
          • Walaupun boleh menggunakan mesin pengadun kek atau pemproses makanan,tetapi ia elok menguli dengan garfu atau hujung jari kerana anda boleh mengelakkan doh daripada terlebih uli.
          • Mula-mula,bahan-bahan kering(tepung,gula,serbuk penaik,soda)di gaul bersama dalam mangkuk besar.Berikutnya lenyek mentega bersama tepung sehingga ia menjadi serbuk roti.
          • Pastikan mentega itu masih sejuk supaya ia menjadi serbuk yang kasar.Kaedah ini seperti anda menbuat kulit pastri untuk pai.Dan anda akan mendapat tekstur skon yang sedikit kasar dan berkelopak.Kemudian barulah di masukkan bahan-bahan kering lain dan gaul sebati
          • Langkah akhir adalah anda masukkan cecair seperti susu dan telur jika ada.Ketika ini anda cuma mengulinya sebentar sehingga hampir membentuk doh sahaja.
          • Jangan di uli dengan  ketelaluan kerana ini akan menyebabkan tekstur skon menjadi sangat padat.
          Sumber:Dapur Azli Razali.blogspot

            How to make scones(from Delia recipes)

             
            •  To make about 10 scones, begin by sifting 8 oz (225 g) of self-raising flour and a pinch of salt into a large mixing bowl. Add 3 oz (75 g) of butter, cut into small lumps. This must be at room temperature – if it is too cold, it will be difficult to rub in. Lightly rub the butter into the flour until the mixture looks like breadcrumbs. 
             
            •  Add 1½ oz (40 g) of golden caster sugar and mix in.
             
            •  In a jug, beat one large egg together with 2 tablespoons of buttermilk and start to add it to the rubbed-in mixture.
             
            •  Mix in with a palette knife.
            •  When it begins to come together, finish off with your hands – it should be soft but not sticky (if the dough seems too dry, add a little more buttermilk, a teaspoon at a time).
            •  The dough should come together and leave the sides of the bowl clean.
            •  Shape the dough into a round with your hands and place it on a lightly floured surface. Flour the rolling pin and lightly roll out the dough.
            •  Take great care not to roll the dough any thinner than 1 inch (2.5 cm) – this is the secret of well-risen scones. Measure it if you're not sure!
            •  Use a 2 inch (5 cm) round cutter to cut out the scones – place the cutter on the dough and give it a sharp tap – don't twist it, just lift it up and push the dough out. Carry on until you are left with the trimmings, then bring these together to roll out again until you can cut out the last scone.
            • Place the scones on a lightly greased baking tray that has been dusted with flour. Brush them lightly with a little more buttermilk then dust with flour. Bake in a hot oven – gas mark 7, 425°C (220°C) – for 10-12 minutes, or until they are well risen and golden brown, then remove them to a wire rack to cool.

            • Scones should have a light, open texture and are best eaten very slightly warm. Don't forget that they do not keep very well so, in the unlikely event of there being any left, pop them in the freezer.