Memaparkan catatan dengan label PUDING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUDING. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2024

PUDING MARBLE ROTI


 Assalam buat semua..
Ramadan sudah berlalu pergi..
walaupun sedikit penat kerana tidak cukup rehat tapi kemanisan dan keindahan bulan Ramadan amat bermakna.
Saya buat puding ini untuk juadah berbuka puasa yang lepas
Saya kurangkan sedikit sukatan manisnya mengikut selera sendiri
Baru ada sedikit masa untuk menulis  disini.
Let's try buat

PUDING MARBLE ROTI

Bahan2
10 gm. agar-agar tali
3 cawan air

Bahan2 kisar
4 keping roti-dicarik
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
2 sudu makan marjerin

Cara membuatnya
1.Masak agar-agar hingga larut.
2.Tuang bahan kisar ke dalam adunan agar-agar dan masak hingga pekat
3.Bahagikan adunan mengikut warna pilihan
4.Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam bekas bersesuaian berselang-seli hingga habis 
5.Sejukkan didalam peti sejuk.

Selasa, 28 Mac 2023

PUDING KASTARD JAGUNG


 Assalam buat semua..
Hari ini,Ramadan ke-6
Saya hanya masak pada waktu sahur  sahaja.
Makan berhidang dengan nasi putih dan lauk yang ringkas.
Waktu berbuka biasanya beli nasi bungkus sahaja.
Kuih atau pemanis mulut sejenis sahaja,dibuat dan kadang-kadang dibeli
Kali ini saya kongsi resepi Puding Jagung yang cukup mudah untuk membuatnya.
Let's try masak.

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan
1 tin corn cream
1 tin corn kennel
1 tin susu cair
6 cawan air
1 cawan santan
300 gm.tepung Bird's kastard
gula dan garam-secukup rasa
daun pandan.

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan didalam periuk.
  • Letak atas api sederhana sambil terus di kacau.
  • Bila hampir pekat,nampak sedikit berkilat,keluarkan daun pandan tadi.
  • Bila mendidih-ada letusan kecil,bolehlah di angkat.
  • Sejukkan dalam bekas sesuai.

Sabtu, 31 Disember 2022

PUDING KASTARD BUAH


 Assalam buat semua..
Tahu-tahu sudah hampir berlalu tahun 2022.
Banyak kenangan suka dan duka di sepanjang tahun ini.
Semoga tahun hadapan,saya akan lebih kuat dan tabah.

Kalau rindu...biar lah ia terus merindu.

Untuk resepi terakhir di tahun 2022 ini,
Saya kongsikan satu resepi dessert Puding Kastard buah.
Nak guna potongan buahan segar ataupun buah koktel semuanya boleh.
Saya guna buahan segar untuk resepi ini.

PUDING KASTARD BUAH

Bahan puding kastard
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam

•Campurkan kesemua bahan hingga sebati.
•Masak di atas api perlahan sehingga ia pekat dan likat.
•Bila nampak puding ada letupan kecil,bolehlah diangkat
•Masukkan ke dalam bekas puding pilihan.

Kuah Puding
1 tin susu cair
1 kotak kecil santan segera
2 cawan air
4 sudu makan gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam 
1 sudu teh esen vanila

•Campurkan kesemua bahan.
•Masak di atas api sederhana hingga kelihatan sedikit pekat.
•Angkat dan sejukkan

Buahan pilihan sendiri atau koktel buah
Strawberi,pisang,kiwi,
Mangga,anggur

Letakkan potongan buahan di atas puding kastard
Masukkan kuah puding dan sedia untuk di makan.

Ahad, 19 Jun 2022

BANANA BREAD PUDDING


 Assalam buat semua..
Sekali -sekala dapat kongsi resepi di ruangan ini..
tidak sekerap dulu saya menulis di sini
Banyak perkara yang saya suka buat dahulu seperti melukis dan membaca pun sudah tidak sempat di lakukan sekarang.
betul lah masa itu ibarat emas...kerana ianya betul-betul berharga di saat ini.

jom main masak-masak
Anak-anak saya suka makan puding roti tapi syaratnya kena ada kuah.
Puding roti ini pun saya untuk citarasa sendiri dan di tambah pisang,ceri merah dan hijau dan juga coklat cip.
jika nak makan dengan sos kastard boleh lah di kurangkan gulanya.
Let's try buat.

PUDING ROTI PISANG/BANANA BREAD PUDDING 

Bahan
8 keping Roti Gardenia
4 biji pisang masak
3 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar gula
1/2 cawan kismis/coklat cip

Cara membuatnya
  • Potong kecil roti atau carik-carikkan dan ketepikan
  • Potong pisang kecil-kecil atau boleh juga di lenyekkan.
  • Masukkan telur,susu segar,esen vanila,kismis dan gula.Gaul sebati.
  • Masukkan pisang dan gaul rata.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan kismis/coklat  cip selebihnya .
  • Bakar dalam oven dengan suhu 175'c selama 20 minit atau sehingga masak.

Sabtu, 10 Julai 2021

PUDING KOKTEL MINI

Assalam buat semua..
Selalunya buat Puding Koktel,untuk makan sendiri atau dibawa ke tempat bertugas.
Biasanya saya akan buat dalam bekas besar kemudian di potong-potong. 
Kali ini saya cuba buat dalam acuan kuih kecil. 
Nampak cantik dan mudah untuk di makan.
Let's try buat. 

PUDING KOKTEL MINI

Bahan
1 paket agar2 serbuk(Nona 10 gm.)
900 ml air
1 cawan susu cair
1 cawan air koktel
Gula secukup rasa
Sedikit garam
buah koktel secukupnya

Cara membuatnya
Masukkan serbuk agar-agar,gula,sedikit garam ke dalam periuk. 
Masak sampai mendidih. 
Bahagi adunan kepada dua bahagian. 
Satu bahagian, tambah susu cair.
Satu bahagian tambah air koktel(jernih). 
Masukkan agar-agar jernih ke dalam acuan kecil separuh sahaja. 
Bust sampai habis. 
Masukkan dua hirisan buah koktel.
Buat sampai habis. 
Letakkan sebentar di dalam freezer. 
Bila dan beku keluarkan dari freezer, cucuk dengan garfu. 
Masukkan lapisan susu pula hingga penuh acuan kecil. 
Pastikan bahagian agar-agar susu panas. Buat sampai habis.
Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku. 
Keluarkan dari acuan(cungkil dengan lidi satay).
Boleh lah di hidangkan. 

Jumaat, 12 Mac 2021

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalam buat semua
Hari ini 28 Rejab,hari Jumaat yang mulia,penuh dengan ketenangan.
Cuaca di Kota Bharu sekarang amat panas sekali,tiada awan pun awan tebal.
Saya buat Agar-agar santan ini untuk di letak dalam peti sejuk.
Musim-musim panas ni sedap di makan ketika cuaca panas.
Tiada berita yang menarik sangat di Kota Bharu buat masa ini.
PKPB masih di teruskan lagi dengan kebenaran rentas daerah sahaja.
Saya pun dah selesai ambil Vaksin Pfizer-BionTech dose pertama pada 5/3/2021.
Kerana Allah Taala...

Let's try buat

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan
Agar-agar tali(35 gm)
2 cawan santan pekat
2 biji telur
2 keping gula melaka
1/2 sudu teh garam halus
1000 ml air
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna coklat
gula pasir secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar dengan air dan daun pandan sehingga larut.
  • Masukkan gula melaka,garam,pewarna coklat dan gula(ikut manis sendiri).
  • Kacau sebati santan dan telur.
  • Masukkan perlahan-lahan sambil di kacau adunan agar-agar.
  • Biarkan ia mendidih sekali lagi sambil di kacau perlahan.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai,tunggu sejuk dahulu,baru di masukkan ke dalam peti sejuk.

Jumaat, 19 Februari 2021

PUDING KARAMEL

Assalam buat semua..
Dessert yang sangat di sukai oleh big boss. 
Saya usaha belajar membuatnya sampai jadi. 
Alhamdulillah boleh lah buat untuk makan sendiri.
Kena buat siap-siap letak dalam peti sejuk.
Malam-malam big boss suka buka peti sejuk.
Kebiasaannya saya buat dalam loyang besar tapi kali ini saya guna bekas kecil-kecil.
Lagi mudah nak makan 
Awak terliur tak?  
Let's try buat. 

PUDING KARAMEL

Bahan
5 biji telur(saya guna gred double A)
1 tin susu cair
150 ml. air
1 sudu teh esen vsnila
2 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu teh instant kastard

Untuk. Karamel
6 sudu besar gula pasir
3 sudu hesar air panas

*Masak gula dengan api perlahan hingga  cair dan berwarna perang gelap. 
Masukkan air panas dan kacau rata. 
Masukkan ke dalam loyang tadi.

Panaskan periuk kukus. 
Masukkan telur ke dalam mangkuk dan kacau perlahan. 
Tambahkan susu cair, air, garam, gula dan instant kastard. 
Tapiskan adunan. 
Masukkan ke dalam bekas kecil/loyang
Kukus sampai masak. 
Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari bekas/loyang. 
 

Selasa, 14 Julai 2020

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS

Assalam buat semua..
Merah sungguh warna agar-agar ni.
Balik dari tugasan di hospital,buka peti sejuk terus cair hatiku..haha.
Agak sibuk juga tugasan harian hari ini.
Hilang penat sedikit dapat makan Agar-agar santan yang sejuk ini.
Selalunya saya buat Agar-agar santan warna air daun pandan ataupun gula melaka sahaja.
Kali ini saya cuba buat dengan Sirap ros pula.
Rasa Sirap ros pun sedap juga
Let's try buat.

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS

Bahan
1 paket serbuk agar-agar(10 gm)
4 cawan air/1 liter
1 cawan gula(200 gm)/ikut manis sendiri
1 cawan santan pekat(200-250 ml)
1 biji telur
1-2 sudu besar sirap ros/beberapa titis pewarna merah dan perisa ros
2 helai daun pandan
esen vanila/esen ros
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Pecahkan telur ke dalam santan,tambah sedikit garam dan kocak sedikit dengan garfu.Tambah esen ros/esen vanila.
  • Masak 1 liter air bersama gula,sirap ros,daun pandan yang di simpul dan serbuk agar-agar hingga larut.
  • Bila mendidih,kecilkan api dan masukkan campuran telur dan santan tadi sambil di kacau perlahan.
  • Kacau dan tunggu hingga mendidih dengan api sederhana.
  • Biarkan seketika sambil terus di kacau supaya tidak membuak dan melimpah.
  • Tutup api dan keluarkan daun pandan.
  • Basahkan loyang pilihan dan tuang adunan yang masih panas perlahan-lahan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
Ketebalan lapisan santan bergantung kepada jumlah santan yang di gunakan.

Selasa, 16 Jun 2020

PUDING LUMUT

Assalam buat semua..
Baru sahaja pulang dari bertugas syif malam,mata masih belum mengantuk.
Saya kongsikan satu resepi puding yang mudah ini,sangat sedap di makan sejuk-sejuk.
Jika tidak menggunakan acuan,boleh juga di bekukan dalam bekas empat segi kemudian di potong.

Sedikit tips dari penulis resepi,Puan Diana Khalifa/My Resepi.
Ramas kelapa parut dengan telur dan daun pandan untuk hilangkan hanyir telur.
Baru lah di perah dan tapis.
Kalau guna santan kotak,kisar sekali dengan daun pandan,kemudian tapis.
Ketebalam Puding Lumut bergantung kepada jumlah berapa biji telur yang di gunakan.
Fungsi garam untuk menambahkan lemak santan dan gula batu untuk puding nampak berkilat dan tidak berair.
Bagi dapatkan Puding Lumut yang cantik,tuang campuran santan bila agar-agar dah mendidih.
Biarkan sekejap,bila dah mendidih kacau dalam 1 minit(sampai adunan santan nampak berketul).
Padam api dan berhenti kacau.

Saja saya nak test acuan puding yang di beli oleh ketua isi rumah masa PKP yang lepas.
Let's try buat

PUDING LUMUT

Bahan
1 pek agar-agar tali/20 gm.
200 ml santan kotak/1/2 biji kelapa parut
7 helai daun pandan-kisar dengan1/2 cawan air
3 senduk sederhana gula/ikut suka manis sendiri
2 biji telur
6 cawan air
sedikit garam
pewarna hijau
1 sudu makan gula batu

Cara membuatnya

  • Perah santan bersama telur dan air daun pandan.
  • Campurkan perahan santan dengan pewarna hijau dan garam.
  • Didihkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar.Masak hingga hancur.
  • Tambahkan gula batu dan sebati hancur,baru masukkan gula.
  • Biar adunan mendidih dan masukkan campuran santan tadi.
  • Kacau dalam anggaran 1 minit dan tutup api.
  • Tuang dalam acuan pilihan dan sejukkan.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk.

Jumaat, 15 Mei 2020

PUDING FRUITI

Assalam buat semua..
23 Ramadan
Puding ini menggunakan buah-buahan segar seperti tembikai,Mangga dan Kiwi.
Buah-buahan lain pun boleh juga atas pilihan sendiri.
Buah dalam tin pun sesuai juga jika tiada buah segar.
Saya buat Puding ini sebagai dessert untuk berbuka puasa.
Let's try buat.

PUDING FRUITI

Bahan lapisan atas
Agar-agar serbuk(10 gm.)
900 ml.air
gula secukup rasa
potongan buah-buahan segar(tembikai,mangga ,kiwi dan lain-lain)

Bahan lapisan bawah
Agar-agar serbuk(10gm.)
700 ml.air
1 tin susu cair
susu pekat manis atau gula secukup rasa
sedikit garam
pewarna jika suka

Cara membuatnya

  • Masak lapisan buah(atas) dahulu.
  • Bila mendidih,matikan api dan masukkan agar-agar ke dalam acuan sesuai.
  • Masukkan buah-buahan potong dan sejukkan.
  • Masak lapisan bawah hingga mendidih.
  • Bila lapisan atas telah beku,goreskan dengan garfu.
  • Tuang lapisan bawah yang panas perlahan-lahan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Ahad, 8 Disember 2019

PUDING MOZEK

Assalam buat semua..
Kembali lagi bertamu di sini walau hanya sekejap saja..
Beberapa hari lepas yang amat sibuk buat saya menghabiskan masa dengan pelbagai tugasan.
Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember
Bertarung dengan rindu lagi..
Bertarung dengan kesihatan lagi..
  ..dan segala-gala yang telah berlaku membuatkan saya lebih menghargai kenangan..
Puding ni pun dah tinggal kenangan,kerana di buat beberapa minggu lepas.
Yang tinggal hanya resepi untuk di simpan di sini
Let's try buat.

PUDING MOZEK

Bahan A
1 paket agar-agar Nona plain/10 gm.
800 ml air
1 tin susu cair
susu pekat manis secukup rasa
gula ikut manis sendiri
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Bahan B
1 paket agar-agar Nona plain/10 gm
600 ml air
gula ikut manis
pewarna pilihan.

Cara membuatnya

  • Masak bahan B hingga larut dan mendidih.
  • Bekukan dan potong kiub.
  • Masak bahan A hingga mendidih.
  • Masukkan agar-agar kiub ke dalam acuan pilihan.Masukkan sedikit agar-agar susu.
  • Sejukkan.
  • Bila dah keras sedikit,goreskan permukaan dengan garfu dan tuang agar-agar selebihnya(mesti panas).
  • Masukkan agar-agar kiub selebihnya.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Sabtu, 31 Ogos 2019

PUDING ROTI KARAMEL

Assalam buat semua..
Hari ini 31 Ogos 2019,Hari Kemerdekaan negara yang ke-62 tahun.
Cuti tak lulus sebab kekurangan staf yang ramai bercuti.
Saya kena bertugas malam ini.
Ok..tak apa,pagi-pagi boleh main masak-masak.
Chill saja bila dapat berada di dapur cuba resepi dalam my waiting list.
Let's try buat

Bahan-bahan
4 keping roti sandwich
4 biji telur Gred B
3-4 sudu besar gula
1 tin susu cair
3/4 tin susu pekat/ikut manis sendiri
3/4 air suam
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam

Cara membuatnya

  • Panaskan periuk pengukus.
  • Masak air gula hingga perang.
  • Masukkan sedikit air,kacau sebati dan larut,tutup api.Sejukkan
  • Tuang ke dalam loyang dan ratakan.
  • Carikkan roti,satukan dengan susu cair,susu pekat,air suam,garam dan esen vanila,blend sebati.
  • Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam loyang karamel tadi.
  • Kukus adunan selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan terbalikkan ke dalam bekas sesuai.
  • Sejukkan dalam peti ais.

Isnin, 29 Julai 2019

PUDING BLUE OCEAN

 Assalam buat semua..
Cukup mendamaikan bila tengok puding ni
Rasa macam duduk dalam laut saja..
Sedap juga bila di makan waktu cuaca panas-panas ni
Saiznya agak besar juga,sesuai untuk di makan ramai-ramai
Let's try buat

Bahan A(Biru)
1 paket agar-agar tali(18gm)
1 atau 2 tin laici
5 sudu besar gula pasir
sedikit pewarna biru
1 paket kecil biji selasih-di rendam
2 cawan air
3 cawan air dari tin laici

Cara membuatnya

  • Basuh agar-agar tali dan masak dengan air biasa.
  • Bila sudah mendidih dan agar-agar larut,masukkan air laici serta gula dan pewarna biru.
  • Basahkan loyang/acuan pilihan.
  • Susun buah laici dan masukkan agar-agar biru serta biji selasih yang telah di toskan airnya.
  • Sejukkan sebentar,biar ia keras sedikit.
Bahan B(Putih)
1 paket agar-agar tali(18gm)
3 cawan air
1 tin susu cair
5 sudu besar gula pasir
sedikit esen vanila
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar dengan air hingga larut dan masukkan gula dan garam.
  • Masukkan susu cair dan esen vanila
  • Masak sampai mendidih sambil di kacau sentiasa.
  • Ambil agar-agar biru dan goreskan permukaannya dengan garfu.
  • Tuangkan agar-agar putih perlahan-lahan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Rabu, 19 Jun 2019

PUDING LAICI

Assalam buat semua..
Puding Laici ni dah lama saya buat dalam bulan puasa yang lepas.
Ok..hari ini saya kongsikan resepinya di sini.
..and this is one of my favourite puddings!
Let's try buat

PUDING LAICI

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gm)
800 ml air
1 cawan air laici
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
6 sudu besar gula/ikut manis sendiri
1 tin laici
pewarna pink/pilihan

Cara membuatnya

  • Blend laici dengan 1 cawan air laici.Asingkan beberapa biji laici dan carik-carikkan.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk .
  • Masak dengan api sederhana hingga mendidih sambil sentiasa di kacau.
  • Ambil 3 senduk sederhana dan warnakan pink/pilihan.
  • Adunan selebihnya di masukkan laici yang di carikkan tadi.
  • Basahkan acuan pilihan dan masukkan agar-agar putih.
  • Bekukan seketika.
  • Goreskan agar-agar putih dengan garfu.
  • Curahkan agar-agar warna pink.
  • Bekukan semula di dalam peti sejuk.

Jumaat, 31 Mei 2019

PUDING SAGU BERKUAH

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi puding sagu yang di makan dengan kuah jagung.
Sesuai untuk di buat pemanis mulut masa berbuka nanti.
Sedap di makan sejuk-sejuk
Let's try buat

PUDING SAGU BERKUAH

Bahan-bahan
2 cawan sagu
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu besar  tepung beras
1/2 tin cream corn
2 helai daun pandan
gula,garam secukup rasa
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Rendam biji sagu dengan pewarna pilihan jika suka atau beli sagu yang dah siap di warnakan atau boleh saja tanpa pewarna.
  • Rebus sampai masak dan sentiasa di kacau
  • Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
  • Masak santan,air,daun pandan,tepung beras ,cream corn ,gula dan garam secukup rasa.
  • Kacau sentiasa sehingga mendidih.
  • Ambil sagu yang dah sejuk,potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam kuah.
  • Sejukkan dan sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 27 April 2019

PUDING ROTI KARAMEL

Assalam buat semua..
Ni salah satu dari resepi cara nak melupuskan roti yang dah hampir nak due date.
Jadikan ia dessert dan di makan sejuk-sejuk..emmm memang sedap!.
Bulan puasa dah dekat,bolehlah di buat untuk berbuka nanti.
Ok..let's try buat.

PUDING ROTI KARAMEL
Bahan-bahan

4 keping roti
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat/ikut kemanisan sendiri
2 cawan air suam
1 suud kecil esen vanila

3 sudu besar gula
1 sudu besar air

Cara membuatnya

  • Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam kuali non stick dan masak sampai gula cair dan perang.
  • Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Kacau sampai semuanya cair.
  • Tuangkan ke dalam loyang dan ketepikan.
Masukkan kesemua bahan lain ke dalam blender dan kisar sampai halus.
Setelah itu masukkan ke dalam loyang karamel tadi.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Rabu, 13 Mac 2019

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalam buat semua..
Agar-agar ni saya buat dengan menggunakan Kelapa Pandan yang di tanam sendiri.
Pokok Kelapa Pandan mempunyai santan yang beraroma pandan wangi.
Saya tidak menambah pewarna,jadi warnanya kelihatan asli,hijau pucat.
Sedap di makan sejuk-sejuk di musim panas dengan suhu 32'c di Kota Bharu hari ini.
Let's try buat.

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali/24 gm
5 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
2 helai daun pandan
sedikit garam
gula ikut manis sendiri

Cara membuatnya

  • Didihkan agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Masukkan gula secukup rasa dan garam.
  • Keluarkan daun pandan.
  • Bancuh santan pekat dengan telur dan kacau rata.
  • Masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan agar-agar mendidih sambil di kacau perlahan.
  • Bila ia mendidih sekali lagi,padamkam api.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai dan sejukkan.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk.

Khamis, 10 Januari 2019

PUDING SANTAN PELANGI

Assalam buat semua..
Kali ini saya kongsikan resepi Puding Santan Pelangi ni.
Kan best kalu petang-petang balik kerja buka peti sejuk dah ada puding yang sedap ni.
Buat warna- warni lagi nampak menarik
Tapi tu lah..gambar blur sikit
Let's try buat.

PUDING SANTAN PELANGI
Bahan-bahan
20 gm agar-agar-rendam sekejap
1 cawan gula- atau secukup rasa sendiri
1 cawan santan pekat
5 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit gula batu
secubit garam
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Tambahkan gula,garam dan gula batu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian
  • Bahagian pertama 3 1/2 cawan,biarkan kosong
  • Bahagian kedua 2 1/2 cawan dan tambah satu cawan santan pekat.
  • Letak 3 pewarna pilihan.
  • Bekukan dalam freezer sebentar
  • Bila dah beku,potong kiub kecil.
  • Basahkan acuan dan masukkan agar-agar kosong.
  • Tambahkan agar-agar kiub ,kemudian sejukkan semula di dalam peti sejuk. 

Khamis, 4 Oktober 2018

PUDING KASTARD KOKTEL


Assalam buat semua.. 
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi puding yang mudah saja di buatnya.
Semua orang pun rasanya pernah buat puding ni.
Bahan-bahannya pun mudah saja.
Rasanya sedap juga di makan sejuk-sejuk. 
Let's try buat

PUDING KASTARD KOKTEL

Bahan kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam

Campurkan kesemua bahan
Kacau di atas api perlahan sehingga pekat dan meletup-letup.
Curahkan kedalam bekas sesuai atau acuan kecil-kecil dan sejukkan.

Bahan kuah
1 tin susu cair
1 tin koktel
1 tin laici
1 tin nenas kiub
2 sudu besar tepung kastard
1/2 tin susu pekat manis
gula ikut manis sesuai
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan kuah kecuali buah koktel.
  • Masak hingga mendidih dan kuah pekat sedikit(kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri).
  • Tambahkan kesemua buah koktel sekali dengan sirapnya.
  • Sesuaikan manisnya dan bolehlah di sejukkan.
Potong kiub kastard dan campurkan bersama kuah koktel.
Sejukkan di dalam peti ais.

Isnin, 18 Jun 2018

PUDING JELLY SUMI

Assalam buat semua..
Hari ini nak kongsi resepi puding yang saya buat minggu lepas.
Kalau buat colourful macam ni baru nampak meriah kan.
Ilusi optik..nampak sejuk dan ceria.
Let's try buat.

PUDING JELLY SUMI

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali
1 liter air
1 tin susu cair
1 cawan gula/ikut manis sesuai
1 paket jelly sumi
pewarna yang di sukai
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan didihkan hingga agar-agar hancur.
  • Tambahkan gula secukup rasa,garam dan susu cair.
  • Angkat dan asingkan kepada 3 warna
  • Susun jelly sumi dalam acuan pilihan.
  • Masukkan satu senduk agar-agar dan tunggu ia keras sedikit.
  • Kemudian masukkan warna-warna seterusnya setiap lapis.
  • Sejukkan dalam peti sejuk.
Tip
Basahkan acuan agar-agar dengan air terlebih dahulu supaya mudah di keluarkan nanti.
Setiap kali letak adunan baru,lorekkan agar-agar dengan garfu dan agar-agar mestilah panas supaya setiap lapisan tidak terpisah semasa kita memotong nanti.