Memaparkan catatan dengan label CHEESE CAKE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CHEESE CAKE. Papar semua catatan

Rabu, 12 Julai 2023

BASQUE BURNT CHEESE CAKE


 Assalam buat semua..
Hari ini saya tidak bertugas di hospital
Boleh masuk dapur cuba resepi...healing  time for me🥰
Dah lama anak saya minta buatkan Cheese cake ni
Tapi itu lah tangguh punya tangguh,hari ini baru jadi
Mudah saja cara buatnya
This is the one of best ever Cheese cake for my taste😍
Let's try baking

BASQUE BURNT CHEESE CAKE
Resepi:Khairul Aming

Bahan
250 gm.Cream cheese
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan gula kastor(saya guna 1/4 cawan) 
sedikit garam

Cara membuatnya
1.Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar 
2.Kisar hingga adunan jadi licin dan tidak berketul.
3.Masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper(saya guna loyang saiz 6"
4.Bakar dalam oven dengan suhu 150'c selama 45minit-1jam atau sehingga masak ikut jenis oven masing-masing.
5.Jika bahagian atas tidak kelihatan sedikit hangus/burnt,boleh tambah masa membakar sedikit lagi.

Ahad, 13 Mei 2018

COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE

Assalam buat semua..
Dah banyak kali saya buat Cheese Cake tapi kejadiannya tidak begitu memuaskan.
Bukan resepi yang silap. 
Saya yang tersalah teknik agaknya.
Tapi kali ini kejadiannya baik sahaja
Bolehlah nak buat makan sendiri..
Sumber:Azie Kitchen.Thanks.
Let's try baking

COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE

Bahan A
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60 gm tepung superfine
20 gm tepung jagung

Bahan B
140 gm gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu teh jus lemon

Cara membuatnya
  • Cairkan cream cheese,butter dan susu dengan teknik double boiler.Sejukkan.
  •  Kemudian campurkan bahan A ke dalam adunan cream cheese dan gaul sebati.
  • Dalam bekas lain putar putih telur hingga foamy kemudian tambahkan gula.
  • Putar lagi hingga bertanduk/soft peak.
  • Kemudian campurkan adunan A ke dalam adunan B dan gaul sebati. 
  • Bakar kek dengan suhu 160'c selama 1 jam bergantung pada oven masing-masing dengan teknik water bath.

Ahad, 14 Mei 2017

CHILLED MANGO CHEESE CAKE

 


Assalam buat semua..
Ni baru pertama kali buat Chesse cake jenis tak payah bakar..mudah juga cara membuatnya.
Sekarang ni masih musim mangga kat Kota Bharu boleh lah cuba buat..
Kalau buat lagi saya nak mekap cantik-cantik sikit pada kek ni .
Let's try buat

Bahan-bahan

200 gm biskut Marie
100 gm mentega,dicairkan
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
2 biji mangga masak- satu dadu,satu lagi buat puri
1 1/2 sudu besar gelatine halal
125 ml air suam
200 ml whipping cream.

Cara membuatnya

  • Biskut marie di kisar halus kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang boleh di kepal.
  • Masukkan dalam tin spring form berukuran 8 inci dan tekan padat-padat.
  • Sejukkan dalam freezer.
  • Putar Cream cheese dengan gula halus hingga berkrim.
  • Masukkan puri mangga tadi dan putar rata.
  • Dalam bekas lain,putar Whipping cream hingga kembang.
  • Masukkan ke dalam bancuhan keju tadi.Gaul rata menggunakan spatula.Ketepikan.
  • Gelatine halal di bancuh bersama air suam,kacau hingga larut dan kelihatan jernih.
  • Tuang ke dalam adunan cheese tadi,kacau rata dan masukkan setengah mangga dadu tadi.
  • Tuang ke dalam loyang yang ada base biskut tadi dan ratakan.
  • Letakkan mangga dadu selebihnya di atas kek.
  • Simpan semula dalam peti ais bahagian bawah pula selama3-4 jam.
  • Keluarkan dari loyang dan bolehlah di hidangkan.Potong dengan pisau yang di celup dalam air panas.

Isnin, 6 Jun 2016

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Assalam buat semua..
Kali ini try lagi buat kek ni,asyik tak jadi saja..
entah di mana silapnya,sudah buat dengan tekun dan berhati-hati..ye la tu!
mujur kali ini kejadiannya baik saja.
Bukan resepi yang silap,agaknya teknik saya yang silap.
kena praktis selalu..ada orang tu suka sangat makan kek ni.
Jika inginkan kek yang lebih tinggi,guna loyang yang lebih kecil sedikit.
Let's try baking

COTTON SOFT JAPANESE CHEESCAKE
Dari:Azlina Ina Fans/FB.Thanks

Bahan-bahan
6 biji telur gred B
3 atau 4 keping keju slice/cheesedale
1/2 susu segar/susu cair
1 1/4 cawan gula halus    saya guna 1 cawan shj.
2 sudu besar butter
1 cawan tepung gandum
2 suud besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanila
sedikit garam halus
1 sudu kecil cream of tartar/1 sudu kecil cuka

Cara membuatnya

  • Larutkan susu segar,butter dan cheesedale menggunakan kaedah double boil.Ketepikan.
  • Asingkan kuning dan putih telur.
  • Letakkan esen vanila ke dalam kuning telur dan kacau dengan spatula sahaja.
  • Ayak tepung gandum dan baking powder serta tepung jagung dan garam halus.
  • Campurkan kuning telur tadi bersama bahan yang telah kita double boil tadi dan kacau rata.
  • Masukkan tepung dan kacau sebati.
  • Putar putih telur sampai nampak buih-buih kasar baru di masukkan gula dan cream of tartar(kalau tiada ganti dengan 1 sk cuka ).
  • Putar hingga ia jadi kaku (terbalikkan mangkuk dan telur tidak jatuh)
  • Cedukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit dan masukkan ke dalam adunan kuning telur.Kacau sebati.
  • Isi loyang besar dengan air biasa
  • Lapik bawah loyang yang lebih kecil dengan baking paper dan sapu minyak di dasarnya dan juga di tepinya.
  • Panaskan oven pada suhu 170'c.Letakkan loyang kecil ke dalam loyang yang berisi air.
  • Masukkan loyang  ke dalam oven dan turunkan suhu ke 160'c dan bakar selama 1 jam bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Bila masak,terbalikkan atas redai kek  dan buka baking paper.
  • Kemudian terbalikkan ke atas semula dan bolehlah di hiaskan jika suka.
  • Sejukkan dahulu sebelum di letak dalam peti ais.Kek ni sedap di  makan sejuk.

Ahad, 8 Mei 2016

NO BAKE OREO CHEESECAKE

Assalam buat semua..
No bake Oreo Cheescake...walau bersepai dan bersepah kejadiannya.. 
tetap nak post jugak.
Nak buat next entri entah la bila pula.
Dah lama rancang nak buat..tapi tiap kali beli biskut Oreo,asyik kena kidnap kat Azim saja.
Best bagi saya sebab buat ikut citarasa sendiri.
Adunan kek di kurangkan sedikit sukatan gula kerana saya menambahkan serbuk Oreo dan kepingan Oreo di dalamnya.
Saya hanya menggunakan sebanyak 80 gm gula sahaja di dalam resepi ini.
dan supaya cepat set,saya tambahkan 1 sudu teh gelatine halal ke dalam adunan...supaya cepat dapat makan.
Resepi dari zalinzalina.blogspot.com .thanks
Let's try buat.

NO BAKE OREO CHEESECAKE

Bahan base
200 gm biskut oreo yang di hancurkan
100 gm butter-di cairkan

Kedua bahan ini di gaul bersama dan di tekan di dalam loose pan hingga padat.
Letak dalam peti sejuk.

Bahan kek
300 gm atau 1 1/2 cawan krim putar
500 gm cream cheese
200 gm gula     
sedikit perahan lemon
1 sudu teh serbuk gelatine halal campur dengan 2 sudu besar air panas.

hiasan/pilihan
kepingan oreo
serbuk oreo
krim putar

Cara membuatnya

  • Putar krim putar hingga kental.Ketepikan.
  • Pukul cream cheese hingga lembut bersama gula kastor.Tambahkan larutan gelatine halal dan pukul rata.
  • Kemudian gaulkan dengan krim putar yang telah di pukul tadi.
  • Campurkan sedikit jus lemon dan gaul rata.
  • Tambahkan dengan sedikit serbuk oreo dan kepingan oreo ke dalam adunan dan gaul rata
  • Tuangkan adunan ke dalam base dan hentakkan sedikit loyang supaya rata.
  • Taburkan dengan serbuk oreo dan hiaskan dengan krim putar dan kepingan oreo di atas nya jika suka.
  • Jika tidak menggunakan gelatine sejukkan lebih kurang 24 jam di dalam peti sejuk hingga adunan set.
  • Saya hanya sejukkan semalaman sahaja. 

Ahad, 31 Mei 2015

COKLAT BROWNIES CHEESE CAKE

As-Salam buat semua...
Semalam saya buat Coklat brownies cheese cake ni sempena hari jadi saya yang jatuh pada hari ini.Usia yang semakin meningkat makin menginsafkan saya..merenung kembali masa yang telah di tinggalkan makin membuat saya lebih bersyukur.Tahun ini banyak doa-doa saya yang telah di makbulkan oleh Allah..dan saya bersyukur di atas segala pemberianNYA.
Kebetulannya saya bercuti sehari nak gi jemputan kenduri kahwin masa cuti sekolah ni.Di Kota Bharu,musim cuti sekolah jalanraya pun boleh sesak dengan kenderaan akibat kenduri sana-sini.Menu seminggu ni asyik makan kenduri sajalah...Let's try baking.

COKLAT BROWNIES CHEESE CAKE.
Sumber:Aneka resepi kek/FB..Thanks

Bahan-bahan
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula kastor saya letak 1 1/4 cawan
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'c.Alas loyang dengan baking paper.Lebihkan kertas di tepi loyang supaya mudah di keluarkan nanti.
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.
  • Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau.
  • Kacau gula dan telur dengan whisk,masukkan ke dalam adunan butter dan koko dan kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau sebati.
  • Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan,tinggalkan sedikit adunan coklat untuk membuat corak marble di atas lapisan cheese nanti.
  • Bakar selama 25 minit dengan api bawah.Masa membakar bergantung pada oven masing-masing.

Bahan lapisan cheese
250 gm cream cheese
1 cawan gula kastor   saya guna 3/4 cawan
1 biji telur

Cara membuatnya
  • Selepas 25 minit,keluarkan brownies dari oven.Pastikan bahagian atas sudah keras sedikit.
  • Tekan sedikit supaya brownies rata.Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
  • Paipkan lebihan adunan coklat tadi ke atas lapisan cheese dan buat corak ikut kreativiti masing-masing.
  • Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 15 minit lagi atau sehingga cheese  masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Biarkan kek sejuk dahulu sebelum di potong
                      

Isnin, 15 Disember 2014

CREAM CHEESE BUTTER CAKE

As-Salam buat semua..
Kek ini di buat untuk Azim bawa ke kelas mengajinya,jadi tak ada la versi slice potong-potong.Pesan ustazah,nak cheese cake.Cari punya cari resepi saya buat saja kek ini.Ia adalah kek campuran mentega dan cheese.Mudah sahaja cara membuatnya.Resepinya lupa pula nak catat ambil kat mana,dah lama terperap dalam fail.Kek ni senang nak bawa dan senang nak potong.Deko pun ala kadar sahaja,main picit saja jem atas kek tu,entah corak apa dah saya buat!.Tekstur kek ni lembut dan gebu sahaja..let's try baking.

CREAM CHEESE BUTTER CAKE

Bahan-bahan
200 gm mentega
200 gm cream cheese
250 gm gula kastor    saya guna 180 gm
5 biji telur
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
sedikit jem untuk hiasan

Cara membuatnya
  • Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan.
  • Dalam mangkukbesar,pukul mentega,cream cheese dan gula hingga kembang dan memutih.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul telur setiap kali di masukkan hingga sebati baru di masukkan telur yang seterusnya.
  • Setelah semua telur di masukkan ,pukul agak lama sedikit hingga kembang,putih dan ringan.
  • Kemudian barulah di masukkan tepung dan kaup balikkan  satu arah hingga adunan sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dan di alas dengan baking sheet.Ratakan.
  • Dengan menggunakan piping bag,picitkan jem pilihan di atas adunan kek mengikut corak yang di sukai.Sebahagian jem akan mendap ke dalam kek ketika di bakar.
  • Bakar pada suhu 180'c sehingga masak.
  • Bila masak,buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru di keluarkan dan sejukkan di atas redai kek.

Sabtu, 6 September 2014

BUTTER CHEDDAR CHEESE CAKE

As-Salam buat semua..
Kek ini sudah berulang-kali saya buat dan tak jemu memakannya.Kek yang simple sahaja dan tak perlu nak deko-deko.Mudah saja kan..jom tengok resepi.

BUTTER CHEEDAR CHEESE CAKE
Resepi: mybakingworkshop.blogspot.com. thanks Evelyn.


Bahan A
250 gm mentega
230 gm gula kastor   saya guna 180 gm

Bahan B 
4 biji telur

Bahan C
80 gm cheddar cheese-di parut

Bahan D
100 ml susu segar
280 gm tepung superfine/tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
*kedua-dua bahan ini di ayak bersama

Bahan E(hiasan)
100 gm cheddar cheese-parut
 
Cara membuatnya:
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.Sediakan loyang bulat / segiempat bersaiz 9 inci. Griskan dan alaskan dengan baking paper.
  • Pukul bahan A hingga berkrim.Masukkan bahan B satu persatu. Pukul hingga sebati.
  • Masukkan bahan C,gaul sebati. 
  • Kemudian, masukkan pula bahan D,gaul lagi hingga sebati 
  • Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.
  • Taburkan bahan E atasnya.Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak.

Selasa, 2 September 2014

CHOCOLATE BUTTERSCOTCH AND ALMOND CHEESE CAKE

 As-Salam buat semua...
Ni dia kek yang saya buat 2 hari lepas,saja suka-suka untuk ulang tahun perkahwinan ke 21...tak celebrate kat mana pun, dah kebetulan saya tidak bertugas pada 31 Ogos jadi buat-buat rajin masuk dapur.Kali pertama cuba buat kek ni,macam biasa sememeh sana-sini.Azim pula minta potong kek tak sampai 2 jam lepas masuk peti ais.Bab-bab mendeko ni memang out la.Lepas tu ada sedikit gangguan 'mental'semasa buat kek,dahhh.. hilang fokus.

 

CHOCOLATE BUTTERSCOTCH AND ALMOND CHEESE CAKE
Sumber:intaidapur.blogspot.com .Thanks

Bahan untuk kek span vanila
 (A)
160 gm gula       saya letak 100 gm
15 gm ovalette


(B)
5 biji telur
125 gm tepung
1 sudu teh baking powder


(C)
40 ml air


(D)
75 gram mentega, dicairkan

Cara membuatnya

  • Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
  • Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
  • Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
  • Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9".Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit.Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.
  • Bila kek dah sejuk bahagikan kek pada 3 lapisan.
Bahan untuk cream cheese filling dan topping
300 gm cream cheese
700 gm whipping krim


  • Pukul whipping krim hingga kental dan ketepikan.
  • Didalam bekas lain, pukul cream cheese hingga lembut dan campurkan dengan whipping krim tadi. 
  • Adunan dibahagi 3 bahagian.
Bahan coklat ganache

120 gm coklat masakan
80 gm whipping krim /susu cair


  • Cairkan coklat masakan secara double boiler, angkat dan masukkan whipping krim / susu cair dan gaul sebati.
  • Sejukkan sebelum digunakan.

Sos Butterscotch  
Resepi:www.myresipi.com/Zachoes.thanks

Bahan-bahan

  • 2/3 cawan susu sejat@evaporated milk
  • 3/4 cawan gula perang, dipadatkan
  • 2 sudu besar mentega   
  • 1sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan guna periuk tebal untuk elakkan butterscotch hangus).
  • Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
  • Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala.
  • Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam dan boleh disimpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Bahan lain
Badam cincang secukupnya - panggang

Cara melapis kek

  • Ambil sekeping kek, sapu krim cheese hingga rata, lorekkan dengan chocolate ganache dan butterscotch,tabur badam cincang.
  • Ambil sekeping lagi kek dan ulang langkah di atas
  • Ambil pula lapisan kek terakhir dan sapu krim cheese di seluruh permukaan kek dan lorekkan dengan coklat dan butterscotch.Tabur badam di keliling atau di atas kek.
  • Hias ikut kreativiti masing-masing.
  • Simpan dalam peti ais lebih kurang 4 jam atau semalaman sebelum di potong.

Isnin, 23 Jun 2014

BANANA CHEESECAKE

 As-Salam buat semua...
Sesuai juga gabungan pisang dengan cheese menjadikan kek ni enak di makan.Teksturnya pula gebu dan lembap sahaja.Resepi ini menghasikan sebiji kek yang bersaiz sederhana,sesuai di buat hidangan minum petang.Kalau saya, makan kek tiga syif- pagi,petang dan malam ....barulah berbaloi, penat-penat buat kan!

BANANA CHEESECAKE
Sumber:dapurkakyah.blogspot.com/.Thanks

Bahan-bahan
4 biji telur -asingkan putih dan kuning
200 gm gula perang    saya letak 150 gm
1 cawan minyak masak
50 gm gula kastor 
1 1/2 cawan pisang yang telah di lenyekkan
1 sudu teh esen vanila
50 gm walnut cincang
50 gm kismis -hiris halus

Bahan di ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawn tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya
  • Kuning telur di putar bersama gula perang hinga kembang.
  • Dengan menggunakan senduk,masukkan minyak masak,pisang,esen vanila.Kacau rata.
  • Masukkan bahan yang di ayak tadi.
  • Masukkan walnut cincang dan kismis dan gaul rata hingga sebati dan ketepikan.
  • Putih telur di putar hingga kembang dan beku.Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga beku dan berkilat.
  • Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan yang pertama tadi dan kacau hingga sebati.
  • Gliskan tin pembakar dan alas dengan kertas kek yang di biarkan terlebih dari ketinggian loyang dan bakarlah kek selama 1 jam dengan suhu 180'c bergantung pada oven masing-masing.

Lapisan cream keju
250 gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur
20 gm tepung gandum
25 ml air

Cara membuatnya
  • Putar krim keju bersama gula hingga sebati
  • Masukkan telur,putar hingga kembang
  • masukkan tepung dan air,putar biar sebati.
Apabila kek sudah masak,tuang adunan krim keju ke atasnya, Simpan 2 sudu besar untuk buat corak atas kek.
Campurkan dengan sedikit pewarna pilihan pada lebihan adunan tadi dan buat lakaran marble atau corak yang di sukai di atasnya.
Bakar selama 15 minit.
Keluarkan kek dengan menggunakan lebihan kertas tadi.Biar kek sejuk dahulu sebelum di keluarkan.

Khamis, 6 Mac 2014

BANANA MILO SLICE CHEESECAKE

As-Salam buat semua...
Resepi seterusnya adalah Banana milo slice cheesecake yang saya kongsikan dari blog My baking project/Evelyn.Biasanya resepi cheese cake yang sedap-sedap dalam blog Evelyn semuanya menjadi.Seperti juga kek yang telah saya cuba buat ni,ia moist dan gebu sekali cuma cheesenya nampak hangus sedikit!..

BANANA MILO SLICE CHEESECAKE
Resepi:mybakingworkshop.blogspot.com/Thanks

Bahan A
100 gm mentega
90 gm gula kastor
40 gm milo

Bahan B
2 biji telur gred A

Bahan C
200 gm pisang (apa saja pisang yang di sukai)

Bahan D
150 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
30 gm susu tepung
semua bahan di atas di ayak bersama

Bahan E
60 ml susu segar

Bahan F
2 keping cheese slice

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'C.Sediakan loaf pan bersaiz 8 inci.Griskan dan alaskan dasarnya dengan baking sheet dan sapu mentega.
  • Pukul bahan-bahan A hingga sebati.
  • Masukkan bahan B satu persatu dan pukul lagi.Kemudian masukkan bahan C.Pukul sebati.
  • Masukkan pula bahan D yang telah di ayak tadi dan bahan E.Kaup balikkan hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sediakan,carik-carikkan bahan F dan tabur atas adunan kek tadi..
  • Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak.Sejukkan atas wire rack.Potong dan hidangkan.

Ahad, 1 September 2013

MARBLE JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

 As-salam buat semua...
Cheese kek yang saya buat petang semalam sempena meraikan ulang tahun ke- 20 tahun perkahwinan kami,sama tarikh dengan Hari Merdeka ke-56 semalam.Gambar antik di atas di rakamkan kira-kira 20 tahun lepas...saya sengih sampai ke telinga!.My bodyguard pula muka serius sampai la ni...
Mujur juga buat waktu petang,saya boleh biarkan  ia satu malam dalam peti sejuk.Kalau buat pagi-pagi tentu saya dah tak sabar nak makan!.Pagi-pagi lagi saya cepat-cepat ambil gambar supaya my bodyguard dapat merasanya sebelum dia keluar.Siap pesan lagi,simpan sedikit untuk di makan bila dia pulang petang nanti.Saya dah tahu....dia adalah peminat cheese cake!..
Pada mulanya nak buat Cheese cake yang kosong sahaja tapi bila nampak Evelyn si cantik manis tu buat JCCCnya siap dengan corak marble dan di taburi Almond slice, nampak ringkas dan cantik pula.Terimakasih buat Evelyn kerana sudi berkongsi resepi kek yang cair dalam mulut ini...best!

MARBLE JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
Resepi:mybakingworkshop.blogspot.com/Evelyn Gemina.thanks

Bahan-bahan
A 
160 gm cream cheese
25 gm butter
120 gm full cream milk

B                                                                               
40 gm tepung kek/ gandum
30 gm. tepung jagung 

C 
4 biji kuning telur
D 
4 biji putih telur 
1/8 sudu kecil cream of tartar
100 gm gula kaster
Secubit garam

E
1 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu besar air panas (tambah jika kurang)
                                    

Cara membuatnya

  • Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya dan alaskan dengan kertas minyak.Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium. 
  • Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair dan pekat.Matikan api. 
  • Masukkan bahan B, gaul sebati
  • Masukkan pula bahan C  
  • Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan
  • Pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk.Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
  • Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.
  • Satukan bahan E, tuang sedikit-sedikit ke atas kek dan swirlkan untuk membentuk marble. 
  • Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja.  
  • Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan dan sejukkan sepenuhnya.Hiaskan jika suka.
Cooling process:
*Untuk memastikkan kek nampak cantik & tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang dan sejukkan atas wire rack.
Potong kek bila sudah sejuk sahaja.


Ahad, 16 Jun 2013

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE

As-Salam buat semua...
Butter Cheddar Cheesecake yang sangat mudah untuk di sediakan.Rasa Cheddar cheese yang lemak-lemak masin membuatkan kek ini amat sedap sekali.Kek keju kosong gebu dan lembut  sesuai sekali di hidangkan buat anak-anak dan hidangan pada waktu minum petang.Resepinya dari si cantik manis Evelyn Gemina yang selalu saja buat kek keju tu.Minta izin dari Evelyn untuk di kongsikan di dapur saya pula.
BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE
Resepi:mybakingworkshop.blogspot.com/Evelyn Gemina.thanks



Bahan A
250 gm mentega
230 gm gula kastor   saya guna 200 gm

Bahan B
4 biji telur

Bahan C
80 gm cheddar cheese-di parut

Bahan D
100 ml susu segar
280 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
*kedua-dua bahan ini di ayak bersama 

Cara membuatnya

  • Pukul bahan-bahan A hingga lembut dan berkrim. 
  • Masukkan bahan B satu persatu, pukul hingga sebati dan lembut.
  • Kemudian, masukkan bahan C, gaul rata.
  • Masukkan pula, bahan-bahan D. Pukul hingga sebati. 
  • Tuang adunan dalam loyang segiempat / loaf pan yang telah digris dan dialaskan dengan kertas minyak.Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya baru dipotong.

Ahad, 10 Mac 2013

KEK KUKUS KEJU OREO


As-Salam buat semua...

Hari ini saya entrikan resepi Kek kukus keju oreo dari Azlita yang tersiar di dalam Majalah Saji.Kebetulan bahan-bahan yang di perlukan semuanya ada di dapur ,lalu saya terus cuba membuatnya.Sedap juga bila dimakan bersama secawan nescafe panas.Kek ini sedap di makan sejuk.
Keistimewaan kek ini adalah dari rasa gabungan oreo dan nescafe yang enak dan harum baunya.


KEK KUKUS KEJU OREO
Sumber:Azlita masam manis-Majalah Saji Mac 2013

Bahan-bahan
110 gm .tepung naik sendiri
100 gm gula kastor
250 gm krim keju
160 ml. susu cair
10 keping biskut oreo-di kisar
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu makan coklat emulco
1 1/2 sudu teh serbuk nescafe segera
1 sudu teh esen vanila

 Cara membuatnya
  • Pukul krim keju bersama separuh gula kastor sehingga lembut.
  • Kemudian masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan di pukul terus.
  • Setelah itu masukkan tepung naik sendiri dan susu cair secara berselang seli dan di kacau rata.
  • Masukkan pula esen vanila dan di gaul sempurna.Ketepikan.
  • Di dalam bekas berasingan,pukul putih telur sehingga kembang.Masukkan pula baki gula kastor dan pukul lagi sehinga kental dan kaku.
  • Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan krim keju dan kaup balik sempurna.
  • Seterusnya masukkan baki telur selebihnya dan kaup balik rata.
  • Ambil 1/3 adunan dan letakkan pes nescafe dan coklat emulco.Kacau rata.
  • Sediakan loyang berukuran lapan inci yang telah di alas dengan kertas kek dan di sapukan mentega.
  • Tuangkan separuh adunan putih dan ratakan.
  • Setelah itu masukkan separuh adunan nescafe dan ratakan.
  • Taburkan pula biskut oreo secukupnya.
  • Ulangi langkah sehingga adunan habis.
  • Akhir sekali tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama sejam.
  • Sejukkan dan sedia untuk di hidangkan.
*bancuhkan serbuk nescafe dengan sedikit air suam untuk di jadikan pes.

Ahad, 11 November 2012

MARBLE CHEESE CAKE

Salam bahagia buat semua...
Musim cuti sekolah sudah bermula.Program saya nak buat macam-macam resepi dalam my wishing list.Entahlah kesampaian atau tidak.Asyik kerja memanjang sahaja.Kat mana la saya nak celah badan ni nak ambil cuti,dapat 3 hari pun cukuplah.List menunggu yang nak bercuti tak putus-putus(sesi mencurah perasaan!).Marble Cheese kek ini pun saya buat semasa sehari bercuti pada minggu lepas.Baru sekarang dapat masuk blog.


























MARBLE CHEESE CAKE
Sumber:Puan Ros-Sinaran menu.blogspot

Bahan-bahan
  • 250 gm.mentega
  • 1 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula kastor     saya letak 1 cawan shj.
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
  • Cairkan mentega dengan api sederhana,padam kan api dan masukkan serbuk koko.Kacau rata
  • Pukul gula dan telur hinga sebati.Masukkan ke dalam adunan mentega-koko.Kacau sebati.
  • Masukkan susu dan kacau lagi hingga semua sebati.
  • Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati.Akhir sekali,masukkan esen vanila dan kacau rata.
  • Panaskan oven pada suhu 175'C.Alas loyang 10"x10" dengan baking paper.Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan kek apabila masak kelak.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.tinggalkan sedikit untuk membuat corak marble di atas lapisan cheese nanti.
  • Bakar selama 20 minit.
  • Keluarkan kek dari oven dan biarkan selama 5 minit.Tuang adunan cheese ke atas kek dan ratakan.Paipkan baki adunan coklat ke atasnya dan lorekkan corak mengikut citarasa.
  • Bakar lagi selama 15 minit atau sehingga lapisan cheese kelihatan masak dan kering.
  • Sejukkan sebelum kek di potong.Saya memotongnya ketika masih suam sebab itulah tepi kek nampak tidak licin.
Bahan-bahan untuk lapisan cheese
  • 250 gm.cream cheese
  • 1 cawan gula kastor    saya guna 3/4 cawan
  • 1 biji telur gred B
Cara membuatnya
Pukul cream cheese hingga gebu.Masukkan gula dan pukul lagi ,kemudian masukkan telur.Pukul hingga semua bahan sebati dan tidak berketul/licin.                           
  

Selasa, 4 September 2012

CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE

Salam bahagia buat semua..
Kali pertama membuat kek ini ia terus menjadi dan sedap di makan.Saya membuat kek ini pada Hari Merdeka yang lepas bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya yang ke -18.Kali pertama juga saya menulis di atas kek.Sampai terketar-ketar tangan.Tengoklah tulisannya entah macam apa!

Terliur tak bila lihat Chocolate Cheese Moist Cake ini.Rasanya  lemak berkrim dan amat lembut sekali!.Bila saya terpandang buat kali pertama,saya dah dapat agak kek ini mesti sedap dan moist.
Keknya ada 4 lapisan termasuk base biskut yang sangat sesuai adunannya.Base biskut adalah dari biskut Tiger yang  rangup.Penggunaan biskut Tiger yang di buat base memang sedap selain dari biskut Marie dan juga boleh di gunakan biskut Oreo ataupun biskut Digestive.
Di bawah ini saya akan tunjukkan cara-cara membuatnya-

COKLAT CHEESE MOIST CAKE
Sumber:kakzusemanisgula.blogspot.com/ . thanks

Bahan-bahan
Lapisan bawah(base)-loyang 8 inci
  • 120 gm biskut tiger
  • 70 gm. mentega
saya buat-200 gm. biskut Tiger dan 100 gm. mentega

Cara membuatnya
  • Hancurkan biskut Tiger.Cairkan mentega dan satukan dengan biskut.
  • Tekan padat dalam loyang base(loyang spring form) dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Lapisan atas(2)-adunan cheese
  • 250 gm.cream cheese
  • 120 gm gula kastor  saya guna 100 gm.
  • 2 keping biskut tiger
  • 150 gm .whipping cream
  • 1 1/2 sudu makan gelatin
  • 80 ml.susu segar
Cara membuatnya
  • Biarkan cream cheese pada suhu bilik.Bila sudah lembut,putar cream cheese dengan gula kastor hingga kembang.
  • Masukkan whipping cream.
  • Gelatin dan susu segar di satukan dan masak di atas api hinga gelatin larut.
  • Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Tuangkan adunan cheese ke atas base biskut dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
                                        
 Chocolate Mousse(3)
  • 250 gm whipping cream
  • 1 sudu makan esen vanila
  • 1 sudu makan gelatin(cairkan dengan 50 ml.air panas)
  • 50 gm.serbuk koko + 80 gm.gula aising(satukan dengan 1/2 cawan air suam,jadikan pes)
  • 1 sudu makan nescafe+ 1/2 sudu makan air panas.
Cara membuatnya
  • Putar whipping cream hingga soft peak.
  • Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup- balik.
  • Tuang ke atas lapisan cheese tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga mousse keras sebab akhir sekali kita nak tuang Coklat ganache.
                                                    
Coklat ganache(4)
  • 35 gm.serbuk koko
  • 50 gm.gula kastor
  • 150 gm .whipping cream
  • 80 gm.coklat masak
  • 30 gm.mentega
Satukan kesemua bahan dan masak secara double boiler.
Saya buat resepi ini-
  • 200 gm.coklat masakan
  • 150 gm.whipping cream
Masak secara double boiler.



  • Keluarkan kek dari loyang Spring form dan tuangkan Coklat ganache ke atas kek dan sejukkan semula di dalam peti sejuk(sebaik-baiknya selama 8 jam) .
  • Hiaskan mengikut kreativiti sendiri.