Memaparkan catatan dengan label COKLAT HOMEMADE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label COKLAT HOMEMADE. Papar semua catatan

Rabu, 29 Ogos 2012

COKLAT WAFFLE

Salam bahagia buat yang sudi membaca....
Catatan harian saya selalunya dimulakan dengan sedikit intro dahulu.Intro saya hari ini ialah..

Buatlah sesuatu supaya kita beri orang suka,
Buatlah sesuatu supaya kita beri orang gembira,
Buatlah sesuatu supaya kita beri orang mudah....dan itulah yang berlaku hari ini bila tiba-tiba saya di panggil bekerja ketika dalam cuti.Saya anggap itu semua ketentuanNYA...dan saya terima dengan hati yang terbuka.
Saya telah berbuat sesuatu untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang saya hormati.titik.
Jeng..jeng, hari ini nak letak lagi gambar coklat homemade.Kali ini saya menggunakan pula biskut Waffle.Hari tu saya menggunakan biskut Oreo dan anak-anak komplen rasanya manis sangat walaupun habis dimakannya(pandai je komplen,yang kita ni habis comot tangan dengan coklat cair!)..versi edit membebel sorang-sorang...kalau tak edit ayat ni lagi panjang!

COKLAT WAFFLE
Olahan dari resepi Coklat Oreo
Sumber:Azlita masam manis

Bahan-bahan
  • coklat compound(Collata)
  • biskut waffle coklat
  • acuan coklat bulat
  • bunga hiasan
 Cara membuatnya
  • Cairkan coklat secara double boiler.
  • Sudukan atau masukkan ke dalam piping bag(biar sedikit sejuk).
  • Masukkan sedikit coklat ke dalam acuan bulat,letakkan biskut waffle dan tekan sedikit.
  • Kemudian masukkan sedikit lagi coklat ke atas biskut waffle hingga menutupi kesemua iskut.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk dan bila ia sudah keras,keluarkan dari acuan.
  • Hiaslah coklat anda mengikut kreativiti sendiri.

Sabtu, 7 Julai 2012

COKLAT HOMEMADE DWI-WARNA

COKLAT HOMEMADE DWI-WARNA
Sumber:blog Resipi coklat.tenkiu!

Bahan-bahan

Coklat compound. 
  • Boleh pilih sama ada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate)
  • Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat – kismis, almond, kacang, dan sebagainya. Ini hanyalah sekadar pilihan sahaja.
Nota tambahan :
Terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai bahan kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.Saya menggunakan Colatta

Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade

Anda juga perlu menyediakan peralatan seperti berikut
Coklat mould
  • Terdapat pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati/love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.
Piping bag 
  • untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping bag, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.

Resepi Coklat Homemade cara membuatnya

  • Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik double boiler. 
  • Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan.
  • Setelah coklat cair, isikan piping bag dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.Boleh juga letak pewarna yang di sukai.
  • Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat.
  • Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
  • Sejukkan dalam peti ais.Selamat mencuba.

Isnin, 2 Julai 2012

COKLAT OREO


Salam bahagia buat semua...
Coklat homemade ini menggunakan coklat kompaun brand colatta.Saya menggunakan coklat susu  kompaun yang di letakkan biskut oreo di tengahnya.,cuma Edible image tidak di letakkan.

COKLAT OREO
By : Chef Amer
dari blog:Azlita masam manis/Tq!
 
Bahan-bahan
  • 300 gm coklat susu kompaun
  • 1 bungkus biskut oreo
  • Edible Imej secukupnya.
Cara membuatnya
  • Coklat susu kompaun di racik halus.
  • Cairkan coklat susu kompaun secara double boiler
  • Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
  • Masukkan coklat dalam piping bag.
  • Mula-mula sediakan acuan coklat berbentuk bulat.
  • Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.
  • Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja.
  • Kemudian ketuk-ketukkan acuan  atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar.
  • Selepas itu, susunkan biskut oreo.
  • Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya masuk ke dasar acuan.
  • Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.
  • Hentakkan lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
  • Simpan dalam peti ais hingga mengeras.
  • Setelah keras keluarkan dari acuan.
  • Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya.
  • Sediakan Edible Imej yang kita suka.
  • Sapukan sedikit coklat di belakangnya.
  • Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi.
  • Kemaskan.

Ahad, 16 Oktober 2011

CHOCOLATE ROSES

Saya belajar membuat homemade coklat dari internet selepas anak- anak begitu suka memakannya.Hari tu ada kelas coklat yang di anjurkan oleh Sweetbery tapi tak sempat nak gi pulak sebab bekerja pada masa jadual kelas coklat tu.
Siapa penggemar coklat,lepas ni boleh buat coklat sendiri. Dijamin sedap. Aktiviti pagi Jumaat pada minggu lepas.Hilang tension sekejap!.
Dulu saya tak tau nak buat coklat guna coklat jenis apa. Sekarang saya share cara buat coklat dekat blog ini. 

Untuk buat coklat yang sedap kita kena gunakan coklat compound brand Colatta. Dekat pasaraya takde jual coklat jenis ni, cuma ada di kedai kek. Saya beli di kedai Sweetbery/Citarasa. Kalau buat Almond London guna coklat ni memang sedap(kalau nak makan sendiri boleh la).Mahal ooiii!.Macam-macam mould ada di jual.Saya cuma beli mould rose ,nombor dan kulit kerang.Nanti nak tambah lagi!.

Ada 3 jenis compound coklat ni iaitu dark, milk dan white. Saya gunakan milk coklat.
Bahan-bahan 
  • 1 bar coklat compound
  • badam biji/Hazelnut secukupnya(pilihan)
Cara membuatnya
    • Panaskan coklat guna kaedah double boiler.
    • Badam dibakar untuk letak dalam coklat nanti
    • Mula-mula letakkan sedikit sahaja coklat dalam mould kemudian sejukkan selama 3 minit dalam freezer. 
    • Letak coklat guna sudu, kalau guna piping bag, coklat masih panas.
    • Letakkan sedikit coklat dahulu kemudian keraskan supaya corak tadi akan menjadi cantik dan berkilat.   
    • Apabila coklat sudah keras, bolehlah letak badam atau apa2 inti yang disukai, kemudian dilapisi dengan coklat semula. Simpan kembali dalam freezer selama 3 minit ataupun sehingga coklat mengeras.
    • Tara..dah siap. 
    • Untuk mengeluarkannya,telangkupkan mould dan ketuk-ketukkan mould hingga coklat keluar.