Khamis, 23 April 2026

SHERPED'S PIE


 Assalam buat semua ..
Sherped's Pie yang saya buat ini adalah tempahan bos kakak ditempat kerja
Buat dalam bekas-bekas kecil begini untuk semua 6 orang staf
Kalu tiada selera makan nasi boleh cuba buat menu ini
Resepi di ambil Dari TikTok
Let's try buat

SHERPED'S PIE
Bahan
A-Lapisan daging

500 gm.daging cincang
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang karot
1 batang saderi
1 biji tomato
1 kiub daging
5 sudu besar sos Prego traditional atau 
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk Lada hitam
1 sudu kecil mixed herbs
2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

B-Lapisan kentang

5-6 biji ubi kentang besar
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Garam,Lada sulah,serbuk Lada hitam secukup rasa

 Keju parut
Cili flakes
Oregano

Cara membuatnya
1.Sediakan lapisan daging
Potong dadu kecil karot,batang saderi dan tomato
Cincang halus bawang besar dan bawang putih
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang cincang hingga wangi dan keperangan 
Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak 
Masukkan karot,saderi,tomato,sos Prego traditional,serbuk Lada sulah dan kiub daging
Perasakan dengan mix herbs,garam dan gula.Tambah air sedikit
Masak hingga kuah sedikit pekat dan sedap rasanya
Ketepikan

2.Sediakan lapisan kentang
Rebus kentang hingga masak dan lenyekkan
Tambah serbuk Lada sulah,mentega,sudu,serbuk Lada hitam dan keju parut
Kacau sebati.

3.Susun dan Bakar
Masukkan lapisan daging kedalam bekas tahan panas
Ratakan kentang lenyek
Buat garisan dengan garfu untuk corak dan jadi lebih garing
Taburkan keju parut diatasnya jika suka
Taburkan cili flakes dan oregano
Bakar hingga keju cair dan warna sedikit perang.

Rabu, 22 April 2026

KEK PISANG


 Assalam buat semua..
Saya paling suka buat Kek Pisang
Sudah bermacam resepi saya cuba
Semuanya mudah dan rasanya sedap saja
Kek ni saya buat makan-makan sempena jamuan perpisahan rakan sekerja.
Resepinya mudah dan ringkas sahaja
Adunan kek digandakan
Let's try buat.

KEK PISANG

Bahan
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
3 biji telur-
8-9 biji Pisang Emas
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam

Bahan ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara membuatnya
Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer
Putar hingga sebati
Masukkan bahan ayak dan kaup-balik sahaja
Alas loyang size 8 atau 9 inci
Masukkan adunan dan ratakan
Letak hiasan jika suka
Bakar dalam suhu 150'c hingga masak bergantung pada oven masing-masing.

*Kek Pisang lebih sedap jika dibiarkan semalaman sebelum dipotong.

Ahad, 12 April 2026

KEK KAROT


 Assalam buat semua..
Teringin makan Kek Karot sebab dah lama tak buat kek
Jumpa resepi kat Tik Tok
Nanti saya cuba satu-satu sebab nampak semua pun sedap saja
Kali pertama guna resepi ini menjadi juga cuma saya kurangkan sukatan kedua jenis gula
Let's try buat

KEK KAROT

Bahan A
4 biji telur-
120 gm.gula kastor
120 gm.gula perang
200gm.minyak

Bahan B
200gm.tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
2 cawan karot parut
2 cawan walnut-sangai dan cincang kasar

Cara membuatnya
Bahan A
Putar telur,gula halus,gula perang sampai kembang dan masukkan minyak.

Masukkan bahan B dan sebatikan
Satukan kesemuanya dan masukkan bahan C,gaul rata.
Alas baking paper kedalam loyang 9 inci
Bakar pada suhu 250-170 bergantung pada oven masing-masing selama 30-40 minit.
Bila masak,sejukkan.

Topping
250 gm.cream cheese
5 sudu besar gula aising
1/4 cawan mentega
Sedikit jus lemon

Putar kesemua bahan hingga gebu
Sapu atas kek bila sejuk.

Ahad, 8 Mac 2026

EGG DROP SOUP

Assalam buat semua..
Hidangan menu sahur 18 Ramadan
Dah kurang semua selera makan,saya buat menu berkuah dan makan panas-panas masa sahur.
Nampak berselera juga,Syurga2 saya makan sahur pagi ini.
Resepi mudah dan ringkas ini kredit untuk KA
Let's try buat

EGG DROP SOUP

Bahan
1 paket Tofu telur(3 batang)
4 biji telur- dikacau
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang merah-hiris
2 kiub pati ayam
3 batang Crab stik -hiris memanjang
3 biji cendawan-hiris
4 cawan air
1/2 biji karot-dadu kecil
3 sudu tepung jagung larutkan dengan 3 sudu air
1 sudu minyak bijan
1 sudu gula
1 sudu lada putih

Untuk tabur
Daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya
(A)Goreng Tofu
Salut Tofu dengan tepung jagung
Panaskan minyak dan goreng hingga Tofu perang keemasan.
Ketepikan

(B)Tumis bahan
Buang sedikit minyak lebihan goreng tadi,tumiskan bawang putih,bawang merah hingga naik bau/wangi.
Tambahkan air,kiub pati ayam dan karot
Rebus hingga lobak lembut

(C)Pekatkan kuah
Kecilkan api,tuang telur perlahan-lahan sambil di kacau lembut untuk hasilkan bentuk bertali.
Masukkan bancuhan tepung jagung

(D)Tambah bahan lain
Masukkan Crab stik,cendawan,lada putih,gula dan minyak bijan.Kacau sebentar

(E)Hidangan
Taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Tip
1.Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk elakkan kuah terlalu pekat

2.Kecilkan api semasa tuang telur untuk elak telur jadi keras.

Selasa, 20 Januari 2026

YONG TAU FU


 Assalam buat semua..
Resepi pertama di tahun 2026
Saya pernah sekali dulu buat Yong Tau Fu.
Kali ini ulang lagi sebab hari-hari dok lintas depan mata,rasa macam teringin pula nak makan
Boleh saja nak beli kat Pasar malam tapi rasa puashati sikit bila buat sendiri,
yang penting boleh menambah!

Yong Tau Fu yang bermaksud Tauhu 
sumbat pada asalnya mengunakan kulit tepung gandum
Bila zaman sudah berubah,macam-macam pula disumbat guna sayuran samada dikukus,celur atau goreng
Intinya boleh guna isi ikan 
Kuah pula ada dua jenis iaitu kuah hitam dan merah
boleh juga dimakan dengan kuah sup
Saya hanya buat kuah merah sahaja pada kali ini

YONG TAU FU

Bahan inti
Isi Ikan tenggiri
1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung ubi

Kisar isi ikan bersama semua bawang
Masukkan kedalam mangkuk
Tambah serbuk kada sulah,serbuk lada hitam dan tepung ubi
Gaul rata dan ketepikan

Bahan sayur(pilihan sendiri,)
Terung
Lada hijau
Bendi
Peria
Cendawan Shiitake
Makanan Sejuk beku
Sayur kangkung
Telur puyuh(pilihan)

Bahan kuah
Bawang putih
10 tangkai cili kering
Gula melaka
Tepung jagung
Bijan
Garam gula,perasa
Kacang tumbuk(pilihan)

Cara membuatnya
Belah sayur bendi,cili hijau,keluarkan biji
Peria potong bulat,keluarkan biji dan rendam sekejap dalam air bercampur garam untuk buang pahit.
Terung potong serong sederhana tebal dan belah tengah jangan sampai putus
Sumbat kesemuanya dengan isi Ikan sampai habis
Kukus sekejap dan hanya terung digoreng
Sayur kangkung dan makanan sejuk beku di celur

Kuah
Lada kering digoreng dengan sedikit minyak hingga garing
Toskan dan kisar dengan bawang putih
Masukkan kedalam periuk tambah gula melaka dan air secukupnya
Masak hingga mendidih,tambah tepung jagung,garam,gula dan perasa ikut citarasa sendiri.
Boleh tambah bijan dalam kuah

Bila menghidang
Potong sayuran,letak kuah dan tabur kacang jika suka

Sabtu, 6 Disember 2025

ROTI JALA

Assalam buat semua..
Dulu-dulu,kalau nak makan Roti Jala,saya akan menempahnya
Lama-lama,anak-anak jadi suka makan,
saya usaha untuk cuat sendiri pula
Banyak kali cuba dan banyak kali try buat 
Walau tak cantik menjala seperti orang yang telah mahir,tapi tetap puashati sebab ia dibuat sendiri
Saya makan Roti Jala ini dengan kuah Kari ayam
Dalam banyak- banyak resepi yang saya telah cuba,ini adalah a keeper recipe Roti Jala untuk saya
Let's try buat

ROTI JALA
Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air(boleh campur dengan susu atau santan
1 biji telur
1 1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
Pewarna kuning

Cara membuatnya
Kisar kesemua bahan sehingga ia membentuk satu pusaran sebesar jari di tengah adunan
Tapis adunan dan masukkan kedalam acuan Roti jala
Lengserkan sedikit minyak pada kuali rata anti lekat hanya pada permulaan sahaja
Boleh lah menjala sampai habis



Sabtu, 22 November 2025

KEK MARBLE CORAK KAYU


 Assalam buat semua..
22 November 2025
Sudah dua hari hujan turun dengan lebat di Kota Bharu
Sesetengah tempat sudah dinaikki air
Tak boleh keluar rumah walaupun hari ini saya cuti
Saya habiskan masa hari ini dengan berada didapur sahaja.
Buat kek,makan panas-panas masa hujan ni sedap juga
Lagipun dah lama tak buat kek
Let's try baking

KEK MARBLE CORAK KAYU

Bahan
4 biji telur gred A
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan mentega cair
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat Manis
2 sudu besar full cream milk
1 sudu besar Coklat emulco

Cara membuatnya
-Putar telur,ovalette,gula kastor,esen vanila,susu pekat manis dan susu full cream serta tepung naik sendiri selama lebih kurang 5 minit dengan kelajuan tinggi
-Pukul hingga adunan kelihatan putih, kembang,ringan dan gebu
-Tambah kan mentega cair,kaup-balik adunan secara perlahan guna spatula
- alas loyang 8 inci dengan baking paper
-Panaskan oven pada suhu 150-160'c
-terus tuang coklat emulco kedalam adunan kek
-guna spatula untuk kacau perlahan adunan seleret sahaja,jangan kacau sampai sebati penuh
-biarkan corak seperti urat kayu
-tuang perlahan-lahan ke dalam loyang kek 
-bakar selama 45-60 minit bergantung pada oven masing-masing
-Sejukkan dahulu sebelum dipotong

Jumaat, 14 November 2025

MANTOU WITH BUTTERMILK CHICKEN


 Assalam buat semua.
Baru kali pertama cuba makan mantaou
Sebelum ini saya ingat Mantaou ni hanya boleh dikukus sahaja
Rupa-rupanya Mantou yang digoreng dan cicah dengan kuah amat lah sedap
Boleh guna juga mana-mana kuah seperti Mushroom soup,kuah Kari,sardin dan tak lupa seperti resepi hari ini,kuah buttermilk
Let's try buat

MANTOU WITH BUTTERMILK CHICKEN

Bahan
2 paket mantou
-digoreng dalam minyak sederhana panas
-toskan.

Buttermilk Chicken
Bahan
Isi peha/dada ayam-potong kecil
1 biji telur
Gaul rata ayam dan telur
Salut dengan tepung Bestari kemudian digoreng
Ketepikan

1 biji bawang holland-dadu
6 ulas bawang putih-cincang
2 tangkai daun Kari
6,biji cili padi-hiris
1/2 kiub pati ayam
3 keping keju slice
Serbuk Lada hitam
Susu full cream/susu cair5
Mentega

Cara membuatnya
Cairkan mentega dan tumis bawang kemudian masukkan cili padi Dan daun Kari
Tambah susu dan air secukupnya
Masukkan kiub ayam,serbuk Lada hitam dan keju slice
Kacau rata dan sesuaikan rasanya
Masukkan ayam goreng tadi dan kacau rata
Tambah sedikit air lagi jika ingin berkuah
Sedia untuk dicicah dengan mantaou.

Selasa, 21 Oktober 2025

BUN CHICKEN PIZZA


 
Assalam buat semua..
Saya guna roti bun untuk buat pizza mini ini
Sesuai untuk buat makan pada waktu petang atau malam
Resepinya saya jumpa kat IG
Lets's try buat

BUN MINI PIZZA

Bahan
Roti bun-potong dua
Isi dada ayam-dikisar
Bawang besar
Bawang putih
Cili flakes
Mayonis
Serbuk cukup rasa
Serbuk Lada hitam
Serbuk lada sulah

Keju mozzarella parut

Cara membuatnya
Cincang halus bawang besar dan bawang putih
Panaskan mentega dan tumis bawang hingga naik bau
Masukkan isi ayam kisar,cili flakes,serbuk lada sulah,lada hitam dan cukup rasa
Kacau sebati hingga ayam masak
Sesuaikan rasanya dan angkat
Ambil roti bun tadi,tekan sikit bahagian tengah dan isi inti ayam
Paipkan sedikit mayonis dan taburkan keju mozzarella.
Bakar dalam oven hingga keju kelihatan  perang.
Bila masak,susun atas pinggan.

Rabu, 8 Oktober 2025

CHEEZY CHICKEN CASSEROLE


 Assalam buat semua
Saya kongsikan satu resepi yang saya tengok di Threads
Resepinya mudah dan rasanya agak sedap untuk selera saya
Waktu itu didapur tiada keju parut jadi saya guna keju Cheddar sahaja
Saya masak untuk hari Lahir seorang manusia baik sahabat Syurga
Let's try masak

CHEEZY CHICKEN CASSEROLE

Bahan
250 gm.isi dada ayam
7-8 biji ubi kentang
60 gm.mentega
1 biji bawang besar-potong halus
2 ulas bawang putih-cincang
2 biji cili hijau-potong kecil

Sos Bechamel
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
300 ml.susu

1 sudu kecil serbuk perisa ayam
1 sudu kecil serbuk Lada hitam
1 sudu kecil  cili flakes
Keju parut secukupnya

Cara membuatnya
Kupas kentang dan potong dadu
Caikan mentega dan goreng kentang dadu hingga keperangan
Masukkan ke dalam loyang

Panaskan sedikit minyak,goreng ayam hingga masak
Masukkan bawang besar,bawang putih,serbuk perisa ayam Dan serbuk lada hitam
Tumis hingga berbau wangi
Tuang ayam keatas ubi kentang tadi Dan ratakan

Sos Bechamel
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum,kacau rata
Tuang susu dan masak hingga pekat
Tuang sos keatas ayam,taburkan cili flakes
Taburkan keju parut secukupnya
Bakar dalam oven dengan suhu 160'C Selama 20-25 minit sehingga keju keperangan.

Bila masak bolehlah dihidangkan dengan salad jika suka.