Memaparkan catatan dengan label TAUHU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAUHU. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2019

BERGEDIL TAUHU

Assalam buat semua..
Bergedil tauhu... yang viral terus rasa nak cuba buat.
Dulu-dulu orang suka buat Tauhu sumbat.
Ok yang tu hold dulu..kita try makan yang ni pulak
Harga yang di jual pun boleh tahan juga.
Supaya dapat makan puas-puas ,saya cuba buat kali ni.
Ia menggunakan Tauhu kering,kalau di Kota Bharu ni ada jual kat TESCO.
Boleh lah untuk makan sendiri.
Let's try buat.

BERGEDL TAUHU

Bahan-bahan
1 bungkus besar tauhu kering
3 biji kentang-rebus dan lenyek
1 cawan isi ayam kisar
1 batang karot-parut halus
1 tin cendawan butang-cincang
1 biji cili merah-cincang
3 biji bawang merah-goreng
daun bawang dan daun sup
serbuk lada putih dan lada hitam
garam secukup rasa

Bahan celupan
3 biji telur
serbuk lada putih

Cara membuatnya

  • Rebus dan lenyek kentang.
  • Isi ayam di masak sebentar hingga airnya kering
  • Kemudian campurkan dengan semua bahan di atas dan gaulkan dengan kentang lenyek tadi.
  • Sesuaikan rasa dengan citarasa masing-masing
  • Ambil tauhu kering dan guntingkan di atasnya.Keluarkan isinya.
  • Ambil isinya dan masukkan ke dalam bahan inti tadi.
  • Kemudian sumbat semula ke dalam tauhu.
  • Panaskan minyak dan celup tauhu ke dalam telur.
  • Goreng hingga kekuningan.
Sambal kicap
6 tangkai cili kering
4 biji cili padi/ikut pedas
2 ulas bawang putih
2 sudu gula perang
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
sedikit tepung jagung yang di bancuh air

Cara membuatnya
  • Goreng cili kering,bawang putih dan cili padi dengan sedikit minyak
  • Kisar kesemuanya dengan sedikit air dan bahan-bahan lain.
  • Masak kesemua bahan hingga pekat
  • Perasakan ikut citarasa masing-masing.
  • Siap di hidang bersama tauhu bergedil.

Sabtu, 27 Oktober 2018

TAUHU SUMBAT DAGING

As salam buat semua..
Pertama kali saya cuba resepi Tauhu Sumbat Daging rasanya agak sedap juga.
Sesuai untuk kudapan di waktu petang.
Ia garing di luar dan lembut di dalam
sedap di makan dengan sos cili Thai.
Let's try buat

TAUHU SUMBAT DAGING

Bahan-bahan
Tauhu goreng
tauhu cincang halus
isi ayam/daging/ikan
bawang besar
bawang putih
karot
daun ketumbar/daun bawang
serbuk lada sulah
garam

Untuk salutan
telur
tepung beras
garam

Cara membuatnya

  • Tauhu goreng di potong dua melintang dan buat lubang di tengahnya.
  • cincang bawang besar,bawang putih dan parut karot.
  • Daun ketumbar dan daun bawang di hiris halus.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  • Tumiskan bawang besar,bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan serbuk lada sulah.
  • Masukkan karot,tauhu cincang,daging/ayam dan sedikit air, garam,daun sup/daun bawang.
  • Bila masak bolehlah di angkat.
Cara menyediakannya

  • Ambil inti daging dan sumbat ke dalam tauhu.
  • Buat sampai habis.
  • Pecahan telur,masukkan tepung beras dan sedikit garam.
  • Kacau rata.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Celupkan tauhu sumbat di dalam adunan telur dan goreng hingga garing.
  • Toskan minyaknya dan sedia untuk di hidang bersama sos cili.


Selasa, 6 September 2016

TOFU TELUR BLACK PEPPER


Assalam buat semua..
Kali ini masak lagi resepi kesukaan saya ini..
Makan dengan nasi atau makan begitu sahaja pun boleh juga.
Campurkan dengan apa-apa saja sama ada isi ayam ,sayuran dan telur semuanya sedap belaka.
Let's try buat

TOFU TELUR BLACK PEPPER

Bahan-bahan
3 batang tofu telur-potong bulat
1/3 cawan karot parut halus
1/2 biji bawang besar-potong kiub
2 ulas bawang putih-cincang halus
daun sup-hiris halus
serbuk lada hitam
3 sudu besar sos lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya utk.kuah
tepung jagung utk.pekatkan kuah
minyak sayur

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak dan goreng tofu hingga garing dan perang.Toskan.
  • Buang lebihan minyak dan tinggalkan dalam 4 sudu besar.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan air secukupnya,sos lada hitam,sos tiram,serbuk lada hitam,kiub pati ayam dan karot parut.
  • Biarkan kuah hingga mendidih.
  • Bancuhkan tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam kuah untuk pekatkannya.
  • Sesuaikan rasa kuah dan bolehlah di angkat.
  • Masukkan kuah ke dalam mangkuk dan letakkan tofu telur yang telah di goreng tadi ke dalam kuah.
  • Taburkan hirisan daun sup di atasnya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 12 Mac 2016

TEMPE GORENG

Assalam buat semua..
Saya suka makan tempe yang di goreng ringkas seperti ini
rasanya seperti isi ayam goreng.
beli satu paket yang berharga Rm 1,cukuplah untuk saya seorang yang makan.Orang lain kat rumah ni semuanya tak makan tempe.
Let's try masak.

TEMPE GORENG

Bahan-bahan
1 paket tempe
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh gula perang
1 biji lada hijau
1/2 biji bawang besar
minyak sayur untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Tempe di potong dua dan kemudian hiris memanjang
  • Gaulkan dengan semua bahan di atas   kecuali lada hijau dan bawang.
  • Letak sedikit air supaya bergaul rata dan biarkan sebentar.
  • Panaskan minyak sayur dan goreng tempe hingga garing.
  • Bila sudah kekuningan dan garing,masukkan lada hijau dan bawang besar.
  • Biarkan sebentar dan bolehlah di angkat.

Sabtu, 11 April 2015

KONG-FU TOFU TELUR

 As-Salam buat semua..
Having my sweet time in the kitchen again..hari ini tidak bertugas.Macam biasa la saya masuk dapur,main masak-masak.Kadang-kadang tu saya sentiasa nantikan hari di mana saya berada di rumah sepanjang hari untuk mencuba resepi-resepi dalam my waiting list. 
Saya dah mula sibukkan diri semula dengan membuat semua perkara-perkara yang saya suka buat bila berada di rumah.Sepanjang hidup berada dalam realiti dunia medikal memang best.Tapi bila waktu bersendirian -baca puisi,baca novel,baca blog ,baca berita on-line,melukis dan akhir sekali memasak,mengambil gambar dan menulis blog ..saya boleh habiskan masa seharian dengan semua ini,ringan kepala sekejap..
KONG-FU TOFU TELUR
Sumber:Intai-Intai Dapur FHA thanks

Bahan A
3-4 batang tofu telur
minyak untuk menggoreng separuh tenggelam 

Bahan B
4 ulas bawang putih-hiris nipis
1 biji bawang besar saiz sederhana -hiris nipis
2 tangkai daun sup-potong 1/2 inci

Bahan C
3 cawan air
1 sudu teh serbuk cukup rasa
sedikit garam

Bahan D
1 sudu besar tepung jagung
1/3 cawan air biasa
*Satukan

Bahan E
1 biji telur ayam-pukul sedikit

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tofu sehingga perang.
  • Menggunakan minyak yang sama(keluarkan minyak yang berlebihan),tumis bahan B dan masak hingga 3/4 garing.
  • Masukkan bahan C dan masak hingga mendidih.Masukkan pula bahan D .
  • Apabila kuah sudah mendidih kembali,tuangkan telur dalam bentuk pusingan (supaya telur tidak masak berketul).
  • Menggunakan garfu carik-carikkan sedikit telur tersebut.
  • Biarkan 1 minit, angkat dan curahkan ke atas tofu.
  • Taburkan dengan sedikit daun bawang dan cili merah.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Khamis, 10 Julai 2014

SUP TOFU TELUR

As-Salam buat semua...
Salah satu hidangan berasaskan tauhu yang menjadi kesukaan dan selalu saya buat.Sup ini ringkas sahaja dan boleh di makan begitu sahaja atau pun dengan nasi.

SUP TOFU TELUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 batang tofu telur
1/2 barang karot-di parut
3 ulas bawang putih-cincang
1/2 labu bawang besar-dadu
1/2 keping dada ayam-cincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam Maggi
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit hirisan daun ketumbar
garam dan gula jika perlu
air secukupnya untuk kuah

Cara membuatnya
  • Tofu telur di potong bulat dan goreng di dalam minyak hingga keperangan dan kelihatan sedikit garing.Angkat dan toskan.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.Masukkan ayam cincang dan gaul rata.
  • Masukkan sos tiram dan karot yang di parut tadi.Tambahkan air dan kiub pati ayam.
  • Biarkan sebentar hingga mendidih.Tambahkan tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air.
  • Sesuaikan rasanya dengan sedikit garam dan gula dan serbuk lada hitam.Bolehlah di angkat.
  • Masukkan ke dalam mangkuk sup,letakkan tofu telur yang di goreng tadi serta taburkan hirisan daun bawang.Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 21 Februari 2014

TAUHU GORENG RENCAH AYAM

As-Salam buat semua...
Dah lama saya tak masak tauhu,dah ketandusan idea nak mengolah tauhu walaupun macam -macam resepi saya jumpa kat blog masakan.Dalam dok cari-cari resepi tu,terjumpa resepi Tauhu goreng rencah ayam ni,nampak macam best aje.dah buat memang best pun(mesti la kita yang buat!!),sedap di makan begitu sahaja atau dengan nasi. 

TAUHU GORENG RENCAH AYAM
Sumber:recipesasha.blogspot.comThanks.

Bahan
tauhu -potong dua   saya potong empat
lada sulah 
secubit garam

campurkan semua bahan di atas.
salutkan tauhu dengan tepung yang telah di gaul tadi
goreng dengan minyak yang banyak dan panas
angkat dan ketepikan.

Bahan rencah ayam
isi ayam secukupnya-di dadu kecil
seulas bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
sedikti lada sulah
sedikit kicap manis
sedikit minyak bijan
daun bawang -untuk hiasan
secubit garam

Cara membuatnya
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Masukkan isi ayam,kacau rata hingga ayam masak.
  • Masukkan kicap,lada sulah dan garam secukup rasa.Tutup api
  • Letakkan minyak bijan di atas ayam.
  • Susun tauhu di atas pinggan.Sudukan isi ayam atas tauhu dan hias dengan daun bawang dan lada merah hiris.

Khamis, 26 Disember 2013

TOFU TELUR BLACK PEPPER


As-Salam buat semua...
Saya kena bertugas pada 25 disember semalam di mana semua orang bercuti dan hari ini tiba giliran saya pula bercuti di mana semua orang kembali bertugas.Macam tu lah rutin kehidupan saya  yang kadang -kadang tak sama dengan orang lain.Ok kembali kepada resepi yang nak di postkan hari ini iaitu Tofu telur yang saya masak untuk hidangan tengahari nanti.Dah lama tak masak Tofu telur,ramai peminatnya dalam rumah ni!

TOFU TELUR BLACK PEPPER
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 bungkus tofu telur-potong bulat
2 biji cendawan shiitake-potong nipis
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji lada merah-potong halus
1/2 inci halia-cincang
1/2 labu bawang besar-potong dadu
1/2 batang karot-potong dadu
1/2 batang saderi-potong nipis
daun sup/bawang-potong halus
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi 
air secukupnya-untuk kuah
tepung jagung-utk.pekatkan kuah
garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak di dalam kuali.Bila minyak sudah panas,masukkan tofu telur dengan perlahan-lahan dan goreng hingga nampak perang sedikit.
  • Goreng sampai habis dan toskan minyaknya.
  • Panaskan sedikit minyak lain dan tumiskan bawang putih,halia dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Tambahkan sos lada hitam,sos tiram,sos cili dan sos tomato dan serbuk lada hitam.Tambahkan air secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan saderi,karot dan lada merah dan masak sebentar lagi.
  • Tambahkan serbuk cukup rasa Maggi,garam dan gula secukup rasa.Pekatkan kuahnya sedikit dengan bancuhan tepung jagung.Padamkan api.
  • Akhir sekali,susunkan tofu telur yang telah di goreng tadi di dalam pinggan yang sesuai(saya letak dalam Hot plate).Curahkan kuah keatasnya.Taburkan daun sup/bawang.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Khamis, 25 April 2013

TAUHU SUMBAT IKAN

 As-Salam buat semua..

Saya jumpa resepi tauhu ni semasa blog walking kat blog Ieyda lesung batu.Selepas cuba membuatnya,rasanya boleh tahan juga.Sedap juga kalau di makan dengan sos cili atau sos pencicah.
Thanks Ieyda,saya kongsikan resepinya di dapur ini pula.

TAUHU SUMBAT IKAN
Sumber:lesungbatuieyda.blogspot.com/.thanks.

Bahan-bahan
4 keping tauhu putih empat segi
3 ekor ikan kembung
sedikit bawang besar-hiris nipis
1 biji bawang merah
1 tangkai daun bawang dan daun sup-hiris halus
1 bii lada merah-buang biji dan potong halus
1/2 biji limau kasturi
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa    saya guna sos ikan

Cara membuatnya
  • Rebus/kukus ikan dengan asam keping dan buang tulangnya dan ambil isinya sahaja.Lenyek dengan garfu-ketepikan.
  • Goreng tauhu hingga menjadi perang,angkat dan toskan minyaknya.
  • Belah dua tauhu ,korek isi dalam seperti dalam gambar di atas dan tinggalkan kulitnya sebagai sarung untuk mengisi isi ikan nanti.
  • Hancurkan sedikit isi tauhu(tidak perlu guna semuanya),campurkan dengan isi ikan tadi,bawang merah,bawang besar,daun sup,daun bawang dan cili merah.
  • Tambahkan garam/sos ikan dan serbuk lada hitam secukup rasa.Perahkan air limau kasturi(saya guna limau nipis)dan gaul rata.
  • Sumbatkan bahan yang telah disediakan ke dalam sarung tauhu tadi.Buat sehingga habis.Sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 20 April 2013

TAUHU BERDAGING


 As-Salam buat semua...

Saya masak tauhu lagi, tapi kali ini menggunakan tauhu lembut pula,lebih terasa kacang soyanya.Tambahan pula di makan bersama daging cincang  sedap aje bila masuk ke dalam mulut.Resepinya adalah dari Majalah Saji dan telah saya olah sedikit mengikut bahan-bahan yang ada di dapur.

TAUHU BERDAGING
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 buku tauhu lembut
125 gm daging cincang
2 ulas bawang merah-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar taucu-cincang
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula
daun bawang-cincang
minyak zaitun-untuk menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan pengukus terlebih dahulu.
  • Masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga keperangan.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng sebentar lagi.Masukkan daging cincang dan gaul rata.
  • Masukkan sos cili,sos plum dan taucu.Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan serbuk lada hitam dan gula.Sesuaikan rasanya.
  • Letakkan tauhu di dalam mangkuk tahan panas.Letakkan bahan campuran daging di atasnya.
  • Kukus selama 15-20 minit,angkat dan taburkan daun bawang di atasnya.Sedia untuk di hidangkan.

Selasa, 19 Mac 2013

TOFU TELUR BERSOS TIRAM

 As-Salam buat semua..

Semenjak anak-anak suka makan Tofu telur ni ,saya telah mencuba beberapa resipi Tofu telur yang sedap dan salah satunya adalah Tofu telur bersos tiram ini.Resepinya adalah dari Majalah Rasa.Kalau buat resepi ni selalunya ayam dan telur saya letak banyak supaya anak-anak puas makan.Kalau makan kat kedai selalu sahaja tak cukup!.

TOFU BERSOS TIRAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 paket tofu telur-di potong bulat dan goreng sebentar.
1/2 keping isi dada ayam-cincang halus
1 biji bawang besar-potong nipis
3 ulas bawang putih-cincang
1/2 ini halia-hiris panjang
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur-pukul  sedikit
air secukupnya
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik bau.Masukkan isi ayam dan gaul sebati.Tambahkan air secukupnya .
  • Masukkan kiub pati ayam,sos tiram dan kicap manis.Masak hingga mendidih.
  • Untuk memekatkan kuah,masukkan telur yang telah di pukul sedikit atau jika suka lebih pekat lagi boleh guna tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air.
  • Sesuaikan rasa kuahnya mengikut citarasa sendiri.
  • Susun tofu telur di dalam pinggan dan curahkan kuah pekat ke atasnya.Sedia untuk di hidangkan.

Isnin, 11 Februari 2013

TOFU KUAH PEKAT

Salam bahagia buat semua...

Hari ini saya akan menghadiri kenduri di rumah ibu saudara tapi sebelum tu nak juga masukkan satu lagi entri masakan semalam iaitu Tofu kuah pekat. Resepinya adalah dari blog Ieyda lesung batu.Thanks Ieyda di atas perkongsian resepi yang sedap ni.Tofu telur yang garing di luar dan lembut di dalam amat sesuai di masak secara begini.Saya tidak menggunakan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah sebaliknya hanya menambahkan telur sahaja.Jadi kuahnya tidaklah pekat sangat.. 

TOFU KUAH PEKAT
Sumber:lesungbatuieyda.blogspot.com  .thanks. Bahan-bahan

6 batang tofu telur
2 ulas bawang putih-di hiris
1 biji telur-di pukul
300 ml.air
1 inci halia-cincang
garam secukup rasa
serbuklada putih
2 sudu besar sos tiram
air bancuhan tepung jagung
sedikit minyak bijan
daun bawang/sup-potong halus
1/2 batang seleri -potong bulat   saya tambah
cili merah-hiasan

Cara membuatnya
  • Potong tofu bulat-bulat,celup tepung dan goreng hingga perang.
  • Toskan dan ketepikan dahulu.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia.
  • Masukkan air,serbuk lada putih,sos tiram,batang seleri dan garam scukup rasa.Saya letak sedikit gula untuk imbangkan rasanya.
  • Didihkan sebentar dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Kuah akan memekat dan masukkan telur sambil terus mengacau.
  • Masukkan daun bawang dan daun sup bersama cili merah.
  • Tutup api dan masukkan minyak bijan sambil di kacau rata.
  • Susun tofu goreng di atas pinggang yang sesuai.
  • Tuangkan sup kuah pekat ke atas tofu dan hidangkan.

Rabu, 26 Disember 2012

KEPINGAN TAUHU RANGUP

Salam bahagia buat semua...
Penghujung Disember tinggal beberapa hari lagi.Kalau boleh saya nak masukkan semua entri dalam tahun 2012 sebelum tahun baru menjelma.Banyak perkara  yang saya tak sempat buat ikut masa yang telah saya rancangkan.Macam la kehidupan saya ni sibuk sangat.Tahun depan bila sekolah di buka bermula lah kembali rutin harian saya yang sama setiap hari.Semoga segalanya bahagia....
Mari kita tengok resepi Tauhu goreng rangup ni.Sedap di makan panas-panas sambil di cicah dengan sos cili.

KEPINGAN TAUHU RANGUP
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 4 keping tauhu-belah dua dan potong nipis
  • 1 tangkai daun sup-potong halus
  • 1 cawan tepung berempah goreng serbaguna
  • air secukupnya
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak.Campurkan tepung berempah dengan air mengikut kepekatan yang bersesuaian. 
  • Tambahkan daun sup yang di potong halus dan gaul rata.
  • Celupkan kepingan kecil tauhu ke dalam adunan tepung dan goreng hingga warna keperangan. 
  • Bila masak,toskan minyaknya dan sedia untuk di hidang bersama sos pilihan.  


























Ta..ta  sampai jumpa lagi!.....

Isnin, 17 Disember 2012

TUMIS TOFU TELUR DAN SAYURAN


Salam bahagia buat semua..
Sekarang ni selalu saja masak sayur tumis air.Buat hari-hari dengan bahan yang berlainan.Ia tidaklah terasa jemu memakannya berbanding dengan sayur masak lemak.Saya pula jarang-jarang masak kuah lemak,jadi masak sayur sebegini selalu saja di buat hidangan  pada waktu makan.

TUMIS TOFU TELUR DAN SAYURAN
Sumber;daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 batang tofu telur
  • 3 helai daun kubis-di potong kecil
  • 1 biji tomato-potong enam
  • 2 tangkai sawi hijau
  • 3 biji cili padi-diketuk
  • 1 biji bawang besar-potong nipis
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji telur-di pukul sedikit
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk  Maggi cukup rasa
Cara membuatnya
  • tofu telur di potong bulat kepada 4 keping(semuanya jadi 8 keping).Panaskan minyak dan goreng tofu telur sehingga perang.Angkat dan toskan minyaknya.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya.Tambahkan air secukupnya untuk kuah .
  • Masukkan pati ikan bilis dan serbuk lada hitam.
  • Bila kuah mendidih masukkan telur dan kacau sekejap sayur sawi ,kubis dan cili padi.
  • Sesuaikan rasa kuah sayurnya dengan maggi cukup rasa, garam dan gula jika perlu.Masukkan tomato dan tofu telur tadi dan padamkan api.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Selasa, 16 Oktober 2012

MANGKUK TAUHU


Salam bahagia buat semua ...
Hari ini yang penuh dengan rasa bahagia(ayat jiwang lara saya!),entri resepi Mangkuk tauhu yang telah di buat petang semalam,bosan duduk keseorangan di hujung minggu kerana semua orang balik kampung. 
Sedap di makan dengan sos cili dan jus oren segar.

MANGKUK TAUHU
Sumber:sinaranmenu.blogspot.com/Puan Ros.thanks.
Bahan-bahan
    ,
  • 2 paket tauhu kering 
  • 200 gm minced chicken   saya guna minced meat
  • 1 biji tauhu pejal(tukar dgn udang jika suka)
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 pokok daun bawang dipotong halus
  • beberapa biji cili padi (sebanyak yang disukai) dipotong halus
  • 5 sudu besar bread crumb 
  • 1 biji cili hijau dipotong halus
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu sos Lea and Perins  
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 3 biji telur
Cara membuatnya
  • Buat potongan bentuk + dibahagian atas tauhu(no.1).Korek keluar sedikit bahagian dalam tauhu dan terbalikkan bahagian dalam tauhu menjadi bahagian luar untuk membentuknya seperti mangkuk bagi memudahkan kerja memasukkan inti(no.2)
  • Campurkan semua bahan didalam sebiji mangkuk.Pecahkan telur dan gaul rata.
  • Sudukan inti kedalam tauhu dan ratakan permukaannya.(no.3)
  • Panaskan 1 1/2 cawan minyak masak dan goreng tauhu dengan api sederhana.
  • Balik-balikan tauhu hingga semua bahagian garing.Angkat dan toskan minyaknya.
  • Siap untuk dihidang bersama nasi atau makan begitu sahaja.Hidang bersama sos kegemaran anda . 
                                   

Note: 1- Boleh dicampurkan  hirisan daun kesum jika suka.
          2- Tauhu ini boleh digoreng atau dikukus mengikut pilihan masing-masing

Ahad, 30 September 2012

POKET TAUHU



Salam bahagia buat semua...
Entri resepi pada hari ini ialah Poket Tauhu.Resepinya adalah dari blog Puan Ros-Sinaran menu.Rupanya adalah lebih kurang sama dengan Tauhu sumbat.Cuma ia di tambah dengan udang geragau.Saya tak makan udang geragau jadi saya gantikan dengan udang kecil segar.

POKET TAUHU
Sumber:sinaranmenu.blogspot.com/Puan Ros.thanks.
Bahan-bahan
  • 6 keping tauhu  
  • 1/2 biji karot yang di parut
  • 1 mangkuk kecil parutan sengkuang
  • 1/2 biji timun yang dibuang biji dan di potong halus
  • 2 ke 3 genggam udang geragau
  • Daun salad secukupnya(basuh bersih dan keringkan airnya) 
  • sedikit taugeh  saya tambah 
 Cara membuatnya
  • Sapukan sedikit serbuk kunyit dan garam pada tauhu.Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.
  • Dalam minyak yang sama goreng udang geragau yang telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya.Angkat dan keringkan minyak atas kitchen roll.Saya guna udang kecil segar.
  • Dalam mangkuk campurkan karot,sengkuang dan timun.Gaul rata.Tabur udang dan gaul lagi hingga semuanya bercampur mesra.
  • Tauhu yang telah digoreng di potong 2.Belah tengahnya dan keluarkan sedikit isinya.(untuk menyenangkan memasukkan sayur-sayuran).
  • Ambil sekeping tauhu dan masukkan sehelai daun salad.Letakkan pula campuran sayur-sayuran tadi.Buat sampai semua tauhu habis.
  • Siap untuk dihidang bersama sos pilihan masing-masing.
*Saya menggunakan sos cili Thai yang di campur sedikit air.
Resepi sos manis berbijan
  • Masukkan 3 sudu besar sos Hoisin kedalam mangkuk.Campurkan bersama air panas(jumlah air bergantung pada kepekatan yang dikehendaki).Kacau hingga sebati dan taburkan bijan yang telah di goreng tanpa minyak.

Khamis, 17 Mei 2012

TAUHU GORENG


























TAUHU GORENG
Sumber:Majalah Saji Oktober 2009

Bahan-bahan
  • 1 keping tauhu putih
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar susu cair
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • minyak -untuk menggoreng
  • 3 sudu besar air
Bahan sos
  • 100gm cili kering
  • 1-11/2 cawan gula(ikut manis)
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh cuka
  • 2 cawan air
Bahan hiasan
  • 1 biji timun-hiris
  • 1 biji sengkuang-hiris
  • kacang tanah-kisar/tumbuk halus
  • sotong kering -di goreng dan siat halus

Cara membuatnya
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama susu cair dan air.Kacau hingga sebati.
  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali untuk goreng terendam.
  • Celupkan tauhu ke dalam adunan telur.Kemudian gaulkan/salut dengan tepung gandum dan celupkan sekali lagi ke dalam adunan telur.
  • Ulang semula-dengan gaulkan sekali lagi dalam tepung gandum hingga rata.(2 kali dalam adunan telur dan 2 kali dengan tepung gandum).
  • Apabila minyak panas,gorengkan tauhu tersebut hingga garing .
  • Angkat dan potong tauhu menjadi bentuk kiub kecil kepada 9 bahagian.
  • hidangkan dengan hirisan sengkuang dan timun,kacang tanah kisar serta sotong kering dan sos.
Untuk sosnya
  • Potong cili kering dan rebus selama 10 minit.
  • Kisarkan cili kering bersama bawang putih dan air hingga halus.
  • Tambahkan cuka, gula dan garam secukup rasa dan kacaukan sebati.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.
nota
  • Saya menggunakan 5 keping tauhu putih keras yang di potong kepada kiub kecil sebelum di goreng.
  • Tidak guna sotong kering dan menambahkan karot yang di hiris.
  • Menggunakan  tepung goreng serbaguna yang di campur sedikit air untuk adunan batternya.

Jumaat, 4 Mei 2012

TAUHU UDANG

Salam bahagia buat semua yang sedang membaca.
Resipi yang di 'perturunkan' hari ini ialah Tauhu udang
dari Blog Sinaran Menu.
Salah satu resipi yang terbaik dari ladang!.Ye la kita kan suka makan tauhu,jadi kalau ada resipi yang sedap dan sesuai untuk di kongsikan di sini ,saya akan paparkannya untuk tatapan semua.Mesti cuba ,sedap....

TAUHU UDANG
Terimakasih untuk Puan Ros.
Bahan-bahan
  • 10 keping tauhu bentuk segi empat
  • 10 ekor udang-di cuci bersih ,buang kepala
  • 2 tangkai daun kesum-hiris halus
  • 1/2 helai daun kunyit -hiris halus
  • 1 tangkai daun pasli-hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar-mayang nipis
  • 1 biji cili merah-potong halus
  • 3 biji telur
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sdk.lada sulah
  • 2 cawan minyak masak
Cara membuatnya
  • Buat lubang memanjang di atas permukaan tauhu dan korek keluar sedikit isinya.
  • Dalam mangkuk,kacau telur bersama garam dan lada sulah.
  • Masukkan bahan-bahan yang di hiris dan kacau sebati.
  • Masukkan satu sudu kecil bancuhan telur ke dalam tauhu dan letakkan seekor udang.
  • Masukkan lagi dalam 3 sudu bancuhan telur sehingga permukaan tauhu nampak penuh(jangan bimbang bila nampak telur meresap ke dalam tauhu dan kelihatan seperti kering).
  • Buatlah sampai habis.Jika ada lebihan telur yang mengalir keluar dalam pinggan,masukkan semula ke dalam tauhu.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana.Masukkan sebiji tauhu secara perlahan.Gunakan 2 batang sudip,satu untuk menekan tauhu dan satu lagi untuk menyeduk minyak panas(lakukan dengan cepat) dan siram ke atas tauhu agar telur cepat masak.
  • Bila telur di atas tauhu kelihatan masak,bolehlah balik-balikkan tauhu sehingga garing di semua bahagian.
  • Masaklah sebiji-sebiji sampai habis.Siap untuk di hidang.
Nota(ubah-suai ikut cara  sendiri)
  • Telah memotong dua tauhu dan jadilah tauhu itu separuh, baru di letakkan udang(saya cuma membuat separuh dari bahan-bahan resipi ini).
  • Telah menggantikan semua daun dengan daun sup/bawang.
  • Isi yang di korek keluar,saya hancurkan dan masukkan ke dalam adunan telur.
  • Menghidangkan tauhu udang ini dengan sos pencicah.
  • Membuang kulit udang separuh,cuma ekor sahaja di tinggal kulitnya.