Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mei 2019

BISKUT

Kesalahan yang selalu berlaku ketika membuat biskut

TERLALU PADAT
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Terlalu banyak tepung
  • Tidak cukup lemak atau mentega
  • Sukatan gula tidak tepat.
  • Mengadun terlalu lama.
 

TERRLALU RAPUH            
  • Terlalu banyak gula,lemak/mentega,agen  penaik
  • Pengadun tidak sempurna
  • Tidak cukup telur








TERLALU KERAS
  • Pengadunan tidak sempurna
  • Bakar terlalu lama
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Terlalu banyak tepung
  • Tidak cukup lemak atau mentega dan cecair
                                                      
                                      
                                                                                                        
                                                            
                                                                TIDAK GARING
  • Suhu oven terlalu rendah
  • Tidak cukup bakar,
  • Tidak cukup gula










TERLALU KEMBANG
  •  Suhu oven telalu 
  • Tidak cukup tepung 
  • Terlalu banyak gula,agen penaik,cecair
  • Terlebih glis dulang
                                                                




TERLALU PERANG
  • Suhu oven terlalu tinggi
  • Bakar terlalu lama
  • Terlalu banyak gula




TIDAK CUKUP KEMBANG
  • Suhu oven terlalu tinggi
  • Terlalu banyak tepung
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Tidak cukup gula,agen penaik dan cecair
  • Dulang tidak di glis




MELEKAT DI DULANG
  • Glis dulang tidak rata
  • Terlalu banyak gula
  • Pengadunan tidak sempurna






TERLALU KERING
  • Tidak cukup cecair.lemak/mentega
  • Bakar terlalu lama
  • Terlalu banyak tepung
SUMBER
MAJALAH SAJI/OKTOBER 2015
CHEF AMER
SUMBER IMEJ:GOOGLE

Sabtu, 10 Oktober 2015

PASAR BESAR SITI KHADIJAH

As-salam buat semua..
Rutin baru saya pada setiap hari Jumaat,datang membeli belah barang dapur basah di sini.Dalam sebulan mesti empat kali lah saya cuci mata kat sini .Best..,release tension tengok segala bagai benda kat sini.Ada juga yang saya tak kenal,ada juga yang pada mulanya saya takut nak pijak lantai basah,sekarang dah suka pula.Saya tukang bawa barang dan tukang masak saja ,bab-bab memilih dan membeli semuanya my body guard yang buat dan beli apa yang dia nak makan.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
 Tak payah pakai vape segala bagai.Ni pun vape nostalgia untuk datuk,nenek,mak cik dan pakcik.
Sayur kampung yang tak boleh di petik belakang rumah untuk dicicah dengan budu campur durian seperti dulu-dulu -pucuk gajus,pucuk ulam raja,bunga kunyit,pucuk jenereh,pucuk ubi kayu ,pucuk bayam praksi (seperti arugula),pucuk cekur manis, daun kesum dan segala bagai semuanya pada harga rm 1 dan 50 sen seikat bergantung kepada jenisnya..
Udang galah ,udang besar,sederhana ,kecil semua ada,pilih saja nak harga mana.Lucunya saya di sangka pelancong kerana asyik mengambil gambar.
Pelbagai jenis kuih-muih goreng dan kukus,manis pedas semua ada.Kuih cek mek molek dalam gambar ,best in the world,garing yang amat di luar,lembut dan kurang manis di dalamnya.Kebanyakkanya pada harga Rm 1 untuk 4 biji .

Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan.Tingkat bawah di khususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding ikan,ayam dan daging.Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling 'tersohor' bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih 'tahi itik', akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Sumber:Wiki.Ada juga tapai beras yang di bungkus dalam daun getah.Semuanya manis-manis ya..

Saya hanya sempat menjelajah ground floor sahaja.Manalaka tingkat 2 dan 3 untuk barang bukan makanan.Ruang tengah yang menjadi trade mark pasar ini sekarang sedang di ubah suai,jadi tiada gambar di sertakan.

Ubi kayu,ubi keledek,rebung muda yang manis,jering,serai,kulat sisir,pisang ,nenas,labu kuning,labu air,ubi keladi,limau purut tak payah cari kat kampung dah ,pergi saja cari kat bandar sebab semua nya dah 'berhijrah' ke bandar .

 
Segala bagai ikan dari yang kecil hingga yang besar,pilih dan timbang saja.,kat sini rata-rata makcik yang jual ikan semuanya ramah- tamah.Akhir kata..tenteramnya hati..segalanya ada di sini!
sampai bila-bila pun jika di izinkanNYA saya akan terus memasak..untuk cooking with soul..

Selasa, 18 September 2012

TELUR AYAM




Salam bahagia buat semua...
Nak tulis pasal telurlah pulak ,sebab ia adalah 95 peratus makanan utama di rumah saya !
 
Macam-macam yang kita boleh masak dengan menggunakan telur.Kita goreng,rebus dan ada yang makan telur ayam mentah(hati-hati ada Salmonella tu!).
Telur juga menjadi bahan utama dalam membuat kek,biskut dan lain-lain masakan dan jika tiada telur, kemungkinan kek dan biskut anda tidak menjadi(jadi juga sebenarnya-Kek Coklat tanpa telur dan ada juga biskut yang tidak di masukkan telur ke dalam adunannya)...versi menyampuk tulisan orang!.
Telur mengandungi hampir semua vitamin dan garam galian yang di perlukan oleh badan manusia.Ia merupakan sumber protein yang paling murah dan mudah di perolehi jika di bandingkan dengan ikan dan daging.Hampir 93 peratus protein daripada telur di terima oleh badan.

Bagaimana memilih telur yang baik dan berkualiti serta tahan lama untuk di simpan
  • Telur yang segar mempunyai kulit yang berkilat dan tidak hitam.Jika di rendam dalam air ia akan tengelam.
  • Kulit telur juga perlu bersih dari sebarang kekotoran seperti bulu ayam dan najis.
  • Telur perlu di simpan di dalam peti sejuk untuk memastikan ia tahan  di simpan lama.
  • Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur.Pastikan ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan di serap oleh telur melalui kulitnya.
  • Cara betul menyimpan telur ialah dengan bahagian hujung tirusnya ke bawah.
  • Untuk memudahkan kulit telur mudah di kupas selepas di rebus,campurkan sedikit garam ke dala air rebusannya.Telur rebus yang masak sepenuhnya apabila di putarkan akan terpusing dengan elok dan tetap.
Telur adalah antara sumber protein yang baik.Menurut kajian pengambilan telur ayam yang bermutu sekali sehari baik untuk kesihatan badan.Sebiji telur mengandungi 75  kalori dan 5gm. lemak.Kadang-kadang terdapat sedikit darah di dalam telur.Ia berpunca dari pembuluh darah yang pecah.Namun ia masih selamat untuk dimakan.
Jangka hayat telur jika di simpan dalam suhu bilik adalah selama 21 hari dan bertahan sehingga 3 kali ganda jika di dalam peti sejuk.
'Eggy lesson' for the day!...

"A paler yolk does not mean that the egg is bad or less tasty, it just means that the hen was fed a diet with paler ingredients. That is to say, bright chicken feed equals bright yellow egg yolk."
from..FB Yummy Banoffe and others delight.
 
Ever wonder why the eggs used by International Chefs on TV are white shelled? I've always loved to look at those white shelled eggs, they look so clean and 'pure'.

Well apparently, hens with white feathers and white ear lobes lay white eggs and hens with red feathers and red ear lobes lay brown eggs. There is absolutely no nutritional difference between white or brown eggs, neither one is better or healthier than the other. (info extracted from helpwithcooking.com).

Khamis, 23 Ogos 2012

TIP MEMBUAT PAVLOVA

Tip sebelum membakar Pavlova
Disini saya ingin kongsikan beberapa tip tentang cara membuat Pavlova.Ia adalah rujukan dari blog Irma di London.Izinkan saya berkongsi di sini pula sebagai rujukan di masa akan datang.
  • Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit pun telur kuning yang masuk dalam telur putih. 
  • Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih.
  • Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
  • Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.
Cara-cara 
  • Pukul putih telur menggunakan hand mixer/stand mixer dengan kelajuan perlahan.Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'-separuh kental adalah tahap bilamana kita angkat pemutar elektrik,puncak putih telur berbentuk melengkung.
  • Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
  • Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  • Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue.Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap, pukul lagi 2-3 minit. 
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
  • Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka.Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  • Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).Boleh juga di tekapkan tin kek yang berbentuk bulat.
  • Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
Masa membakar
  • Panaskan oven pada suhu 150'c.Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
  • Masukkan adunan meringue.Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C.Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak.Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.
  • Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam.Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka.Jangan keluarkan meringue terus dari oven.Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias
  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.Satu petua nak mudahkan kerja,masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Bila whipping cream dah kental,masukkan gula dan esen vanila.Whipping cream tu dah manis, sekiranya nak kurangkan atau tidak, masukkan gula pun tak jadi masalah. 
  • Masukkan whipped cream dalam plastik.Simpan dalam peti ais beku sekejap.Nanti bila nak hias baru keluarkan.
  • Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong.Kalau hias awal sangat nanti takut Pavlova tu berderai.

Khamis, 28 Jun 2012

KEK KEJU

Salam bahagia buat semua..

Sudah lama saya tidak menulis karangan.Hari ini ringan tangan pula nak tulis pasal kek keju yang menjadi pujaan hatiku.
Bercerita tentang keju,ada pelbagai jenis keju dengan pelbagai jenama di pasaran.Ada yang begitu keras,ada separa keras,ada separa lembut yang di panggil krim keju/cream cheese.Keju ini paling sesuai di jadikan sebagai kek.

Bahan kek keju


Dalam penyediaan kek keju ini,mula-mula sekali kita mestilah mempunyai bahan alas atau dasar kek.Ia melindungi kek dari tumpah keluar.Bahan alas yang biasa di gunakan ialah biskut yang telah di hancurkan dan di campurkan dengan mentega.

Senang cerita,macam kita buat doh pai,bahan alas ini di letakkan di bahagian bawah acuan kek atau loyang kek/spring form.Kemudian barulah krim keju di pukul dengan gula kastor sehinga kembang.
 Selain daripada bahan utama tadi,bahan-bahan tambahan juga perlu bagi memberi kemamtapan serta rasa pada kek tersebut.Di antara bahan-bahan itu adalah  jus lemon atau jus oren,sagatan kulit limau,esen vanila ,krim putar,tepung jagung,mentega,kuning telur dan meringue.
Jus lemon atau jus oren,esen vanila adalah berperanan dalam menambahkan aroma rasa kek keju.Krim putar di gunakan dalam menambahkan kandungan kek serta menjadikan ia lebih berkrim lagi .Mentega dan telur kuning digunakan untuk melembutkan struktur kek di samping memberi warna pada kek.
Bahan terakhir sekali yang biasa di gunakan ialah  meringue.Tujuan ia di gunakan ialah untuk memberi keringanan di sebabkan kek keju sebenarnya berat.Jadi meringue bertindak sebagai bahan peringan dan penaik.
 
Cara memeriksa kek keju masak atau tidak.
  • Menyucuk di bahagian tengah kek dengan lidi.Sekiranya kurang melekat bermakna kek sudah masak.
  • Kek akan kelihatan lekang dari tepi bingkai loyang.
  • Kek akan mengecut sedikit dan terdapat sedikit rekahan di bahagian tengah permukaan kek.
Setelah masak,anda boleh menyapu permukaan kek dengan jem agar kelihatan berkilat.Sekiranya hendak di aisingkan,tidak payahlah menyapu glaze/ jem.
Kek keju perlu di sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari loyang.Dalam proses menghias kek keju,ada orang suka menggunakan krim coklat,krim putar dan krim mentega.
Sebagai sejenis kek lembut yang menggunakan krim keju,ketahanananya terhadap kepanasan adalah kurang jika di bandingkan dengan kek mentega dan kek buah-buahan.Kalau ingin membawanya ke tempat yang jauh,eloklah di letakkan di dalam kotak steoroform yang di isi dengan air batu.
Sebenarnya ada banyak jenis kek asas keju ini yang di buat ala Jerman ,Itali ,Swiss dan yang paling popular ala Amerika dan begitu mudah untuk di ikuti.Cuma kita boleh mengubah- suainya mengikut selera kita di sini seperti kek keju mangga ,durian,labu,strawberi dan sebagainya.
Kek keju yang paling popular sekali di seluruh dunia ialah Tiramisu.

Gambar:ehsan Cik Google
Sumber:Majalah Saji.