If you want your life to be a magnificent story ,then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page.
I'm not a chef but I'm passionate about food - the tradition of it, cooking it, sharing it!
Asalam buat semua.. Saya masih ingat dulu semasa di tingkatan 3.. Cikgu Sains Rumah Tangga(sekarang ERT) mengajar resepi Ikan Masak Masam Manis. Sampai sekarang saya masih buat masakan ini Walaupun sudah berpuluh tahun berlalu.. Dah macam-macam saya derhaka pada resepi asas tu dulu.. Let's try buat IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS Bahan-bahan 1ekor ikan bawal saiz besar 5 sudu besar sos tomato 5 sudu besar sos cili thai 3 sudu besar sos plum 2 sudu besar sos Mae phranom 1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggi 1 sudu besar sos tiram 1 sudu teh tepung jagung 1 susu besar gula perang Kesemua bahan ini di campurkan dengan 1 cawan air Kacau sebati. Bahan tumis 1 labu bawang besar-dadu 5 ulas bawang putih-cincang 1/2 inci halia-cincang 2 batang serai-hiris nipis 1/2 batang karot-parutnenas kiub-potong nipis tomato ceri-belah 2 daun ketumbar siam cili merah Cara membuatnya
Bersihkan ikan,letak sedikit lada sulah dan serbuk lada hitam
Goreng hingga garing.Ketepikan.
Sos
Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar,bawang putih, halia dan serai hingga naik baunya.
Tambahkan campuran sos dan karot.
Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat.
Tambah nenas dan tomato serta hirisan daun ketumbar.
Sesuaikan rasanya.
Curahkan kuah ke atas ikan goreng dan taburkan hirisan cili merah dan daun ketumbar siam.
Assalam buat semua.. Selalu jumpa Air Katira ni di jual dalam bulan Ramadan Saya teringin nak merasanya.. Jadi saya cuba buat sendiri... rasanya sedap juga Let's try buat. AIR KATIRA Bahan-bahan 1 tin susu cair 1 tin susu pekat manis 1 sudu kecil esen pisang pewarna hijau cincau sedikit garam biji selasih-rendam biar kembang gula jika perlu Campurkan kesemua bahan dan kacau rata Tambahkan ais dan sedia untuk di minum.
Assalam buat semua.. Ok..ini cookies homemade yang saya buat untuk kudapan anak-anak. Letak satu balang kat meja depan TV nanti bila-bila menonton boleh makan biskut. Lagipun sekarang ni biskut tidak terhad pada musim perayaan sahaja. Sentiasa saja ada biskut yang di buat untuk makan hari-hari Tu pun kalau ada masa...☺☺ ok..let's try baking BISKUT KOKO Bahan-bahan 250 gm mentega 150 gm gula kastor 1 biji telur 25 gm serbuk koko 200 gm tepung jagung 300 gm tepung gandum 20 gm susu tepung 1 sudu kecil coklat emulco Bahan hiasan telur putih coklat urai almond nibs Cara membuatnya
Campurkan semua bahan.
Adun sebati hingga dapat adunan tidak melekat di jari.
Canaikan adunan dengan acuan pilihan.
Susun dalam dulang pembakar.
Sapukan putih telur.
Taburkan coklat urai dan almond nibs.
Bakar sehingga masak dengan suhu 170'c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.
Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Assalam buat semua.. Hari ini saya nak kongsikan resepi Cucur jagung yang sedap. Mudah dan ringkas sahaja. Makan panas-panas dengan secawan nescafe...lagi bertambah sedap. Jagungnya rangup sahaja. Rangup di luar,lembut di dalam Cicah dengan sos pun sedap juga Let's try buat CUCUR JAGUNG Bahan-bahan 2 cawan isi jagung 4 cawan tepung gandum 1 labu bawang besar-potong bulat 1 sudu besar gula 1 biji telur 1/2 sudu teh baking powder sedikit garam air secukupnya minyak untuk menggoreng Cara membuatnya
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali air.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.