If you want your life to be a magnificent story ,then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page.
I'm not a chef but I'm passionate about food - the tradition of it, cooking it, sharing it!
As salam buat semua.. Pertama kali saya cuba resepi Tauhu Sumbat Daging rasanya agak sedap juga. Sesuai untuk kudapan di waktu petang. Ia garing di luar dan lembut di dalam sedap di makan dengan sos cili Thai. Let's try buat TAUHU SUMBAT DAGING Bahan-bahan Tauhu goreng tauhu cincang halus isi ayam/daging/ikan bawang besar bawang putih karot daun ketumbar/daun bawang serbuk lada sulah garam Untuk salutan telur tepung beras garam Cara membuatnya
Tauhu goreng di potong dua melintang dan buat lubang di tengahnya.
cincang bawang besar,bawang putih dan parut karot.
Daun ketumbar dan daun bawang di hiris halus.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan bawang besar,bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan serbuk lada sulah.
Masukkan karot,tauhu cincang,daging/ayam dan sedikit air, garam,daun sup/daun bawang.
Bila masak bolehlah di angkat.
Cara menyediakannya
Ambil inti daging dan sumbat ke dalam tauhu.
Buat sampai habis.
Pecahan telur,masukkan tepung beras dan sedikit garam.
Kacau rata.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Celupkan tauhu sumbat di dalam adunan telur dan goreng hingga garing.
Toskan minyaknya dan sedia untuk di hidang bersama sos cili.
Assalam buat semua.. Ok.. hari ini saya nak kongsikan satu resepi breakfast yang cepat dan mudah. Ia juga memberi dapat tenaga pada hari yang sibuk. Rasanya pun sedap. Sesuai juga di makan dengan sos dan mayonis. OMELETTE IN-A-HOLE Bahan-bahan 2 keping roti 1 biji telur Serbuk lada sulah dan lada hitam capsicum merah dan hijau bawang besar daun ketumbar Cara membuatnya
Potong empat segi bahagian tengah roti
Tinggalkan tepi-tepinya sahaja,jangan sampai putus.
Potong kiub kecil bawang besar dan capsicum
Bancuh telur,masukkan lada sulah dan lada hitam.
Tambahkan bawang besar dan capsicum serta hirisan daun ketumbar.
Panaskan sedikit mentega dan letak roti.
Masukkan bancuhan telur perlahan-lahan.
Biarkan ia garing barulah di terbalikkan sebelah lagi.
Assalam buat semua.. Dah lama saya tak buat kuih ondeh-ondeh Pada kebiasaannya di Kelantan ni,ia banyak di buat dalam bulan puasa. Tapi sekarang ni kalau rasa nak makan saya akan buat sendiri. Sebab ia jarang-jarang di jual pada hari biasa. Let's try buat. ONDEH-ONDEH Bahan-bahan 2 cawan tepung pulut 2 sudu makan tepung gandum 1 cawan jus pandan(kisar daun pandan) pewarna hijau 1 keping besar gula melaka-di potong kiub kecil 1/2 biji kelapa parut muda 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula sedikit garam Gaul rata semua bahan.Ketepikan 2 helai daun pandan air Cara membuatnya
Didihkan air bersama daun pandan di dalam periuk.
Satukan tepung pulut,tepung gandum sedikit garam dan pewarna hijau.
Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit sambil di gaul sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.
Ambil sedikit doh,leperkan,letak kiub gula melaka dan bulatkan.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Angkat doh yang timbul di permukaan air dan toskan.
Assalam buat semua.. Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi puding yang mudah saja di buatnya. Semua orang pun rasanya pernah buat puding ni. Bahan-bahannya pun mudah saja. Rasanya sedap juga di makan sejuk-sejuk. Let's try buat PUDING KASTARD KOKTEL Bahan kastard 1 cawan tepung kastard 4 cawan air 2 sudu besar gula sedikit garam Campurkan kesemua bahan Kacau di atas api perlahan sehingga pekat dan meletup-letup. Curahkan kedalam bekas sesuai atau acuan kecil-kecil dan sejukkan. Bahan kuah 1 tin susu cair 1 tin koktel 1 tin laici 1 tin nenas kiub 2 sudu besar tepung kastard 1/2 tin susu pekat manis gula ikut manis sesuai sedikit garam air secukupnya Cara membuatnya
Campurkan kesemua bahan kuah kecuali buah koktel.
Masak hingga mendidih dan kuah pekat sedikit(kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri).
Tambahkan kesemua buah koktel sekali dengan sirapnya.
Sesuaikan manisnya dan bolehlah di sejukkan.
Potong kiub kastard dan campurkan bersama kuah koktel. Sejukkan di dalam peti ais.