Assalam buat semua...
Kek coklat ini di buat semasa harijadi BFF saya yang sudah pun berlalu..
Buat sendiri lebih jimat dan lebih bermakna.
Lagipun harga kek monogram ini mahal sikit jika di tempah
Puashati boleh makan sebab letak topping banyak
Kredit resepi to NorAzlita Aziz.Thanks
Let's try baking
KEK COKLAT MONOGRAM
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
*satukan kesemua bahan
ayak dan ketepikan
Bahan B
3 biji telur size A
300 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Bahan D
250 ml air panas
*untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lembut boleh tambah 2 sudu besar susu pekat.
Cara membuatnya
Satukan kesemua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair dan 2 sudu besar susu pekat
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah di ayak tadi.
Kaup balik sampai rata
Tambahkan air panas dan gaul sebati
Griskan loyang dan lapik dengan kertas minyak(saya guna bekas aluminium)
Tuang adunan ke dalam loyang empat segi
Bakar dengan suhu 170'c api atas bawah
Masa membakar dalam1 jam hingga 1 jam 1/2 bergantung padas jenis oven masing-masing.
Bila kke dah masak,sejukkan
Potong kek dua bahagian mengikut abjad pilihan
Bahan topping lapisan tengah-coklat mousse
Bahan topping lapisan atas-krim putar
Bahan
250 gm krim putar
50 gm serbuk koko
70 gm gula halus
1 sudu besar nescafe/mocha paste
1 sudu besar gelatine
4 sudu besar air panas
Cara membuatnya
Satukan air panas dan serbuk gelatine
Kacau rata.
Putar krim hingga kental
Tambahkan serbuk koko,gula dan serbuk nescafe/mocha paste.
Pukul dengan kelajuan perlahan
Akhir sekali masukkan larutan gelatine,kacau rata.
Kek yang telah di potong dua
Sapukan dengan bancuhan nescafe 3 dalam 1
Guna nozzle dan paipkan coklat mousse di atas kek
saya paipkan coklat paste di atas coklat mousse
Lapiskan dengan kek satu lagi
Sapukan dengan bancuhan nescafe
Paipkan krim putar
Jika ada coklat mousse yang berbaki boleh juga di paipkan di lapisan atas.
Letan hiasan pilihan(saya guna fresh fruit)
Sejukkan di dalam peti ais supaya krim set.