Puding Laici ni dah lama saya buat dalam bulan puasa yang lepas.
Ok..hari ini saya kongsikan resepinya di sini.
..and this is one of my favourite puddings!
Let's try buat
PUDING LAICI
Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gm)
800 ml air
1 cawan air laici
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
6 sudu besar gula/ikut manis sendiri
1 tin laici
pewarna pink/pilihan
Cara membuatnya
- Blend laici dengan 1 cawan air laici.Asingkan beberapa biji laici dan carik-carikkan.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk .
- Masak dengan api sederhana hingga mendidih sambil sentiasa di kacau.
- Ambil 3 senduk sederhana dan warnakan pink/pilihan.
- Adunan selebihnya di masukkan laici yang di carikkan tadi.
- Basahkan acuan pilihan dan masukkan agar-agar putih.
- Bekukan seketika.
- Goreskan agar-agar putih dengan garfu.
- Curahkan agar-agar warna pink.
- Bekukan semula di dalam peti sejuk.